NUFFNANG

Wednesday 2 July 2014

Anwar Didakwa Pujuk Hadi Bersetuju Wan Azizah MB Selangor

Anwar Didakwa Pujuk Hadi Bersetuju Wan Azizah MB Selangor

AIDCNews –  Laman pro pembangkang, amenoworld.net mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bersetuju jawatan Menteri Besar Selangor yang dipegang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekarang ini diganti dengan orang lain.
Orang lain yang dimaksudkan itu mungkin Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“DSAI berjumpa dengan TGHH agar bersetuju dengan tuntutan agar jawatan Khalid sebagai MB diganti kepada orang lain.
“Jawatan MB mungkin akan dipegang sebagai Wan Azizah,’ dedah amenoworld.net yang mendakwa maklumat itu sedang tersebar di wassap dan memerlukan pengesahan dari pihak-pihak yang berkaitan.
Dakwa amenoworld lagi, Khalid mempunyai dua kekuatan, iaitu sokongan Presiden PAS dan sokongan rakyat Selangor.
“Pertama, PAS. Itupun jika TGHH bersetuju, jawatan tersebut hanya boleh digantikan selepas syawal. TGHH tidak bersetuju Khalid diberhentikan dalam keadaan kelam kabut dan huru hara. Perlu difikirkan perasaan Khalid.
“Kedua, faktor sokongan rakyat. Majoriti rakyat Selangor sayangkan Khalid. Khalid menguruskan kepimpinan Selangor cara orang korporat. Bukan cara ahli politik. Itu sebab dana-dana negeri tak masuk ke dalam parti politik yang dinaungi oleh Khalid. Dia sangat berkira dengan perbelanjaan negeri. Pengasingan yang sangat tegas itu adalah punca utama kenapa orang-orang parti rasa Khalid neh celaka,” dedahnya lagi.
Jika PAS masih menyebelahi Khalid, dedah amenoworld, terdapat satu lagi alternatif yang dicadangkan, iaitu wakil dari PAS Khalid Samad dicadangkan menjadi MB dan jawatan Timbalan Menteri Besar diwujudkan untuk memberi ruang kepada PKR.

source : aidc

No comments: