Wednesday 30 March 2011

Tutti Frutti

Selamat malam semua :)
anak-anak dah tidur, dapatlah layan belog kejap.hehehe
kalo tak, memang takde chance langsung.
si Zharif asek uk-ek-uk-ek, kalo celik mata jek memang nak ada susu jek kt mulut.gerraammmm!!!
si Zahra pulak, banyak mulut.pot-pet-pot-pet.semua benda nak ditanya.kalo tak pun, aseklah mengacau adiknya. adiknya tu tak leh diusik, manjang nanges nak nyusu. sabar jek la.

okeh, citer ni nak basi dah.last week punya cerita.
mama ada meeting kat Seri Setia, Bandar Sunway. dah alang-alang ada kat area Sunway kan, laju jek nak lunch kat Sunway Pyramid.hehehe
sementara pusing-pusing cari tempat makan, saje lah tekak ni nak makan tutti frutti.
lama sehhh tak makan tutti frutti.last makan, masa a few weeks sebelum bersalinkan Zharif.
masa tu, beli satu share makan ngan Zahra dan anak sedara mama, Ain.
so, last week tu mama makan sorang.pehhh!puas gila.hehehe

inilah hasil rembatan mama...

apa?
tak berapa nak nampak???
kita zoooommmmm sikit eyh...hehe

^



^



^




^



^




yummy!!!!sedap sangat-sangat.
dah namanya, tutti fruitti, haruslah dipenuhi dengan buah kan...hehe
mama amik laici, longan, stoberi.campur sikit orea & jelly macam-macam kaler. tapi sayang sungguh, takde buah kiwi pun. kalo tak, sure lagi mantop.hikhik

tapi kan...

my febret tutti frutti ever adalah...

^



^




^



^



^



^

tutti frutti paling sweet kat dunia....


^


^


^


^



^


tutti frutti paling sweet...dan adorable...



^



^



^


^


ye....tutti frutti perisa oreo..hahaha


dan...



tutti frutti stoberi yg sweet & sour...hahaha

tapi kan, memalam neh terasa-rasa lak nak makan tutti fruitti yang sejuk & manis.nyum-nyum :)

ada orang cakap, ada tutti frutti kat seksyen 13, Shah Alam.betul ke??? kat celah mana eyh???
best gak kalo ada kt shah alam, dekat sikit.kalo tak, terpaksa redah Pyramid atau lain2 tempat yang manjang jem tuh.nyampah!!!


k,la....kepala tengah pening pikir majlis aqiqah Zharif.
tu yang suka benar wat entry makan-makan.hikhik

ok, layan gambar fotogedix mama eyh...

pipi masih kembung,,huhuhu...ntah bila nak kuncup ntah...uuuwwwwaaaaa!!!!


love: mamazahra ^__^

Sunday 27 March 2011

Terkilan

apa yang mama terkilan malam-malam buta neh??
rantai leher Zahra hilang.
baru je perasan malam ni.huhuhu
last nampak rantai leher tu, pagi tadi masa mama kat pasar tani sec.13, shah alam.
masa kami tengah makan eskem sambil jalan hala ke kereta, ada satu pakcik, eh taklah tua sangat orang tu, muda sikit, kira abang lah.dia tegur.budak-budak tak elok pakai rantai.bahaya.
mama pun terus tarik zahra.
masa tu, memang kami dah nak menghala ke kereta.
masa tu mama perasan, rantai tu ada lagi.
lepas masuk kereta dan balik rumah, kami sempat singgah kat tasik shah alam. tak sampai setengah jam pun.
just bawak zahra & abang-abangnya main gelongsor. pastu terus balik rumah.
sampai rumah memang tak perasan dah mana rantai Zahra.
masa mandikan Zahra petang tadi pun, mama tak perasan.
baru malam ni, suruh papa tanggalkan rantai tu.niat nak simpan sebab masa tengah wuduk nak solat isyak tadi teringat kata-kata pakcik tu tadi.
tapi, papa cakap rantai dah takde. terus gigih cari dalam kereta. takde.
belek henpon, tengok gambar yang sempat mama amik masa kat tasik tadi, memang CONFIRM rantai Zahra TAKDE. sedih sesangat.
mama beli rantai Zahra tu dengan duit bonus time raya tahun lepas.
harap sangat dapat jumpa balik rantai tu.
esok pagi, nak sambung cari dalam kereta dan laman rumah.
tolong doakan masih rezeki kami!!!!!


