Thursday 17 May 2012

Di Makam Maulana Malik Ibrahim


Sunan Darjat

Di Makam Sunan Darjat

Masjid Agong Kudus

Menara Kudus
Tahlil dan Doa di Makam Sunan Ampel
Hari terakhir di Demak







Mesjid Agong Demak
Sunan Ampel

Thursday 28 July 2011

Penyelaras bantahan mewakili 
Penduduk Taman Lagenda Suria dan Masyarakat Hulu Langat menyampai kan MEMO bantahan di 
Pejabat Menteri Besar berkenaan
Pembinaan Kuil di belakang Petronas Taman Seri Nanding Hulu Langat Selangor

Thursday 21 July 2011

Penduduk serah memo isu kuil 


SHAH ALAM - Tiada sebarang alasan boleh diterima penduduk Taman Lagenda Suria, Hulu Langat bagi mewajarkan pembinaan kuil di kawasan perumahan itu. 

Ini kerana hampir semua penduduk di kawasan perumahan di Batu 12, Jalan Hulu Langat itu beragama Islam. 

Penyelaras bantahan penduduk Hulu Langat, Johari Seman, 54, berkata, dia yang mewakili kira-kira 500 penduduk menentang keras pembinaan kuil itu. 

Beliau mendakwa, tindakan membantah pembinaan kuil itu juga disokong lebih 5,000 penduduk di kawasan perumahan berhampiran. 

“Pembinaan kuil ini seperti tidak menghormati dan tidak sensitif terhadap penduduk di situ yang majoritinya beragama Islam,” katanya ketika ditemui di sini semalam. 

Menurutnya, penduduk beragama Hindu di situ hanya kira-kira 30 orang sahaja, selain sudah wujud beberapa kuil di kawasan Hulu Langat. 

Johari berkata, kewujudan kuil berkenaan menjadi tanda tanya apabila difahamkan kelulusan pembinaannya tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan. 

“Ini sudah tentu menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk lebih-lebih lagi mereka yang tinggal berhampiran rumah ibadat berkenaan. 

“Kami hairan kenapa ia boleh dibina sedangkan ia belum mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj),” katanya. 

Oleh itu menurutnya, satu memorandum diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin di Pejabat Menteri Besar, semalam. 

Sementara itu Faekah berkata, pihaknya akan mengadakan siasatan terhadap bantahan tersebut.