Program Bantu Membantu Jana Wang

Saturday, October 25, 2008

JLKN nafi anak VIP dikecualikan PLKN

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) hari ini menafikan dakwaan bahawa anak-anak orang kenamaan (VIP) boleh dikecualikan daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pemilihan pelatih-pelatih PLKN dari seluruh negara dilakukan secara rawak dengan menggunakan sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. ''Kami tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengecualikan mana-mana pelatih daripada mengikuti PLKN dan mereka yang telah dipilih perlu menghadirkan diri setelah menerima surat pemberitahuan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JLKN di sini hari ini.

Friday, October 24, 2008

Fahami sejarah negara demi perpaduan

MELAKA 23 Okt. - Masyarakat pelbagai kaum di negeri ini diminta agar terus bersatu kerana ia merupakan teras kepada tercapainya kemerdekaan dan kekuatan negara pada masa ini.

Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Raghavan berkata, keamanan yang dikecapi hari ini perlu dipertahankan bagi memastikan negeri dan negara dapat terus dibangunkan dan bergerak maju.

Menurutnya, sebarang masalah dan kekacauan yang berlaku baru-baru ini tidak sepatutnya timbul sekiranya seluruh rakyat bertanggungjawab memelihara perpaduan dalam diri masing-masing.

''Setiap daripada kita sudah berada di negara ini sejak berpuluh-puluh tahun lamanya dan kita bersama-sama telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan sehingga kita berjaya mencapai kemerdekaan negara ke-51 pada tahun ini.

''Jadi, mengapa sekarang timbul banyak masalah dan pelbagai tuduhan diadakan pada masa ini, ia tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hamper makanan, duit raya kepada kira-kira 270 penghuni Rumah Kenangan Cheng sempena sambutan Deepavali di sini semalam.

Menurutnya, masalah yang ditimbulkan oleh pihak tertentu menunjukkan kumpulan berkenaan tidak memahami sejarah dan kedudukan masyarakat negara ini yang berbilang kaum serta keturunan.

''Kalau mereka ini faham sejarah negara kita dengan betul, tidak akan timbul sebarang masalah.

''MIC negeri juga tidak setuju cara kekerasan, tunjuk perasan atau demonstrasi jalanan, banyak cara boleh diadakan untuk menyelesaikan sebarang masalah, kita boleh selesaikan dengan cara kekeluargaan," katanya.

Tanpa merujuk kepada mana-mana kumpulan tertentu, beliau berkata, pihak terbabit yang menganjurkan demonstrasi jalanan dan tunjuk perasaan jelas tidak mempedulikan keamanan dan perpaduan kaum yang diamalkan oleh masyarakat negara ini.

''Mengapa perlu kita ikut cara yang tidak disukai oleh masyarakat.

''Ada yang kata cara mereka ini diterima dan disukai oleh sebilangan orang tetapi ini bukan cara terbaik dan bukan cara yang diterima oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, agama dan berbeza kebudayaan," jelasnya.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia, setiap warganya berperanan untuk menjaga dan mengekalkan perpaduan masyarakat yang ditinggalkan oleh pemimpin terdahulu.

''Agenda perpaduan perlu dijadikan keutamaan dan sentiasa dipelihara oleh semua masyarakat," katanya.

Ujar beliau, rakyat juga perlu ingat bahawa sebarang bentuk tindakan dan keputusan kerajaan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara ini.

Tambahnya, semangat 'satu bangsa satu negara' perlu dipupuk dengan memantapkan kecintaan untuk mempertahankan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Thursday, October 16, 2008

Khabar Berita KLCC Dari Jauh

Setelah Selesai sessi kumpulan 3 Siri 5 2008 bagi para pelatih PLKN kem cheneh, sausana kem bali sunyi dan sepi. Kalau sebelum ini kem ini sentiasa kedengaran gelak tawa, teriakkan suara suara jurulatih dan pelatih hari ini ianya di selimuti dengan suasana sunyi, cuma kadang kadang hanya kedengaran suara suara ungas. Suasananya cukup berbeza...namun kenangan kenangan sepanjang pelatih berada di kem ini dari mula sampai sekarang ini semuanhya masih segar dalam ingatan. Kadang dikalangan cikgu2 dan staf kami selalu tersenyum bila mengenangkan peristiwa peristiwa lucu dan gelagak2 wira dan wira wati sepanjang berada disini. Semuanya cukup indah...dan ianya kan sentiasa terpahat dalam hati setiap pelatih dan cikgu2 dan staf. Kini, sementara menunggu ketibaan para pelatih kumpulan baru yang dijadualkan akan melapor diri pada tahun depan. Parta jurulatih akan membuat "In House Training" untuk memastikan kemantapan kemahiran setiap jurulatih. ____SeLaMat BeRlatih dan BeRkuRsUs DiUCapKan Kepada RakAn2 JuRulatih, SeMoga BerJaYa MenDiDiK Anak BaNgSa Menjadi SeOrang YAng Berguna Kepada AGAMA, BANGSA dan NEGARA!!_ Daripada Cikgu DiN Dari Jauh. :)

Tuesday, September 2, 2008

MALAYSIA TETAP DI HATI....

SEBAHAGIAN pelajar Malaysia dari beberapa buah universiti berarak menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-51 di Melbourne, Australia, kelmarin. – Bernama

Walaupun berjauhan, namun semangat patriotik terhadap tanah air tercinta tetap kekal di hati rakyat Malaysia di perantauan.

Justeru para pelajar Malaysia dan rakan-rakan dari beberapa universiti di Melbourne telah menyertai perarakan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-51 di Dataran Persekutuan, Melbourne, Australia, kelmarin.

Mereka berarak sambil membawa bendera Jalur Gemilang dalam suasana meriah merayakan sambutan kemerdekaan yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan.

Majlis sambutan kemerdekaan tersebut telah dirasmikan oleh Atase Pendidikan Malaysia di Melbourne, Dr. Mohamed Ali Abdul Rahman.

Tuesday, August 19, 2008

Pendidikan seks di PLKN tahun depan

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Slot pendidikan seks akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi Januari 2009, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen.

Beliau berkata, modul pendidikan itu akan dilaksanakan melalui slot khas selama 10 jam di setiap kem PLKN.

Modul itu dikenali sebagai 'Self Preservation, Self Protection and Self Determination' di mana skop pengajarannya merangkumi nilai individu dan keluarga, pemahaman perubahan struktur badan secara fizikal (mengikut gender) dan emosi.

"Kita harus memberi pengajaran dan pengenalan tentang aspek-aspek ini supaya mereka lebih mengenali diri sendiri dan memahami masalah yang dihadapi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2008 di sini hari ini.

Yen Yen berkata, kebanyakan remaja mendapat pengetahuan seks daripada saluran tidak rasmi misalnya daripada perbualan dengan kawan dan maklumat daripada Internet.

"Sesetengah maklumat ini kurang tepat," katanya.

Yen Yen berkata, kementerian bercadang menubuhkan unit tugas khas untuk mewujudkan 'modul kebapaan' bagi mengkaji peranan lelaki dalam keluarga dan membantu mereka menghadapi tekanan hidup serta mengawal emosi.

Menurut kajian, lelaki didapati tidak begitu mahir menghadapi tekanan hidup berbanding wanita.

"Mereka enggan meminta bantuan daripada pakar runding sebaliknya menyimpan emosi sendiri sehingga akhirnya membawa kesan negatif seperti menimbulkan pelbagai masalah sosial," katanya.

- Bernama

Monday, August 18, 2008

Sambutan merdeka ke-51 dingin

Tidak meriah... Masih banyak bangunan di sekitar Kuala Lumpur yang masih belum memasang Jalur Gemilang sedangkan sambutan kemuncak Bulan Kemerdekaan kali ke-51 hanya tinggal 13 hari sahaja lagi.– Gambar ROY AZIS ABD. AZIZ

Tanggal 31 Bulan lapan 57 Hari yang mulia hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warganegara Ramai-ramai menyambut Hari Merdeka Merdeka!.

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Itulah antara bait-bait lagu Allahyarham Sudirman Arshad yang sering meniti di bibir-bibir seluruh rakyat Malaysia apabila tiba sahaja sambutan Bulan Kemerdekaan.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi negara kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-51.

Jika tahun lalu, kita dapat menyaksikan sambutan merdeka yang paling meriah memandangkan ia adalah ulang tahun yang ke-50 negara merdeka, namun pada tahun ini kelihatan banyak kekurangannya memandangkan baru-baru ini kerajaan mengumumkan bahawa sambutan kemerdekaan hanya akan disambut secara sederhana berikutan langkah berjimat-cermat dalam perbelanjaan negara.