love: mamazahra ^__^

Saturday 26 March 2011

French Macaron

bukan macaroni tau!!
rasanya semua orang dah tahu apa tu macaron kan.tak payah bagitahu pun korang dah tahu.french macaron sejenis manisan atau dessert.
mama ni memang suka bab dessert. kalo gi makan kat hotel, segala dessert yg ada tuk buffet tu mama bedal.semua nak rasa.
tapi kan, banyak-banyak dessert yang ada ni macaron lah yang mama tak pernah lagi rasa. jarang sangat lah hotel kat Malaysia ni, ada macaron.ntah-ntah, chef hotel pun tak tahu.wakakak

masa peknenkan Lil DZ, mama ada teringin nak makan macaroon.dlm entry INI mama cerita.
tapi, sampai deliver mama tak dapat makan. kesian kan??hehehe
mujurlah Zharif tak meleleh jek air liur.ngeh2
so, statement yang mengatakan kalo ibu mengandung ngidam nak makan sesuatu dan tak dapat, nanti anak asek "ngences" atau air liur meleleh adalah mitos semata-mata.hehe
pas baca statement mama ni, happy lah semua sang suami sebab tak perlu bergegas tengah malam buta tuk carikan wife dia yang ngidam nak makan sesuatu.hahahaha
mama gurau jek lah.tatau apa kebenaran kata-kata orang tua ni.

oleh kerana mama tak dapat MACARON ni masa mengandung, lepas je habis pantang terus misi mencari macarons ni diteruskan.
dan hari ni, mama dapat realisasikan rasa teringin mama tu.hikhikhik
TQ Kak Nomie Aziz!!!!
ini lah orang yang bertanggungjawab menghilangkan rasa teringin mama tu.

ini lah...french macaron yang mama beli dari kak nomie...

dan...ini...


yang pertama mama makan sepanjang hayat mama.hehe
jakun kan???ngeh3

k, la..nak sambung makan.ada 11biji lagi.papa ngan zahra bukan suka bendalah macam ni.
jangan lepas ni ada kencing manis sudahlah...mintak jauhhhhhhh!!!!!

korang nak????
order lah ngan kak nomie!!!!bleh carik kak nomie kan SINI
kat FB kak nomie..

sedap tau!!!!rugi korang tak try...hehe

love: mamazahra ^__^

Friday 25 March 2011

Anak-anakku

tatau nak cerita apa, tapi gigih nak update gak belog.hikhik
1st of all, nak ucap syukur pada-Nya yang memberi rezeki pada mama.
masuk jek office lepas maternity leave, dapat merit bonus.Alhamdulillah.rezeki anak-anak. walaupun tak sebanyak mana, ia tetap rezeki kan.

okeh, malas nak cerita bonus. kita cerita pasal anak-anak mama.
si anak dara tu dah 3thn 5bln 22-03-2011 dan si bujang tu hari ni 67hari. Alhamdulillah, dua-dua sihat.cuma Zahra ada selsema sikit. ubat dah makan but masih selsema.rajin sangat makan eskem, tu lah pasal.huhuhu

semalam, ada 2nd check up tuk Zharif.dah selamat cucuk dah. Alhamdulillah, takde demam.Anak bujang mama dah 5.5kg, tinggi dah 59cm. dah berat dah tau, tak larat mama nak kendong. kalo pangku dalam kereta, mahu lenguh lengan mama yg sasa  ni. kebas-kebas peha gebu mama.kalo riba time duduk bersila, dah terjulur kaki, tak muat dah pangkuan mama neh.hehe

jom tengok gambar budak bambam tu...
Dayyan Zharif yg bambam.berketul2 badan dia.kalah papa!!hehe

pipi pun dah layut-layut.labuh jek pipi Zharif kan?.hikhik

Budak bambam neh makin bijak dan banyak akal tau.
siang lena kemain tidur, lagi-lagi kalau kena bedung.kadang tu langsung tak bangun menyusu.

kalo dapat tidur dibedung camneh, kompom lena!!!
dengan papa sekali lena.hehe

tapi...cer tengok malam.bangun lebih 3kali tau.sampai naik lebam bijik mata mama dia neh. skang ni, malam Zharif ngelat.langsung takmo minum air suam+madu/kismis dah. nak susu jek. puting pun tak berapa nak layan.
kadang tu, kalau mama dah letih sangat. mama pump susu lepas BF zharif kalo dia bangun nak susu tu. lepas pump, biar tepi, sat lagi dia bangun lagi. mama kejut papa tuk bagi susu kat Zharif.hahaha.jahat kan?tak larat lah wehh, kadang kalo 3kali bangun.mama siang tersengguk-sengguk tau. so, terpaksalah 2kali jek BF sekali lg bagi ebm.huhuhu

cepatlah Zharif besar sayang!!!!

okeh, mama nak cerita tentang anak dara tu pulak.
dah 3thn 5bulan. sekejap jek kan.
zahra dah sekolah selama 3bulan. dan selama 3bulan tu lah, setiap pagi layan Zahra menangis nak gi sekolah.ada lah sekali dua, Zahra tak nangis bangun pagi dan mandi gi school. selebihnya, kompom nangis. sampai naik angin mama.
sekarang ni, bila mama dah start keje. tugas bangunkan dan mandikan Zahra, mama serah bulat-bulat kat papa. pandai-pandai papa lah nak pujuk Zahra atau nak heret bawak masuk bilik air.sebab mama dah busy nak mandikan dan siapkan Zharif. nak siapkan bekal air zahra lagi, nak siapkan beg baju tuk Zahra dan zharif lagi.so, papa memang kena mandikan & siapkan Zahra sendiri.so, anak dara tu kurang semenggah ar sikit. kadang tu, senget jek tudung.hikhik.al-maklumlah, papa yang siapkan....

