Marquee

Selamat Datang!

12 April 2011

Projek PBR Lubuk Antu Fasa Terakhir






Pada 22 Disember 2010 Penulis dan pegawai yang dilantik telah melaksanakan projek PBR Lubuk Antu Rumah Panjang untuk Fasa Terakhir. Destinasi tersebut adalah Rumah Panjang Kekan Lemanak dan Rumah Panjang Bawie Ili. Perjalanan ke rumah panjang tersebut menggunakan jalan balak. Pengangkutan yang digunakan hanyalah lori dan motosikal jer. Bayangkan saya dan rakan menggunakan motosikal untuk sampai ke destinasi. Jarak untuk sampai ke rumah tersebut memakan masa 2 jam lebih dengan jalan yang tak baik. Apapun kerja-kerja tersebut telah sempurna kami laksanakan. Dan kami boleh tersenyum puas.



Warga Organisasi KO-GIAT





Koperasi GIATMARA Sarawak Selatan Bhd mempunyai 56 orang ahli. 10 Orang Ahli Lembaga Pengarah dan seorang pekerja tetap. Kesemua ALK ini adalah yang diamanahkan untuk sesi 2010.

11 April 2011

Lawatan Ke Lubuk Antu


Pada tahun 2010 Ko-GIat telah mendapat tender daripada GIATMARA Malaysia untuk menghantar bekalan alatan PBR ke Rumah Panjang Lubuk Antu Sarawak.

Perkhidmatan Pembekalan Barangan PBR


Pada Disember 2010 Ko-GIAT telah menghantar alatan PBR ke Rumah Panjang Lubuk Antu Sarawak. Rumah Panjang tersebut terdiri daripada Rumah Panjang Kekan Lemanak dan Rumah Panjang Bawie Ili.

Projek Lubuk Antu Fasa Pertama








Pada Ogos 2010 Koperasi GIATMARA Sarawak Selatan Berhad telah melaksanakan Projek Program Baikpulih Rumah (PBR) LA pertama iaitu penghantaran Perkhidmatan Pembekalan Barangan PBR ke Rumah Panjang Beretik dan Rumah Panjang Bulo. Antara jenis barangan yang dihantar adalah seperti Atap G28 12" dan Bata Merah. Setiap keluarga atau pintu akan mendapat bahagian masing-masing. Di sini penulis dan pegawai yang dilantik mengambil masa dua hari untuk menyelesaikan semua tugas-tugas seperti mengutip dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan. Kami juga amat menghargai kerjasama yang diberikan oleh Tuai Rumah serta setiap isi rumah.