Wednesday, November 10, 2010

KAMI DI SINI

Google Map belum mengemaskini beberapa nama jalan yang telah diberi nama baru.....antaranya  JALAN TUN ABD.RAZAK (nama baru) masih lagi dikenali dengan LEBOH AYER KEROH (nama asal) dan JALAN SERI NEGERI (nama baru) masih lagi tertulis JALAN GAPAM (nama asal). Harap maklum

Saturday, April 24, 2010

LALUAN KE MAKSU HOMESTAY...



PANDUAN : ( LALUAN DARI GOOGLE MAP )
1. Dari susur keluar Ayer Keroh melalui Jalan Tun Razak ke Persimpangan MITC (jarak 3.8 km).
2. Masuk ke kiri melalui Jalan Seri Negeri hingga persimpangan berlampu (jarak 1.8 km ), 
3. Masuk ke kanan melalui Jalan Tun Hamzah hingga ke persimpangan Jalan Tun Kudu (jarak 4 km)....mercu tanda di situ ialah Pusat Latihan Memandu.
4. Masuk ke kanan melalui Jalan Tun Kudu, dalam jarak 400 meter anda akan jumpa Mak Su Homestay @ Taman Puncak
5. atau (pilihan) masuk ke kanan melalui "Laluan Petronas" ....berhampiran dengan Petronas adalah Taman Puncak.


       

Sunday, April 18, 2010

ZOO MELAKA


Zoo Melaka terletak hanya 3 km dari exit lebuhraya utara selatan.Seperti zoo-zoo lain tarikan utama hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah gajah, zirafah, seladang, harimau belang, tapir dan sebagainya. Sebagai daya tarikan, Zoo melaka juga mengadakan PERTUNJUKAN BURUNG, GAJAH dan MENUNGGANG KUDA. Perkhidmatan TRAM disediakan.
Waktu lawatan: 9.00 pagi hingga 6.00 ptg setiap hari.
NIGHT ZOO: 8.00 mlm hingga 10 mlm bagi Sabtu dan Ahad.

Tuesday, April 13, 2010

PUSAT PERDAGANGAN ANTARABANGSA MELAKA-MITC



Semuanya ada di Kawasan Ayer Keroh...PUSAT BOWLING ANTARABANGSA...MUZIUM LEBAH...TAMAN MINI MALAYSIA/ASEAN...TAMAN RAMA-RAMA...LITAR LUMBA...PUSAT BATIK...PASARAYA MYDEN...PLANETARIUM...MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC)...DAN PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI.

Anda boleh sampai ke destinasi di atas, dalam beberapa minit sahaja dari susur keluar tol berhampiran kerana jaraknya cuma 4 km. Nekmatilah pemandangan indah negeri Melaka, lebih-lebih lagi setelah penat memandu, rehatkan diri dengan singgah/melawat di tempat yang dinyatakan di atas.Pasti anda akan merasai keseronokkannya.

Monday, April 12, 2010

KOTA FESYEN


Kota Fesyen yang terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) Ayer Keroh melengkapkan lagi kawasan tersebut sebagai pusat tumpuan pelancong selepas Banda Hilir. Anda tidak perlu lagi ke Tangkak atau Nilai3 untuk mencari kain baju, semuanya ada di kota ini. Tempatnya selesa, kawasan parking yang banyak.Kawasannya cukup strategik kerana terletak berhampiran laluan utama masuk ke negeri ini selepas melalui Plaza Tol Ayer Keroh dan orang ramai tidak perlu melalui kesesakan jalan raya apabila berkunjung ke kawasan ini.Tidak hairanlah kewujudan Kota Fesyen itu akan menjadikan pusat beli-belah itu sebagai pusat perniagaan serta gedung tekstil terbesar di negeri ini.

TAMAN SERIBU BUNGA


Taman Seribu Bunga dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di kawasan seluas 5.3 hektar bersebelahan Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh. Taman yang dipenuhi dengan berbagai spesis bunga sudah tentu dapat memenuhi kehendak peminat-peminat bunga seperti orked dan sebagainya.