anak dara mama dah besar!!!

skang ni, Zahra kena dok belakang dalam kereta. tapi, kadang tu dia request nak duduk depan gak.terpaksalah mama & Zharif pindah dok belakang.hehe
Walaupun Zahra dah 41mos, tapi Zahra masih pakai diaper.mama tak sempat lagi nak train Zahra. ingat, by next month nak start semula free-diaper training Zahra.
hope berjalan lancar lah....

anak dara ni makin rapat dengan papa, since mama asek melekat dengan Zharif jek. cian gak kadang tu.
tapi, bila Zharif tidur.mama tetap layan Zahra dan bagi perhatian pada dia pulak.
tapi kan, Zahra memang dah big girl tau. dia tahu mengalah dengan adik dia.kalo dia nak sesuatu dan tetiba Zharif nangis, dia suruh mama dulukan adik Zharif.

selain masih pakai diaper, Zahra jugak masih pelat. tapi, dah semakin banyak cakap.even, ada beberapa perkataan yang disebut tu hanya mama yang paham. orang lain takkan faham.hehe
slowly, mama tahu Zahra akan belajar & makin lancar bercakap.

love both of you!!! Zahra n Zharif...
kamulah bintang hati mama....
love u both very2 strong!!!!muaaahhhhhh


love: mamazahra ^__^

Wednesday 23 March 2011

skinny jeans, Uniqlo boyfriend jeans or tapered pants?


adoi, punyalah gigih meng'google' dan tepek gambar-gambar neh.hahaha
semata-mata nak layan angan-angan.hikhik
ekceli, 3benda ni dok legar-legar kat kepala otak mama.
punyalah teringin nak memilikinya, sampai terbawak-bawak dalam mimpi tau.
tapi, macam tak sedar diri pulak kan.
angan-angan setinggi gunung,...
tapi, tak ukur baju kat badan sendiri.
bajet badan macam Jessica Alba???
aduyaiiiii...tak sedar diri tul lah mamanorly ni kan??
badan cam mak gajah, ada hati nak bergaya sakan..huhuhu

mama sebenarnya sedar diri, sebab tu mama cakap, CUMA angan-angan.bukan betul-betul pun.
kalo betul-betul mama nak beli pun, bukan ada SIZE tuk mama pun.huhuhu

jom, kita cuci mata!!!


mak aih, kan seronok kalau kaki mama skinny camneh....meleleh air liur jek nengok peha ngan betis minah neh.hukhuk
peha mama lebar cam FaFau...
betis mama bunting gajah...
tapi, ada hati nak berskinny jeans.uuwwwwaaaaa!!!!

cer tengok...cer tengok lagi...

umakkaiihhhhh, meleleh beb....air mata mama...dalam mimpi pun tak dapat nak pakai.hukhuk


kalo lah mama kurus cam Posh Beckham neh, pasti cun. tapi tak sanggup digelar aneroxia pulak.huhu

fuhhh!!!pastu pakai lak sempoi cenggini.memang CUN sehhhhhh!!!

pakai camni pun nampak cantik kan???
kau ada???peha dan betis camneh??? TAKDE.so, duduk diam-diam ye mamanorly.pakai jek boot cut jeans levi's kau tu!!!!huhuhu

fullamak, memang terbaeekkkkk!!!!inilah bentuk badan idaman mama.nak mimpi ada badan cengginilah....huhu

cer tengok.....budak-budak pun ada skinny jeans tau!!!!

comel kan SKINNY JEANS neh???

oleh kerana terlalu suka, minat,kemaruk kat skinny jeans neh...mama beli 2helai skinny jeans cotton on kids tuk Zahra.
walaupun Zahra tak berapa nak suka, sebab fit sangat dan susah nak sarung.papa pun tak suka bila mama suruh pakaikan Zahra skinny jeans tuh.
dia kena paksa gak ngan mama pakai skinny jeans.hehe

tapi, kalo mama pakai gak skinny jeans, cemana???
adakah nampak cenggini??

^^


^^

^^


^^



 
tapi kalo macam KIM tu lawa kan????hehe

oleh kerana sedar diri, TAKKAN ada  skinny jeans yang layak disarungkan di peha & betis mama yang bunting gajah neh...
mama tukar sikit...
angan-angan mama tuk miliki boyfriend jeans pulak.
bukan seluar boyfriend lama, atau boyfriend korang...
tapi boyfriend jeans...

cun kan???sempoiiiii...
sesuai kan tuk mama beranak dua???
tapi, takmo lah yg koyak-koyak tu kan, nampak aurat pulak.huhuhu
mama dah usha-usha, boyfriend jeans neh ada kat UNIQLO.
tapi, mama tatau ADA ke size yg sesuai tuk mama.
uniqlo ni ada kat depan Pavilion. tapi, cam jauh pulak nak pergi sana.lagipun, takut lah kalau dah sampai sana..tetiba NAN ADO size tuk mama kan.buat malu jek!!!

memang cun lah Uniqlo boyfriend jeans neh... kalo khakis camni pun cun sangat dah...
tapi, kalo uniqlo boyfriend jeans ni pun tak sesuai tuk mak budak yang peha & betis cam bunting gajah neh...

agak-agak...

tapered pants sesuai tak tuk mama???

rasanya cam boleh kot disarungkan kat kaki mama...
cun gak kan???
boleh jugak dijadikan officewear.suka-suka-suka!!!
kalo khaki camneh, cun kan???

kalo korang rajin-rajin gi shopping, usha lah tuk mama.
ada tak, size tuk mama??? tak kesah lah skinny jeans, Uniqlo boyfriend jeans atau tapered pants...
kalo semua pun takde yang sesuai tuk mama, mama lepas neh kena sedar diri. samada berusaha keras menguruskan badan atau cari angan-angan yang realistic sikit.hukhuk

k, la...nak sambung MIMPI pakai suar neh..hehehe





love: mamazahra ^__^

Monday 21 March 2011

Susu Ibu

...adalah makanan terbaik tuk bayi.
kerana tu lah, mama kuatkan semangat tuk fully breastfeed Zharif.
sedih sebab mama takde peluang tuk fully breastfeed Zahra dulu.cuma 4bulan BF Zahra secara exclusive dan bila Zahra dah start makan solid food, mama mula bagi Zahra susu formula.
bukan mama tak pump ebm tuk Zahra, tapi sebab ceteknya ilmu breastfeeding makanya mama tak buat stok ebm dari hari pantang lagi.huhuhu
so, kali ni mama nekad. cari sikit ilmu breastfeeding dan nak exclusively BF Zharif.walopon ada main tipu sikit.mama ada sulam air kosong dan air campur kurma/kismis/madu tuk Zharif.
tapi, sedaya upaya mama cuba elak tuk bagi Zharif susu formula.
Alhamdulillah, mama start pump ebm tuk Zharif since hari ke-5 bersalin. dan sampai hari ni mama masih pump.walopon ada main tipu sikit. ada gak mama miss pump susu bila berkampung kat hospital, sibuk buat kerja sampai lupa pump dll.
Alhamdulillah, walaupun tak banyak hasil ebm mama tetap bersyukur sebab masih ada rezeki tuk Zharif. pelbagai petua/cara/tips mama buat tuk tambah hasil pump tapi hasil masih sama.tak memberangsangkan pun.tapi... mama tak putus asa.takkan berhenti pump walaupun cuma dapat 1oz bila pump. syukur masih ada rezeki Zharif.harap, rezeki susu tuk Zharif akan berterusan.
Hari ni, hari pertama mama mula kerja. ini bermakna, hari pertama Zharif fully minum susu ebm. mama tinggalkan 14oz chilled ebm tuk Zharif dan Zharif habiskan 12oz.dahsyat kan? tapi, mama tak kesah pun. biar Zharif cepat besar dan sehat. selagi stok ebm masih ada dan selagi mama masih mampu mengepam, mama akan breastfeed Zharif.

OK, jom intai stok chilled ebm Zharif..

stok terbaru...
mama sanggup beli peti ais baru semata-mata nak buat stok ebm tuk Zharif. sebab peti ais mak mama dah penuh ngan lauk-pauk, stok ebm berebut-rebut nak dok sama dalam tu.
so, bila ada peti ais baru ni selesa lah sikit chilled ebm tu nak lepak dalam tu.hehe

ni tuk hasil pump yg seciput. 2/3oz tuk sehari.
ya, sedih kan??? ada waktunya mama cuma mampu pump 2/3oz jek sehari.

dan...


ni lah stok awal tuk Zharif. stok dari 27-Jan-2011.stok 22-26/1/2011 mama dah guna tuk train Zharif minum susu ebm guna botol.

budak cenonet sorang tu mengada sikit, takmo minum susu ebm yg dah sejuk. so, mama belikan bottle warmer tuk dia bagi memudahkan ibu panaskan susu.

Walopon tak banyak stok chilled ebm yg tinggal tuk Zharif, stok yang ada ni mungkin bertahan tak sampai sebulan pun.mama berharap sangat, mama akan terus dapat buat stok tuk Zharif.moga Allah makbulkan doa mama tuk fully BF Zharif cayang mucuk.
mama banyak dapat tips/petua tuk memperbanyakkan susu badan, tapi ada yang mama boleh follow dan ada gak yang tak boleh. cthnya, Autumnz Milkmaid Tea. mama seriously tak boleh telan. mama baru minum 1 sachet.rasanya yg semacam dan baunya yang dahsyat, buat mama nak muntah. dari mama muntahkan isi perut, baik mama stop kan. mama nak cuba yang lain pulak.
nanti mama share kat entry lain eyh....mama janji!!!

