Tuesday 3 March 2015

MDS huru hara dan Kelas JIM1101A yang swek....

Okey nak jadi seorang mahasiswa pertama yang perlu kite lakukan ialah kita harus mengikuti program MDS iaitu (Minggu Destini Siswa) dimana minggu MDS ni sama macam minggu orentasi .Dimana kita akan melakukan aktiviti seperti berkenalan dengan senior atau MPP(Majlis Perwakilan Pelajar), mendengar ceramah, menguruskan tentang hal2 pendaftaran dan sebagainya . MInggu MDS bagi aku minggu yang paling serabut , minggu yang selekeh dan minggu yang stress.. semua bende nak berlaku dengan pantas . contohnya bangun awal pagi, jalan pantas, makan nak kene cepat kalau tak diaorang akan marah….huhuhuhuhu seminggu hidup aku serabut rase macam nak balik je…walaupun program ni menyerabutkan tapi sebenarnya program ni sangat la best dan korang patut merasainya dapat pengalaman baru, dapat kawan baru dan dapat ilmu baru.selesai la sudah minggu MDS ,rase rindu pulak dekat kakak2 dan abang facy….lepas selesai minggu MDS kelas pun bermula ..dekat Johor ni hari cuti dia lain bagi negeri2 selangor ,perak, Pahang dan sebagainya kalau ikutkan kalau minggu Sabtu dan Ahad merupakan cuti umum. Tapi kat sini Jumaat dan Sabtu cuti then ahad start class arghhhhhhh hahahahah….memang rase kelainannye hari ahad ade kelas …okey first masuk kelas macam2 rase ade malu takut semua ade yela baru first time kowt masuk kelas 2 and tak ade orang yang kite kenal. Nasib baik budak2 kelas JIM1101A ni semua peramah and baik2 belaka so senang la nak bergaul dengan diaorang .seminggu kelas berjalan dengan lancar okey je.bila da masuk minggu kedua mula huru hara kitaorang dibuatnya assignment datang berduyun duyun sampai tak cukup tangan kami dibuatnya. So far hidup dekat university ni memang best banyak yang akan kita pelajari dekat sini yang paling best dapat banyak kawan dan kita dapat banyak mengenali banyak karenah manusia yang berlainan.kelas JIM1101A ni bagi aku da macam keluarga baru aku banyak kisah pahit manis kite tempuhi bersama walaupun kita baru kenal.tak rugi pun masuk university ni ….okey sampai sini je cerita aku lain kali kita sambung lagi okey bye uolls….Assalamualaikum

selangkah ke UITM Segamat

Haiiii guys …kite sambung balik cerita kita tadi..okey lepas nenek aku meninggal seminggu kemudian pakcik aku pulak pergi buat selamanya…Al-Fatihah buat nenek dan pakcik….amin…..okey lepas habes semua urusan dah selesai …aku balik lagi ke sekolah aku pergi jumpe cikgu kaunseling mintak pendapat die patut ke aku berhenti tingkatan enam dan sambung pengajian aku dekat IPTA ..mintak pendapat mama lagi dan buat solat .Mama dan  cikgu bagi pendapat yang sama dia sarankan aku untuk masuk ke university. Aku buat keputusan keluar dari tingkatan enam dan masuk ke university .Dalam hati aku ni hanya Allah je yang tahu betul ke keputusan yang aku buat.. Mase nak tinggalkan tingkatan enam punye la sedih nak tinggalkan kawan2  walaupun aku jarang datang ke sekolah …Time tu banyak bende yang ade dekat dalam kepala aku macam2 aku fikir …first fikir pasal family ni first time aku nak duduk hostel jauh dari family jauh dari rumah jauh dari kawan2 boleh ke aku hidup dekat university ni semuanya la aku fikir … setiap hari aku menghitung hari setiap detik jugak la hati aku resah ….Sampai la masanya aku kene pergi dari rumah.. berat je rase hati aku nak tinggalkan rumah perhhhhh sedih la pulak ye hahahaha….malam tu gerak pergi johor aku diam je dalam kereta pura-pura happy depan diaorang padahal rase nak nanges sekuat hati …..Malam tu kiteorang tidur dekat hotel , mama banyak bagi nasihat dekat aku . Macam tak percaya je pagi tu aku akan melangkahkan kaki aku masuk ke university dan bermula la kehidup aku sebagai seorang mahasiswi.

kisah sebelum nak masuk universiti

Assalamualaikum  semua hai harini aku nak cerita pasal  university.. UNIVERSITI?? Hemmm semua pernah impikan untuk masuk ke university . Kalau dulu pun,  mase kecik-kecik cikgu selalu tanye bile da besar nanti nak jadi ape? Macam2 la nanti kau jawab nak jadi itu nak jadi ini last2 cikgu cakap kalau nak berjaya kite kena la masuk university bila da masuk university semua ape yang kite impikan semua akan tercapai ….so adik2 yang masih belajar kat luar sane, belajar pandai2 okey….okey fisrt time dapat tahu aku dapat masuk university mase tu tengah buat kenduri arwah nenek yang baru beberapa hari meninggal… first aku dapat tahu aku terus panggil mama kat rumah arwah nenek….first macam tak percaye yang aku dapat masuk university mama pun macam tak percaye yang aku dapat masuk ke menara gading ni…yelaaa dengan result aku yang tak memberangsangkan langsung yang cukup2 makan je…ni semua berkat doa ibu bapa aku dan kawan2 aku yang selalu doakan aku …..huhuhuhuh rase teharu la pulak hahahahahha terima kasih korang...lagi satu masalah aku ialah aku keliru nak buat keputusan untuk masuk university sebab sebelum masuk university ni banyak sangat dugaan yang menimpa dekat keluarga aku..first dugaan ialah kitaorang dapat tahu pakcik aku dapat penyakit kanser hati dan doctor menjangkakan hayat hidup die tinggal 3 bulan je lagi time tu keluarga kita orang automatik jadi  suram… lepas tu tiba2 nenek pulak jatuh sakit taknak makan taknak minum …abah buat keputusan hantar nenek pergi hospital lepas tu nenek kene tahan dekat hospital  Banting.. Tibe-tibe nenek terkena sakit strok lepastu nenek kene tahan buat lagi beberape minggu dekat hospital dalam sepanjang nenek kena tahan dalam hospital aku bergilir-gilir jage nenek walaupun time tu aku masih lagi sekolah sambung tingkatan enam aku sanggup ponteng sekolah jage nenek sampai la nenek menghembuskan nafas yang terakhir depan mate aku sendiri huhuhu sedih sangat. itu la satu2nya nenek yang ade tapi dia dah pergi buat selamanya …lagi pun time 2 aku memang malas da nak pergi sekolah hahahahaha sebab time tu memang hati aku takde dekat tingkatan enam….tapi  banyak kenangan tercipta sepanjang aku berada di tingkatan enam ……okey kite sambung dekat next entry see ya