Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 30 November 2006

SEKADAR PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA

Sekadar peringatan bagi kita semua.

[54] Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.[ alMaaidah 5:54 ]



[186] Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya) , maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka. [alA'raaf 7:186 ]


[11] Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

[12] Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

[13] Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

[14] Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

[15] Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

[16] Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan.

[17] Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

[18] Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya) ; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[19] Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

[20] Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta) . [ anNur 24:11-20 ]

[10] Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.[ alHujuraat 49:10 ]


[1] Demi Masa!

[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [ al'Asr 103:1-3]

Rabu, 29 November 2006

'YAKIN DENGAN PERJUANGAN'.....USTAZ SIDEK NOR

OLEH : BUDI

Kg.Pulai - Mudir Maahad Tahfiz Qiam-Ustaz Sidek Nor memperingatkan kepada ahli -ahli Pas agar terus istiqamah dan yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh parti.

Katanya, 'pasti akan tiba waktu yang dijanjikan Allah dan islam akan menang'. Justeru beliau mencadangkan Pas membina kekuatannya sendiri....Disamping terus merapatkan hubungan dengan Allah swt.

Beliau yang agak lama tidak berceramah di Melaka, kini menjadi Mudir Maahad Tahfiz Qiam,Batu Hampar, Beruas Perak. Maahad Tahfiz yang ditubuhkan beliau lima tahun dulu, kini menawarkan dua sistem pengajian iaitu tahfiz dan pondok.Sehingga kini telah ada pelajar dari Maahad berkenaan yang berjaya menyambung pengajian diTimur Tengah.

Permohonan bagi sesi pengajian 2007 sedang dibuka sekarang. Sebarang masaalah dan keterangan lanjut bolehlah menghubungi beliau ditalian 0133872053.Menurutnya lagi 'hanya ilmu dan pendidikan agama yang sempurna saja dapat menyelesaikan masalah sosial yang semakin parah sekarang'.

Selasa, 28 November 2006

SIASAT KES MURTAD DULU BUKAN SIASAT ISU SMS.!!!

Kekesalan semakin terasa kerana golongan yang berkemampuan untuk mengatasi masalah ini lebih menitik beratkan isu SMS Raja Sherina (Raja Sherina sudahpun dibebaskan daripada tahanan reman-sila rujuk akhbar tempatan bertarikh 27 November 2006). Jika minggu lepas, UMNO dan sekutu2nya telah berhimpun dengan penuh semangat sambil menghunuskan keris dengan menabur janji untuk membela bangsa dan agamanya, tetapi bila isu ini timbul, makhluk2 yang ber'omong-omong' kosong dalam perhimpunan agung UMNO hanya menyepikan diri. Dimanakah usaha UMNO yang bertempik untuk menjaga kebajikan bangsa dan agama. Sepanjang saya melibatkan diri dalam dunia politik banyak jurang dapat dilihat dimana begitu longgar kesungguhan UMNO menangani masalah yang melibatkan isu keagamaan. Malah ada juga menteri yang memberi sokongan kepada puak2 yang ingin melaksanakan Islam liberal di Malaysia ini

Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek (Ketua Pemuda PAS Jasin) mengulas mengenai isu SMS Raja Sherlina,beliau berkata sepatutnya kerajaan berusaha mendapatkan maklumat dan perlu membuat kajian berapa ramai orang Islam di Malaysia yang murtad dan kenapa perkara sebegini boleh berlaku dibawah kepimpinan negara yang dikatakan mengamalkan konsep Islam hadhari. Sepatutnya isu ini yang dipertekankan dan bukannya isu SMS.