Alhamdulillah, hari ni berjalan lancar. Zharif OK dok ngan ibu. Kakak Zahra pun OK tinggal ngan mak Andak. Lega hati mama.

ok, nak rehatkan badan.nanti mama share apa petua mama guna tuk banyakkan susu versi mama eyh...

love: mamazahra ^__^

Saturday 19 March 2011

Aktiviti Cuti Sekolah

cuti sekolah dah nak habis pun.
baru lah, mama hegeh-hegeh nak story aktiviti cuti sekolah kami.
kami anak-beranak takde keluar gi mana pun.
Zharif kan kecik lagi, susah nak kemana-mana pun.
so, sepanjang cuti sekolah seminggu ni aktiviti kami adalah...

^


^


^


^


^


^


^


^


masak + makan!!!
 cuti sekolah ni, ramai anak-anak sedara datang rumah.
so, mama merajinkan diri tuk masak.
kebetulan mood tuk memasak sudah mari.hehe

apa yang mama masak tuk budak-budak cuti sekolah ni?

^


^


^


selain masak nasi+lauk, mama jugak buat...

jelly atau orang jawa panggil lengkong.hehe
mama beli yg instant kat kedai jek, masak ngan air, dah siap.
mama buat pelbagai bentuk tuk kasi budak-budak ni selera nak makan.
mama bagi peluang Zahra,Iqbal & Irfan tuk tolong mama tuang jelly dalam acuan.
selain boleh makan, boleh gak dijadikan aktiviti cuti sekolah derang kan.hehe
mama buat perisa mangga.
habis licin sehari jek.hehe

selain, jelly mama buat gak homemade coklat. coklat compound jek, malas nak buat coklat conveture.
senang dan cepat dimakan!!!hehe

comot-comot sikit.
maklumlah, budak-budak yang tolong kan.
tak kesahlah, perut derang gak yang nak makan.hikhik

dan, last semalam mama buat "5 minutes choc cake".
resepi amik kat youtube.siap ada video kan, senang nak tiru.
memang sedap.
cuma mama adjust sikit resepi dia.muahaha.
mama kan suka pandai-pandai.hikhik

makan pulak dengan vanilla icecream, wallah!!!sedap hingga menjilat sudu.hehe

resepi kek coklat 5minit ni:-
[resepi ni tuk 1 mug tau!!!]
4tbsp self raising flour
2tbsp castor sugar - kalo nak manis bubuh lebih.(sukatan sebenar 4tbsp)
1tbsp serbuk koko -mama guna brand tudor gold
2tbsp telur yg dah dipukul
3tbsp minyak masak
3tbsp susu segar Dutch Lady
esen vanilla -sikit jek
pastu mix dengan garfu jek
masukkan mug tadi dalam microwave, set High, dan bakar 3minit.
pastu, bubuh vanilla eskem dan ngap!!hehe

[mama buat 4 mug.so, guna dalam 2biji telur grade B. bahan lain, ikut sukatan kat atas tu.]

mama kasi budak bertiga tu kacau sorang satu.suka kemainlah derang tu. dapat makan hasil tangan sendiri.hehe

itu jek aktiviti cuti sekolah Zahra & abang-abangnya...
apa aktiviti cuti sekolah anak-anak korang plak??

p/s: cuti sekolah kali ni, mama masih cuti bersalin.cuti sekolah akan datang, tak dapatlah nak buat aktiviti cenggini.huhu



love: mamazahra ^__^

Friday 11 March 2011

Sepanjang Berpantang 60 hari

Salam Jumaat semua :)
hujan pulak di hari Jumaat ni, hujan rahmat.InsyaAllah.
hari ni dah 53hari mama bersalinkan Dayyan Zharif.
so, maknanya tinggal seminggu lagi nak masuk keje.uuuwwwaaaa!!!!
sedih sesangat. nak tinggalkan Zharif yang manja. nak tinggalkan kakak Zahra. sure kakak Zahra tercari-cari mama balik sekolah nanti.ye lah, sepanjang 60hari cuti ni balik jek sekolah mama ada kat rumah.
mama tak risaukan sangat pasal Zahra sebab Zahra dah terlebih manja ngan ibu.takde masalah kalau mama takde pun.
tapi...
si Zharif tu, kompom tercari-cari mama kan.
tapi, mama dah train Zharif minum ebm guna botol. InsyaAllah, dia takkan ada masalah nak ngempeng ngan mama di siang hari.
takut mama jek, yang nangis kat office bila breast membengkak nanti.hukhukhuk

okeh, mama nak cerita aktiviti mama sepanjang cuti berpantang 60hari ni.berpantangnya, cuma 44hari jek.selebihnya pantang jumpa.ekeke
okeh, selain menjaga panjang selama 44hari dan mengelek Zharif 24/7.
mama mengisi masa mama selama berpantang dengan..

v

v

v

v

v

v

v

v

memasak!
oh tidakkk!!!!!masih lagi malas masak sebab dah bermanja 44hari tak masak kan.mak ngan kakak mama yang masakkan.hikhikhik

bukan memasak ye!!!itu tak tepat.
jawapan yang tepat adalah...

