30 January 2010

Majlis Penerangan Penggunaan Buku Rekod Ladang










Tarikh: 21 Jan 2010
Tempat: Dewan KEMAS Slim River

Majlis ini dijalankan oleh RISDA Stesen Batang Padang Selatan(Slim River) dengan kerjasama RISDA Daerah Batang Padang/Hilir Perak.Penerangan telah disampaikan oleh Kakitangan RISDA Stesen Batang Padang Selatan dan Pegawai dari RISDA Daerah Batang Padang/Hilir Perak,Tapah. Semua peserta yang hadir memberi maklum balas yang positif.Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini secara langsung atau pun tidak.

sekian,terima kasih

salam hormat dari,

admin...

Kursus Pra Tanam Semula Berkelompok (TSB)

Tarikh:20 Jan 2010
Tempat: D.O.R.Kg.Rahmat,Cgkt.Sulaiman, Sungkai,Perak.

Kursus ini dijalankan oleh RISDA Stesen Batang Padang Tengah (Bidor) dengan kerjasama RISDA Daerah Batang Padang/Hilir Perak.Kursus ini dihadiri oleh semua ahli Tanam Semula Berkelompok (TSB).Pelbagai penerangan telah diberikan kepada mereka yang hadir.Semoga mereka akan terus berjaya dalam memajukan Tanam Semula Berkelompok tersebut.

Sekian,terima kasih.

admin......

Majlis Penerangan Penggunaan Buku Rekod Ladang

Majlis ini selamat dijalankan pada 12 Jan 2010 bertempat di M.I.D Bt.3,Temoh,Perak.
Program ini dikendalikan oleh Pejabat RISDA Stesen Batang Padang Utara dengan penyeliaan oleh Pejabat RISDA Daerah Batang Padang/Hilir Perak.Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai kaum bertepatan dengan slogan Satu Malaysia.Pelbagai penerangan telah diberikan oleh Pembantu Pertanian RISDA Stesen Batang Padang Utara dan Pegawai dari RISDA Daerah Batang Padang/Hilir Perak.Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Teruskan usaha murni ini untuk membantu Pekebun Kecil.

sekian,terima kasih.


Selamat Datang ke Blog Unit Pengembangan RISDA Tapah,Perak

Assamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.Blog ini diwujudkan untuk menyiarkan segala aktiviti Unit Pengembangan RISDA Tapah,Perak.Diharap anda semua berpuas hati dan terima kasih kerana sudi singgah di Blog ini.

Sekian.

Salam dari admin,

mohd rafizan b. abdul raof
Unit Pengembangan RISDA Tapah,Perak.
e-mail: whoami_71004@yahoo.com