Baru-baru ini beberapa
orang guru termasuklah guru pelatih yang sedang menjalani latihan praktikum
telah menanyakan soalan tentang teknik atau cara untuk mengajarkan tatabahasa
kepada murid-murid. Mereka mengatakan bahawa kebiasaannya murid-murid kurang
berminat untuk belajar tatabahasa.
Pengajaran tatabahasa yang
dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid,
malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian
ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa
diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara
langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang
khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang
umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu,
guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan
bekesan kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang
berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan
tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid.
Sebenarnya banyak teknik yang
boleh digunakan untuk mengajarkan tatabahasa kepada murid-murid. Seelok-eloknya
guru harus berbincang dengan pelajar itu sendiri tentang teknik yang disukai
oleh mereka. Dengan berdasarkan pengalaman saya sendiri, murid-murid lebih
berminat dengan teknik yang menarik seperti nyayian dan nasyid, lakonan,
dialog, kuiz serta forum. Oleh itu, antara teknik yang menarik dan sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah menerusi teknik nyayian. Jadi,
perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh guru ialah teknik tersebut
perlulah menarik perhatian pelajar dan tidak membosankan mereka. Selain itu,
teknik pengajaran juga perlu berpusatkan pelajar dan guru cuma menjadi
fasilitator atau pembimbing mereka. Pendekatan yang selalu dicadangkan oleh
pakar-pakar pengajaran tatabahasa adalah dengan menggunakan pendekatan deduktif
iaitu bermula dengan generalisasi atau contoh-contoh, kemudian barulah
dibincangkan rumus atau peraturan yang khusus.
Seperti yang telah dinyatakan
tadi, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan
pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana, banyak lagu
yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di
samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu,
guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya
kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh
mereka selepas menyanyikan lagu tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh
meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu
seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu,
gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa
bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.
Selain lirik lagu, guru-guru juga boleh menggunakan sajak
untuk membincangkan aspek tatabahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.
Sebagai contohnya, gunakan sajak Harga Remaja (Antologi Harga Remaja) untuk
membincangkan aspek penggolongan kata di samping kata kerja. Oleh itu, selain
aspek-aspek sastera dan maksud sajak, murid-murid juga boleh menggunakan sajak
itu untuk belajar tatabahasa secara tidak langsung. Walau bagaimanapun,
guru-guru perlu merancang dan mengkaji aspek tatabahasa yang hendak
dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Selain teknik nyanyian,
guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau majalah untuk
membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain sajak seperti cerpen,
prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk
pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera,
guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar.
Dengan kata lain, pengajaran tatabahasa tidak diajarkan secara langsung tetapi
secara tidak langsung. Hal ini dapat mengurangkan masalah kebosanan dan kurang
minat murid untuk belajar tatabahasa.
Bagi pelajar-pelajar Tahap 2,
guru-guru perlu menggunakan keratan akhbar, majalah atau risalah untuk
membincangkan aspek tatabahasa. Jadi secara tidak langsung, pelajar-pelajar
mendapat manfaat yang berganda iaitu selain memahami atau mencari isi penting
daripada petikan itu, mereka juga dapat mengesan kesalahan-kesalahan bahasa yang
terdapat di dalamnya. Sekurang-kurangnya teknik ini kuranglah membosankan
pelajar kerana guru telah menetapkan fokus yang hendak dibincangkan daripada
sesuatu bahan atau petikan tersebut. Di samping itu, guru juga boleh
menyelitkan aspek tatabahasa ini setiap kali semasa membincangkan karangan,
rumusan karangan, dan juga semasa mengalih bentuk teks. Perkara ini perlu
dilakukan kerana setiap latihan yang dinyatakan itu tadi melibatkan aspek
tatabahasa. Sebagai contohnya, semasa menulis karangan, rumusan karangan dan
mengalih bentuk teks, pelajar-pelajar terpaksa membina ayat yang melibatkan
aspek tatabahasa. Hal ini juga menunjukkan bahawa pengetahuan pelajar dalam
Kertas 1 perlu diaplikasikan dalam Kertas 2.
Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan yang berkesan. Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum, Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia.
Tujuan
Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan untuk membaiki diri sendiri.
Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan menyeronokkan.
Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.
Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan.
Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar semasa praktikum nanti.
Pendahuluan
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.
Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.
Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.