BUGGY RIDE - KAMPUNG BUKU TAMAN BOTANIKAL



Pernah tak anda rasa nak bawa Buggy....pandu sendiri... tekan brek sendiri.... hidupkan enjin sendiri... kalau belum pernah boleh cuba di sini.....seronok....!
Tak perlu risau jika anda tak ada lesen memandu...siapa saja boleh pandu...sangat mudah dikendalikan lebih-lebih ada track@laluannya sendiri.. laluan sehala pulak tu..kalau nak laju tekan saja pedal minyak sekuat hati...Berbagai jenis kenderaan disediakan, dari yang kecil hingga yang besar...nekmati kesegaran dan kehijauan hutan simpan....nyaman dan segar.




Taman Botanikal Melaka merupakan sebuah destinasi perlancongan yang menarik dan unik serta menjanjikan ketenangan dari kesibukan kota. Taman Botanikal Melaka terletak berhadapan dengan Zoo Melaka.Taman Botanikal Melaka ini dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Air Keroh mempunyai keluasan 92.5 hektar.Taman ini merupakan salah satu tempat persinggahan yang menjanjikan kedaiman dan ketenangan dari kesesakan dan kesibukan kota.Keindahan taman di celahan hutan kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar.Taman Botanikal Melaka mempunyai keunikan tersendiri dan berbeza dari Taman Botanikal yang lain kerana keadaan persekitarannya di kelilingi lanskap hutan semulajadi dengan 300 spesis flora dan fauna. Jaraknya cuma 3 km dari susur keluar tol Ayer Keroh.

Masuk: PERCUMA - dibuka tujuh hari seminggu.

TAMAN BUAYA



Terletak di Jalan Lebuh Ayer Keroh, kira-kira tiga kilometer dari exit lebuhraya, bersebelahan dengan taman botanikal. Berbagai pertunjukan seperti PERTUNJUKAN BUAYA, PERTUNJUKAN ULAR DAN PERMAINAN SILAP MATA. Anda tentunya akan merasakan perasaan ngeri dan kagum dengan kehebatan pertunjukan ini.

PUSAT BANDAR




Kota A’Farmosa : Dibina oleh pihak Portugis pada tahun 1511 sebagai kubu pertahanan, ia telah mengalami kerosakkan struktur yang agak teruk semasa pencerobohan Belanda. Pihak British telah bercadang untuk memusnahkannya tetapi campurtangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1808 telah menyelamatkan apa yang tertinggal sebagai A' Famosa pada hari ini.
Kota St.John: Dibina semula oleh pihak Belanda semasa suku ketiga abad ke-18, kubu ini mempunyai meriam yang mengadap ke tanah besar kerana pada masa itu, serangan ke atas Melaka datang terutamanya dari tanah besar dan bukan dari arah laut.
Gereja St. Peter: Dibina pada tahun 1710 semasa pemerintahan Belanda di Melaka, ia merupakan gereja Katolik tertua di Malaysia. Dinding depan dan perhiasannya adalah penggabungan seni rekabentuk timur dan barat. Locengnya di bawa khas dari Goa pada tahun 1608.
Gereja St. Paul: Dibina pada tahun 1521 oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho, gereja ini yang dinamakan "Our Lady of The Hill" kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan "Gereja St. Paul". St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka gereja ini pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.
Gereja Christ: Dibina pada tahun 1753, struktur gereja ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang tulin. Bangunan ini mengandungi bangku gereja yang dibuat dengan tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa sambungan, kitab Injil tembaga, batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan lukisan "Last Supper".
Gereja St. Francis Xavier: Dibina pada tahun 1849 oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis, menara gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier. Dikenali sebagai "Mubaligh Sulung di Timur" (Apostle of the East), St. Francis Xavier dikenang dengan kerja-kerja dakwah menyebarkan agama Katolik di Asia Tenggara pada abad ke-16.
Bangunan Stadthuys: Dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda. Ia kini menjadi "Muzium Sejarah dan Etnografi". Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari zaman kegemilangan Melaka.
Jalan Hang Jebat (Jonker Street): Terkenal untuk barangan antiknya