Ustaz Kamarudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka juga menegaskan bahawa kes murtad ini perlu di'highlight'kan oleh kerajaan dan bukan hanya menekankan pada pembangunan ekonomi. Apa gunanya jika Malaysia maju dari sektor ekonomi tetapi punah dari segi pembangunan akidah umat Islam. Perlu dipertekankan kerana rata2 yang murtad adalah dari golongan remaja dan golongan seperti inilah yang perlu diberikan perhatian kerana mereka inilah yang bakal berada dan mengambil alih pucuk kepimpinan pada akan datang.

lanjutan berita isu kes SMS Raja Sherlina:-

GEORGETOWN: Kerajaan perlu menyiasat dakwaan ramai orang Melayu di negara ini murtad seperti didakwa wanita dikenali sebagai 'Raja Sherina' Dan bukan menumpu kepada siapa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenainya.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata siasatan lengkap termasuk mengenai berapa ramai umat Islam yang dibaptiskan perlu dilakukan segera bagi mengelak kebimbangan umat Islam.

Katanya, pada masa ini siasatan lebih tertumpu kepada siapa yang menghantar SMS mengenai dakwaan itu berbanding isu asalnya iaitu murtad yang membimbangkan ramai umat Islam di negara ini.

"Apa yang patut Kita lakukan bila dengar khabar angin itu, Kita siasat lah. Kita kaji betul ke tidak (dakwaan) murtad kerana ini bukan benda kecil, sebaliknya boleh menimbulkan kekacauan."

"Bila Kita (umat Islam) terasa terancam, mereka bertindak," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Islam Dan Cabaran Semasa' anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

Harussani yang enggan mengulas lanjut, menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa Dan menasihatkan orang ramai supaya jangan bertindak sesuka hati dalam menangani isu berkenaan

Isnin, 27 November 2006

PUBLISITI MURAHAN AHLI PARLIMEN JASIN

Oleh : Budi

Beberapa isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen Jasin - Datuk Mohd Said Yusof mutakhir ini agak menarik untuk diulas dan dijawab. Seluruh negara tahu sebelum ini beliau pernah 'menasihatkan' pegawai kastam agar menutup sebelah mata.Akhirnya isu tersebut 'selesai' begitu saja. Barangkali juga berkat doa dan bacaan Yasin khas yang diadakan dibeberapa masjid didalam kawasan parlimen Jasin.


Seperti mahu mencari populariti dan membersihkan imej, beliau membangkitkan pula isu penceramah agama (yang pro-umno) minta bayaran tinggi. Ramai yang telah mengulas isu ini. Pada pendapat saya adalah wajar penceramah agama (yang pro umno) dibayar tinggi kerana itulah matlamat mereka. Dan lagi kebiasaanya mereka datang dari jauh dan berkenderaan, bukankah tol dan minyak sekarang mahal? Jadi, saya cadangkan kalau hendakan penceramah yang murah lagi ikhlas , undanglah ustaz-ustaz Pas.

Sepatutnya Datuk Mohd Said mempersoalkan juga artis yang 'demand'. Sebagai contoh konsert ambang merdeka yang ditaja kerajaan. Berapa banyakah jumlah yang dibayar kepada artis berkenaan dan apa manafaatnya yang dapat dipeolehi kepada jiwa rakyat?

Yang terbaru, beliau menyatakan kebimbangan akan seriusnya kegiatan perniagaan seks di Bukit Bintang. Diparlimen beliau menyebut 'Jangan jadikan Bukit Bintang Pat Pong Malaysia' .(menurut penjelasan beliau Pat Pong adalah satu kawasan pelacuran di Thailand )

Saya boleh bersetuju dan menyokong saranan beliau. Tetapi saya juga ingin bertanya, siapakah yang memberi lesen perniagaan? Siapakah yang membuat dan melaksanakan undang-undang? Siapakah yang menyuburkan suasana seperti itu?

Sebenarnaya inilah nilai seorang MP yang telah diberikan mandat oleh warga Jasin. Sekadar mampu membangkitkan isu yang bersifat 'cebisan' dan meraih perhatian penyokong lurus bendol. Fikirkanlah!! sementara nikmat akal belum ditarik Allah swt. Peluang dan masa masih ada, lakukanlah perubahan.

Ahad, 26 November 2006

ISLAM MENGHALANG KEMAJUAN ???

Oleh PROF. DR. SIDEK BABA

Ada orang berpendapat bahawa untuk maju seperti orang Barat, agama jangan dibawa serta. Banyak dari ajaran agama menghalang proses kemajuan. Dari sudut ilmu, ada yang berpendapat bahawa agama sesuatu yang tidak rasional.

