Tuesday, June 21, 2011

MPPB~hidupku

1st week dlm sem baharu 
prlu t'libat ngan MPPB..(Minggu Pengurusan Pelajar Baharu)
ntah di mana silapnya nmpak x t'atur..ksian adik2 ni..
mngkin blok kediaman yg b'pecah 2..ssah la ckit nk tngok 100% dieorg
tp dieorg perlu b'syukur ..x perlu lalui masa2 yg m'bosankn..
cth: mntak t/tgn..peraturan pn x de la strict sngt spnjg orentasi ni..bersyukurlah anda

hidupku di bumi ini......IPG
penyakit lama kembali..
bkn 1 tp 2..penyakit hati..
dn penyakit malas semakin m'bara
takutnya utk hidup dlm keadaan skrg 
takut ak x mampu utk m'hadapinya..
ak yakin segala yg telah,sedang dn bakal ak lalui ad hikmahnya tersendiri yg hanya Dia yg mengetahui 
Ya Allah..ak tahu Engkau lbh mengetahui..hindarknlah perasaan ni dr terus mendekatiku..
*****************
Andai dia terbaik buatku satuknlah hati kami dengan ijab kabul
dan sekiranya dia bukan utkku hadirknlah insan t'baik buat dirinya dan diriku 
agar kebahagiaan yg bkal kami kecapi akn m'bawa ke syurga..Amin


******************

pengalaman mengajar dn m'dewasakn kita
kejayaan yg diharpkn oleh insan t'sayang~parents gagal dikecapi
kekecewaan mereka jelas t'pamer..
insan ini pernah b'hadapan dgn kegagaln satu ketika dahulu
kegagaln yg b'punca dr nya sendiri
kegagalan besar yg telah merubah hidupnya
bkn x b'syukur dgn apa yg diperoleh skrg..skdr merenung masa lampau
Alhamdulillah..w'apa pn t'jd Dia lh perancang terbaik utk hidupku..
dn sekarang ak masih t'cari2 permata yg ak sendiri tnggalkan satu ketika dahulu


Monday, June 6, 2011

aktiviti cutiku

assalamualaikum w.b.t 

minggu pertama cuti 
28 mei- 3jun
alhamdulillah..
dpt kek black forest

paling penting beli tiket balik Melaka ter'cinta' 
beli tiket bola MSL ~adik punye pasal lah ni


31 mei
window shopping dari pukul 9..beli keperluan dapur dll
window shopping baju raya lg best
sedar2 duit mcm air.x percaya pun ada
Astaghfirullah Al-Azim

2 jun
akhirnya dpt juga buka akaun bank rakyat
setelah sekian lama menanti
nak buka akaun bank islam tk b'kesempatan
satu hari nanti..InsyaAllah


4-10 jun
5 jun?
menarik utk dirungkai..tp mood rajin dh lari
tajuk utama~kahwin~

nantikan p'lawanan b'profile tinggi
TERENGGANU vs KELANTAN 

apa yg mnarik spnjang 6 jun 2011?
jam yg t'amat jalan spanjang hari game
polis pulak buat hal
t'over rajin buat road block..yg jd tiang lampu isyarat pun ramai gak
tayang muka ncem..bkn slalu blh buat kn
3 jalan utama tutup
penyokong pulak mcm nk runtuh stadium
tapi sedih..team penyu tewas lagi~~3-0
nvm PIALA FA menanti sang PENYU

suke tngok kata2 ni~

walaupun sukar,kita harus terima dengan hati terbuka akan Qada' dan Qadar dari Ilahi..walaupun kita duk marah2,maki2..bukannya boleh ubah apa2 keputusan...dan kita sebagai penyokong setia,teruskan menyokong pasukan kita kerana siapa lagi yang akan menyokong kalau bukan KITA....
semarak darul iman..sokongan sepanjang zaman....-ry-
46 minutes ago ·  · 


esok ad hari yg ceria utk ditempuhi
holiday+shopping!

moga Dia sentiasa mengingatkn hambaNya ini

Monday, May 9, 2011

beRsyUKuR~

Hidup ini adalah untuk bersyukur. Bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hatimu. Pada orang yang tidak mengendahkan dirimu kerana dialah yang memupuk berdikari. Pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebatkan potensimu. Pada yang mengujimu kerana dia memberi peluang mujahadahmu. Pada yang menyeksa kamu kerana dia yang menguji kesabaranmu. Bersyukur dengan segala ujian Nya kerana itulah tarbiyyah dari yang Esa.



