Selamat Datang

Nisa' Indoor Games PLPDT '09

ASSALAMUALAIKUM.

SUKACITANYA DIMAKLUMKAN, MUSLIMAT PLPDT AKAN MENGANJURKAN Nisa' INDOOR GAMES PLPDT 2009

PIMPINAN MUSLIMAT PLPDT AKAN MENGAKADAN DI TEMPAT TERTUTUP BAGI MENJAGA AURAT DAN MENJAGA PANDANGAN PESERTA DARI DILIHAT UMUM DAN MEMBERI KESELESAAN PADA KESEMUA PESERTA.

PIHAK PENGAJUR INGIN MEMBUKA PENYERTAAN KEPADA SEMUA LEPASAN PELAJAR MUSLIMAT DARUL TAQWA BAGI MEMBUAT PENGIRAAN BAGI MENEMPAH SAIZ DEWAN YANG BERSESUAIAN.

SEBARANG PENYERTAAN BOLEH LAH EMAIL NAMA DAN NO. HP KE : plpdt2009@gmail.com atau meseg kepada PENGARAH NISA' INDOOR GAMES : 019-9183981 (Ustazah Asma')

SUKAN KEARAH IKATAN KASIH

WASSALAMUALAIKUM.


Read more...

Mesyuarat PLPDT Kali Pertama

Batu Enam 17hb April 2009 (Buletin PLPDT) - PLPDT telah mengadakan Mesyuaratnya kali pertama yang diadakan di Bilik Mesyuarat Darul Taqwa selepas Mesyuarat dengan Pengasas PLPDT iaitu Alfadhil Ustaz Azhar Rejab. Mesyuarat itu yang di pengerusikan sendiri oleh Presiden PLPDT bermula pukul 3 petang.

Mesyuarat itu banyak meluluskan usul-usul yang berkaitan dengan kewangan, pengesahan jawatan dan memilih Ahli Lembaga Syura PLPDT sebagai Penasihat dengan diagihkan Bidang tugas khusus bagi memantau kelancaran Bidang Tugas setiap Biro-biro. Saudara Ahmad Tarmizi Salleh selaku Ahli Lembaga Syura menyatakan akan menumpukan sepenuhnya kepada PLPDT bagi memantapkan kepimpinan yang baru ini.

Dalam mesyuarat itu juga, Pengarah Suruhanjaya PilihanRaya dipilih mengikut tokoh dan pengalaman dalam menjalankan program-program yang pernah dijalankan oleh PLPDT. Setelah membuat percalonan dan pengundian, ahli Mesyuarat sebulan suara memilih Saudara Syukri bin Othman sebagai Pengarah Suruhanjaya PlihanRaya PLPDT 2009/2010. Beliau adalah seorang Pensyarah Multimedia di PTPL cawangan Kuala Terengganu. Suruhanjaya Pilihan Raya dibentuk lebih awal bagi bertujuan membuat persedian lebih awal dan mengemas kini ahli Jawatankuasa bagi mengurangkan pertindihan tugas ketika Pemilihan baru nanti.

Presiden juga menerangkan beberapa Aktiviti-aktiviti Madrasah, antaranya Kem Anak Soleh dan Solehah pada 23 dan 24 hb April 2009 (Hari Khamis pukul 2 ptg perasmian dan berakhir pagi jumaat)di Madrasah Dar Attaqwa dan akan menyiapkan Bilik Mesyuarat Madrasah Dar Attaqwa dalam masa 6 bulan dengan dibantu oleh sumbangan Orang ramai.

Mesyuarat itu berakhir pukul 5.45 petang selepas Tazkirah yang disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Jailani bin mamat selaku Pengerusi Biro Hubungan Luar dan IPT PLPDT. Mesyuarat itu diakhiri dengan tasbih Kaffarah dan surah al-Asyh

-Unit Penerangan PLPDT


Read more...