Pengajaran Mikro
Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.
Pengajaran Mikro diaplikasikan
Tidak banyak penulis tentang pengajaran mikro mengusulkannya sebagai ganti Praktikum di sekolah, malah kebanyakan daripada mereka berpendapat, pengajaran mikro sebagai tambahan kepada teknik-teknik latihan perguruan yang ada,alasan yang diberikan adalah kerana,
Membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada tugasan mengajar tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah, yang biasa terdapat dalam praktikum disekolah.
Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar pada satu masa.
Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu.
Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran komponennya, pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang sebenarnya dalam latihan perguruan.
Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah dan boleh digunakan dalam berbagai situasi seperti persediaan untuk praktikum di sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum, dan kajian keatas proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro sebagai sampingan praktikum di sekolah, langkah persediaan sebelum praktikum, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum atau langkah peneguhan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Perinsip asas pengendalian pengajaran mikro ialah;
Pelajar mengajar satu pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja.
Mengajar pelajaran itu kepada satu kumpulan murid atau rakannya antara 4 hingga 6 orang sahaja.
Apabila pelajaran itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia membincangkan pengajarannya itu dengan penyelianya.
Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas pendekatannya yang lalu, ia mengajar pelajaran itu kepada satu set murid atau rakannya yang lain.
Di maktab/Institut perguruan, pengajaran mikro boleh dikendalikan dengan cara model yang dihasilkan di Universiti Stamfort;
Pelajar berbincang dengan penyelianya mengenai perkara-perkara yang terlibat dalam kemahiran pengajaran mikro yang ia akan aplikasikan. Kemudia dia akan menyediakan satu epesod untuk pengajaran itu - Peringkat taklimat.
Pelajar mengajar pelajaran mikronya kepada sekumpulan kecil murid atau rakannya seramai 4 hingga 6 orang. Pelajar itu diajar selama 5 hingga 10 minit, bila tamat , murid atau rakannya akan meninggalkan bilik pengajaran mikro – peringkat mengajar.
Pelajar dan penyelianya menganalisa pengajaran mikro , pelajar diberi peluang mengeluarkan pendapat, perbincangan kritis, penyelia sebagai pembimbing, penggalak dan penggerak membolehkan pelajar menyedari kelebihan dan kelemahan pengajarannya. Kemudian pelajar diberi masa untuk menyediakan epesod pengajarannya dengan membuat perubahan-perubahan yang difikirkan perlu – peringkat kritis.
Pelajar akan mengajar sekali lagi kemahiran pengajaran mikronya, tetapi kali ini kepada satu set murid atau rakannya yang lain - peringkat ulangan pengajaran.
Perkara yang penting dalam pengajaran mikro
Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan pengajarannya.
Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu mengulangi pengajarn mikronya.
Jika penggunaan perakam video panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu digunakan.
Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid sekolah dibawa ke maktab/institut, atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah.
Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah perlakuannya.
Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan dengan isi pelajaran.
Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan.
Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video, tetapi ia boleh digunakan bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.
Kemahiran Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran seperti kemahiran: –
Set induksi
Tunjuk cara
Variasi rangsangan
Peneguhan
Penyoalan
Mengilustrasi dengan menggunakan contoh
Penerangan
Aprisiasi
Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
Penutup
KEMAHIRAN SET INDUKSI
Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada.
Menarik perhatian
Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.
Menimbulkan pergerakan
Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti.
Struktur
Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti – Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu.
Membuat perkaitan
Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.
Set induksi yang berkesan ialah,
Set insuksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.
Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.
KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.
Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.
2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.
3. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.
4. Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.
5. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.
5. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.
Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-
Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran.
Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.
Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.
KEMAHIRAN PENEGUHAN
Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan ialah;-
Peneguhan lisan
Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘ia’, ‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’, ‘bijak’, ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah cadangan yang baik’, dan lain-lain peneguahn yang positif.
2. Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.
3. Peneguhan dampingan
Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya.
4. Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina).
5. Peneguhan aktiviti
Guru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja yang baik.
6. Peneguhan ganjaran
Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik. Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.
Peneguhan yang berkesan ialah:-
Kemesraan dan semangat
Kemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan.
Mempelbagaikan penggunaan peneguhan
Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya.
Peneguhan positif
Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu tidak tepat’.
Kefahaman murid tentang peneguhan
Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka. Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid.
KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan.
Baca syarahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru-guru Besar, guru-guru, barisan para hakim yang arif lagi bijaksana serta tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian. Berdirinya saya di atas pentas ini untuk mempertahankan tajuk perbahasan hari ini iaitu “Hidup di rumah kampung lebih baik
daripada hidup di rumah pangsa".
Hadirin sekalian,
Rumah kampung biasanya terdapat di kampung-kampung. Ini bermakna suasananya jauh lehih baik daripada rumah pangsa yang banyak terdapat di bandar. Udara di kampung bersih, jauh daripada kebisingan dan kesesakan lalu lintas. Dengan ini penghuni rumah kampung
menikmati hidup dengan bahagia. Oleh sebab rumah pangsa terdapat di bandar-bandar, kita dapati rumahnya bukan sahaja bertingkat-tingkat,
malahan setiap rumah ada satu dua bilik yang sempit. Ini menyebabkan penghuninya berasa selesa.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bukan itu sahaja masalah hidup di rumah pangsa. Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila diadakan majlis perkahwinan atau kenduri
kendara. Mereka terpaksa menyewa dewan atau tempat khas yang disediakan di ruangan bawah blok rumah pangsa itu. Sebelum ini, tempat
khas itu dijadikan tempat meletak kereta.
Sebaliknya keadaan ini tidak dialami oleh penghuni rumah kampung. Halaman rumah kampung biasanya lapang serta teduh oleh
naungan pokok-pokok Hal ini juga menyebabkan penghuni rumah kampung boleh bercucuk tanam. Pendeknya kalau ringan tulang mereka
tidak perlu membeli sayur-mayur di pasar.
Penghuni rumah pangsa pula sekadar boleh menanam pokok bunga yang diletakkan di sepanjang beranda.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan, ternyatalah bahawa hidup di rumah kampung lebih baik daripada hidup di rumah pangsa
kampung lebih baik daripada hidup di rumah pangsa. Sekian, terima kasih.
1 Orang yang hidup di rumah kampung lebih bahagia kerana
A udara di kampung bersih dan tiada pencemaran bunyi
B rumah mereka terdapat di kampung-kampung
C mereka tidak menghadapi masalah kesesakan lalu lintas
D bentuk rumah mereka yang cantik
2 Mengapakah penghuni rumah pangsa berasa tidak selesa?
A Kerana rumah mereka bertingkat-tingkat.
B Kerana rumah pangsa terdapat di bandar-bandar.
C Kerana bilik-biliknya yang sempit.
D Kerana mereka tidak boleh bercucuk tanam.
3 Berikut ialah masalah-masalah hidup di rumah pangsa kecuali
A susah hendak mengadakan kenduri
B bilik atau rumah yang sempit
C keadaan udara yang tercemar
D kekurangan tanah di Bandar
4 Berdasarkan hujah-hujah di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa
A pembahas mengagak sahaja keadaan di rumah pangsa
B pembahas arif benar keadaan di kedua-dua jenis rumah itu
C pembahas faham tajuk yang dibahaskannya itu
D pembahas menetap di kampung
5 Perkataan dikemukakan sama maksudnya dengan
A diberitahu
B diutarakan
C diterangkan
D diberikan
PEMAHAMAN 32
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Empat kawasan tukun tiruan dibina di Kota Bharu dan Semerak untuk faedah lebih tujuh ribu nelayan bubu dan nelayan tradisional di
negeri ini.Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia cawangan Kelantan, Encik Hashim Muda berkata dengan adanya tukun tiruan itu
nelayan-nelayan berkenaan dapat meneruskan pekerjaan menangkap ikan dan memancing walaupun pada musim banjir.
Tukun-tukun itu dibina sejak tahun lalu dari tayar-tayar buruk dengan menelan belanja sebanyak RM 56 000.00.Tahun ini pihak
berkenaan mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM 30 000.00 bagi projek yang sama.
Kawasan pembinaan tukun-tukun itu akan diperbesarkan dari masa ke semasa bagi mengurangkan perbelanjaan nelayan pantai
membina tukun sendiri. Langkah ini akan dapat membantu mengurangkan beban dan masalah yang dihadapi oleh nelayan kecil. Sebelum ini,
nelayan-nelayan tradisional menggunakan daun kelapa untuk membina tukun-tukun mereka yang hanya tahan beberapa tahun sahaja
berbanding dengan tukun tayar getah.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan tukun tiruan?