Sunday, April 10, 2011

terima kasih..

assalamualaikum wbt


diri ini takut x mampu m'hadapinya..
Ya Rabb..
aku mohon diri ini diberi kekuatan dan petunjkMu
andai aku b'salah ampunkn dosa hambaMu yg hina ini..
andai aku t'silap langkah betulkn langkahku ini
andai itu berat untukku..ak yakin aku mampu m'hadapinya dgn pertolongan Mu
Ya Allah...
terima kasih kerana beri ak peluang utk terus hidup hari ini
terima kasih..ALHAMDULILLAH


akhir2 ni bljr bnyk bnda
suka dn duka...
kalau kita  rasa diri bagus sangat..ok..
go on..tp jgn sampai org mnyampah dgn kita
cermin penting dlm hidup kita ni
tuk kenal diri kita s'diri..
tuk tahu di mana khilaf yg tlh kita lakukn
tuk tahu hati mana yg tlh t'luka krana p'lakukan kita


maaf andai diri ini telah melukaimu kawan, teman dn sahabat


*peringatan tuk diri s'diri jg


wassalam~~

Thursday, March 31, 2011

hamba Allah..

sonok dpt tangguh esemen
tp 2 la bkti diri ini gagal mrncg waktu
bila la nk b'ubah


hari ni satu kmungkrn nyata dh buat
hnya Dia yg tahu
tp nk wt cm ne...
t'kilan sgt2
ampunkan hambaMu ini ya Allah...


smlm duk wt esemen...
knl la sorang hamba Allah ni kt muka buku
juga seorang penuntut IPTA
mula2 ingt dia seorg yg skema n seangkatan dgnnya..
but not bad..
boleh msuk geng la
kepala ting tong jgk..tp b'tempat 
sng cite ak respect dia ni..
moga dia sukses dlm hidup..
ok..
ckup stakat ni je..
happy to know u..friend



Metafora

Sekerat akar mampu kuhulur padamu

Di saat dikau terkapai dan kelemasan 
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana


Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi 
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan



Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu 
Terlalu naďf untuk ku fahami 
Metafora puisi dusta dan personafikasi



Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman 
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….



Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri 
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri





assalamualaikum teman...


jiwa lara~~


Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.


Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain.

Persahabatan...

Persahabatan yang menyebabkan tercetusnya rasa kasih sayang sesama manusia amat dituntut dalam Islam. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : "Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah" (mafhum al Quran). Islam telah menggariskan seseorang yang bersahabat dengan seseorang yang lain adalah kerana beberapa tujuan tertentu. Diantara tujuan-tujuan tersebut ialah :
a. Seseorang yang bersahabat kerana zat sahabatnya seperti cantik paras rupa. Persahabatan ini tidak akan menguntungkan dalam pembentukan peribadi kerana paras rupa suatu yang baru dan akan berubah mengikut peredaran masa.
b. Seseorang yang bersahabat kerana maslahat (kepentingan) di dunia.Persahabatan dalam kategori ini akan bersahabat semata-mata untuk mendapat nikmat keduniaan seperti kekayaan dan pangkat sahaja.
c. Seseorang yang bersahabat kerana maslahat (kepentingan) di akhirat. Persahabatan ini adalah untuk akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu untuk mendapatkan ilmunya supaya mudah beribadat kepada Allah dan mengikuti segala suruhan-Nya. Golongan ini akan mendapat keuntungan di dalam hidupnya dan golongan ini diibaratkan seperti orang yang menghadiri majlis ilmu. Walaupun tidak mendapatkan keseluruhan ilmunya tetapi sedikit ilmu yang didapatinya sudah mampu untuk dijadikan panduan hidupnya.
d. Seseorang yang bersahabat kerana Allah. Allah telah memerintahkan supaya di antara hamba-hambaNya hendaklah ada yang kasih mengasihi seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan sentiasa hampir dengan Allah. Bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : 



"Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak iaitu :
1. Pemerintah yang adil.
2. Orang muda yang sentiasa beribadat kepada Allah.
3. Seorang lelaki yang hatinya sentiasa tergantung dengan masjid.
4. Dua orang yang bersahabat dan berbuat kebajikan kerana Allah.
5. Orang yang ingat kepada Allah di waktu sunyi hingga mengalir air matanya.
6. Lelaki yang menolak ajakan perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan untuk melakukan maksiat.
7. Lelaki yang bersedekah dengan tidak menghebahkannya kepada orang lain." (mafhum hadis).




Dan dalam memilih sahabat, Islam telah menggariskan beberapa syarat yang perlu kerana seseorang itu akan dinilai melalui siapakah sahabatnya

Seterusnya sahabatnya dapat menjadi cermin bagi dirinya dan begitulah sebaliknya. Untuk mencari sahabat yang dapat menjamin kehidupan yang lebih bermakna, ikutilah syarat-syarat berikut :
a. Hendaklah bersahabat dengan orang yang berakal kerana bersahabat dengan orang yang jahil atau kurang akal akan menjerumuskan diri kearah keburukkan seperti seseorang yang sabar akan menjadi cepat marah atau sebagainya.


