Isnin, 28 November 2011

kisah Cinta


Apa Itu Cinta?



Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.



Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.



Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.



Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.



Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.



Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.



Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.



Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.



Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.



Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.



Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.



Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

- Saidina Umar Ibnul Khattab –

Ahad, 27 November 2011

Ketika Di Cameron Highland


ni masa kat cameron highland...
1 Family pergi...
ketika aku masuk rumah sewa tgk dalam rumah besar luar mcm buruk tapi memang best...
ini lah bilik(gambar) aku dah COP dah bilik.. akak2 aku berebut-rebut nak cari bilik...hehe
tapi aku dah dapat bilik besar pulak tu...
hehehe...

Ady Putra-Dia Untukku

Khamis, 21 April 2011

Kisah Benar Sewaktu Pulang Dari Sekolah

Assalamualaikum.
Saya ingin bercerita tentang tragedi yang berlaku pada hari isnin 18/4/2011.
sewaktu saya balik sekolah untuk pulang ke rumah.sewaktu saya balik dari sekolah untuk pulang ke rumah saya menaiki motosikal.waktu itu hujan renyai-renyai sewaktu dipertengahan jalan diantara SMK Taman Medan dan SK Taman Medan berlaku lah kejadian yang tak diduga.motosikal saya telah melangar kereta produa yang secara tiba-tiba berhenti di hadapan saya.ketika itu,saya membawa motosikal tak begitu laju disebabkan kereta itu berhenti secara tiba-tiba membuatkan saya tidak sempat membreak motosikal lalu melangar belakang kereta itu.saya begitu terkejut sekali nasiblah saya tak jatuh cuma motosikal sahaja yang rosak.dalam keadaan saya yang terkejut kereta itu terus pergi meninggal saya dalam keadaan terpiga-piga.hujan masih renyai-renyai saya meneruskan perjalan untuk balik ke rumah dan keadaan motosikal yang rosak.apabila sampai ke rumah saya amat-amati motosikal yang rosak baru saya terpikir kenapa kereta itu meninggalkan saya dan tidak mengambil tindakan atau memarahi saya.

SEKIAN TERIMA KASIH

Ahad, 20 Mac 2011

coretan

suka duka salih berganti.Ada masa berbahagialah namun ade
masenye ia duka.......Bait2 kata yg terucap mnjadi kata yg trindah
mmnuhi kamarsuri hati yg rawan.Kita takkan sepanjang mase bhgia
tp bukan lah jgk bermakna x kn bhgia spnjg mase ..

HIDUP YANG IBARAT RODA MNJD TEATER KHIDUPAN INI.sekejap
kebwh mncium bumi ,skejap keatas menggapai bntang...
berputar lg dan tak kn brhnti...

bg2 jgk lah PENGALAMAN,KEGAGALAN dan KEJAYAAN..
pd aslnya ia ggl nmun ia x akn ggl lg.
brjya blm tn2 bjy lg...
bak kate org..

'azmin kegagalan bkn penghalang utk maju khdpn myaingi org lain
kita blh gne kn kejayaan org lain sbg panduan kite.ambil kggln org lain sbg pedoman agr kite tdk
ggl dlm perkara yg same......Namun kita sendiri perlu mencuba,menghayati dan merasai
perkara yg sama agar ia akn mnjd pgalaman yg akn dibawa bersama...

kerana kita jga tdk tahu adakah kejayaan org mrupakan kejayaan kita,atau
sbaliknya adkh kgagalan org lain adlh kggln kita...'

hari ini aq ggl ....aq gagal mmbawa diri sendiri berjaya final exam ni...
nmun aq perlu mencuba.klau ggl jdkn kggln i2 sbg pengajaran.
kegagalan bkn penghalang utk terus berjaya.kegagalan bkn titik noktah
perjalanan..
kegagalan adlh lgkah permulaan perjalanan
Tahniah azmin!!!ini adalah keputusan nye walau ia amat sukar utk diterima...
yg pasty ia adalah hasil usaha sendiri ...
kata2 motivasi sntiase mnemani hati yg sdg duka ..
minda di positifkan dgn cekal dan tabah serta terima hakikat
kegagalan dan memandg yakin bakal merampas dn merebut kejayaan...
kata2 ini diguna sbaik mgkn

hanya ALHAMDULILLAH .
dan TAHNIAH ,TAHNIAH DAN TAHNIAH....
meski ia fail atau pOn tak. . .meski ucpn ini bkn penghargaan dr org lain..
nmun ckuplah ia pghargaan buat diri sndiri yg telah berusaha...
inilah penghargaan yg plg besar buat diri sendiri...

mungkin dlm mencari ilmu slme ni ...
byk kekurangannya dlm pelajaran,
mgkn aq terlalu inginkn kejayaan,mgkn aq terlalu yakin,
dan beribu kemungkinan lagi

pelajari kelemahan kita .perbaiki kesilapan yg pernah kita lakukan utk
kejayaan yg gemilang dimase hadapan...ia akn menjdkan kita manusia matang dan
berdisiplin utk melangkah sebagai juara.....