AHLAN WASAHLAN

Monday, October 11, 2010

LUMUT CEMERLANG



Di sini Ustaz ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan dan cara menghadapi peperiksaan yang bakal dan sedang dihadapi . Tip ini untuk pekongsian kita bersama.Ingat Vision IKM LUMUT kejayaan 100%... Antaranya ialah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di kelas atau bengkel, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di kelas mahupun sewaktu belajar sendiri di asrama. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis . Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke kelas atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke kelas.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa kalau di rumah dan dengan guru dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama ustaz..he he he…

Ingat pencapaian 100%....

Monday, March 15, 2010

MINGGU AKTIVITI IKM


Bakal pengusaha Makanan Halal di Malaysia


Bakal pemimpin Amanah dan berwibawa

Sedia melatih

Ucap utama Pengarah dalam majlis Perasmian

Senam seni antara yang di sukai




IKM Lumut: 15- 19 Mac 2010
Program rutin setiap semester , sebagai pemangkin kepada sistem pemelajaran MARA.Program ini di olah dan dirancang saban semester, menghabiskan peruntukan yang agak besar.Mudah-mudahan memperolehi input yang hebat dan memberangsangkan bagi melahirkan usahawan bumiputra yang mampan dan kompeten.

Kepada pejuang bangsa dan generasi MARA khususnya , renungkanlah, apakah sumbangan kita bagi merealisasikan harapan ini.

Wallahu A'lam

Monday, March 1, 2010

TALQIN


بسم الله الرحمن الرحيم

Mahasuci Tuhan

yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan

yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang

kecewa.

Mahasuci Tuhan

yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!

Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah

Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum,manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU

SAYA,

hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai

SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba

Allah Taala,sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.Mereka

berkata:

Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabikamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu

hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis

terang, tepat dan betul.Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku,Islam agamaku,kitab suciAl-Quran ikutanku,Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan

Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua

orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa

hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah'.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan

Yang paling besar.Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam

Alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan

Semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai

SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha

berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya

kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan

hati kamu.Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati

kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang

seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan member keampunan

dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa

mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Sunday, October 25, 2009

MESYUARAT KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI MARA


Presiden KPPM bersama Presiden CEUPAC


Anak-anak tidak melepaskan peluang
dengan dunia mereka..

Bukit Merah Laketown Resort: 24 Okt 09- Mesyuarat KPPM kali ke 42 telah diadakan di Bukit Merah .
Mesyuarat bermula 9.00 malam dan berakhir 2.30 pagi.hebat dan insyaAllah akan membuahkan suatu resolusi dan tindakan yang menggarap kearah kejayaan dan kemantapan Warga MARA .

Sunday, October 18, 2009

KEM PENGURUSAN JENAZAH


Mendirikan solat Jenazah secara jamaah di medan
Proses mengkafankan jenazah


Sesi taklimat dan demontrasi bagaimana
memandi dan mengkafankan jenazah.

Proses pertama bila berlaku kematian
tukar pakaian dan diganti pakaian bersih


Amalan pengurusan jenazah dalam kumpulan


jenazah sedang di kafankan

IKM LUMUT 18 Okt 09- Bertempat di Chalet kg baru, bermula jam 8.30 pagi, para peserta di terangkan secara tiori dan prektikal kaedah dan tatacara menguruskan kematian.
antara objektif program ini ialah:

a.Mendedahkan betapa pentingnya ilmu fardhu Kifayah.
b.membolehkan pelajar menolong memberi bantuan bila ada berlaku kematian.
c.Menambahkan lagi keyakinan para pelajar didalam menjalani kehidupan bahawa bekalan perlu sebelum tibanya hari mati.
d. Menimbulkan kesedaran dan keinsaafan bahawa perlu gunakan peluang hidup dengan sebaik mungkin.

Friday, October 16, 2009

KEM SMART SOLAT KG BARU












Kampung baru Chalet Sitiawan: 17 Okt 09.Seramai 150 Pelajar Ikm Lumut bersama 10 Fasilitator telah berkampung dalam siri Kem solat dan pengurusan jenazah, selama 1 hari satu malam .
Alhamdulillah , mudah mudahan menjadi sebahagian dari usaha ke arah melahirkan insan yang cemerlang dan berakhlaq.

Thursday, October 15, 2009

MASA ITU EMAS










IKM Lumut: 16 Okt 09. Alhamdulillah Proses peralihan kerja Pengetua baru al fadhi Tuan hj Md fadzil , pengarah IKM Lumut berjalan lancar mudah mudahan akan terus berjaya dalam kerjaya mencurahkan bakti kepada anak bangsa.

Kini pengarah baru En shahruddin abd Hamid, dan dibantu oleh timbalan pengarah yang baru .Mudah mudahan akan memantapkan dan meneruskan misi-misi kejayaan dan kecemerlangan warisan Tn hj Md Fadzil

Pengarah yang baru bersama Timbalan pengarah
dari kanan , En Azam Tim.Pengarah,En Sharuddin Pengarah yang baru, En Nawawi Tim. pengarah, Hj Nasir Ket.jabatan Perabot dan En Hj Ab Rahim ket .jabatan Pengajian am.
dalam dewan yang barau selepas majlis bacaan Yasin.