Tuesday, November 16, 2010

Kejap tadi berchatting dengan salah sorang teman kat YM. Aku panggil dia Kak Ita.

Dah lama tidak bertemu di arena YM entah tetiba kejap tadi dia buzzz..buzzz..aku
terkejut gak tapi setelah dia letak icon jelir lidah tersengih aku di buatnya.

Mukadimah chat cam biasa tanya kabar dan segalanya. Lepas mukadimah mulalah sessi kongsi cite tentang kehidupan. Selalu pun kami suka kongsi2 cerita dan di antara teman-teman chatku Kak Ita ni yang very sporting dan memahami apa yang aku luahkan padanya. Banyak kali juga aku luahkan perasaan tentang cerita ku yang kadangkala buat salah dalam sesuatu perkara tapi dia tidak pernah menyalahkan aku malah dia akan nasihat dan beri kata-kata semangat sehingga aku rasa terlalu selesa bercerita dengan dia.

Sekejap tadi pun aku tidak dapat mengelak dari menceritakan apa yang terjadi padaku kini. Dulu dia pernah tahu hal ni dan setelah sekian lama dia sekali lagi mendengar cerita yang sama tapi dari presepsi yang berlainan. Dalam banyak-banyak yang dia type tadi aku tertarik dengan kata-kata dia "kalau Cella nak buat aper yang Cella rasa nak buat sekarang yang pastinya jangan lagi bercerita tentang hal ini biarkan saja "cerita" itu di bawa angin lalu agar hati tidak terlalu sakit memikirkannya. Kata dia cukup lah cerita dan fikir sikit2 kerana kalau kita fikir cam nak pecah kepala pun ianya tidak akan kembali menjadi cam asal sebab sekarang semua dah berubah.

Di jam 2:40 pagi 16 Nov 2010 ni aku menamatkan keluh resah hatiku tentang hal ini semoga aku lebih tabah mengharungi kehidupan tanpa "seseorang" cam dulu..sendiri memang buat aku sepi tapi sendiri juga buat aku lebih mengenali diri dan mengetahui apa yang aku mahu..

0 Comments:

Post a Comment