TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Friday

🌹Cinta dan kemaafan

Engkau pasti diuji dengan mereka kelilingmu
Pelbagai karenah dan kelakuan
Ada yang mengembirakan dan menyedihkan
Ada yang menyakitkan dan menyenangkan. 

Kemarahan,kebencian dan kesakitan membawa perasaaan 
engkau mahu menjauhi semua orang
Berada dalam dunia yang sepi tanpa sesiapa
Merajuk untuk menghukum mereka yang melukakan hatimu
Tiada mahu percaya pada sesiapa kerana serik ditipu dan disakiti
Memilih hanya mereka gembirakan sebagai teman.

Pergilah kegunung, lautan dan hutan
Segala tempat yang engkau rasa gembira
Pasti kamu tiada menemui kebahgiaan
Hakikatnya kamu pengecut dalam kehidupan
Hakikatnya kamu menipu diri sendiri. 

Kamu bukan Wali yang bersembunyi kerana keasyikan dengan Tuhan
Kamu bukan ahli abid yang bersembunyi mahu tumpu pada ibadah
Kamu bukan sufi yang bersembunyi mahu bersihkan dirinya
Kamu hanya pemuja sifat kebencian
Kamu hanya pemuja kesombongan
Kamu hanya mahu manusia penuhi citarasa mu.

Rasulullah tak pernah mengajar umatnya menjadi pengecut 
Rasulullah mahu umatnya berdiri gagah dalam masyarakat 
Menjadi cahaya menyebarkan CINTA 💖. 

Hidup adalah untuk keberanian
Hidup untuk adalah bermujahadah
Jika engkau tidak mahu berhadapan hal yang menyakitimu
Untuk apa lahir ke dunia ini?
Untuk apa ilmu dan amal mu?

Kebahgiaan bukan terletak dimana kamu berada
Kebahgiaan terletak pada sifat cinta dan kemaafan mu. 

Kita semua tidak sempurna
Banyak kesalahan yang dilakukan
Namun kita sering dimaafkan dan tetap dicintai Allah, Rasul, Guru, ibubapa, majikan,sahabat dan mereka yang mencintai kita
Jika cinta dan kemaafan yang kita beri, nescaya cinta dan kemaafan yang kita akan menerimanya.

Bersembunyilah diri mu 
Dalam sifat Rasulullah
Cinta dan kemaafan
Disitulah Mihrab Kebahgiaanmu
Dalam pergaulan. 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

                        - WAM - 

Tuesday

Didalam Agama ada CINTA

Agama berdiri diatas  CINTA,tanpa CINTA ,Agama hanya dilihat peraturan suruhan dan larangan, segalanya adalah ritual bukannya spritual, bebanan bukannya kenikmatan.

Segala perintah dan larangan adalah CINTA الله pada hambaNya, segala ketaatan dan  ibadah adalah CINTA hamba pd الله، 

Kerana CINTA umat pada Rasulullah, segala akhlak sunnahnya dipelajari dan mahu diamalkan , 

Kerana CINTA, umat Islam bagaikan satu badan hingga merasai kesakitan jika saudaranya disakiti,hidup saling membantu, saling menasihati dan saling menjaga keaiban..

Kerana CINTA, umat ini sanggup meredah lautan, gunung , meninggalkan Tanahair, keluarga dalam membawa kalimah الله pada manusia..

Kerana CINTA, umat ini tidak berdiam melihat ketidak adilan, kezaliman, penipuan , kejahatan , pernindasan bukan hanya pada saudara Islam tetapi pd semua manusia, mereka bangun berjuang agar dunia berada dlm Keadilan dan kebaikan , mereka amat mencintai kematian dalam perjuangan tersebut daripada kematian dirumah dikeliling para keluarga..

CINTA adalah kekuatan, jika CINTA sudah dimiliki umat ini,pasti ia adalah umat yg mampu meruntuhkan gunung dan tiada siapa mampu menewaskannya..