A. Tukun yang tidak asli, tempat ikan bermain.
B. Tukun yang dibina daripada tayar buruk.
C. Tukun yang dibina daripada daun kelapa.
D. Tempat ikan bermain di bawah tayar kereta.
2. Nelayan tradisional ialah
A. Nelayan kecil yang menggunakan sampan.
B. Nelayan yang menggunakan teknik moden.
C. Nelayan bot kecil yang menggunakan tuba.
D. Nelayan yang menangkap ikan dengan cara lama.
3. Apa pentingnya tukun tiruan kepada nelayan bubu dan nelayan tradisional ?
A. Memukat banyak ikan di kawasan tukun.
B. Peluang nelayan memancing ikan di waktu kemarau.
C. Memelihara dan mengumpul seberapa banyak ikan.
D. Nelayan dapat menangkap ikan di musim tengkujuh.
4. Kenapakah tukun tiruan lebih tahan lama berbanding dengan tukun daun kelapa ?
A. Tayar getah tidak reput dengan air masin.
B. Tukun daun kelapa mudah reput dan hancur.
C. Tukun tayar buruk tahan lama lagi.
D. Daun kelapa sama seperti tayar getah.
5. Maksud mengurangkan perbelanjaanialah “
A. Meringankan bebanan nelayan.
B. Membantu perbelanjaan nelayan.
C. Menolong kehidupan nelayan.
D. Memberi wang kepada nelayan.
PEMAHAMAN 33
Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Semua orang kenal pokok kelapa. Aku berasal daripada salah satu bahagian pokok kelapa iaitu lidi. Bahagian-bahagian lain pada
pokok kelapa ialah batang, akar,buah, sabut, daun dan lain-lain. Semua bahagian ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Aku digunakan oleh manusia sebagai penyapu. Mulanya aku diraut untuk mengasingkan aku daripada daun, Mereka meraut aku
dengan pisau. Aku dihimpun satu demi satu. Setelah banyak, aku diikat kuat-kuat dan menjadi sebatang penyapu. Di kampung atau di bandar,
ramai orang menggunakan aku untuk mengumpul sampah sarap dan tidak kurang pula untuk memukul kucing, anjing dan lalat.
Selalunya orang meletakkan aku di tempat-tempat yang sempit, sunyi dan kotor. Kadang-kadang aku diletakkan si celah almari, dalam
bilik air, dalam tandas dan sebagainya. Kadang-kadang aku ditemani oleh penyapu yang dibuat daipada bahan-bahan lain.
Apabila aku sudah reput, mereka membuang aku di tempat longgokan sampah. Tidak lama kemudian aku dibakar menjadi abu.
1. Apakah keistimewaan lidi berdasarkan kepada petikan di atas ?
A. Dijadikan sebagai pencucuk sate.
B. Dijadikan sebagai alat pembilang.
C. Dijadikan penyapu untuk menyapu sampah.
D. Untuk memukul kanak-kanak nakal.
2. Bagaimanakah penyapu diproses ?
A. Diraut dan diasingkan daripada daun.
B. Diasingkan, diraut dan diikat semuanya.
C. Diraut, dihimpun satu demi satu dan diikat.
D. Dihimpun, diraut dan diikat semuanya.
3. Siapakah yang menjadi mangsa penyapu lidi ?
A. Habuk yang berterbangan.
B. Sampah sarap yang banyak.
C. Kucing, anjing dan lalat.
D. Kegunaan-kegunaan lidi kelapa.
4. Apakah tajuk yang sesuai untuk petikan di atas ?
A. Kelebihan lidi kepada manusia
B. Aku sebatang penyapu lidi
C. Lidi boleh dijadikan penyapu
D. Kegunaan-kegunaan lidi kelapa
5. Maksud keistimewaanberdasarkan petikan di atas ialah “
A. Perlu
B. Keperluannya
C. Kegunaannya
D. Penting
PEMAHAMAN 34
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
Pada suatu pagi. Di atas meja yang berselerak dengan pinggan mangkuk kotor.
Lalat : Oh, kau semut ! Cepat kau tiba.
Semut : Sejak malam tadi aku sudah tunggu di bawah meja. Manalah aku ada tenaga nak berjalan cepat-cepat !
lainlah macam kau boleh terbang. Sekejap dah sampai.