Tuesday, July 26, 2011

[ kuih raya ikea murah murah ]

harini aku cuti. cuti sebab ganti balik dating time wiken lepas yang terlepas. paham tak? haha. macam biasa cuti semata-mata sebab mahu menemani ncik M jenjalan. cuma kali ni aku baik sikit sebab apply cuti dulu, yang bulan lepas ni aku el. :P

sebenarnya kami mahu beli baju raya. kemain awal, puasa pun idak lagi. hehe. saja. bulan puasa nak duduk diam-diam dalam rumah. azam tahun ni tiap hari masak untuk berbuka. ecececeh. kita tengok azam ke azamkemano.

tapi malangnya membawa diri hingga ke kl kami pergi tapi baju pujaan aku tak dapat. ncik M juga pantas dan tuntas. takpe, sabtu ni teruskan usaha lagi. pasti dapat yang cun! :D

dan sebenar-benarnya bukan semata-mata nak bagitahu aku cuti tapi nak share sesuatu yang murah. aku ni, bila benda murah kan aku suka. ngee. masa jalan-jalan di ikea siang tadi aku ternampak staf ikea ni baru nak pasang banner hari raya dan gigih menyusun kuih raya. ikea ni memang makbapak jela dorang tak jual. aku sesaje je belek. kot-kot ada menarik. yup ada yang menarik aku sebab kuih raya ikea murah! cuma rm10 SAHAJA untuk satu kotak. setiap kotak ada 30-35 keping. errkk baru aku tahu. tak nyempat-nyempat dorang susun aku dah rempat. hihi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


almond london, sugi (feberet aku), tart nenas (feberet aku jugak) & snow almond. aku dan ncik M dah rasa. sedapp! rupa kuih menarik, kemas, packaging pun cantik dan untuk harga rm10 sekotak sangat-sangat la berbaloi. selalu tiap tahun aku beli kat akak ofis. harga standard rm22-rm35 sekotak. rasa lebih kurang je atau aku ni memang tak pandai merasa. hihi. lagipun tahun ni untuk rumah kena ada kuih raya. jadi asal tak kosong meja kopi sudah. kan. yang penting meja makan. hehe.

sabtu ni ada hati nak pergi beli lagi. harap-harap kuih sugi masih ada. :P


3 comments:

sayahappyslalu said...

nak pesan boleh tak? akak suka snow almond.. hehe.. last week pergi ikea, tak pergi pun tempat kuih2.. ruginya..

[k.u.y.a] said...

snow almond je? cukup? hehe. insyaAllah, kalau jadi pergi orang msg kak emy eh. :P

sayahappyslalu said...

okay.. snow almond ye.. yg lain, order kat kawan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...