(moga dapat difahami)
Wallahualam
W.A.M🌹

Thursday

SIFAR Angka Dirimu


Tauhid adalah kekosongan 
Apabila engkau rasa miliki 
Maka engkau tidak bertauhid

Tauhid adalah faqir 
Tauhid adalah tiada daya upaya
Tauhid adalah SiFAR

Harta, pangkat, ilmu, amal dan anak pinak 
hanya wujud pada angka-angka bayangan 
Maka segala angka tersebut wajib didarab dengan SIFAR 
Kerana SIFAR adalah angka hakikat diri 
Kerana SIFAR adalah angka ketauhidan

Hanya ALLAH yang milik segalanya 
Hanya ALLAH yang miliki segala angka-angka 
Maka haram angka-angka tersebut merasai milik mu

Jika angka-angka terwujud pada diri mu 
Ia adalah ujian bagimu 
Maka wajib kembali angka-angka tersebut 
didarab dengn SIFAR 
Kerana angka diri mu adalah SIFAR...
Sesungguhnya hamba tiada miliki apa-apa. 

Jika benar tauhid mu, maka benarlah perhambaanmu 
Allah tidak melihat zahir mu yakni angka-angkamu 
Allah hanya melihat batinmu adakah SIFAR 
atau wujud angka-angka.

Moga dimengertikan. Sollu Alan Nabiy...

(W.A.M)

Friday

Definisi Tasawwuf

Al-Junaid Al-Baghdadi mendefinasikan Tasawwuf( Jalan kerohanian) kepada empat bahagian:

1) Tasawwuf adalah Mengenal Allah, sehingga hubungan antara kita dengan-Nya tiada perantara. 

2) Tasawwuf adalah melakukan semua akhlak yang baik menurut Sunnah Rasul dan meninggalkan akhlak yang buruk.
 
3) Tasawwuf adalah melepaskan hawa nafsu menurut kehendak Allah. 

4) Tasawwuf adalah merasa tiada memiliki apapun, juga tidak dimiliki oleh sesiapa pun kecuali Allah SWT.

Tuesday

DIRIKU BUKANNYA APA-APA

Diri ku bukannya apa-apa 
Hanya mencari cinta Illahi
Hanya mahu amalkan ajaran Rasul
Hanya mahu hidupkan ilmu para Aulia

Diriku bukan apa-apa 
Hanya mahu membawa manusia agar mengenal Allah
Dengan jiwa dan sirr
Dengan cinta dan makrifat
Dengan kemabukan dan kefanaan
Dengan tiada lagi wujud hak dirinya

Diri ku bukan apa-apa 
Hanya mahu mengajak manusia mengenal Rasulullah
Akan syariat dan hakikatnya
Akan awal ,akhir, zahir dan batinnya
Akan tempat sempurna pantulan Sifat JamalNya
Akan kewajiban Mencintainya 
Akan membwa kepada syurga Makrifat dan syurga Akhirat

Diri ku bukan apa-apa 
Bukan mencari kemuliaan
Bukan mencari sanjungan
Bukan mencari pengikut
Bukan mencari nama
Bukan mencari untuk ditakzimkan

Aku bukannya apa-apa 
Aku bicarakan ketuhanan demi selamatkan insan dari buta dan syirik
Aku bicarakan tentang adab demi selamatkan insan akan cahaya Rasul dlm dirinya 

Sesungguhnya hati insan dalam dua jari Allah
Jika tiada menjaga dua ini dgn sebaiknya
Hatinya akan dipusing pada JalalNya yakni kemurkaanNya
Jika menjaganya dengan baik maka hatinya akan dipusing pada sifat JamalNya yakni KerahmatanNya

Aku bukannya apa-apa 
Jika adab dan akhlak 
bukan urusan Rasulullah
Bukan pakaian para Aulia
Bukan rukun dan usul dalam ilmu makrifat
Bukannya dalil kebenaran syuhudiah
Bukannya pakaian para pejuang
Bukannya senjata yang utama untuk tersebarnya Islam
Nescaya tiada aku bicarakan
Nescaya tiada keras aku sampaikan

Aku bukannya apa-apa 
aku tiada pilihan
aku juga tiada akan beri pilihan
Akan kepentingan akhlak dan adab
Dan tiada akan berlapang dada
Pada sesiapa jua
Demi sebuah cinta dan kasih sayang 

Aku tiada apa-apa 
Apa yg ku lakukan bukan untuk diri ku
Tapi untuk diri anak-anak ku
Demi takut akan kemurkaan Allah
Adapun pada diri ku
Tetap aku akan Ampuni dan tetap akan mencintai
Walaupun isi dada ku dirobek 
Agar cahaya Rasul tiada terpadam

Mereka yang paling hampir dengan Rasulullah diakhirat ialah yang paling baik akhlaknya 
Mereka yang paling hampir dihati gurunya 
ialah Mereka yang paling indah adabnya
Sesungguhnya Aku yg tiada apa-apa 

 Walid Al Malik

Thursday

SYUKURI RAHMAT ALLAH PADA TANAH BERTUAH MALAYSIA.




