hiduprakyat


widget

Monday 9 June 2014

Rakyat Terus Ditindas, Kita Hanya Perlu Tunduk Membisu?

GST 6%, CUKAI YANG MEMISKINKAN RAKYAT, KRONI TERUS DIJAGA





GST, Cukai Yang Memiskinkan Rakyat


GST adalah Goods Service & Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Di negara- negara lain cukai ini turut dikenali sebagai Value Added Tax atau Cukai Tambahan. Semua barangan yang tidak diumumkan sebagai "dikecualikan" akan dikenakan GST. Barangan yang dikecualikan dari GST adalah seperti barang makanan asas, pengangkutan, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik bagi pengguna domestik. 

GST akan dikenakan di semua peringkat termasuk pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan juga pengguna. GST adalah salah satu cara regim penguasa celaka untuk terus menjaga kepentingan kroni dengan cara menindas rakyat. Adakah jaminan yang dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bahawa harga barangan tidak akan naik jika GST dilaksanakan? Menterinya, Datuk Seri Hassan Malek berkata kerajaan tidak akan membenarkan pembekal menaikkan harga kerana ianya akan membebankan pengguna. Namun, adakah rakyat masih bodoh untuk terus mempercayai kata- kata menteri UMNO yang sememangnya tidak pernah kenal keperitan dan kesusahan hidup rakyat? Tan Sri Muhyiddin juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika GST dilaksanakan harga barang akan naik tetapi berlaku penurunan. Kenyataan bodoh seumpama ini dinyatakan oleh TPM. Rakyat sedar bahawa tiada lagi orang cerdik pandai dalam UMNO, selari dengan kenyataan- kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh pimpinan UMNO. Hal ini juga disebut dengan jelas oleh Mantan Perdana Menteri, Tun M bahawa tiada lagi orang yang cerdik pandai dalam UMNO.

Jika kerajaan ingin terus melaksanakan GST, maka pengguna atau rakyat yang paling terkesan dalam hal ini. GST adalah cukai yang memiskinkan rakyat. Regim penguasa semakin gila babi dalam mengaut keuntungan dan kekayaan atas nama rakyat. Mereka akan terus menggali dan merompak harta dan milik rakyat tanpa ada belas kasihan. Sememangnya mereka itu regim penguasa yang zalim. Kerajaan pimpinan UMNO- BN meletakkan nilai rakyat hanya sebanyak RM650 dalam pemberian BRIM dan akan mengambil semula wang rakyat melalui GST. 

Adakah rakyat hanya perlu diam dan terus membiarkan mereka merompak harta kekayaan negara untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni? Kita harus terus berjuang melawan penindasan yang berlaku. Persetankan segala halangan. Persetankan segala ugutan. Persetankan segala tindakan yang bakal diambil. Kita perlu lakukan sesuatu untuk terus menjaga harta kekayaan negara dari terus dirompak penguasa celaka. Ini negara kita. Setiap rakyat berhak menegur barisan kepimpinan. Apa maksud demokrasi yang dibawa jika rakyat yang menegur terus dianggap pengkhianat kepada negara sedangkan perompak diangkat sebagai pemimpin. Ayuh rakyat Malaysia. Kita tunjukkan pada kerajaan bahawa suara rakyat itu bisa menggegarkan negara. Hancur UMNO Penguasa Zalim !!! 

TAHUN INI ANAK MUDA SAMBUT MERDEKA DI PUTRAJAYA !!!


Penerangan Mudah Tentang GST



Saturday 31 May 2014

P76 Parlimen Teluk Intan : BN Menang?

UMNO KIAN TERDESAK, PENIPUAN JALAN AKHIR, KITA PERLU REVOLUSI !!!


SPR Teruskan Penipuan?

Pilihanraya Kecil, Parlimen Teluk Intan (P76) telah berlangsung pada hari Sabtu bertarikh 31 Mei 2014. Pilihanraya ini berjalan dengan lancar walaupun ada dakwaan yang mengatakan ada provokasi dilakukan oleh kedua- dua parti dari masa berkempen sehingga ke hari mengundi.

Pilihanraya di Parlimen Teluk Intan telah dimenangi oleh calon BN, Mah Siew Keong dengan undian sebanyak 20 157 manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud hanya kalah tipis dengan undian sebanyak 19 919. Mah Siew Keong menang dengan hanya majoriti tipis.