b. Hendaklah bersahabat dengan orang yang berakhlak mulia kerana sahabat yang berakhlak mulia akan menyelamatkan diri kita sebagaimana pesanan Alqamah kepada anaknya: "Jika engkau ingin bersahabat, carilah sahabat yang boleh membantu di waktu kesusahan, yang boleh menyembunyikan keaiban dan kesalahan yang dilakukan, yang menolong di waktu kesempitan, yang akan membalas kebaikanmu dengan kebaikan juga, yang membenarkan katamu selagi engkau berkata benar dan yang akan menyebelahimu apabila berlaku perbalahan".(mafhum riwayah) Dan kerana itu jugalah Jaafar As-Siddiq r.a berkata : "Janganlah engkau bersahabat dengan lima golongan ini iaitu orang yang banyak berdusta, orang yang kurang akal, orang yang kedekut, orang yang penakut serta orang yang fasik. (mafhum riwayah)


c. Hendaklah bersahabat dengan orang yang baik hati dan beragama iaitu tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. Islam menegah bersahabat dengan orang yang fasik kerana akan menyebabkan seseorang itu akan meringankan perbuatan maksiat dan tidak berusaha menegah perbuatan tersebut apabila berlaku di dalam masyarakat. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: "Seseorang itu akan mengikut agama kekasihnya dan mengikut akhlak sahabatnya, maka tiliklah siapakah yang engkau akan jadikan sahabat dan kekasihmu itu". (mafhum hadis)


d. Hendaklah bersahabat dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dilarang bersahabat dengan ahli bid`ah seperti ahli Muktazilah kerana ia merosakkan agama, sedangkan berpegang kepada ajaran agama adalah satu kemestian dan tiada tolak ansur dalam perkara menolak kerosakan agama ini.


e. Hendaklah bersahabat dengan orang yang tidak condong kepada kemewahan dunia yang berlebih-lebihan (zuhud). Bersahabat dengan orang yang hanya memikirkan dunia akan menyebabkan kita melupakan agama dan kehidupan akan datang di akhirat kelak. Akhirnya akan memberi kemuliaan di dunia yang tiada kesinambungannya dengan akhirat.


f. Hendaklah bersahabat dengan orang yang benar, cerdik, amanah dan banyak berzikir kepada Allah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
"Janganlah kamu ikuti orang yang kosong (lalai) hatinya daripada mengingati. Aku dan orang yang mengikut hawa nafsunya sahaja".(mafhum)
Adab-adab Bersahabat
a. Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya disamping memenuhi keperluan masing-masing tanpa dipinta.
b. Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya samada di hadapan atau di belakangnya.
c. Sentiasa menjaga percakapan masing-masing dengan kata-kata yang menggembirakan dan sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain.
d. Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.
e. Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi. Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.
f. Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.
g. Berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaanya.
h. Tidak memberatkan sahabatnya dengan bebanan yang menyulitkan serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan dan sentiasa berbuat baik kepadanya.
i. Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bercakap dan mendengar sehingga selesai percakapannya.
j. Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis. Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya : "Wahai anakku, duduklah engkau berhampiran ulama` kerana hati akan hidup dengan hikmah iaitu ilmu yang memberi manfaat di akhirat seperti bumi subur apabila dibasahi hujan". (mafhum riwayah)


Mutiara Kata
" Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. " (QS. 65:3)

Wednesday, March 30, 2011

ada apa dengan april??

assalamualaikum n selamat petang..

hnya coretan ringkas....
moga kamu semakin cekal wahai  hati..
kdg2 t'fikir ..klau ak sama dgn kawan2 ku yg lain..
alangkah bahagianya..
x perlu fikir...
*tugas ni nk settle cam ne..
*nk kne jmpe sapa..
*nk kne wat pape je la lg...huhu 


tp ak yakin dn percaya Allag x kn bebankan hambaNya..
insyaAllah..doakan yg t'baik utk diri ini..

SEMANGAT & USAHA!!
tp susahnya nk kembalikn kedua-duanya bila mreka hilang..
x pe la..
jom tengok ada apa dgn april
terbaik pnya...

4-6- seni suara..pengurusan GERKO


12- kursus Protokol




12 n 16- MUET...stdy x pn

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)
    MID-YEAR 2011

CODEPAPERDATETIMEDURATION
800/2SPEAKING12 APRIL 20117:30am30 minutes
800/3READING16 APRIL 20118:00 am - 9:30 am90 minutes
800/4WRITING16 APRIL 201110:00 am - 11:30 am90 minutes
800/1LISTENING16 APRIL 201112:00 noon - 12:30 pm30 minutes


13 n 14- pengucapan awam n debat ala parlimen


18-21- Festival Kesenian Islam


21- UAK TITAS..


22- aktiviti BIRO ..


24-28-BTN Langkawi..bayar jgn x bayar..huhu


p/s:  ...KRTAS KERJA TUK AKTIVITI biro BLN 5 X WAT LAGI
ada sapa2 nk tolong??