v

v

v

v

v

v

v

v

menonton TV ye!!!
inilah setepatnya.hehe
apa yang mama tengok sepanjang 60hari ni?

aktiviti bermula, seawal 7pagi.
sambil siapkan Zahra nak gi sekolah, sambil layan...
seronok!
bolehlah memuhasabahkan diri. maklumlah, dosa dah membukuit[bak kata David Teo]. boleh jugak membersihkan telinga yang jarang dengar ceramah kat masjid kan, aseklah dengar perkara yang lagha' jek..hehehe

habis jek Tanyalah Ustaz kul 8pagi, terus layan slot Raudhah kat TV9.
dengar motivasi pagi sambil mandikan Zharif.
ye!!mama mandikan Zharif kat hall. angkut besen kecik gi depan.tak senonoh kan??hehe
bukan pe, senang.abes jek mandi, terus pakaikan baju.hehe

kul 9pagi, masih lagi layan Slot Raudhah. kali ni siaran ulangan Semanis Kurma

atau cerita-cerita teladan Indonesia. belasah jek. tak pun, Nasi Lemak Kopi O.
layyyannnn!!!hehehe
sambil-sambil tu, breakfast lah.heee :D

lepas tu, kalo rajin online lah. ngadap laptop kat depan TV.boleh gitu?hehehe
mama kan multi-tasking.sambil-sambil layan Zharif borak, layan FB dan nonton Drama "Fantasi Cinta Teruna" kat TV1.hikhik
sementara tunggu Zahra balik sekolah kul 11.30 tu, ini lah aktiviti mama.
skang ni, dah lebih seminggu habis dah drama tu, ganti pulak "TEtamu Rindu". hentam jugaklah tengok.hehe

Bila Zahra dah balik, memang layan dia borak. atau suap dia makan nasi. tak pun, bersembang ngan kakak-kakak mama.

Aktiviti menonton mama bersambung kul 2ptg pulak.
masa tuk melayan Sinetron.yeyyy!!! i like!!
padahal dulu, mama lah paling tak suka bila mak mama layan sinetron.
mama mulalah bebel kat mak, "mak ni tak suka kaum tu, tapi layan sinetron!!ntah pape lah!!!" hikhik
skang ni..mama yang fanatik sinetron...
Sejuta Cinta Marshanda....
mama layan sinetron ni sebab mama suka Marshanda ngan Baim Wong ni.
sejak tengok derang berlakon dalam "Benci Bilang Cinta" terus suka gila ngan couple neh...
sweet bangettt!!!


sweet kan??
mama siap bleh nangis-nangis lah tengok sinetron ni.hahaha

habis jek sinetron, masa tuk tidur. kami tiga beranak tidur.time ni lah, rehatkan TV yang sentiasa ON dari pagi.hehehe
kul 4.30ptg memasing dah bangun. masa tuk mandi dan mandikan Zharif.
sambil-sambil mandikan Zharif, layan pulak slot Lagenda TV3 tu.
walopon ntahpape, tetap layan gak.hahaha

aktiviti menonton bersambung lagi kul 6.30petang.

sinetron lagi ye!!!
tak jemu-jemu.hehe
Kejora dan Bintang pulak. walopon tak berapa minat ALyssa Sobandono tuh, sebab ada Baim Wong mama layankan jugak.hahaha
serius hensem lah Baim Wong tu.hehe

Lepas habis 60hari ni, takkan dapat lagi peluang nak nonton seharian kat rumah sambil layan anak-anak.
sedih pulak rasanya.
rasa macam tak cukup pulak tempoh cuti 60hari tu.
kan best kalo mama keje gomen, dapat cuti 90hari.hukhuk

ok dah!itu jek nak cerita.
hari ni Jumaat, aktiviti menonton mama kurang sikit. lepas habis Nasi Lemak Kopi O kul 10.terus masak & layan tenet.
lepas zuhur, nak tidur lah. malam tadi Zharif meragam. mama mengantuk neh.
babai!!



love: mamazahra ^__^

Wednesday 9 March 2011

Giveaway by ezan!

Lamanya tak join contest/giveaway.
so, nak join lah Giveaway By ezan!
lagipun, syarat-syaratnya amatlah mudah.

kalo kowang nak join gak, klik SINI.
Jom ramai-ramai kita join giveaway by ezan. manatau rezeki nak dapat header blog & watermark yg super cute dari ezan kan.
mama memang teringin sesangatlah.
ye lah, header blog mama kan tak berapa semenggah.hikhik
 kalo dapat dari ezan, sure gempak belog mama lepas neh.hehe

jom ramai-ramai! masih sempat lagi neh!

love: mamazahra ^__^

Monday 7 March 2011

Cerita Budak Hitam

Lamanya mama menyepi kan?
tak cukup masa lah nak update.
kalo ada masa lapang sikit, dok round blog kawan-kawan. dapat baca story terbaru cukuplah.
nak update blog seniri, memang tak dapatlah.
sikit punya malas nak cari masa terluang nak update.hehehe
Penyakit M dah melanda mama sekarang ni.
Jangangkan nak update blog, nak masak pun malas.hahaha