Jika dilihat pada jumlah pengundi sebanyak 59 927. Manakala yang mengundi awal adalah sebanyak 410 menjadikan jumlah yang tinggal adalah 59 517. Jumlah yang keluar mengundi adalah sebanyak 39 850, manakala jumlah yang mengundi awal hanya 392 menjadikan jumlah kertas undi diterima sebanyak 40 242. Jika dilihat pada jumlah undi untuk calon BN dan DAP dan ditambah pula dengan undi rosak berjumlah 40 619. Yang menjadi persoalan pengundi di Teluk Intan dan semua rakyat Malaysia adalah kertas undi yang diterima berjumlah 40 242, manakala kertas undi yang dikira berjumlah 40 619. Bagaimana ada perbedaan dalam jumlah yang besar?

Adakah SPR masih menipu walau sudah ratusan ribu rakyat yang bangkit melawan penipuan sistem pilihanraya? Adakah SPR masih belum sedar? Adakah SPR hanya memandang remeh rakyat yang telah bangkit? Adakah kita hanya dilihat sebagai rakyat yang tiada kuasa? UMNO dan SPR perlu diajar dengan lebih radikal ! Rakyat Malaysia perlukan REVOLUSI !!! Kita perlu lawan sekeras- kerasnya penindasan, kezaliman, penyelewengan, dan penipuan. Tahun ini anak muda sambut MERDEKA di PUTRAJAYA !!! Anak muda sambut MERDEKA di PUTRAJAYA !!!






























Friday 30 May 2014

Siapa Pilihan Pengundi di Teluk Intan?

PILIH DYANA SOFYA MOHD DAUD (DAP) ATAU MAH SIEW KEONG (BN) ?

Dyana Sofya Mohd Daud (DAP)


Mah Siew Keong (BN)


Siapa akan menang di P76 Parlimen Teluk Intan? Ada beberapa penganalisis politik telah mengkaji dan ada mengatakan kemenangan di parlimen tersebut berpihak kepada BN mahupun DAP. Ada yang mengatakan bahawa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud akan menang dengan majoriti bergaya, ada yang mengatakan kemenagan calon DAP itu hanya tipis. Ada pula penganalisis politik menjangkakan kemenangan buat calon BN, Mah Siew Keong. Namun, itu semuanya hak pengundi di P76 Parlimen Teluk Intan. Kedua- dua calon telah membentangkan manifesto masing- masing. Rakyat perlu berfikir sama ada manifesto tersebut akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat, ataupun ia hanya akan menjadi sebagai satu langkah untuk terus menindas rakyat Malaysia. 

Ramai yang terkejut dan seolah- olah DAP meninggalkan banyak persoalan di minda rakyat. Bagaimana DAP boleh mengambil calon dari seorang yang berbangsa Melayu jika benar yang selama ini bahawa DAP sebuah parti yang rasict? Ini sudah terbukti bahawa DAP tidak menindas bangsa melayu, DAP tidak pernah mengamalkan rasism dalam parti. Bagaimana pula calon yang mewakili BN? Itu terserah kepada pengundi.

Dyana Sofya Mohd Daud pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mengundi untuk membantah Rang Undang- Undang (RUU) Hudud diparlimen jika diangkat sebagai ahli parlimen di Teluk Intan. Ini yang cukup merunsingkan pengundi. Mereka seolah- olah tertanya bagaimana untuk mengundi jika calon DAP seorang berbangsa melayu dan beragama islam itu menolak hukum Allah?

Tapi, bagi aku jawapannya mudah. Kedua- dua calon menolak hukum hudud dijalankan di Malaysia. Seorang wanita beragama islam dan berbangsa melayu, dan seorang lagi seorang lelaki berbangsa cina dan bukan islam. Bagaimana pula dengan amalan dan prinsip kedua- dua parti DAP mahupun BN? DAP menentang dengan lantang dalam isu penindasan terhadap rakyat, isu kezaliman, isu rasuah, isu penipuan, penyelewengan, gila kuasa dan sebagainya. BN pula mengamalkan rasuah, meletakkan rakyat dalam kesusahan, melakukan kezaliman kepada rakyat. Manakah yang terbaik untuk rakyat? 