Agama dikaitkan dengan dogma. Sehingga seorang pemikir Barat bernama Derrida menyebutkan 'Tuhan sudah mati'.

Golongan ini berpendapat bahawa akal adalah segala-galanya. Kaedah saintifik adalah kaedah yang selari dengan akal yang berasaskan logik dan rasional. Kaedah agama dikatakan tidak logik dan tidak rasional. Oleh itu menjadikan agama sebagai pedoman hidup dikatakan tidak saintifik.

Untuk maju, sains adalah jawapan. Minda atau akal adalah segala-gala. Yang penting ialah data dan fakta. Sesuatu yang ghaib dianggap tidak berasaskan data dan fakta. Oleh itu kemajuan yang harus didukung ialah kemajuan yang berasaskan sains.

Islam sebenarnya tidak menolak kepentingan akal dan sains. Akal dan sains tidaklah segala-gala. Menjadikan faktor sains dan akal semata-mata sebagai ukuran maju dan membangun tidak senafas dengan makna Islam itu sendiri.
Sejarah tamadun Islam menunjukkan sains berkembang dengan subur. Tetapi sains yang didukung oleh nilai Rabbani dan etika yang tinggi.


Akal adalah sesuatu yang amat diutamakan oleh Islam. Al-Quran menyebutkan pada banyak tempat tentang kepentingan akal. Akal membolehkan seseorang mengingat dan menghafaz, berfikir dan mempunyai daya ta'akulan. Al Quran menyebutkan ulul albab dan konsep tadabbur sebagai asas berfikir dan mengetahui. Tetapi pemikiran berasaskan akal tidak cukup untuk memahami diri, persekitaran, alam dan kehidupan apalagi perkara-perkara yang ghaib.

Allah memberikan kita pedoman al-Quran yang terkandung hikmah bagi memimpin akal supaya pemikiran terarah dan mendapat makna yang betul.

Sains mengikut perspektif Islam ialah ikhtiar manusia untuk mengetahui sesuatu sama ada alam, cakerawala, bumi, manusia dan kehidupan - supaya manusia mempunyai jawapan terhadap sesuatu itu. Tetapi tradisi sains Islam tidak saja mengkaji kewujudan sesuatu yang memerlukan kajian dan penelitian, tetapi di sebalik kewujudan sesuatu terdapat hikmah atau rahsia kewujudannya yang dikaitkan dengan pencipta iaitu Allah s.w.t.

Surah al-Alaq yang membawa maksud Iqra' atau baca membawa maksud yang amat luas. Membaca tidak hanya bermaksud menatap apa yang tersurat tetapi mengkaji apa yang tersirat. Al- Quran tidak sekadar dibaca untuk mendapatkan fadilat atau pahala tetapi ayat-ayat Allah terkandung pedoman untuk hidup dan gambaran tentang kehidupan manusia untuk dijadikan ibrah atau pedoman.

Lima ayat pertama surah itu memberikan kita asas tentang ilmu dan sains. Maksud alaqa iaitu darah beku itu selari dengan sains embriologi. Surah al-Mukminun, ayat 24, menyatakan darah beku terhasil dari air mani yang datangnya dari saripati tanah. Saripati tanah dalam erti kata yang luas terkandung bahan-bahan zat seperti kalsium, mineral, protein dan lain-lain dan ia wujud dalam buah-buahan, sayuran-sayuran yang tumbuh dan dimakan oleh manusia. Ia menjadi darah dan daging dan sebahagiannya air mani yang terkandung kromosom X dan Y. Asas saintifik ini tidak bercanggah dengan apa yang terdapat dalam al-Quran.

Asas nilai dan etika

Oleh itu, asas kemajuan saintifik dalam tradisi Islam berasaskan nilai-nilai murni dan juga etika yang baik. Sandaran nilai-nilai murni datangnya dari al-Quran dan sunah Nabi dan sandaran etika yang baik datangnya dari ajaran Islam yang menganjurkan amanah, keikhlasan, kejujuran, keadilan, bijaksana, sifat syukur dan lain-lain. Asas nilai dan etika yang dijadikan pedoman berfikir dan melakukan kajian saintifik akan membimbing manusia dekat kepada pencipta dan memanfaatkan rahmat dan nikmat Allah yang banyak untuk kesejahteraan manusia. Bukan melakukan monopoli atau eksploitasi yang menyebabkan manusia menderita.