Okeh, sementara ada masa sikit ni,Zharif dah tidur, kakak Zahra pun dah lena dan papa pun dah hanyut. mari lah kita mengarang cerita.hehe


mari lah update cerita terbaru budak hitam ni.
siapa lagi?Zharif lah.
Zharif kan gelap sket kaler dia, dah abes kena panggil budak hitam kat rumah ni.hehe
ini lah, wajah terbaru si budak hitam. Muhammad Dayyan Zharif yang dah berumur 50hari.
dia neh, dah pandai senyum-senyum, gelak-gelak kalo mama borak-borak ngan dia.
tersengih jek.gerammmm!!

hari ni, hari pertama mama train Zharif minum susu badan guna botol susu dari jam 8pagi sampai 5petang.
seharian tu lah, mama tak direct breastfeed dia. sian dak tecik tu. pandang jek mama masa mama sua botol. sayu hati mama. kalo boleh mama nak peluk-peluk, gomol-gomol, dan direct BF Zharif, tapi mama dah nak start keje kan.takut tak biasa lak nanti. dan sepanjang hari lah mama guna stok EBM dia yg dah mama kumpul since 23 January 2011. dan hari ni, mama berjaya pump 11oz.dapatlah bertambah stok EBM Zharif kan.kira OK lah, sejak makan Yasmin kiranya takde lah semakin berkurang stok EBM mama. Alhamdulillah.rezeki Zharif.
InsyaAllah, esok nak pump every 2hours. kita tengok berapa banyak dapat.harapnya semakin banyaklah production susu badan mama. jangan semakin berkurang sudah. Sekarang ni, mama dok amalkan doa menambah susu badan, nanti mama kongsi eyh...

okeh la, dak Zharif dah uk ek uk ek.kang menjerit pulak.
esok kita sambung lagi eyh!!!
good night semua :)

love: mamazahra ^__^

Thursday 3 March 2011

Pengalaman Bersalin

hai semua :)
lama betul entry ni tertangguh.dari sehari ke sehari nak buat entry ni, tak terbuat.
ni pun, 3,4 kali dok edit.tak siap-siap gak. pantang pun dah habis.huhuhu
so, sementara ada masa ni. moh kite!!!!

sehari sebelum kejadian tu, mama masih lagi gi opis.masih lagi drive kemana-mana.
mama keje cambiasa, walopon ramai dok cakap seram tengok perut mama yg terboyot-boyot.hehe
Isnin 17/01/2011 tu, mama bekerja cam biasa, walopon kurang sehat.
mama batuk teruk. lebih teruk dari hari sebelumnya.
sampai opis kul 8pagi, aseklah berulang-alik gi toilet tuk buang kahak. tekak gatal sesangat.
pelik gak, padahal antiotik dah abes. siap dah gi klinik amik antibiotik yg kuat sikit. tapi, masih gak batuk.
non-stop plak tuh. sampai perut mengeras.
kul 9 pagi, mama terpaksa isi form cuti. batuk yg tak tertahan. explain kat bos, dan terus balik.
sampai umah, terbongkang. batuk makin teruk. terus sms papa bagitau dia nak gi klinik.
tengahari tu, papa 1/2day. siap tapaukan nasi tengahari lagi.hehe
lepas makan, rehat. batuk ada lagi.
kul 5ptg baru gi Poliklinik Utama.takkan nak pergi klinik yg sama kan.dah tak baik kan, so kita cuba klinik lain plak.
sampai kat klinik, Dr check ada sikit bunyi kat paru-paru.so, dia suruh neb.
lepas neb terus lega. batuk pun hilang, Alhamdulillah.
dan-dan tu ajak papa gi makan naan cheese kat mamak area klang utama.tapi papa takmo.
dia cakap, pas maghrib kita makan naan cheese tempat biasa.hoyehhh!
lepas maghrib tu, terus keluar gi Khulafa Restoren, Sec.7.
makaihhh, nikmatnya dapat makan benda febret.hikhik
lepas singgah amik comforter kat kedai dobi, terus balik umah.
malam tu tidur cam biasa,lena sesangat.
tapi..

