Sunday, June 8, 2014

Setelah Melihat Rabiah

This post was savely kept in the Draft since the date stated. baru nak publish.

21 Ogos 2013

Aku baru habis baca cerita Rabiatul Adawiah. Karangan Zahiruddin Zabidi. 268ms.

Ringkas ceritanya. Mengenai Rabia, seorang perempuan wali Allah, yang hidupnya hanya untuk mencintai Allah. Menceritakan bagaimana ikhlasnya Rabia dalam ibadahnya. Dah seluruh amal hidupnya hanya untuk Allah.

Sebenarnya lepas baca buku ni lagi banyak persoalan timbul.

Macam mana Rabia boleh hidup macam tu, serba daif.

Diceritakan dalam buku ni, dia hanya punya beberapa baju lusuh, tikar untuk tidur dan takar untuk minum dan berwudhuk. Walaupun ramai hartawan dermawan mahu memberi sedekah bantuan dan mahu mengadakan segala keperluannya, Rabia xnak terima.

Macam mana Rabia boleh merasakan tidak perlunya akan hal2 keduniaan. Macam mana Rabia boleh tidak punya keinginan untuk berkahwin dan hanya mengharapkan cinta Allah. Hingga dikatakan setiap malam dia adalah pengantin Sang Pencipta.

Boleh ke kita yang tiada nilai ni dapat merasai apa yang Rabia rasa.

Sungguh hidayah itu milik Allah.

Mudah2an kita tergolong diantara yang diberi petunjuk.
Antara pengajaran yang diperoleh:

#beribadahlah kepada Allah tanpa mengharapkan syurga dan bukan kerana takut kepada nerakanya.

#ikhlas itu ialah apabila dirinya ditimpa musibah dia tidak merasai kesusahan itu dan tidak marasakan ia sebagai bebanan, bahka merasai ujian itu bagai nikmat yang sangat mendamaikan. seperti wanita2 yg terhiris jari-jemari pada saat terpandang Nabi Yusuf.

(p/s kalau ingat lg nt kte tambah)

No comments:

Post a Comment