1. Di tengah kesuburan budaya asing yang banyak melalaikan jiwa generasi baru, alunan2 qasidah, selawat, madah dan puisi Cinta Rasul dalam pelbagai versi semakin tumbuh segar. 

2. Di tengah perlombaan membina kemewahan dan kekayaan, masih ada insan2 seperti Ebit Liew dan lain2 serta pihak2 NGO & agensi berkenaan yang tampil bantu bahkan selesaikan banyak kes miskin tegar. Keprihatinan membela fakir miskin, anak yatim dan gelandangan juga semakin subur.

3. Di tengah berkembangnya minat masyarakat untuk mendalami Agama, semakin ramai " selebriti agama " yang merancakkan lagi perkembangan budaya ilmu walaupun masih terdapat polemik khilafiah, debat dan aliran2 mazhab. Namun semakin berkembang juga usaha menghidupkan kembali " Jiwa Agama" yang mampu memurnikan Tauhid, Akhlaq, Cinta dan keharmonian sesama insan.

4. Di tengah gejolak isu politik kepartian, sistem Raja Berperlembagaan semakin wibawa meredakan keadaan. Rakyat pula semakin matang menilai kebenaran, keadilan dan kemakmuran dan semakin mengerti kemudaratan Demokrasi berparti. 

5. Di tengah serangan wabak mengancam negara, sokongan kepada " barisan hadapan" serta tindakan kerajaan makin tertib dan sepakat. Perbezaan agama,bangsa dan wilayah bukan penghalang untuk kita berpadu bersama pertahankan Kedaulatan Negara.

6. Di tengah cengkaman sistem ekonomi Kapitalis yang menjadi punca bebanan hidup masyarakat, semakin nyata buruknya akibat " sistem tamak profit, ikatan hutang & riba " yang menjadi barah membunuh kemakmuran dan keimanan. Semakin terbit pula kesedaran kemanusiaan serta pihak2 yang saling tolong bantu dalam ekonomi dan kewangan. Semoga tumbuh golongan yang akan meruntuhkan kapitalis dan menggantikannya dengan sistem yang lebih sejahtera serta di redhai Allah.

Semuanya di timpakan kepada kita sesuai dengan kadar kemampuan kita kerana Allah tidak akan menguji hambaNya dengan apa yang tidak mampu di tanggung.

Semuanya berlaku dalam naungan Ilmu Allah, seakan Allah sedang mengatur dan menyiapkan Tanahair bertuah ini untuk suatu hal yang sukar untuk akal kita menanggapi. 

Hanya Allah dan Rasul serta Para Pewaris Baginda jua yang mengetahui. 

Semoga Ramadhan yang hampir ke penghujung ini menjadi momen untuk Allah menyiapkan rohani, emosi, mental dan jasmani kita untuk berkhidmat pada AgamaNya ( Sistem Hidup yang di redhaiNya). 

#SyukurPedomanAyah@Murobbi
#RebutLailatulQadar

Bicara Salik

Bicara Salik

Setelah ketiadaan diri ku
Ternyata Dia pada diri ku

Hati ibarat cermin 
mampu  menerima dua pantulan
Tika terpantul aku
Hilanglah DIA
Tika terpantul DIA 
Hilanglah aku..

Cermin Hati yang gelap 
tak mampu terpantul DIA
Hanya terpantul dirinya sahaja
Hidup dalam tadbir sendiri
Takbur dan keresahan

Cermin hati yang terang
Dapat terpantul melihat DIA
Hingga hilang dirinya
Hidup dalam tadbir الله
Faqir dan penuh ketenangan

Kegelapan cermin hati 
Hanya zikirullah yang bersanad
Bersungguh dan dibimbing
Dapat mengilapkan kembali
Hingga terpantul  WAJAHNYA

Istighfar dan Selawat
Wajib mengiringi zikir
Tanpa keduannya
segala amal adalah kosong..

-AN🌹BJ-