Jadi tidak hairanlah pemandangan di sekitar ibu kota hambar dan lesu tanpa kibaran megah Jalur Gemilang di bangunan-bangunan mahupun di kenderaan-kenderaan warga kota.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota mendapati masih banyak lagi bangunan-bangunan serta premis-premis yang masih belum memasang Jalur Gemilang.

Entah di mana silapnya hinggakan kemeriahan sambutan kemerdekaan yang sepatutnya disambut hujung bulan ini tidak begitu dirasakan.

Rata-rata bangunan di sekitar ibu kota masih belum mengibar dan menggantungkan Jalur Gemilang di bangunan mereka.

Tidak seperti tahun lalu di mana mereka lebih ‘ghairah’ menggantung Jalur Gemilang di setiap sudut bangunan mereka sehinggakan semangat sambutan tersebut dapat dilihat jelas.

Barangkali, memandangkan tahun lalu diadakan pertandingan bangunan hiasan tercantik menyebabkan pemilik-pemilik bangunan lebih bersemangat untuk menceriakan bangunan mereka.

Namun, tahun ini sebagai langkah penjimatan, tiada lagi sebarang pertandingan menghias bangunan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh mana-mana agensi.

Selain itu, tahun ini juga tiada lagi pemberian Jalur Gemilang secara percuma dalam kuantiti yang banyak kepada orang ramai dan pemilik-pemilik bangunan dan mereka diminta membelinya sendiri.

Mungkin disebabkan beberapa alasan tersebut menjadikan sambutan kemerdekaan pada kali ini hambar dan dingin.

Rata-rata warga kota yang ditemui menyatakan bahawa sambutan kemerdekaan kali ini kurang meriah memandangkan kurangnya kibaran Jalur Gemilang di bangunan-bangunan besar serta deretan premis.

Selain itu, Jalur Gemilang juga tidak kelihatan dipasang di kenderaan-kenderaan awam mahupun persendirian.

Seorang warga kota yang ditemui, Wong Fu Nam, 36, berpendapat keadaan ekonomi negara yang sering berubah menjadikan faktor mengapa kehangatan kemerdekaan kurang menyengat pada kali ini.

“Disebabkan harga minyak naik, orang ramai lebih berminat mencari duit sara diri berbanding menyambut Bulan Kemerdekaan.

“Bukan itu sahaja, promosi bagi Bulan Kemerdekaan pada kali ini tidak sehangat daripada tahun sebelumnya,” kata pekerja di sebuah agensi pengiklanan itu.

Seorang lagi warga kota yang ditemui, Uma Permalu, 36, mengakui bahawa sambutan pada kali ini tidak meriah seperti tahun-tahun lalu.

“Kebanyakan kereta dan premis tidak mengibarkan Jalur Gemilang

“Saya juga tidak merasakan kehangatan dan aura Bulan Kemerdekaan, tidak seperti pada tahun sebelum ini sebelum bulan Ogos lagi sudah banyak promosi serta aktiviti yang menarik untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan negara,” katanya.

Tambahnya, pada tahun sebelumnya, promosi bagi Bulan Kemerdekaan dibuat dua atau tiga bulan lebih awal dan suasana lebih meriah pada bulan Ogos.

“Namun, pada kali ini, sehingga ke hari ini tidak banyak promosi yang diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut,” katanya.

“Saya berasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mempromosikan acara-acara yang akan diadakan supaya warga kota lebih maklum tentang perkara tersebut.

“Selain itu, warga kota juga perlu memberi kerjasama untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan dengan memasang Jalur Gemilang di kenderaan-kenderaan mereka,” jelasnya.

Bagi Muhammad Razi Ahmad, 28, sikap warga kota yang sering dimanjakan dengan pemberian Jalur Gemilang percuma menyebabkan mereka tidak mahu membelinya sendiri.

Menurutnya, sebagai rakyat yang bangga dengan negaranya, mereka perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk membeli bendera tersebut bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan.

“Sambutan kemerdekaan disambut sekali setahun sahaja dan tiada salahnya kita membeli Jalur Gemilang untuk diletakkan di kediaman mahupun kenderaan.

“Rasanya harganya juga tidaklah berapa mahal jika dibandingkan dengan pengorbanan pemimpin-pemimpin kita sebelum ini untuk mendapatkan kemerdekaan.

“Sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dengan kemerdekaan negara yang telah mencapai tahun yang ke-51 ini,” tegasnya.