Para pengundi di P76 Parlimen Teluk Intan perlu berfikir dengan baik, yang manakah calon yang terbaik untuk dipilih dan diberikan mandat di parlimen tersebut. Sama ada baik untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

Thursday 29 May 2014

Dianggap Pengkhianat Apabila Menegur Parti dan JPP?

MENEGUR JAWATANKUASA PEMILIHAN PARTI, CHE'GU BARD DIGANTUNG KEANGGOTAAN DALAM PKR



Che'Gu Bard

Sekali lagi rakyat dan semua ahli PKR dikejutkan dengan berita tentang Penyelaras SAMM, Badrul Hisyam Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che'Gu Bard yang telah digantung keahliannya dalam parti disebabkan teguran yang dibuat beliau terhadap ketelusan dan integriti Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). 

Semua ahli parti tahu bahawa ada penipuan yang berlaku dalam pemilihan parti sehingga ada beberapa tempat yang terpaksa ditangguhkan pemilihan kali ini. Che'Gu Bard dengan lantang telah mengeluarkan beberapa kenyataan dan bukti yang kukuh terhadap penipuan dalam pemilihan parti. Namun, beliau pula yang diambil tindakan? Undang- undang apa ini?

Bagaimana dengan individu- individu yang dikatakan menipu dalam pemilihan? Adakah mereka ini dibiarkan bebas dan akan diberikan pangkat dan kedudukan dalam parti? Dimanakah ketelusan dan integriti dalam JPP? Tahun 2010 juga JPP mengalami masalah yang sama apabila banyak laporan dibuat tentang penipuan dalam pemilihan parti yang telah dilakukan beberapa indidvidu, namun apa tindakan yang diambil? Adakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditubuhkan hanya untuk menyerang kepimpinan UMNO sahaja? Sehingga kesalahan pimpinan PKR dianggap rermeh dan tiada tindakan diambil. Adakah PKR ditubuhkan hanya untuk menyerang setiap kesalahan dalam UMNO sahaja? Sehingga kesalahan dalam parti dibiarkan terus tanpa ada sebarang hasrat untuk memperbetulkannya?

Tanggal 05 Mei 2013 menjadi satu tarikh keramat apabila rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap penipuan sistem pilihanraya yang dilakukan UMNO dan SPR sehingga menyebabkan "Blackout" di beberapa tempat. Penipuan ini dibantah dengan mengadakan satu demonstrasi "BLACKOUT 505" yang dibuat secara besar- besaran, yang diadakan hampir disetiap negeri dan pimpinan yang menghadiri program ini dianggap sebagai seorang pejuang rakyat? Tapi berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Che'Gu Bard. Beliau hanya menegur tentang ketelusan dan integriti JPP dalam pemilihan parti dengan membuat beberapa laporan disertakan dengan bukti yang kukuh, namun adakah beliau perlu dianggap seperti pengkhianat dalam parti dan perlu dihukum dan digantung keahliannya?

Menegur bukan bermaksud membenci mahupun memburukkan. Kita hanya mahu lihat sebuah parti yang diangkat oleh rakyat atas nama keadilan yang dibawa. Bukan hanya parti yang diangkat atas nama sosok tubuh seseorang individu. Kita tidak mahu menang dengan cara menipu. Kita perlu sepak terajang individu yang menipu dalam pemilihan parti. Jangan biarkan nama baik parti menjadi buruk oleh kerana sikap individu yang gilakan pangkat dan harta. 

UMNO- BN MALU BESAR. AHLI DAP MASUK BN?

Thursday 22 May 2014

Tiada Kompromi Dalam Penipuan !

DEMONSTRASI DIHADAPAN PEJABAT PKR TOPICANA, SIMBOLIK SAYANG TERHADAP PARTI


Dikhabarkan lebih 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhimpun di hadapan pejabat PKR Tropicana pada hari selasa bertarikh 20 Mei 2014 sebagai tanda tidak puas hati terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang dikatakan gagal menguruskan pemilihan parti dengan telus dan berintegriti. Mereka membawa pelbagai jenis kain rentang dan sepanduk dengan tujuan mengecam beberapa tokoh dan pimpinan tertentu yang dianggap melakukan penipuan sepanjang pemilihan parti yang berlansung baru- baru ini.