Pembentukan Kelab Usahawan

BATU ENAM 28 MAC 2009 (Buletin PLPDT) - Biro Kewangan dan Usahawan PLPDT, Ustaz Ibrahim Haji Harun telah mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Syarikat dNur Optometris Saudara Mohd Abdul Hadi Bin Dagang dan disaksikan oleh Presiden PLPDT sendiri iaitu Ustaz Mohd Shahril Bin Mohd Alim di Bilik Mesyuarat dNur Optometris pada pukul 10.00 pagi semalam.

Majlis itu yang dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Biro Kewangan dan usahawan, Ustaz Ibrahim Bin Haji Harun. Ustaz Ibrahim Bin Haji Harun menceritakan serba sedikit tentang keutamaan mengwujudkan kelab usahawan bagi membantu PLPDT khasnya dan Madrasah Dar Attaqwa Amnya dari segi kewangan.


Pengerusi Biro banyak menekankan tentang perjalanan dan tugas-tugas yang akan dijalankan oleh Kelab Ini dan perlunya melantik seorang ketua yang beribawa untuk menerajui Kelab Usahawan PLPDT yang dibawah jagaan Biro Kewangan dan Usahawan. Pada pagi itu juga, banyak cadangan-cadangan individu yang dirasakan layak untuk menerajui Kelab ini akan tetapi selepas kata sepakat di terima, Hanya seorang sahaja yang layak menerajui Kelab ini.


Ahli mesyuarat sepakat bersetuju melantik Pengurus Syarikat dNur Optimetris selaku Ketua Kelab Usahawan PLPDT yang pertama. Perlantikan ini dibuat berdasarkan komitmen yang telah ditunjukkan oleh saudara mohd Abdul Hadi sebelum ini dan berpandukan pengalaman beliau yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada persatuan dan kebiasaannya dalam pengurusan persatuan ini yang berusia hampir dua abad ini.
Beliau berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam kadar kemampuan untuk merialisasikan impian PLPDT untuk menjadi tulang belakang Madrasah Darattaqwa yang disebut-sebut oleh orang kampung sebagai Pusat Tarbiyyah yang terulung di Kuala Nerus ini.

Dalam masa yang sama banyak Plan Ekonomi yang dibentangkan oleh Pengerusi Biro Kewangan dan Usahawan untuk dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini selepas mendapat perkenan Penasihat PLPDT iaitu AlFadhil Ustaz Azhar Rejab yang bersama untuk memajukan ekonomi Persatuan ini.

Selepas 2 jam mengadakan perbincangan secara terperinci. Majlis itu berkesudahan tepat jam 12.00 tengah hari dan ditutup oleh Pengerusi Biro dengan Surat Wal asyh dan Tasbih Kaffarah. - Unit Penerangan PLPDT


Read more...

Perjumpaan Presiden dengan Biro Penerangan, Media & Inovasi

BATU ENAM: 20 Mac (Buletin PLPDT) - Presiden PLPDT, Ustaz Mohd Shahril Bin Mohd Alim telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi 1 Biro Penerangan, Media dan Inovasi iaitu Ustaz Wan Mohammad Nasiruddin bin Wan Ahmad dan Ustaz Muhammad Nasih Ulwan bin Zakaria di Markaz Tarbiyyah PLPDT, dekat sini.

Majlis itu yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden, banyak menceritakan tentang motif penubuhan Biro itu dan bidang tugas yang akan dilaksanakan oleh Biro ini. Pengerusi dan Timbalannya sedikit sebanyak mencadangkan kepada Persatuan beberapa program dan cadangan bagi memantapkan Biro itu sendiri bagi menguatkan lagi Persatuan dan merialisasikan apa yang telah kita cadangkan sebelum ini berjalan lancar selari dengan kehendak Allah Azzawajalla.

