Friday, May 25, 2012

jumaat sudah..

yess..jumaat sudah..walaupun kena kerja sampai pukul 7 petang, seronok sebab esok dan lusa cuti. dan memang xde apa2 prog tambahan..lega...yeaay..bleh berjimba2, dating2 dengan budak ni..


minggu ni yg penuh dgn macam2 kerja..paperworks, program, meeting dan mcam2 lagi..bila balik rumah, medina pun tido je..sehari dua ni dia asyik tido awal, dalam pukul 9 gitu, pastu bangun pagi esoknya..alahai..sombong betul..pagi pun sempat main masa tkr pampers je la..

cepatlah habis kerja ni.. nak balik..rindu medina..

ada kesah di sebalik gmbar..medina membuat cubaan untuk melepaskan hajatnya..

 hiyaarrghh... merah pipi..
 muka menahan marah..kat mak yg busy body nak capture gambar org...
hahah..
 ni gaya big boss minum..kaki ala2 lady boss gitu. sebenarnya waktu kitorang buat scan 4D dulu, memang gitu la selau kaki si medina ni tau..dok bersilang je..

sama kan??


dan last week, masa medina tido waktu ptg, ibu tgh buat kerja kat luar..dengar medina panggil ibu dengan bahasa yang dia je paham..nak bg isyarat yang dia dah bangun la tu. ibu jenguk, tiba2 tengok..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

uit..meniarap?

tapi lepas-lepas tu bila ibu testing,medina dah tak nak buat dah..sah-sah la dia meniarap time mamai..
apapun, ibu bangga dengan medina!!!! (feeling2 menang award gitu)



let pictures speak..Part 1

Program:
Kawad Kaki 24 Jam Tanpa Henti - Longest Non-stop Marching Event 'Malaysia Book of Records' Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Ke 69

Tarikh:
13-14 Mei 2011

registration area..
 start..






tak mengira siang malam..
 

 persoalannya...
kenapa..
dia..
di...
sini????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

cak??? anak ibu pun stand by sampai tengah malam ye..;-)
nasib awak la,nak..
siap aku tinggal kat kaunter pendaftaran lagi..ahaakss..




 w/pun hujan..




dag..dig..dug...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yeaaayy!!!!!!!!
finally, WE DID IT..

keberangkatan tiba DYTM Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis..




 can spot anybody sooo 'buzy' here??ngee...

 she's again..behing that tiang..
 and again...
 tq to MC on that day..such a good job, En. Izwan..;-)


after all, my student had an interview with RTM.. 
all the guests..tq for coming.. 

 Tuanku menamatkan masa..


 ecece..spot that girl again?
 and this boy..;-)


 tolong teman boss jek..

bye..bye..
tuanku..
jom kita...
yes...smile..after a very though job..uhuuk...

another lots of pictures will be coming next session..

huh, sooo speechless..but, from the bottom of my heart (ala2 Britney haku..)..

'tq to every single person who contributed a lot of supports, and hardworking in this superbig project..i really can't do by myself alone..love you all..'



Wednesday, May 23, 2012

sayangi isteri pertama anda


Suatu hari, perbualan di antara sepasang suami isteri berkisarkan tentang suasana baru di sebuah pejabat, selepas berlaku sedikit rombakan baru dan pertukaran beberapa org boss kecik..



Me     :Hmm, dulu masa ZZ (bukan nama sebenar) ada, orang komplen macam2.dia banyak mulut la, cakap lepas la, bising la,suka membebel ngalahkan perempuan la, apa la.. sekarang ni, bila YY (jugak bukan nama sebenar) datang ganti ZZ, org pejabat dok cakap YY tak kena jugak.cakap apapun,semua ya,ya..tapi habuk pun tarak..buat kerja slow, nak kena ‘ketuk’ je memanjang..ZZ dulu kalau bising2 pun, jalan jugak kerja. Dia ada banyak maklumat, terkini, updated,agresif dan alert. yang si YY ni, dalam meeting, semua ok.big boss tanya, semua dah settle..rupanya...

Hubby:Itu la, sekarang korang dapat boss baru, apa pun tak ble buat. Mintak buat apapun tak boleh. Semua harap orang je buat. Kita suruh dia,suruh orang lain. Hehe..

Me     :Tu lah orang kata kan, yang ada depan mata ni,walaupun kadang-kadang menyakitkan hati, ada jugak manis dia.ada jugak gunanya. Dulu selalu orang bising, keep on complaining bila  kerja dengan ZZ, macam tu lah, macam ni lah, tapi sekarang orang compare balik time kerja dulu dan sekarang. Lebih stress rupanya! Dalam hidup ni, apa saja barang ke, orang ke, bila diganti baru, jangankan mengatasi, setanding dengan yang lama pun belum tentu,kan..

Hubby: Moral of the story, sayangilah isteri pertama anda..

Me       : MOTIF????Sooo tak related... huh..



Friday, May 11, 2012

kerja..kerja..hectic time..

erm,esok Medina  cukup 3 bulan. how time flies..ngee..dah tak banyak masa dengan dia. masuk kerja lepas cuti panjang, dah kena hentak dengan  big project..hadeeh..PROGRAM KAWAD KAKI TANPA HENTI 24 JAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYMM TUANKU RAJA MUDA PERLIS KE 69.. nak catat rekod dalam Malaysia Book of Record.. benda tu 13-14 Mei..ada 2-3 hari lagi..dah seminggu kepala otak penat memikiorkannya..apa nak buat kan..tanggungjawab..tanggung je lah..kalau tak nak kena menjawab..

dah la jadi tuan rumah, terus jadi kepala sebab betul2 bahagian aku.rasakan.ko ingat bole bahagia ke cuti panjang2?hukhuk...time2 ni la ramai yang bertanyakan pasal anak2 yang tak dapat sambung pengajian. yela, result UPU dh keluar. but, frankly speaking..ups, frankly writing, aku xdapek nak  nolong. bukan bahagian aku tu satu hal la. mesti orang cakap, xkan xde kawan2 yang kenal..memang tak dek!!tambah lagi aku ni kat branch je..kat HQ tu lain la, kot2 ada kawan..lagipun intake kali ni centralize kat Kementerian Pengajian Tinggi,KPT.. bukan bawah UiTM.. So, kena tanya ke sna lah.aku ni,kawab kat uitm pun xde kat bahagian intake student baru, ini kan pulak kat KPT nun..haramm... tapi tu la kan, nak cite kat orang pun, semua bukan boleh paham yang kita cakap ni..layan kan je lah..

hurm..berbalik pasal Medina..pagi2 hantar gi umah BS, ptg baru amik.Khamis n Jumaat pulak amik kul 7..balik umah dia sibuk nak menyendeng je..pastu terus tido.kadang2 sempat tegur time bangunkan dia utk tukar pampers and feeding je..kalau dia tak tido pun, letak dia kat depan, aku terpaksa buat kerahan tenaga..time tu la nak basuh baju,jemur bau,lipat baju,packing brg dia utk esok, kemas rumah,iron baju..**pengsan**

kesian dia,kadang2 aku gi intai, dia dah lali sendiri je..tengok2 dah tido..nak wat camana kan..tambah lagi musim2 busy giler ni. kepala otak dok pikir keje je..Raja Muda nak datang wei..ada cacat cela, mati aku nak menanggung..huhu..2-3 hari ni keje aku dok melawat tapak and meeting..xtau berapa kali sehari.meeting pengurusan,meeting bajet,meeting teknikal..setakat 5hari minggu ni,tiap2 lunch makan nasi ayam je.makan xde feeling..tak sedar makanan masuk mulut..alasan..hahha.. yela, kita cuti panjang..benda dah run setengah jalan,kita tolong sambung2 je..but, bila jadi benda2 yang pending,yang tak settle, kena kat aku jugak balik..muka aku dh setebal jalan tar dah ni,hari2 kena sembur..cepat lah isnin!!!!selasa tu aku nak cuti..tak kira!!

kesian Medina, seriously...esok sepatutnya kena gi klinik.tapi memang tak dapat la..minggu depan kita gi ye..nasib baik dia ok, tak meragam, tak banyak karenah..survival baby..heh3..

apapun, aku harap everything will go smoothly. yea..banyak benda kena pikir, but life must go on.. utk kebaikan dalam kerjaya dan kehidupan..come on gurl!!! you can do it..nanti aku tempek2 gambar..sekarang memang tak sempat nak posing2 maut nye dah..


notahati: tak sanggup nak bayangkan hujung minggu ni nak kena tinggal Medina kat BS smpai malam..nop, TENGAHMALAM!!!