Para remaja harus insaf bahawa umat Islam adalah umat yang bertamadun. Al-Quran dan As- sunah adalah sumber utama kepada pembinaan tamadun. Umat Islam yang bertamadun ialah yang menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan sunah Nabi sebagai sumber ikutan dalam akhlak dan tingkahlaku.

Sebahagian remaja Islam pada hari ini kagum tentang Barat sebagai sumber tamadun. Apa saja yang datang dari Barat dianggap maju. Sehingga terdapat di kalangan remaja lupa kepada agama dan tamadun yang dicetuskan oleh Islam. Malah terdapat remaja yang menolak tradisi dan budaya baik yang terdapat dalam peradaban bangsanya.

Islam tidak mengambil pendekatan menentang Barat semata-mata kerana ia Barat. Banyak manfaat yang boleh diperoleh di Barat yang berguna kepada umat Islam. Tetapi umat Islam yang menghayati agamanya, akan berasa tidak selesa dengan proses pemBaratan yang sedang berlaku.

Globalisasi yang sedang berjalan membawa maksud pemBaratan. Ukuran maju dan membangun di kalangan sesetengah remaja Islam ialah Barat, fahaman kebendaan, budaya berpoya-poya dan hiburan dan akhirnya terjebak dengan dadah, salah laku sosial dan maksiat.

Remaja harus faham bahawa kemajuan itu terletak kepada diri manusia. Diri manusia harus dibangunkan dengan kekuatan akhlak mulia supaya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi, manusia dapat berperanan mengurus diri dan mengurus kehidupan dengan baik supaya manfaatnya memberi kebaikan kepada yang lain.

Terlibat dengan salahguna dadah, kegiatan mat rempit, pergaulan yang lepas bebas, ketagih hiburan yang melampau umpamanya bukanlah lambang maju dan membangun. Ia adalah lambang mundur dan kemusnahan. Islam mengajak remaja supaya berilmu dan berketerampilan. Dalam surah Az Zumar, ayat 9, Allah meletakkan kedudukan orang yang berilmu lebih tinggi berbanding orang yang tidak berilmu.

Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa tujuan kenabian ialah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Ilmu dan akhlak adalah asas yang sangat penting untuk remaja maju dalam kehidupan dan perubahan.
Ilmu yang dipandu oleh nilai-nilai yang Qurani, akhlak yang dirujuk dari akhlak Nabi bakal memimpin remaja untuk memiliki kekuatan keilmuan dan contoh peribadi yang mampu memimpin remaja akhirnya ke jalan peradaban atau tamadun. Kemilau kemajuan hari ini yang banyak diwarnai dengan faham kebendaan dan nafsu-nafsi akan akhirnya menjebak remaja ke arah kerosakan dan kebinasaan.

Para remaja harus mempunyai tekad dan azam untuk maju berasaskan acuan kita sendiri. Remaja Islam tidak saja harus reflektif terhadap tamadun umat Islam yang amat bernilai pada masa yang lalu tetapi harus proaktif dengan faktor-faktor kemajuan semasa yang berlaku pada hari ini.

Memahami al-Quran secara ilmu, meneliti sirah dan sunah Nabi sebagai sumber contoh bakal memberikan jalan kepada remaja membina acuan tersebut.

Acuan sendiri tidak menolak kebaikan yang terdapat dari Barat dan Timur tetapi harus ada upaya yang kreatif membangunkan sumber ilmu, sains dan teknologi supaya ia tidak bertentangan dengan faktor maqasid syariah yang bakal memberikan pedoman dan batasan terhadap makna dan maksud kemajuan dan perubahan yang Islami.

Sabtu, 25 November 2006

ISLAM MENJADIKAN UMATNYA HANYA BERSERAH ????

Oleh: PROF. DR. SIDEK BABA

BANYAK tanggapan dibuat bahawa Islam agama berserah. Umat Islam adalah umat menyerah. Pergantungan kepada Tuhan yang tinggi menyebabkan pergantungan kepada nasib tanpa usaha. Doa umat Islam selalunya panjang tetapi ikhtiar umat Islam lazimnya pendek.

Menerima sesuatu walaupun menyalahi agama dikatakan rezeki. Terjadinya sesuatu walaupun kerana kesilapan sendiri dikatakan takdir Allah. Umat Islam sering memilih menjadi tangan yang menerima, lebih dari tangan yang memberi.

Sikap dan mind-set orang-orang Islam memang pelik. Ibadah solatnya hebat, kesan perubahan diri amat kerdil. Menuding kesilapan orang lain menjadi amalan, menginsafi kelemahan sendiri kurang berlaku. Kuman di seberang laut nyata nampaknya, gajah di bibir mata dilupakan saja.

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Angan-angan tinggi, kemampuan melaksana kurang. Mencacat sesuatu ghairah belaka, melakukan pembaikan pantang sekali.


Sikap berserah kepada Allah tidaklah salah. Berserah tanpa usaha menjadikan umat kalah. Berserah bukan di awal usaha. Kalau tidak dipecahkan ruyung bagaimana mendapat sagunya. Alang- alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Usaha mendatangkan ikhtiar. Ikhtiar dengan jiwa tawakal menjadikan manusia cekal. Cekal tanpa putus asa membolehkan manusia berjasa. Hujung kejayaan doa dipanjatkan. Antara usaha dan doa, Allah mengkabulkan hati-hati yang ikhlas.

Pergantungan kepada Allah adalah sesuatu yang wajar. Allah memberi manusia akal supaya manusia berfikir. Allah membekalkan manusia hati supaya manusia memiliki neraca pertimbangan.

Ilmu Allah (al-Quran) menjadi suluh kepada akal. Akal yang berkembang tanpa suluh hikmah menjadikan manusia meraba-raba. Pergantungan kepada Allah kerana Allah maha berkuasa dan perkasa. Pergantungan kepada manusia banyak kurangnya.

Doa tidaklah salah. Doa kata Nabi, ibu segala ibadah. Doa juga senjata untuk untuk orang-orang Mukmin. Doa tidak saja permohonan dan harapan, doa adalah usaha dan ikhtiar. Doa adalah dedikasi dan kesabaran. Doa adalah azam dan tekad. Doa adalah roh untuk berjaya.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa, melainkan bangsa itu sendiri mengubah dirinya sendiri. Mengubah diri perlukan ilmu.


Ilmu yang benar dan bermanfaat mendukung akhlak. Ilmu tanpa akhlak sifatnya tidak membimbing. Ilmu tanpa nilai menjadikan manusia hilang pedoman. Al-Quran memberi manusia nilai.

Nilai-nilai Qurani mempedoman manusia jalan yang benar dan jalan yang salah. Mengembalikan diri kepada nilai-nilai Qurani meletakkan manusia sentiasa berada dalam keadaan fitrah. Inilah asas kemajuan dan perubahan dalam Islam. Menolak fitrah bermakna menolak jalan Islam.

Rezeki adalah sesuatu yang baik datang dari Allah. Anugerah Allah ini diperoleh dengan niat yang baik, matlamat yang betul dan cara yang tidak menyalahi syarak.

Mengaitkan sesuatu sebagai rezeki dari Allah ialah menghubungkan usaha dan ikhtiar yang diredainya. Jalan berfikir seperti ini harus jelas supaya sesuatu yang baik dari Allah tidak disalahfaham atau disalahguna. Rahmat dan nikmat Allah adalah untuk kebaikan.

Kebaikan itu apabila dilimpahkan kepada yang berhak ia memberi barakah yang tinggi. Barakah sering menjadi hikmah yang hilang dalam usaha dan ikhtiar manusia.