Bagi Pengerusi Biro, Blog Rasmi PLPDT sangat penting dalam menjayakan misi persatuan. Sambil itu beliau memberi keyakinan akan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen kepada PLPDT dan Presiden sendiri di samping sentiasa mengemas kini blog ini dari masa kesemasa untuk tatapan Ahli-ahli PLPDT dan para pengunjung.


Majlis itu ditangguhkan tepat jam 6.00 petang dengan Tasbih kaffarah dan Surah Al-asy dan jamuan ringan disediakan oleh Pihak Biro bagi meraikan kedatangan Presiden.

- Unit Penerangan PLPDT


Read more...

Temuramah Bersama Presiden PLPDT

BATU ENAM 22 MAC 2009 (Buletin PLPDT) Selepas perjumpaan PRESIDEN dengan Biro Penerangan, Multimedia dan Inovasi. Unit Penerangan telah membuat temujanji dengan PRESIDEN untuk mengadakan sesi temuramah dan bertujuan untuk mengetahui serba sedikit perkara-perkara yang akan diumumkan tentang belanjawan bagi PLPDT dan Biro-biro untuk tahun ini dan aktiviti-aktiviti perdana yang melibatkan Asatizah Madrasah Dar Attaqwa, Majlis Ibu Bapa dan Guru serta Ahli-ahli yang berminat.
Biro difahamkan oleh PRESIDEN sendiri yang beliau akan membentangkan belanjawan dan perutukan bagi setiap Biro-biro untuk Program bagi tahun ini selepas perjumpaan dengan biro-biro yang hanya berbaki 3 biro lagi dan dalam masa yang sama akan merasmikan KELAB USAHAWAN yang telah siap organisasinya.


Tegas Presiden lagi, Program pertama PLPDT bagi tahun ini ialah mengadakan Rehlah Mahabbah Perdana bilamana cukup bajet dan setelah menemui tempat yang sesuai dengan bilangan peserta yang dijangkakan melebihi 70 orang. Ini kerana pada permulaannya, PLPDT membuka penyertaan hanya pada Ahli-ahli sahaja tetapi permintaan daripada Para Asatizah agar dibuat sekaligus dengan penyertaan Majlis Ibu Bapa dan Guru yang baru dipilih adalah kerana bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan tetapi dapat menjimatkan kos dan boleh dimasukkan dalam takwim Madrasah.Berkemungkinan besar, PLPDT akan bergabung dengan Majlis Ibu Bapa dan Guru kerana masing-masing mempunyai Ahli yang ramai dan dapat berkerjasama untuk program perdana ini. Pengumuman ini akan dibuat selepas perjumpaan PRESIDEN dengan wakil Biro-biro dan Majlis Ibu Bapa dan Guru.

Kami juga difahamkan. Rehlah Mahabbah Perdana dibuka pada kesemua Ahli-ahli PLPDT, Para Asatizah dan Majlis Ibu Bapa dan Guru yang akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat ini bagi bertujuan mengadakan kutipan yuran secara berperingkat agar tidak membebankan peserta-peserta yang ingin menyertainya. Rehlah Mahabbah Perdana ini di adakan bertujuan memperkenalkan Barisan Kepimpinan baru yang menerajui PLPDT bagi tahun 2009-2010 dan merapatkan lagi jalinan dengan Ahli-ahli PLPDT, Asatizah Madrasah dan Majlis Ibu Bapa dan Guru itu sendiri. Jika tiada masalah dan halangan ataupun pertembungan program seperti Pilihanraya kecil yang terdekat ini dan muktamar tahunan, Perbentangan akan dibuat pada pertengahan bulan 4 bagi sesi ini. tertakluk pada pindaan.

Kami dari bilik Buletin akan menyampaikan berita terkini tentang aktiviti-aktivi Madrasah dan Persatuan dari masa kesemasa kepada Ahli-ahli PLPDT dan pengunjung sepertimana yang dikehendaki oleh pihak pimpinan.
-Unit Penerangan


Read more...

