NUFFNANG

Sunday 10 August 2008

Anwar kata "Selamatkan demokrasi Malaysia" kerana dia akan memusnahkan..

Anwar kata "Selamatkan demokrasi Malaysia" kerana dia akan memusnahkan..

Hasrat mahu jadi PM ikut 'pintu belakang' tidak demokratik: Chandra

KUALA LUMPUR:

Penganalisis politik Dr Chandra Muzaffar berkata cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri melalui 'pintu belakang' dengan menghasut Ahli Parlimen lompat parti besar-besaran adalah perbuatan tidak beretika dan tidak demokratik.

"Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu dari segi moralnya tidak ada kredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal Undang-undang dua cabang penting dalam tabir urus akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti," katanya.

Ringkasnya, memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan martabat politik, katanya sambil menambah Anwar juga tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.

Anwar, dakwa beliau, terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri secepat mungkin.

Oleh itu, Anwar berusaha keras untuk memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen - sekurang-kurangnya 30 daripada mereka, untuk berpaling tadah dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.

"Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan. Pernahkah terjadi di dunia ini, sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu yang tidak berada dalam Parlimen sentiasa mendabik dada kononnya sejumlah Ahli Parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?" soal Dr Chandra.

Beliau berkata, usaha berterusan untuk menggulingkan kerajaan melalui perbuatan lompat parti mewujudkan keadaan tidak menentu di Malaysia sejak beberapa bulan lalu.

"Jika gimik lompat parti terus mengancam ketenteraman negara, ia adalah disebabkan rakyat tahu bahawa pada satu ketika dulu Anwar sebagai pemimpin BN memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan negeri PBS (Parti Bersatu Sabah) yang dipilih secara demokrasi di Sabah pada 1994," katanya.

Dr Chandra menegaskan walaupun Anwar menyatakan pujukannya tidak membabitkan wang, dari segi moralnya masih salah bagi wakil rakyat melompat parti kerana ia adalah pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.

"Dalam demokrasi, wakil rakyat yang dipilih menerusi platform tertentu perlu mengembalikan mandat itu kepada rakyat dan melepaskan kerusinya sebelum berpaling tadah menyertai parti lain. Ini yang dikatakan menghormati pengundi," katanya.

Dr Chandra berkata, amat menyedihkan politik yang keji ini dilakukan ahli politik yang dilihat sebagai berprinsip dan aktivis hak asasi manusia yang komited di sekeliling Anwar.

kzso - typical anwar. he has done it before and he knows the 'weaknessess' of sabahan politicians

No comments: