NUFFNANG

Monday 19 August 2013

Terkini ! MP DAP pertikai Polis tembak mati gangster kongsi gelap 04 !!

Terkini ! MP DAP pertikai Polis tembak mati gangster kongsi gelap 04 !!

on Monday, August 19, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Seperti dijangka DAP & Pakatan akan membela penjenayah yang ditembak mati oleh Polis . 

DAP menerusi Ahli Parlimennya  Lim Lip Eng di laman twitternya   menghasut   rakyat  mempertikaikan kredibiliti  Polis  P.Pinang  yang menembak 5 gangster kumpulan kongsi gelap 04 hari ini .   

Kalau sudah berbalas tembakan oleh suspek , nak berlembut lagi dengan mereka supaya menyerah diri ??  Terang-terang mereka ini adalah penjenayah merbahaya . 

Bila kes jenayah tembak meningkat , DAP  hasut rakyat salahkan kerajaan dan Polis gagal menjaga keselamatan rakyat  . 

Tapi bila Polis tembak penjenayah sampai mati pulak mereka salahkan Polis & jadikan ia isu perkauman  sebab yang mati itu bukan Melayu .  

DAP memang parti bangsat !! 




Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagaiJ.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.

Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.
Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.

Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.

Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.

"Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.

"Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan," katanya.

Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan. - BERNAMA

No comments: