Thursday, August 1, 2013

UPT ku positif


Betul agaknya orang cakap selagi tak sanding, tak boleh mengandung. Well, terjadi padaku.

Kami nikah bulan 3, masa tu masing2 pun busy. Buat keputusan nak kawin pon sebab dua2 kerja kat Sabah dan boleh saling jaga menjaga antara satu sama lain.

Nak cukupkan syarat, bersanding la jugak kami pada raya ketiga.

Bila balik ke Sabah, saya posting di jabatan Anaesthesia, iaitu bius, kerjanya jaga patient dalam dewan bedah. Dalam dewan bedah, bahaya untuk ibu mengandung ialah sinaran X-Ray dan gas nitrous oxide (citer lenkali la yang ni)

Saya tak alami apa2 perubahan yang suggest saya mengandung, cuma period lewat 2 minggu, dan perut buncit sikit tapi lepas raya kot, perut buncit. Yang kelakarnya pegi open house pakai bengkung.. hihi

Di dewan bedah pulak, staf2 lelaki ada yang mengusik bila saya nak tolong angkat patient "Doktor jangan angkat bah benda2 berat. Risau sia orang baru kawin ni"

Akhirnya, sebab banyak terdedah kepada sinar X-Ray saya jadi risau jugak, buat keputusan untuk buat UPT - just to rule out. Buat kat makmal hospital ja, malas nak beli kat farmasi bagai. Dahla pegi hantar result sendiri, sambil2 tunggu result tu malu la jugak kot negatif.

Lama jugak nak kena tunggu ni, kalau negatif buang masa je, kata saya dalam hati.Then, MLT tu datang, bagi saya kertas result siap lipat lagi tu.

Bila saya bukak "UPT positive"

Ok, tekejut ok, sangat tak percaya...

Thursday, December 1, 2011

yela, salah aku...

Dah hampir sebulan kami cenggini.. aku just beranitgk tgk dia jak, nk tegur tak berani, nak pegang apatah lagi. yelah, salah aku...

Biarla die sejuk dulu kata aku, nanti die sendiri la akan tegur aku tu... walau da hampir sebulan cantu, takkan tak reti nak sejuk lg, besi pon da keras...

Satu hari, dia ajak aku klua.. punyala berbunga hatiku, ingatkan dia mmg nak berbaik suda.. hampeh bila sampai kat situ, langsung tak bercakap kami ni  macam org tak kenal saja... rupanya baru ku tahu, dia tak tau jalan nak pegi situ, sebab tuhla ajak aku.. hampeh¡

Walaupun cerita diatas macam tadak motip, tapi penulis iaitu Hafizi Sulaiman sebenarnya ingin mengingatkan hargailah sahabat anda sebab "SELEMAH-LEMAH MANUSIA IALAH ORANG YANG TIDAK BOLEH MENCARI SAHABAT DAN YANG LEBIH LEMAH IALAH ORANG YANG MENSIA-SIAKAN SAHABAT YANG DICARI DAN BERBURUK SANGKA KEPADANYA" SAIDINA ALI

WAS IT FUN TAKE ME FOR GRANTED? tanya hafizi lagi...

Friday, November 25, 2011

Working at home

I took a long time to realise, but i believe, i wouldn't be too late. Bekerja di Sabah adalah a bit advantage than other states cos kat sini kami byk hands-on, so most of the procedures kami boleh mesti buat. Saya da terer buat caesar and appendicectomy tp kenalah ada supervisor. Semasa saya di O&G, saya telah mendapat gambaran yang salah mengenai pekerjaan ini. Mane sempat nak habiskan procedure semua ni, MO bukan nak kasik pon, jadinya saya menjadi seorang yang menunggu peluang, bukan mencari peluang. Bila sampai time nak hantar logbook, mula la cari je MO senang2 tuk signkan mana2 procedure yg tertinggal.. adalah aktiviti yang dilakukan untuk mengcompletelkan logbook tersebut.

Ketika di surgery, ada seorang speacilist jatuh cinta dengan saya dan enggan melepaskan saya ke posting lain yang telah mengubah persepsi ini. Dia taklah cakap direct, tapi the way he treat me, make me realise the world that i choose is like that. This world will naver change, i must change the clothes. Act, yang menyedarkan saya ialah satu artikel tentang houseman yang low standard, keja malas, asik lari dari rumah, tipu logbook dan sebagainya (x sanggup nak teruskan) berbanding generasi yang lepas yang lebih reliable. Mungkin sebab kuantiti kita ramai, jadi masing2 harapkan orang lain tuk buat keja.

Kalau kita yang nk dapatkan procedure, kita lah yang mesti tunjuk kesungguhan, bukannya contoh nk buat appendicectomy la, sebelum ni OT pon tak tau kat mana, tiba2 datang nak perform. Sape la nk bagi macam tu kan? Kena la tunjukkan yang kita minat dari awal, contohnya gi observe dulu, pastu bila assist, mintakla nak cari appendix ke, nak suture ke.  Me also feel irritated ngan my colleague yang tak tau nak buat keja tp tak tanya pastu buat kerja merepek tapi nak belagak macam senior.

