"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Thursday, February 13, 2014

Menjahit

     Alhamdulillah..sekarang aku sudah mula berjinak-jinak dalam dunia jahitan secara sambilan.  Bukan senang sebenarnya untuk menghasilkan pakaian.  Ianya memerlukan kreativiti, kesabaran dan juga minat yang mendalam.  Disebabkan aku sangat meminati fesyen, justeru keinginan untuk terus belajar dan memahirkan diri dalam menjahit tidak pernah membuatkan aku berputus asa.  Sebenarnya, memang sejak dari kecil aku bercita-cita ingin menjadi seorang pereka fesyen.  Sebab apa? Sebab aku sangat suka melihat kecantikan.  Sehingga sekarang aku ada menyimpan buku lukisan pelbagai jenis pakaian dan fesyen yang aku reka.  Kelakar pun ada. Namun, ianya hanyalah suka-suka sahaja.  Memikirkan kehidupan yang aku lalui ini mungkin dunia jahitan ini boleh menjadi kerja sambilan untuk aku menyara dua orang permata hatiku.  Walau apapun yang terjadi, insyaAllah aku akan tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk keselesaan buah hatiku itu. Alhamdulillah, sekarang aku sudah memiliki sebuah mesin menjahit yang aku beli menggunakan duit simpananku.


Belajar membuat pola


Tiba masa memotong pola



Masa untuk menjahit menggunakan mesin jahit kesayanganku

            InsyaAllah, dalam masa terdekat aku akan kumpul duit untuk membeli mesin jahit tepi pula. Yang paling aku idamkan adalah mesin jahit tepi halus yang membolehkan aku meluaskan kreativiti dalam menjahit pelbagai jenis shawl dan selendang yang ekslusif. Semoga dengan niatku yang baik ini Allah akan limpahkan rezeki untuk kami sekeluarga.  Aminnnn..

No comments:

Post a Comment