SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA
buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah),
ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati.
(asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net
LCD Text Generator at TextSpace.net
Showing posts with label kerabu. Show all posts
Showing posts with label kerabu. Show all posts
Thursday 9 August 2012
Resepi Kerabu Mangga
Tuesday 15 November 2011
Kerabu Perut & Taugeh
Bahan
500 gm perut [rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil]
5 biji jus limau linpis
1 cawan taugeh [buangkan kakinya]
1 s/b sos ikan
garam dan gula secukup rasa
Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
5 tangkai kacang panjang
1 biji cili merah
Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 ulas bawang merah
Cara
1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.
2. Hidangkan ngan nasi putih.
Kerabu Pucuk Paku
\
Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula
Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa
Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.
NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.
Kerabu Sotong
Bahan A :
500 gram sotong ...buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan
1 sudu teh gula pasir
Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda
Cara:
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan
Kerabu Sayur
Bahan
10 tangkai kacang botol ]
2 kuntum bunga kantan ]
3 tangkai daun kesum ] hiris/mayang halus
10 pokok daun selom ]
5 tangkai cili merah ]
1 labu bawang besar ]
1 cawan taugeh
1/2 cawan kelapa [goreng ]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isinya]
garam
gula
Bahan Sambal
5 tangkai cil merah ]
5 tangkai cili api ] tumbuk halus
sedikit belacan ]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
Cara
1. Gaulkan semua bahan sambal dengan kelapa, isi ikan, garam dan gula.
2. Masukkan sayuran s dan kacau supaya semua rata.
3. Rasakan masam dan masinnya.
4. Hidangkan
Kerabu Jantung Pisang
Bahan
1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula
Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam
Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Kerabu Kacang Botol
Bahan
20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam
gula
Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering
Cara.
1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api.
3. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
4. Hidangkan.
Monday 31 October 2011
Kerabu daun selom dengan bunga kantan.
Bahan bahan:
Daun selom
4 sudu besar udang kering
1/2 cawan kelapa parut
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 inci halia.
2 kuntum bunga kantan
1 batang serai
10 biji cili api(kalau tak mau pedas boleh kurangkan)
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa.
Cara cara
Hiris daun selom dan ketepikan, kisarkan kesesemua bahan bahan dia
,kecuali bunga kantan bawang besar dan buah limau ..kemudian gaulkan bahan kisar tadi dengan daun selom,masukkan garam,gula, perahan buah limau,hirisan bunga kantan dan bawang besar
Tuesday 18 October 2011
Kerabu salom
Bahan-bahan ( 4~6 orang makan )
* 1 labu bawang besar / 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 inch cekur
* sedikit belacan (dibakar sekejap)
* 6 biji cili padi (boleh + jika mahu pedas)
* sedikit bilis
100 gram kelapa parut
secubit garam/gula
seikat daun salom
Cara-cara
Bawang-bilis
Satukan kesemua bahan * dan diblend kering / tumbuk lumat
Masukkan no.1 kedalam kelapa parut dan digaul rata.Perasakan ngan secubit garam dan gula
Goreng tanpa minyak dengan api perlahan sehingga semua sebati n kelapa agak kering.Kacau slalu untuk mengelakkan sambal menjadi hangit.
Kelapa_goreng
Sambal kelapa yang siap, boleh diisi ke dalam bekas.Ketepikan.
Potong daun salom.Masukkan sambal yang telah siap tadi.gaul sebati dan sedia dihidang bersama nasi putih n lauk pauk yang lain.
Saturday 15 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)