Jika dipandang dari sudut yang negatif, sudah tentu ramai yang mempertikaikan tentang perbuatan berhimpun yang dikatakan akan mencalarkan dan memburukkan nama parti. Tentunya akan ada suara- suara yang mengatakan, mengapa isu ini tidak dibantah secara dalaman menggunakan prosedur yang ada tanpa perlu memperlihatkan isu ini kepada masyarakat, kerana ia akan menjadi modal politik untuk UMNO terus- terusan menyebarkan fitnah melalui media lidah celaka milik mereka seperti Utusan Malaysia dan juga TV3.

Adakah kita masih ingat dengan pemilihan pada tahun 2010? Ada beberapa penipuan dalam pemilihan yang dilaporkan. Persoalannya, adakah isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik? Aduan dan laporan dijalankan mengikut prosedur secara rasmi namun adakah pimpinan menyelesaikan masalah itu dengan baik? Waktu itu, bantahan dibuat secara rasmi mengikut prosedur tanpa ada yang berhimpun seperti yang berlaku baru- baru ini. Tapi, apakah kesannya terhadap pemilihan parti? Apakah tindakan yang diambil JPP terhadap individu yang dikatakan menipu dalam parti? Oleh kerana terlalu mengikut prosedur dan bantahan yang dilakukan itu dianggap tidak serius, maka pimpinan juga tidak serius dalam menyelesaikan masalah yang melanda parti. 

Tidak dinafikan bahawa ada beberapa tempat yang melakukan penipuan mengikut bukti yang dikeluarkan oleh si pendakwa. Dalam tempoh aduan dan siasatan, perkara itu masih berlaku lantas menyebabkan orang ramai mempersoalkan dimana ketelusan dan integriti Jawatankuasa Pemilihan Parti? Tiada yang berubah, dimanakah kepekaan JPP? Segelintir ahli parti mahu JPP bangun dari lena supaya segala penipuan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat dan tanpa teragak- agak mengambil tindakan terhadap individu yang telah mencabul undang- undang dan demokrasi dalam parti.

Perbuatan berhimpun mungkin tidak enak dilihat orang ramai, tapi apa langkah lain yang kita ada jika JPP tidak serius dalam membendung dan mengambil tindakan terhadap isu yang dilaporkan ini? Bagaimana jika ada yang bertindak keluar parti kerana menganggap pemilihan parti tidak adil dan penuh denga penipuan? Biar kita bergaduh sekarang, biar kita berbalah dari pimpinan yang dilantik selepas ini dari kalangan yang tidak jujur dan amanah. Ada pendekatan yang penuh kelembutan dan ada yang dilihat agak kasar atau radikal, namun kedua- duanya untuk kebaikan parti. Adakah kita perlu meletakkan kesalahan jika ada yang bertindak sedikit radikal? 

DS Anwar Ibrahim yang ketika itu ada perjumpaan dengan JPP sempat bertemu dengan ahli yang berhimpun dan mengatakan bahawa tindakan akan diambil kepada individu yang melakukan penipuan jika sabit dengan bukti yang dikeluarkan tanpa ada yang akan terlepas. Peserta himpunan itu diarahkan bersurai supaya ianya tidak menjadi modal untuk media regim penguasa menfitnah, kerana mereka hanya menunggu peluang.

Apakah yang dimahukan ahli yang berhimpun pada malam tersebut? Hanya mahu melihat sebuah parti yang bersih dari segala penipuan dan salah guna kuasa. Kita sudah ditipu oleh pemerintah gila selama hampir 60 tahun, adakah kita mahu lihat ini terjadi dalam parti. Semoga JPP melakukan segala kerja denga telus tanpa cenderung terhadap mana- mana individu. Semoga JPP lebih peka dan bertindak segera jika ada laporan dan bukti yang kukuh. Jika tiada laporan dan bukti yang kukuh, JPP seharusnya menerangkan kepada orang ramai.

Kelembutan atau sedikit radikal bertujuan memperbetulkan parti, menjadi simbolik bahawa ahli sayang terhadap parti !!!

Tuesday 20 May 2014

Lagu Bangkit, Pembakar Semangat.

BANGKIT- ALTIMET

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang


Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya