5 BONUS KHAS RAMADHAN..
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :
BONUS 1
Bau mulut orang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
BONUS 2
Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
BONUS 3
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman :
" hampir-hampir hamba-hambaku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu". ( mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).
BONUS 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti bulan-bulan selain Ramadhan
BONUS 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam ( orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya ).
2 comments:
salam..wah,wlaupn cme 5 tp tuh dh m'ckupi...thanks for sharing..:)
Salam...Alhamdullillah...at least besar juga ganjaran yg kite dapat...
Post a Comment