Kata Aluan:


Monday 6 January 2014

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 Tahun 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersua kembali kita di sini. Sudahkah anda membaca entry sebelum ini? Sekiranya belum, bolehlah belek-belek semula post yang sebelum ini.

Kali ini pihak kami ingin memaparkan beberapa foto sepanjang Minggu Orientasi Pelajar Baru. Adik-adik Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 melalui minggu orientasi ini bermula 1/1/2014 hingga 5/1/2014.

Program ini di kemudikan barisan kaunselor-kaunselor SMK Permas Jaya 2 yang mantap. Pelbagai pengisian telah diadakan seperti latihan nyanyian Negaraku, Lagu Bangsa Johor, dan Lagu Sekolah.

Selain itu juga, pelajar-pelajar juga di beri pelbagai taklimat seperti taklimat PBS, taklimat Disiplin dan sebagainya.


Tidak lupa juga taklimat dari pihak kami pada hari terakhir pada 5/1/2014 sebelum majlis penutup. Taklimat Pusat Sumber Sekolah telah di beri oleh Guru Perpustakaan dan Media. Dalam taklimat tersebut, pelajar di dedahkan dengan peraturan penggunaan pusat sumber, peraturan pinjaman buku, tatacara membuat kad pinjaman PSS, pengawas pusat sumber dan sebagainya.

Di sini di lampirkan gambar sesi taklimat PSS.



Sekian.

Sei Pendaftaran Pelajar Tahun 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama Pusat Sumber SMK Permas Jaya 2 tidak mengemaskini blog ini untuk di jadikan sumber bahan berita yang terjadi di sekolah. Mungkin kekangan masa yang menyebabkan perkara ini terjadi.

InsyaAllah azam tahun ini blog ini akan sentiasa di kemaskini dengan berita-berita semasa yang berlaku di sekolah kami.

Di 'entry' ini kami ingin berkongsi beberapa gambar semasa sesi pendaftaran pelajar bagi sesi persekolahan tahun 2014.

Majlis ini telah di adakan pada 31/12/2013 sehari sebelum sesi persekolahan di buka.



Pendaftaran kali ini melibatkan semua pelajar baru dan pelajar lama. Bagi pelajar lama, pendaftaran hanya melibatkan sesi berjumpa Guru Tingkatan. Manakala pelajar baru terutamanya pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 di mulakann dengan sesi taklimat bersama Pengetua dan taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada ibu bapa di Dewan Ibu Zain.

Pada hari ini juga sesi jualan buku di kedai koperasi serta sesi pengedaran buku teks kepada pelajar.


Setakat ini sahaja terlebih dahulu entry pada kali ini. Semoga berjumpa di lain masa.

Wednesday 15 May 2013

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Sempena dengan pembinaan blog baru (yang lama tak dapat di buka) bagi Pusat Sumber SMK Permas Jaya 2 ini, Pusat Sumber SMK Permas Jaya 2 dengan ini mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Guru 2013' kepada semua guru SMK Permas Jaya 2. Semoga terus mendidik anak bangsa supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.