NUFFNANG

Saturday 2 August 2008

photo arak ?

photo arak ?

Kenapa video diletak photo arak ?

allongchu said : soalan saya, apakah motif photo peminum arak (minit ke 1.52) diselitkan?

Soalan kedua, pernahkah Anwar menyebut perkara yang membatalkan akidah Islam ketika berucap di Amerika? (Ingat! Mahathir pernah mempertikaikan soal sunnah nabi (janggut) dan hukum hudud)

Ulasan

A. Video yang dibangkitkan-Soalan untuk Anwar (3)

B. Kenapa selit foto arak ?

Anwar sedang berceramah di The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) pada 6 Februari 2007. klik di sini

Peserta turut hadir dalam program ceramah Anwar di The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) Thailand adalah beberapa aktivis NGO Malaysia iaitu dari kiri Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia)[mereka berdua sedang pegang arak], Cythia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia). klik di sini lihat sumber asal.

Ceramah Anwar di FCCT

1. Kedua-dua foto di atas dirakam ketika Anwar Ibrahim hadiri program the Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT) pada 6 Februari 2007.

2. Sumber liputan dibuat oleh Susan Loone dalam blognya (sloone.wordpress.com) menulis artikel tentang program Anwar bertajuk "Anwar grilled on press freedom, homosexuality, communism"

3. Sedikit keterangan mengenai Susan Loone.Berasal dari Pulau Pinang dan bekerja sebagai "Programme Coordinator: Information and Publications", Asian Forum for Human Rights and Development (Forum-Asia) yang berpengkalan di Bangkok. Dulu bekas wartawan Malaysiakini dan bakal calon PKR 2004 (tarik diri saat akhir)

4.Susan Loone mencatatkan laporan intipati ceramah Anwar dalam blognya seperti berikut :

i. Peserta tanya Anwar;
"What kind of Muslim are you?
Do you consider yourself a liberal or progressive Muslim and
if you are, and if you are PM, what do you think of the issue of homosexuality?
Will you decriminalise homosexuality in Malaysia?"

ii. Anwar jawab;
" “What kind of Muslim am I? I am a Muslim”.If Ian (Williams - FCCT past president, who was the MC) wants to drink (achohol), he can drink, but I won’t pay for his drink. But I cannot compel him not to drink, nor can he compel me to drink "

iii. Anwar dakwa dirinya adalah pejuang "Liberal-Democrat”. Apa maksud Liberal-Demokrat ?

iv. Berkenaan homoseksual, Anwar jawab; "If I were to show a bit of tolerance, you will say…there…got you. The law is there…what do you expect me to do?.It is not our business to probe people’s personal lives.You can’t just attack people, beat them up and force him to admit that he was a homosexual".

v. Soalan lain ditanya; “If you were PM, will you allow Chin Peng to return to Malaysia? Will you allow them to set up a political party?”
vi. Anwar jawab, "WHY NOT?. There were not many communists around the world these days. Chin Peng has been in exiled for decades. If we want to talk about crimes by communist insurgencies, how about access done by others too?.I will say let’s move on”.

5. Begitulah jawapan-jawapan Anwar yang mendakwa dirinya sebagai >"liberal-democrat" tentang pegangan Islamnya, persoalan homoseksual dan kebenaran Chin Peng (PKM)pulang semula ke Malaysia.

6. Program ceramah Anwar itu adalah anjuran The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) yang merupakan salah satu daripada cawangan Overseas Press Club (OPC)berpusat di Amerika.

(B. Peserta program pegang gelas arak)

1. Foto yang dimuatkan di atas (sedang pegang arak)adalah peserta yang mendengar ceramah Anwar dalam program FCCT itu.

2. Mereka terdiri daripada NGO Malaysia (berpusat di Thailand) iaitu dari kiri Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia)[mereka berdua sedang pegang arak], Cythia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia).

3. Tad dan Roderick Chia adalah wakilForum-Asia (Asian Forum for Human Rights and Development) iaitu sebuah NGO Malaysia, yang berpengkalan di Thailand. Badan ini ditaja oleh United Nations. Dua ahli gabungan Forum-Asia di Malaysia adalah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Education and Research Association for Consumer (ERA Consumer).

4. Lee Siew Hwa wakil Committee for Asian Women (CAW) yang berpengkalan di Bangkok. Badan ini memperjuangkan feminisme dengan dana daripada The Pluralisme Project, Amerika.

5. Cythia Gabriel adalah wakil Caram-Asia (Co-ordination of Action Research on AIDS and Mobility in Asia) yang ditaja oleh United Nations Development Programme (UNDP). Beliau juga merupakan executive director SUARAM yang mendapat dana daripada The National Endowment for Democracy (NED)

6. Berkenaan foto Lee Siew Hwa dan Tad yang sedang pegang gelas arak sengaja disiarkan oleh Susan Loone sebagai membuktikan keterbukaan Anwar dalam ceramahnya yang berkata, "I am a Muslim.If Ian (Williams - FCCT past president, who was the MC) wants to drink (achohol), he can drink, but I won’t pay for his drink. But I cannot compel him not to drink, nor can he compel me to drink "

7. NGO Caram-Asia, SUARAM, Forum Asia, Committee for Asian Women, (dan termasuk Malaysiakini) semuanya mendapat sponsor Amerika. Begitu juga dengan the Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT).

8. Selain Anwar, turut berceramah adalah Hans Blix, former United Nations chief weapons inspector for Iraq, The Rev. Jesse Jackson, a former US Presidential candidate, Tom Ridge, director of the U.S. Homeland Security Department, Dr. Peter Piot, Executive Director UNAIDS. Kebanyakan mereka dari Amerika.

C. Anwar Penceramah Amerika, batal akidah ?

1. Soal ucapan membatalkan akidah atau tidak semasa Anwar jadi penceramah Amerika dari 2005 hingga sekarang hanyalah urusan Allah yang menentukan.

2. Misalnya seperti ceramah Anwar di The Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT), Thailand, berkenaan dengan 'homoseksual, freedom dan komunisme' amat bertentangan dengan ceramah Anwar semasa bergiat dengan PKPIM dan ABIM.

3. Semasa dalam ABIM, beliau memperjuangkan 'Islam is the way of life', sekarang tiada lagi hala tuju tersebut dan telah diganti dengan tema 'demokrasi' dan 'hak asasi manusia'.

4. Malah menurut Anwar, Islam belum cukup pengertian demokrasi, sebab itu beliau memperjuangkan Demokrasi dalam Islam. Tetapi demokrasi itu berpaksi kepada Amerika. Itulah halatuju Anwar.

5. Anwar pernah bersuara lantang menolak Negara Islam. Itu sering disebut secara terbuka, bukan sahaja di Amerika, malah di Malaysia.

6. Malah kebanyakan badan-badan yang menaja ceramah Anwar adalah sumber-sumber yang diragui. Hampir kesemuanya dana Yahudi. Misalnya Carl Gershman, Presiden NED yang menjadi penaja utama Anwar adalah Yahudi Neocon. Begitu juga Paul Wolfowitz (semasa di World Bank- sekarang di American Institute Enterprise) dan Madelenie AlBright, pengerusi National Democratic Institute (NDI).

7. Seperti artikel yang ditulis oleh Mike Billington, dalam artikelnya bertajuk "Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back", Anwar bukan sahaja ditugaskan Amerika untuk merosakkan Asia (sekiranya bercanggah dengan dasar Amerika), Anwar juga ditugaskan 'merosakkan' negara Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara dalam jawatannya sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future (FFF).

8. Anwar bukan berasal dari Timur Tengah atau Afrika Utara, kenapa pula beliau dilantik menjadi Pengerusi dan Presiden badan tajaan Amerika itu ? Kenapa Amerika tidak mengekalkan Bakhtiar Amin (Iraq), tali barut Amerika yang minta negaranya diserang terus menjadi Pengerusi dan Presiden FFF.

9. Kenapa mesti seorang Yahudi, Paul Wolfowitz yang mempunyai dua kerakyatan Amerika dan Israel dan digelar 'arkitek pemusnah Iraq' yang jadi penulis biodata Anwar semasa tercalon sebagai 100 tokoh berpengaruh di dunia ?. Kenapa tidak Presiden Iran, Ahmadinejad ?

10. Malah menurut laman Moon of Alabama dalam artikelnya bertajuk "Wolfowitz, CIA, Lebanon - Get the picture?" menjelaskan bahawa badan yang pernah dipengerusikan Anwar (FFF) adalah badan operasi membantu memperkukuhkan Israel dengan melaga-lagakan perbalahan di antara FATAH dan HAMAS di Palestin.

11. Artikel itu menyebut, badan ciptaan Amerika itu (FFF) digunakan untuk menyalurkan kewangan dan membekalkan senjata kepada kumpulan FATAH supaya berperang dengan HAMAS.

12. Kenapa Anwar bersuhabat dengan agenda Amerika yang berhasrat menghancurkan kumpulan Islam di Palestin.

13. Malah, kehadiran Anwar sebagai salah seorang yang menandatangani "Annapolis Summit 2007" sudah jelas membuktikan bahawa Anwar telah bersama kumpulan Amerika menyokong Israel diikraf sebagai negara yang sah.

14. Sebagai kesimpulan, video di bawah membandingkan dua tokoh Islam membicarakan Islam Demokrasi. Pertama, Anwar dari Malaysia dan kedua tokoh Islam dari Amerika sendiri. Terdapat perbezaan ketara kedua-dua tokoh ini memahami makna Islam dan Demokrasi. Siapa lebih benar ?

kzso - anwar, can you answer the questions? what's anwar's pkr partner pas comment on this?

1 comment:

sheena said...

Fantastic. Great information, keep going.He is a danger to both civilised society and the sovereignty of Islamic nations.When is PAS going to wake up?

The unity between the people of PAS and UMNO will strike fear in the hearts of the neo-cons of USA ans Israel, and will make PKR irrelevant in Malayian politics.

Therefore, we should anticipate "vicious" attacks and "condemnation" of PAS-UMNO talks,coming from pro-Anwar networks such as Raja Petra of Malaysia Today and other anti-Islam agencies.