Hidup sebagai houseman yang seperti saya (nama je bijak) perlu sanggup berkorban masa, kerana this is the beginning of our career, masa yang paling penting. This is the time we must start to learn, take initiative nak perform semua procedure sementara ade supervision, sbb nanti bila kena hantar ke district sorang2, lu pikir la sendiri.

Masih belum terlewat untuk melakukakan perubahan bagi org yang baru sedar, yang dah lama sedar atau yang dah bijak, keep it up. Marilah bersihkan kembali nama baik houseman generasi ini.

Saturday, October 22, 2011

Allah penghibur..








Thursday, October 13, 2011

Marilah Kembali Menulis Blog

Lama suda blog ni kena tinggal rupanya... Trust me, byk gila benda i mo share.. Yelah, sejak i dtg saba ni, belum lagi menulis blog ni... Lama suda kan? Just nk share one thing that make me happy about working...

1. Berlaku di airport masa nak beli tiket balik kg
penjual tiket : kita kerja doktor kan? (kita kot sabah ialah awak)
Terkesima i sekejap, xkn nk beli tiket flight pon ade tulis kerja kot, sambil mengangguk kehairanan
Penjual tiket : kau lupa suda masa di likas, ko jaga saya, yang operation tu...
oh ye, saya ingat wanita ni yang babynya songsang, jadi kena operation tapi dia takut, jadi sayala yang memberi perangsang kepada dia... Cececeh

2. Berlaku di pondok parking airport jugak... Mase saya nak bayar parking..
Orang jaga pondok parking : eh, doktor...
Eh, terkejut jugak aku..
Rupenya budak tu penah kena admit, bile masa pon saya lupa suda

3. Berlaku di endoscopy room
Staff nurse : doktor, ko ingat saya?
Apa punye soalan la staff nurse ni. Kalau last week da jumpe kat scope room, mestila ingat, sebenarnya i have no idea who she is..
Staff nurse : Saya yang beranak hari tu masa doktor di likas ya g doktor kita contraction sampai tertido...
Ade meh tertido? Tu bukan ter.... Mmg nk tido pn... Hahahaha

Terasa glemer bukan? Nasib baik org x tau saya mak sedara fahry, kalau x lg glemer... Hehe.. Sebenarnya saya x pernah buat apa2 pon kepada mereka diatas, saya hanya menjadi wadah pertolongan ALLAH kepada mereka dan saya hanya menolong saja, tak mengharapakan balasan, sebab tu namanya menolong...
Kalau boleh mmg saya tak mau org kenal saya di luar hospital, sbb bila di luar saya adalah org takkan percaya ialah doktor... Hahahah



Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, March 5, 2011

Were U born great????

Of course u not..
U did mistake before and u were scold kaw-kaw by ur superior
and it's time to revenge ur inferior....

anyways, thanks for reminding me everyday....  it shows that u really care about me...
thanks so muchh...

Friday, February 11, 2011

Lebih baik x tolong..?

Mase bekerja aku sepatutnya da abis, tapi sebab nak kene buat night round, so terpaksa la overtime sikit sampai habis patient diround. Tibe2, datang la staff nurse cakap ade patient da boleh dipecahkan air ketuban die, nak antar labour room. Sebab aku doktor ade kat situ, so aku tolong la. Kalau diikutkan bukan kerja aku.

Mase pegang perut mamak (di Sabah, mama dipanggil mamak) tu, kepala baby, 3/5 la boleh rase kat perut die, maknenaya masuk jalan suda la tu.. dengan yakinnya, aku terus cuba memecahkan selaput ketuban itu, tp tak berjaya, lalu staff nurse itu plak cuba, dan berjaya. Apakah? doktor buleh kalah ngan staff nurse


Tidak semena2 kepala baby tu pusing naik atas, OMG.. what to do? So, kami pon panggil la doktor yang lebih besar. Die cube pusing kepala baby tu ke bawah, instead of kepala, tali pusat yang turun...  sebab aku yang berada depan mamak tu, maka aku la yang terpaksa menolak tali pusat tu masuk dalam perut mamak, tp jari aku kene selalu berada dalam mamak punya anu.... takut tali pusat jatuh lagi..

RED ALERT di ward. Apakah? Tak patut berlaku... lalu masukla aku ke dalam OT bersama mamak dengan jariku berada dalam $%$#&* nya.

The best part is, bukan senang nak dpt pengalaman cantu.I'm so proud of myself sbb bukan semua orang kena rasa.

The worst part is, kene incident report. Memang kesalahan besar act memecahkan air ketuban bila kepala baby tak masuk dalam jalan die, tp tadi kepala baby dah masuk Tak taula ape akan berlaku pada aku, kite tengok hari Isnin ni.




*Aku dalam kisah diatas ialah Dr AnandaMalayapam (nama sebenar). Lepas ni berhati2 la yer... kalau tak tau, tanya..

Blog Widget by LinkWithin

Blogger template 'YellowFlower' by Ourblogtemplates.com 2008