Selamat Datang

Secebis kisah coretan perjalanan hidup daripada seorang yang berfikiran positif dan memandang jauh ke hadapan

Thursday, October 30, 2014

Fuhhh....4 Tahun Kemudian...

30 NOVEMBER 2014 . setelah 4 tahun, kini ku berada di Tanah Melayu.

Kalau tidak disebabkan oleh kursus Teknologi Maklumat Komunikasi Tahun 5, RASENYA blog ini tidak akan diupdate sampai bila-bila.

hari ini hari ketiga kursus.



SM Sains Banting

Tuesday, April 12, 2011

Bisnes sampingan

InsyaAllah nak memulakan bisnes sampingan yang selama ini aku rasa macam tak boleh buat. Dah ada isteri dan anak ini, kenalah mencari duit lebih.

Bisnes DESIGN!!!

Thursday, March 17, 2011

Nak balik kampun tempat kelahiranku

insyaAllah nak balik kampung kelahiran pada jumaat malam kerana sepupuku ada mengadakan kenduri kahwin anaknya

Saturday, February 26, 2011

Alhamdulillah, aku dah jadi bapa.


25hb Februari 2011, isteriku telah selamat melahirkan seorang
anak lelaki Norhasnan bin Norhisham. Syukur kepada Allah.


Monday, January 3, 2011

Tahun 2011, Back Again @Limbang, Sarawak.



Tahun baru 2011, aku masih lagi berada di Limbang menjadi seorang pendidik di SK Gadong. Keputusan rayuan untuk pertukaran pun aku tidak berjaya.

"SEDIH AKU PEDIH",

sebab isteri yang disayangi hendak bersalin anak aku yang pertama, pada akhir bualn 2, atau awal bulan 3 dimana tarikh isteriku dijangka bersalin ialah 4 Mac 2010.

aku reda dengan takdir ini. Tinggal berjauhan ini membuatkan perhubungan kami suami isteri sentiasa erat dan rapat. Semoga Allah permudahkan semua urusan aku ini.


Tuesday, November 9, 2010

Tangisan Bulan Madu - Ulang Tayang di RTM1


Tangisan Bulan Madu Lakonan Ezany Nizariff, Rita Rudaini Dan Zarynn Minn

Siaran Ulangan di TV1

Mulai November 2010

Setiap Isnin hingga Khamis,

Jam 11 pagi-12 tengahari.

30 Episod

Kehadiran novel Tangisan Bulan Madu bagaikan fenomena hingga diulangcetak belasan kali dan disusuli oleh tiga sekuel. Lantaran itu sehingga kini watak Bogatt dan Amira masih segar di ingatan peminat setia karya Samsiah Mohd Nor yang sekaligus pernah diangkat antara novel perintis dalam genre sastera pop di Malaysia. Kini, Setelah 17 tahun, baru lah novel ini dipindahkan ke medium televisyen.

Dihasilkan dalam bentuk drama bentuk drama 30 episod, Tangisan Bulan Madu disiarkan mengisi slot Ratu, bermula 20 Mei 2008, setiap Selasa dan Rabu, jam 9.00 malam di RTM2.

Kerjasama dan persefahaman antara penulis skrip, Maizura Mohd Ederis sebagai penulis skrip dibantu oleh Samsiah Mohd Nor, pengarang asalnya berjaya menghasilkan sebuah karya yang boleh berdiri dengan sendiri di samping karya asalnya.

Namun mereka akur pada hakikat perbezaan medium yang menuntut beberapa perubahan semasa proses adaptasi. Kemunculannya di kaca televisyen, pasti mendapat kejutan yang menarik dari segi huraian plot, perubahan struktur, penambahan isi kandungan, tekstur, visual dan pengolahan yang hasilnya jelas menunjukkan kekuatan visual yang ingin ditonjolkan.

SINOPSIS DRAMA TANGISAN BULAN MADU

Tangisan Bulan Madu mengisahkan saat tiga minggu paling bermakna yang dikecapi pasangan Bogatt dan Amira ketika berbulan madu. Amira, seorang gadis kampung miskin yang bertemu jodoh dengan Bogatt, anak ahli perniagaan berjaya di Kuala Lumpur.

Namun belum sempat mengecapi kebahagiaan suami isteri, Bogatt meninggal dunia kerana penyakit barah otak yang dirahsiakan. Bogatt tidak menyentuh Amira walaupun berkeinginan mengecap kebahagiaan suami isteri yang sah bersama wanita yang amat bermakna dalam hidupnya itu. Bogatt memutuskan mahu meninggalkan Amira dalam keadaan “suci” agar boleh menyambung impian bulan madu dengan lelaki lain.

Amira merayu agar Bogatt meninggalkan “sesuatu” kepadanya. Bogatt tetap dengan pendiriannya. Lalu di depan Bogatt, Amira bersumpah untuk tidak berkahwin sekali lagi buat selamanya.