Lawatan Mahabbah

WAKAF TENGAH 19 MAC 09 (Buletin PLPDT) : Buat pertama kalinya hubungan rasmi diwujudkan oleh PERSATUAN LEPASAN PELAJAR DARUL TAQWA (PLPDT) dengan PERSATUAN PELAJAR LEPASAN DARUL IHSAN (PPLDI) di Pusat Tarbiyyah Wakaf Tengah.

Peluang itu diambil oleh PLPDT bagi mengwujudkan ukhuwwah diantara Dar-dar yang telah dimulakan oleh pihak Madrasah yang bertujuan menyatukan sekolah Agama Rakyat (Dar-dar) dibawah satu rumpun yang melambangkan keakraban dan penyatuan fikrah dalam merialisasikan asas penubuhan Madrasah iaitu bersatu mentarbiyyah masyarakat.

Kunjungan itu diketuai oleh Presiden PLPDT yang diiringi oleh Timbalan Presiden iaitu Ustaz Khairi Yunuf, Pengerusi Biro Penerangan, Multimedia dan Inovasi iaitu Ustaz Wan mohd Nasiruddin dan Timbalan Pengerusi 1 Biro Kebudayaan, sukan dan Kesenian iaitu Ustaz Amirluddin bin Yusuf yang disambut oleh Presiden PPLDI iaitu Mujahid dan Setiausaha PPLDI.

Majlis itu berlangsung selama satu jam yang banyak menekankan tentang pengenalan dan modus operandi persatuan masing-masing. Presiden PLPDT memberi jaminan untuk memberi tunjuk ajar dan pengalaman yang ada kepada PPLDI. Harapan Presiden PLPDT, semoga hubungan ini dapat menguatkan lagi usaha mendidik ahli Persatuan masing-masing agar menjaga akhlak dan nama baik Madrasah. Dalam Masa yang sama menjadi contoh pada masyarat umum.
-Unit Penerangan PLPDT


Read more...

Perjumpaan Presiden Dengan Biro Hubungan Luar & IPT

GOMBAK 14 MAC (Buletin Plpdt) - Presiden PLPDT, Ustaz Mohd Shahril Bin Mohd Alim telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi 2 Biro Hubungan Luar dan I.P.T (Institusi Pengajian Tinggi) iaitu Ustaz Jailani Bin Mamat dan Ustazah Ida Rayani binti Muhamad di Cafe Mahalah Nusaibah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada pukul 6.00 malam semalam.

Majlis itu yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden, banyak menceritakan tentang motif penubuhan Biro itu. Pengerusi dan Timbalannya tidak kering gusi mencadangkan pada Persatuan dan Biro itu sendiri bagi menguatkan lagi Persatuan dan merialisasikan apa yang telah kita cadangkan sebelum ini.


Bagi Pengerusi Biro, Lawatan Presiden ke setiap Biro-biro ini menyuntik semangat dan berjanji akan membantu Persatuan dan Madrasah sedaya mungkin bagi menyambung perjuangan dahulu yang inginkan Madrasah dan keluarannya menjadi Ulama',Umarak dan Pejuang agama Allah dimasa akan datang.


Majlis itu berkesudahan tepat jam 7.15 petang dan jamuan disediakan oleh Biro bagi meraikan kedatangan Presiden.
- Unit Penerangan PLPDT


Read more...

Piala Mudir Madrasah Dar Attaqwa

Assalamualaikum wbt

sukacitanya kami BIRO KEBUDAYAAN, SUKAN DAN KESENIAN ingin meneruskan idea yang diutarakan oleh PRESIDEN untuk menganjurkan PIALA MUDIR MADRASAH DAR ATTAQWA dalam masa terdekat ini.

Kita akan jalinkan hubungan dengan Asatizah dengan meminta Asatizah menghantar satu kumpulan dengan persembahan khas daripada Tuan Mudir, Majlis Ibu Bapa dan Guru dua atau tiga kumpulan dan kita Ahli lepasan Pelajar menghantar sebanyak mungkin bagi memeriahkan program ini.

kami akan umumkan Tarikh dan Aturacara selepas mesyuarat dengan PRESIDEN bagi mengesahkan JawatanKuasa Biro secepat mungkin.