Takdir Allah boleh berlaku pada sesiapa. Baik dan buruk adalah takdir. Ia terkandung hikmah. Kebaikan dari Allah yang tidak diterima dengan rasa syukur boleh menjadi musibah. Keburukan yang diterima, mendorong seseorang bersyukur ia boleh membawa kepada rahmah. Musibah dari Allah selalunya membawa ujian.

Bagi yang sabar, ia bakal mendapat jawapannya. Bagi yang gopoh dan gelojoh, menyebabkannya hilang pertimbangan. Hidup adalah suatu perjalanan. Ada ketika manusia melalui lebuh raya yang luas. Leka dan lalai boleh menyebabkan kemalangan. Ada ketika manusia melalui jalan yang kecil dan berliku. Berhati-hati menyebabkan perjalanan selamat.

Takdir jangan dipersalahkan. Takdir harus disyukuri. Hikmah dari takdir adalah sekolah hidup. Darinya manusia mengenal Allah dan mengetahui kekuasaan-Nya. Darinya manusia akan sentiasa berjiwa rukuk dan sujud serta berjiwa hamba.

Semangat kekhalifan menyebabkan putus asas tidak ada. Ikhtiar disertai doa, doa diiringi tekad dan azam yang tinggi menjadikan usaha diredai dan diberkati.

Tidak salah menjadi tangan yang menerima sekiranya seseorang itu berhak. Lebih mulia menjadi tangan yang memberi kerana ia menjadi orang yang bersyukur. Orang yang bersyukur memiliki harga diri.

Rahmat dan nikmat yang melimpah maksudnya untuk manusia. Rezeki tidak datang bergolek. Usaha dan doa tidak harus putus. Tangan yang memberi memakmurkan sedekah. Sedekah dari sumber yang halal adalah ibadat. Ibadat yang berterusan membawa berkat.

Remaja Islam harus ada keinsafan. Bukan agama membawa remaja menyerah membuta tuli kepada Allah. Allah berikan rahmat dan nikmat untuk jalan remaja berikhtiar.

Allah berikan akal dan hati supaya remaja ada kekuatan. Kekuatan ilmu dan nilai memberikan jalan terbaik bagi usaha dan ikhtiar. Bekerjalah remaja seolah-olah kehidupan itu 1,000 tahun. Hubungkan kerja sebagai ibadah seolah-olah kematian akan berlaku pada keesokan hari.

Berusaha dengan pedoman Allah, jalannya terang benderang. Berikhtiar dengan reda Allah, natijahnya kemakrufan. Menjadi remaja perlukan pedoman yang baik. Tanpa pedoman yang baik nafsu dan keinginan menjadi liar.

Setiap benda yang Allah jadikan ada hikmah rohaniah di sebaliknya. Bagi remaja yang berfikir, setiap kejadian menjadikan remaja lebih berilmu. Hikmah di sebalik ilmu menjadi hidup remaja lebih bermakna.

Makna dalam hidup berada pada remaja yang sentiasa bersyukur. Remaja yang bersyukur adalah remaja yang dekat dengan Allah. Remaja yang dekat dengan Allah sentiasa diberikan taufik dan hidayah.

Sesetengah remaja menjadikan naluri dan nafsu tanpa batas. Kelazatan dunia tidak kekal. Kelazatan yang berlaku dengan reda Allah memberi kesan bahagia dan sejahtera yang panjang. Kelazatan yang bersifat nafsu-nafsi menjadikan remaja ketagih. Meneruskan ketagihan tanpa reda Allah sering menjerumuskan remaja kepada kebinasaan.

Remaja yang dikasihi Allah adalah remaja yang insaf bahawa hidup ini adalah suatu perjalanan. Perjalanan yang singkat belum cukup memberi pedoman dan arah tentang bukit-bukau dan liku-liku.

Perjalanan jauh belum tentu menemukan remaja dengan destinasi. Belajar dari perjalanan hidup memperkayakan remaja dengan pemandangan dan pengalaman. Ia menjadikan remaja dewasa dan matang. Belajar dari proses dewasa dan matang menjadikan remaja lebih bersedia untuk masuk ke lebuh raya kehidupan iaitu alam dewasa.