Seorang lagi pengguna, Hanim Zain, 42, berkata, warga kota tidak boleh menjadikan pelbagai alasan untuk tidak memeriahkan sambutan kemerdekaan tahun ini.

“Pada pendapat saya, tiada lagi pemberian Jalur Gemilang secara percuma bukanlah alasan untuk warga kota untuk tidak meraikan hari kemerdekaan negara.

“Pada saya, sekiranya Jalur Gemilang tahun lalu masih boleh digunakan apa salahnya ia digunakan semula sekiranya tidak mahu membeli yang baru.

“Tanggal 31 Ogos adalah tarikh yang penting untuk negara, oleh itu warga kota perlulah menunjukkan rasa semangat serta rasa patriotik terhadap negara kita yang tercinta,” tegasnya.

Sunday, August 17, 2008

Latihan X-Wirajaya

Brmula pada hai ini, latihan wirajaya telah diadakan. selepas baris dan sarapan pagi, para pelatih terus berkumpul didewan makan untuk mendengar taklimat daripada ketua jurulatih fizikal. Cg toha dan jurulatih jurulatih yang lain untuk arahan yang seterusnya. Setelah misi pada hari ini dibaca.para pelatih terus bergerak kedestinasi kedestinasi yang telah ditetapkan dengan mengunakan kompas yang diberikan. Aktiviti navigasi kali ini berbeza dengan sebelum ini kerana kawasan yang akan dilalui oleh para pelatih adalah lebih dekat sedikit berbanding sebelum ini. Kawasannya meliputi sekitar tasik di kawasan luar kem dan kedalam kawasan hutan kelapa sawit. para pelatih di lepaskan di check point pertama pada pukul 8.30 pagi dan telah pun berakhir pada pukul 11.30 pagi tadi.memakan masa kira kira 3 jam.
Ketika artikel ini ditulis para pelatih masing masing sedang menyiapkan kemah kemah yang telah diberikan kepada mereka. Pada sebelah petang ini mereka akan dikehendaki menyiapkan/ memasak makanan mereka sendiri untuk makan malam. Pada sebelah malam pula, masa mereka akan di isi dengan pelbagai aktivi terutama sekali operasi mencari kelapa emas yang menjadi salah satu aktiviti wajib bagi aktiviti X-wirajaya. Latihan ini dijangka akan tamat pada sebelah petang esok.

Saturday, August 16, 2008

Pertukaran TKP Leftenan kamarulzaman

Pada malam rabu lepas bersamaan 13hb.08.08 majlis perpisahan tkp kamarulzaman telah diadakan sempena pertukaran tkp ke Wilayah Laut Satu (Marwila) yang telah dilantik sebagai setiausaha kepada panglima laut satu. Pertukaran ini sepatutnya berlaku 20hb. tetapi disebabkan setiausaha kepada panglima telah kenegara China maka beliau terpaksa berpindah ke Marwila lebih awal dari tarikh yang diberikan. Mengimbau kembali kedatangan leftenan Kamarulzaman ke Kem KLCC ini, beliau telah ditugaskan ke kem ini pada januari 2008, yang mana ketika itu kem KLCC berada dalam keadaan terumbang ambing kerana beberapa peristiwa yang telah berlaku. Diantaranya ialah berkenaan dengan kes kematian seorang pelatih iaitu arwah Mohamad Rafi dan masalah dalaman kem klcc. Setelah kedatangan beliau, masalah yang membelenggu kem klcc ketika itu dapat di selesaikan sedikit demi sedikit melalui kebijaksanaan dan ketegasan beliau terutama sekali berkaitan dengan masalah dalaman kem klcc. Banyak sumbangan yang telah beliau berikan kepada kem ini dan kepada para pelatih khasnya, terutamanya dari segi membentuk disiplin. Walaupun beliau berdepan dengan pelbagai risiko terhadap ketegasan beliau dalam membentuk disiplin, beliau tetap teruskan dan saya percaya semua ini beliau lakukan bukan kerana suka suka tetapi sebagai proses untuk membentuk disiplin dan jati diri anak bangsa Malaysia yag kita cintai ini dengan lebih berkesan. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada TKP leftenan Kamarulzaman bin Kamaruddin diatas sumbangan yang telah beliau berikan. Jasa dan budi baik tuan amat kami di KLCC ini hargai. Moga tuan akan terus maju dan berjaya pada masa akan datang. Ingatan Tulus Ikhlas _Daripada Jurulatih klcc_