Kami memohon kerjasama dari pada kawan-kawan, sahabat-sahabiah untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Sekian, Wassalamualaikum WBT.

"Majulah Sukan untuk Menegakkan kalimah Allah"


Penyelaras BIRO KEBUDAYAAN, SUKAN DAN KESENIAN.


Read more...

Program Pelajar Tahun 5

Assalamualaikum wbt

Dijemput semua saudara-saudari, ustaz-ustazah untuk membantu sebagai Fesilitator ke

KEM ANAK SOLEH DAN SOLEHAH 1

Pada : Hari Khamis dan Jumaat
Tarikh : 12 dan 13 haribulan 3 2009
Masa : 2.00 petang (waktu Pendaftaran)
Tempat : Madrasah Darut Taqwa, batu Enam.
Ketua Fesiletator : Ustaz Khairi Yunus (013-9043446)

kita memerlukan 25 orang Fasiletator dari kalangan abang-abang lepasan untuk membantu Asatizah

kita yang ikhlas mendidik tanpa jemu sehingga kita berjaya hari ini berkat dari keikhlasan asatizah kita di darut Taqwa. Bagi yang berkelapangan boleh lah menghubungi ketua fesi untuk record kedatangan. Kita mengharapkan, segala usaha kita ini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit bebanan dalam masa yang sama kita dapat mengukuhkan ukhuwwah dan bergurau senda bersama Asatizah Dar Attaqwa.

"SEMOGA ALLAH SWA MEMBALAS SEGALA BANTUAN YANG KITA CURAHKAN PADA SEKOLAH"

Sirru Aala Barakatillah,Wassalamualaikum Wbt


Presiden
2009-2010


Read more...

Keputusan Mesyuarat

Assalamualaikum w.b.t

Syukur pada Allah subhanawataala kerana telah memberi peluang untuk kita menjayakan Mesyuarat Pengesahan Jawatan bersama penasihat Al-Fadhil Ustaz Azhar Rejab.

Banyak isi sari cerita dari mula-mula tertubuhnya Madrasah hingga sekarang. Banyak liku-liku yang dilalui pejuang-pejuang dahulu yang akan diceritakan dimasa akan datang untuk pengetahuan ahli-ahli sekelian. Disini saya akan maklumkan organisasi yang telah disahkan oleh Mesyuarat Sebentar tadi.

Sehubungan dengan itu kami memohon kerjasama dari ahli agar memberi ketaatan kepada pimpinan kelagimana tidak bercanggah dengan syariat.

Dengan itu kami akan mengumumkan Plan Perancangan Tahunan untuk tantapan dan rujukan Saudara-Saudari sekelian.

Sekian, Wassalamualaikum WBT.

"Mendukung Perjuangan Madrasah"


Yang Menjalankan Amanah,



..................................................
Ustaz Rohisyam B. Ramli
Setiausaha Agong PLPDT
2009-2010


Read more...

Mesyuarat Jawatankuasa PLPDT 2009-2010

Assalamualaikum WBT

Saya dengan berbesar hati menjemput saudara-saudari yang dilantik sebagai pimpinan PLPDT bagi sesi 2009-2010 pada 21-2-2009 ke Mesyuarat pertama bersama pengasas Alfadhil Ustaz Azhar Rezab di Bilik Mesyuarat Darul Taqwa

Pada : 9hb Mac 2009
Hari : Isnin
Pukul : 9.00 pagi
aktiviti : *pengesahan jawatan *bacaan ikrar *perkara berbangkit *penyerahan FAIL Biro-Biro

kehadiran saudara-saudari saya ucapkan jazakumullah. semoga Allah membalasnya

sekian, Wassalamualaikum.

Setiausaha Agung 2009-2010


Read more...