^

^

^

^

^

^

kul 1.30pagi, rasa cam nak buang air besar. terus bangun gi toilet. lepas tunaikan hajat tu, sambung tidur lagi.
kul 3.30pagi, mula sakit pinggang yang teramat sakit. kejutkan papa,mintak dia urut-urut sikit. kononnya nak sambung tidur lagi.
tapi, sakit pinggang tu datang balik setiap setengah jam. mama dah tak boleh tidur dah.papa bangun setiap kali mama rasa sakit tuk urut belakang mama.
kul 4.30 pagi, mama rasa tak sedap dah.time tu, rasa cam nak bersalin dah. tapi, tak berapa nak sure sbb takde tanda-tanda lain cam lendir atau darah, air ketuban jauh sekali, mmg takde lah kan.
mama mintak papa masakkan air panas tuk mama mandi, maklumlah umah kampung mana ada water heater.
lepas tu, terus mandi basuh rambut. ingat pesan mak mama, kalo nak bersalin mandi basuh rambut tuk rasa segar dan bertenaga tuk bersalin.
memula tu, nak tunggu lepas subuh baru nak gi Hospital, tapi rasa tak sedap pulak.
kul 5.30pg, mama dan papa bersiap tuk gi Hospital Umra. otw tu, mama sempat lelap bila sakit takde. bila sakit datang 15minit sekali, dok menggeliat kat tempat duduk sebelah menahan sakit.
sampai jek kat Umra,kul 6pg.gelap jek.bukan tutup lah, tapi takde orang,so derang cuma pasang lampu kaunter jek.
terus daftar masuk dan derang tolak gi labor room bila mama bagitau sakit every 15minit.
sampai kat labor room, Dr Ummul check bukaan servik.terkejut mama, dah 6cm. so, Dr suruh prepare tuk bersalin.
masa tu dah nervous. Dr suruh papa tunggu kat luar labor room dulu sampai saat nak bersalin sampai baru bleh masuk.
Dr bagi drip water yang ada ubat.
Dr terus pecahkan air ketuban.pertama kali merasa Dr pecahkan ketuban, sbb masa zahra dulu ketuban pecah sendiri.
2 bekas air ketuban mama.banyak tu!!!terkejut.
lepas pecah ketuban, sakit makin kerap. masa tu rasa nak meneran dah.
Dr ummul bagitau, kalo sakit baru teran.
bile kepala baby dah sampai kat pintu, Dr panggil papa masuk.
papa pegang tangan mama. setiap kali teran, mama pegang kuat tangan papa.
setelah meneran hampir 15minit, mama dah hampir hilang tenaga. so, Dr terpaksa guna vacuum tuk tolong mama tarik baby DZ keluar.waktu tu kul 7.01pagi. sepanjang waktu subuh tu mama bertarung nyawa melahirkan baby DZ.
subhanallah, hilang segala sakit bila dengar baby DZ menangis.
Dr mintak papa potong tali pusat baby lepas Dr clip tali pusat tu.
lepas tu, papa keluar.Dr jahit luka.
nurse bersihkan baby. waktu tu mama cam berada diawang-awangan kesan air ubat yg masuk tu.
masa papa azan dan iqamatkan baby pun mama cam sedar-tak sedar jek.
ubat abes lebih kurang kul 8pagi. masa tu nurse pindahkan mama ke kerusi roda tuk tolak mama ke ward.
mama dapat sharing room, sbb ward semua penuh.tak kesahlah, yang penting mama dah selamat lahirkan lil DZ.
mama tatau pun papa dah update status FB mama bgitau mama dah bersalin, mama tatau pun yg papa dah sms semua kakak2 dan abang2 mama. sebab mama masih lemah sangat, kesan ubat tu.
lepas masuk Room 6 jek, mama mintak nak mandi wiladah.
lepas tu, terus berehat.papa balik umah tuk tanam uri dan bawak makanan tuk mama.
sementara tunggu papa datang tu, mama berehat sambil tengok TV. Dr Ummul datang check samada mama OK tak.
masa tu lah, mama tanya Dr samada mama boleh balik tak hari tu. Dr Ummul cakap, kalo mama dah kencing Dr kasi balik.yeayyy!!!
oleh kerana nak balik sangat, mama gerak gak gi toilet tuk kencing walopon masih sakit lagi.
kul 10 camtu, mama suruh nurse bawak baby DZ kat mama, mama nak breastfeedkan dia. lepas tu, nurse bawak lg baby DZ gi nurseri. dia suruh mama rehat lagi.
kul 11 pagi, papa sampai.sembang-sembang ngan papa. papa bawakakn air horlick dan roti, so mama isilah perut.sebab last mama makan, roti naan malam semalamnya.hehe
time lunch, kawan2 mama dari Northport datang jenguk. TQ syanie, Nad & yati :)
dapatlah gelak-gelak hilangkan rasa sakit.
kul 2 lebih pulak, opismet papa datang. TQ bawak buah tangan,guys!!

kul 3, papa kuar gi lunch. sementara tunggu papa, mama rehat lagi.badan rasa shaking. tu yang mama beriya nak balik gak, at least esoknya mama dah boleh berurut. bagi hilang sakit-sakit meneran semua.huhuhu

Alhamdulillah, kul 4.30petang. mama & baby DZ balik rumah. inilah kami pertama baby DZ balik rumah. semua happy jek sambut baby DZ especially, kakak Zahra.

okeh, itu jek pengalaman bersalinkan Dayyan Zharif. Pengalaman bersalinkan Zharif memang tak sama dengan pengalaman bersalinkan Dhia Zahra. totally different.

apa yang beza???
nanti mama story kat entry lain eyh...

love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!