Amira kemudiannya menjadi guru di samping menghasilkan puisi menggunaka nama pena Delima. Antara puisinya yang terkenal termasuklah Pengantin yang diangkat daripada kisah benarnya dengan arwah suaminya. Dalam diam puisinya diminati R.Q.Amir yang sering menghubunginya melalui e-mel tapi tidak pernah dibalasnya.

Tetapi pertemuannya dengan penyair saling tidak tumpah seperti Bogatt mengejutkan Amira. Apatahlagi setelah lelaki bernama Razlan itu memperkenalkan diri sebagai R.Q.Amir yang meminatinya. Malah lebih mengejutkan, Razlan adalah adik kepada Bogatt tetapi berlainan ibu.

Razlan berterus-terang menyatakan rasa cintanya terhadap Amira tetapi ditolak kerana Amira masih setia terhadap sumpahnya pada arwah Bogatt. Razlan yang kecewa memutuskan mengikat tali pertunangan dengan Johanna, gadis pilihan ibunya. Hakikatnya baik Razlan mahupun Amira memendam rasa di atas keputusan itu.

Masa berlalu Razlan asyik menunda pernikahan yang akhirnya membuatkan Johanna nekad memutuskan pertunangan mereka. Kemunculan Bada, seorang doktor yang menabur budi mengubati ibu Amira berkesudahan Amira terpaksa melunaskan wasiat ibunya supaya Amira menerima Bada sebagai suami.

Razlan kecewa lalu membawa diri ke luar negara menyertai projek kebajikan membantu mangsa perang. Sementara Amira pula tidak dapat menerima Bada sepenuh hati kerana kesetiaann cintanya terhadap Bogatt.

Lima tahun berlalu, hubungan Amira dan Bada masih dingin. Bada sengaja menyibukkan dirinya dengan tugas di hospital. Amira masih terdera perasaannya mengingati Bogatt yang sudah bertahun-tahun tiada. Dia kemudiannya berhenti mengajar lalu menguruskan perniagaan Butik Marina. Razlan pula kembali ke pangkuan keluarga untuk menguruskan perniagaan milik keluarganya.

Bada yang bosan dengan situasi itu nekad menceraikan Amira dengan talak satu. Detik itulah Amira semakin tertekan dan kerap mengunjungi pusara Bogatt.

Mampu kah Amira berpegang kepada sumpah setia itu? Apatahlagi dengan kemunculan semula Razlan yang tidak pernah putus asa menyatakan rasa cintanya terhadap Amira.

Tangisan Bulan Madu menyaksikan lakonan mantap dan berkesan Ezany Nizariff, Rita Rudaini, Dato’ Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor, Liza Othman, Zarynn Minn, Eira Syazira dan Aripah Damanhuri.

Saksikan kesudahan episod tragis dan perjuangan kesetiaan wanita cekal bernama Amira menerusi Tangisan Bulan Madu.

kredit: lawati blog penulis novel ini di http://www.tangisanbulanmadu.blogspot.com/


coretan norshamz: Novel ini memang syahdu sahaja dan membuatkan penonton mengikut penceritaannya sampai hingga akhir, yang meng'rekemen' novel ini tak lain tak bukan adalah isteri aku sendiri. Sayang isteriku ini. Muah!

Monday, November 8, 2010

Situasi genting hujung tahun.


Ada apa dengan hujung tahun?. Bagi seorang cikgu, hujung tahun adalah waktu kritikal dimana masa inilah peperiksaan hujung tahun berlaku. Pasca peperiksaan juga kritikal dimana guru perlu memasukkan markah, menguruskan pinjaman buku teks murid, mengisi buku laporan prestasi murid dan ditambah lagi kursus-kursus yang memeningkan. Aku cuba berusaha sedaya upaya aku. SK Gadong boleh!

Sunday, November 7, 2010

Aktiviti Sepanjang Limbang ke Lawas/Sipitang






Inilah gambar-gambar, 2 hari sepanjang lawatan Tahun 6 ke Lawas dan Sipitang. Walaupun tidak banyak aktiviti yang dilakukan tetapi kami seronok. Nikmati gambar-gambar tersebut.

Cikgu Sahat, Madam Jane, Cikgu Saldiah, Kak Siti, Rahimah, Juliana, Julfika, Ustaz Zaidi, sekadar menyebut beberapa nama..SK Gadong boleh.

Friday, November 5, 2010

Lawatan Tahun 6 ke Lawas/Sipitang


esok bermula perjalanan membawa murid Tahun 6 makan angin setelah mereka menjalani peperiksaan UPSR dan akhir tahun 2010.

Harap mereka bergembira bersama guru-guru dan kakitangan yang turut serta.

Mari bergembira! :-)