Modul pentaksiran 11-sistem penghantaran
Anda perlu kompeten setiap kompetensi di dalam modul ini bagi membolehkan anda mahir dan mempunyai skill di dalam bab sistem penghantaran.

Kotak Gear

Kotak gear terdiri daripada rangkaian gear yang terkandung dalam satu kotak dan dipasang selepas pepasangan klac.
Fungsi gear:-
- untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan beban pada kenderaan
- mewujudkan gear maju, undur dan bebas
- menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit
- membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear dalam keadaan neutral

Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran kuasa dari enjin ke roda untuk menggerakkan kenderaan.
Ia terdiri daripada komponen-komponen seperti kotak gear, klac, syaf putar, syaf pandu, sendi universal, unit kerbeda dan gandar.