Saturday, March 21, 2009

Pemuda UMNO: Buta Mata atau Buta Perut !!!

Butanya Pemuda-Pemuda UMNO Bahagian seluruh negara , bilamana orang kanan dalam parti mereka dituduh merasuah sebelum pemilihan. Apakah tafsiran Pemuda UMNO. Adakah mereka mahu buktinya sendiri, bagaimana dibuktikan, siapakah yang menjumpai bukti, di mana bukti itu diperolehi. sah atau sahihkah bukti tersebut. Apa kah hukuman yang lima itu diguna pakai. Adakah ia menyangkut dengan 5 syarat dalam kaedah berhukum. Apakah rasuah ini WAJIB, HARAM, SUNAT, HARUS, MAKRUH.

Atau tidak jumpa istilah dalam BM kot sebab semua dah fasih dan mahir berbahasa Inggeris. Mungkin Politik Wang sahaja agaknya. Bila berpolitik bagi mereka ia bukan dalam hal ehwal ibadat. Bagi Pemuda UMNO ibadat adalah pergi haji, puasa, sembahyang, zakat sahaja kot.

Sementara di mana duduk SPRM dalam hal ini. Kemut bertindak tunggu laporan siapa tak tahu. Walaupun banyak laporan dah dibuat, mungkin dia tunggu laporan daripada Tingkat 4 kot.

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Keputusan melucutkan hak Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno muktamad hari ini ekoran langkah Lembaga Rayuan menolak rayuan beliau.

No comments: