salam to all readers.. blog ini?masih punya reader kah? atau aku hanya celoteh sendiri? ah! aku tak peduli, tulis juga, kerana aku rasa terpanggil untk memeriahkan suasana.. dah 2tahun blog ni kaku tanpa apa2 update, beku dengan 55 post nya, last post 10 Nov2009.. ye kawan2, 2009 ok.. diam tak diam 2 tahun.. hari ni, aku ringankan jugak jari untuk tulis apa saja yang terlintas difikiran. Mengimbau segala memori sepanjang 2tahun yang beku ini.. mungkin kita semua tak kuasa untuk menulis apa2, mungkin kita tak kuasa untuk bercerita tentang kenangan, tak kuasa untuk ambil tahu dan memberi tahu.. tapi aku rasa terpanggil untuk mengkhabar kan setiap apa yang berlaku.. maaf sekiranya ad penulisan aku yg agak canggung atau pelik bila dibaca.. biase la kan, minah rock, teringin nk berpuitis, pasti pelik!

dalam masa ke semasa, aku cuba update tentang rakan2 kembara ye.. buat tatapan kita kemudian hari.. mungkin suatu hari nanti, kita akan pulang ke laman ini untk mengimbau kenangan kita, detik bahagia, suka duka.. sesuatu yg akan kita ceritakan.. banyak kn perkembangan dari kawan2 yg kite tak tahu, happy? pertunangan, perkahwinan, baby baru, rumah baru, kereta baru, hijrah, segala yang indah.. ada juga kisah sedih yang perlu kita kongsi bersama.. kehilangan insan yang paling kita cinta, sahabat, keluarga.. atau mungkin kisah ditimpa bencana, penyakit atau kesusahan.. dan mungkin suatu hari nanti kita terima berita dan berkata "kenapa aku tak penah tahu, selama ni dia......." aku tak mahu kita dilanda perasaan kesal kerana tidak pernah ambil tahu, tidak pernah ambil berat. aku tak mahu bila ada diantara kita, rasa terpinggir bila dilanda bencana kerana tiada siapa2 yang bertanya apakah keadaan nya dia..

mungkin kita senang, ada sahabat kita susah.. mungkin kita keje bagus, sahabat kita menganggur.. bila kita tersenyum, ada sahabat kita yang menangis.. siapa tahu kan? tak salah berkongsi, so kite boleh la buka peluang untk kawan2 kita yang lain.. berkongsi pengalaman, biarpun tentang kesilapan, agar sahabat kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.. dapat tak ape mksud aku? contoh tentang diri aku sendiri, bila aku dapat tahu ada kerja kosong kat mane2, aku mesti terfikir "ada tak antara kawan2 kembara yang mengangur ye? mane la tahu boleh recommend kan diorang untuk position tu.?" n perkara tu end up takde ape2 tindakan sebab aku tak tahu pun siapa yang menganggur atau sedang mencari2 peluang untuk bertukar kerja..

jadi, mari la kite sama2 jadikan laman social ni sebagai medium untuk improve kehidupan kita, dan pada masa yang sama, bantu kawan2 lain untuk improve kehidupan mereka.. Aku selalu berpegang pada ayat ni "menjadi insan yang berguna adalah bila mana, kita mampu untuk membantu insan lain sehingga mereka berjaya, walaupun sehingga mereka lebih berjaya dari kita.."

Cukup la setakat ini celoteh aku.. Insyaallah, akan bersambung dalam masa yang terdekat.. doakan aku cukup istiqamah untuk mencoret dan berkongsi.. atau mungkin laman ini akan sunyi lagi... Diharap rakan2 sudi- sudilah meninggalkan pesan kat ruang chat sebelah ni, tulis la topik2 apa yang korang nak aku dan editor2 lain coretkan.. "apa khabar ye dengan....." or "aku dengar cerita... betul ke? nak dapat kan kepastian, boleh sesiapa bagi kenyataan?" or "Ingat tak dulu....." ape2 saja la kawan, feel free to leave any comment ya.. maaf atas segala kesilapan, salam sayang buat semua rakan2.. wsalam..


Salam..

Lama takde posting apa-apa kat sini..dok teringat lagu sekolah pulak.. nak minta tolong siapa boleh sambung atau betulkan lagu sekolah ni..mcm tak lengkap je..
tolong eh! memori ni.. Masa 1st year masuk USIM, jumpa senior SMAKJ, ada dia ajak nyanyi lagu sekolah... huhu...tapi lupa yang penuh..

~Lagu SMAKJ~

Dari desa kami ke kota
Mengejari cita-cita
Pesanan ayah dan juga bonda
Tersemat di dalam jiwa

Ilmu yang kami pelajari
Di SM Agama Johor
Menerangi jasmani rohani
Kekal abadi dan luhur

Demi agama negara tercinta
Kami sedia menempuhi
Wawasan mulia amanah semua
Bersama kita menjayai

Pada guru kami berjanji
Mencapai harapan murni
Amanah yang suci diRedhai
Semoga ALLAH memberkati

Semoga ALLAH memberkati..

Habis...teeeeeeeet

Gambar di Rumah cikgu Leman Ahiya,Hari Raya ke 5 1430H..
pengalaman beraya tahun ni memang best..walaupun xbyk rumah yang dikunjungi seperti tahun lepas..namun overall memang puashati..

Seramai lebih 22 orang beraya di Rumah Cikgu Leman Ahiya, dan lebih 16 buah rumah dikunjungi sepanjang trip KEMBARA RAYA 2009 nie..Antara Rumah yang dapat dikunjungi ialah Rumah Ameng, Anep, Kechik, Fiza, Dalila, Aniq, Bugis, Cikgu Leman, Buya, Sa'dah, Zaila, Ida Farida, Syazwana, Hakimin, Azzeyan, Tabrani, Oja, Cikgu Yatimah, Cikgu Salmi dan ramai lagi..semua area BP - Kluang jer..

Khamis dan Jumaat merupakan hari cuti kepada kebykkan student, membuatkan kami plan raye secara tiba2..namun still OK! Ramai gak yang sanggup bejalan walaupun dah tua nie..Semoga aktiviti raye nie menjadi amalan kita bersama bagi mengeratkan silaturahim..yela, kekadang tu setahun baru jumpa kan..

Moga2 lepas nie kita wat Trip ke JB pulak..atau bdak2 JB dtg ke Muar ke..lagi sonok kan..hihi..Semua gambo telah ditangkap dgn Nikon D60 dan diedit oleh AR Photostream..nak lihat gambo >> click sini!

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan diucapkan kepada Semua Ahli BATCH13 Smakj
dibulan PUASA Yang bakal akan datang ini..Marilah kita memuhasabah diri sepenuh hati dan bersama memperbaiki diri.
Tingkatkanlah kesabaran, Ketaatan pada agama, Kesungguhan dalam menjaga pancaindera, Sifat Amanah dalam mengikuti segala Perintah ALLAH. Marilah kita menyambut BULAN RAMADHAN ini dengan Akhlak yg Mulia, perbaiki kata-kata, bersihkan hati, Sentiasa berdoa dan beribadat dengan Khusyuk dan menepati masa.
Saya berpesan kepada diri saya juga Sahabat sekalian, Jadikanlah RAMADHAN 1430 Hijrah sebagai BULAN RAMADHAN PALING INDAH DALAM HIDUP KITA DENGAN AMAL SOLEH DAN TINGKATKAN KEKUATAN IMAN dan KETAQWAAN.
Semoga dgn ketibaan Ramadhan ini, menjadi titik HIJRAH bagi keperibadian KITA dan menambah KEIMANAN dan KETAQWAAN kita Pada ALLAH..Aminnnnn

Fantasy EPL league telah bermula!

English Premier League telah bermula..maka bermulalah FANTASY EPL..
maka diseru kepada semua peminat bola sepak batch13 Smakj mendaftar segera pasukan anda di website > http://fantasy.premierleague.com
Setelah daftar..pastikan anda mendaftar ke dalam liga BATCH13 Smakj, pergi ke LEAGUE > JOIN > masukkan CODE INI > 401902-94073
Sekiranya anda ingin Join Liga Ex-Smakj (semua yg join dari batch1-sekarang), masukkan CODE ini > 120684-33622
Jangan lepaskan peluang ini..susun segera pasukan anda..mana tau, anda adalah seorang manager yg bagus dan mahir..
Perancangan yg lebih advance lagi..pasni sape yg menang nak kasi hadiah la.. MASIH DALAM PERANCANGAN..InsyaALLAH..

semoga berjaya..haVe FUN!..tq!


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

For ALL ex-SMAKJ batch13, Promote this CUTE Banner to ur Blog!! ILMU.IMAN.AMAL, teras kehidupan kita semua..AMeeeeeeeeeeeeeen!