Sebagai remaja Islam sikap menyerah membuta-tuli tidak harus ada. Untuk maju dan membangun mesti ada ilmu. Membangun dalam acuan yang Allah reda mesti patuh dengan jalan syarak.

Para remaja jangan membiarkan diri hanyut dalam arus perubahan. Remaja Islam harus mampu menongkah arus. Arus Barat boleh menghanyutkan bagi yang lalai. Arus dari Islam boleh menyelamatkan bagi yang menginsafi.

Menyerah kepada Allah selepas azam dan ikhtiar dilakukan. Darinya kurniaan rezeki dan berkat memberi
jalan kepada amal soleh. Amal soleh adalah puncak ikhtiar dan takdir.

Jumaat, 24 November 2006

SELESAIKAN MASALAH DALAMAN DAHULU WAHAI JAB.AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM) !!!

Oleh : BUDI

Dua perkara besar yang disiarkan akhbar minggu ini menjadi topik perbualan hangat rakyat Melaka.Bukan kisah perhimpunan agong UMNO (orang Melaka tak ambil tahu) juga bukan isu 'mat rempit langgar polis'.


Menariknya kisah Pertama ialah , banjir kilat yang berlaku di Bukit Katil, tidak berapa jauh dari rumah Ketua Menteri. Menurut laporan akhbar, mangsa banjir dikawasan yang terlibat kesal dan sedih kerana tiada perhatian dan bantuan segera dari pihak atasan. Namun setelah laporan kedua dikeluarkan oleh akhbar ,barulah kelihatan wakil rakyat dan Sidang kampong datang menunjukan betapa 'prihatinnya' mereka.

Keduanya perihal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).Akhbar Harian Metro (Edisi Melaka / N.Sembilan -Isnin, 20 November 2006) melaporkan kekecewaan dan rasa tertipu ibubapa pelajar sekolah seliaan JAIM kerana Portal pendidikannya tidak berfungsi. Sedangkan setiap pelajar telah dikenakan yuran sebanyak RM20 untuk portal tersebut. Dianggarkan sekitar 50000 pelajar belajar disekolah agama JAIM.Diatas rasa tertipu, salah seorang bapa pelajar dari Bukit Rambai telah membuat laporan polis.

Mengulas isu tersebut, ketua Dewan Pemuda Pas Melaka Ustaz Kamarudin Bin Haji Sedek(gambar) berkata, "JAIM dan Ramadan Consultancy Services (RCS) yang menguruskan portal tersebut hendaklah bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan". Oleh kerana laporan polis telah dibuat,beliau mengharapkan satu penyiasatan menyeluruh dan telus dapat dijalankan.

Menurutnya lagi, Pengarah JAIM hendaklah lebih peka menangani isu dalaman jabatan itu daripada sibuk memikirkan masaalah pendidikan pra-sekolah yang dikelolakan Dewan Pemuda Pas.

Sementara itu, seorang lagi bapa pelajar dari Serkam bercadang membuat laporan polis berhubung perkara yang sama. 'Bersihkanlah jabatan ini dari segala macam penyelewengan dan lakukan siasatan dengan telus' katanya.

Khamis, 23 November 2006

MAJLIS SAMBUTAN HARIRAYA PASTI MELAKA - DALAM SUASANA UKHWAH


oleh : Budi

Serkam : Majlis sambutan hari raya Pasti negeri Melaka bersama Dewan Pemuda Pas negeri Melaka dan Pas cawangan Serkam telah diadakan dalam suasana penuh ukhwah dan semangat silaturrahim.

Majlis yang diadakan diperkarangan Pasti Al Ikram itu telah disempurnakan oleh Pengarah Pasti Pusat , Saudara Azrin Bin Abdul Majid. Selain itu, beberapa pimpinan Pasti negeri dan DPPNM turut hadir memeriahkan majlis. Antaranya Ustaz Kamarudin Bin Hj Sedek (Ketua DPPNM) ,Ustaz Asyraf Mukhlis (tim. Ketua DPPNM ) ,Sdr Harun Bin Muhammad (naib ketua DPPNM) Sdr Ahmad Sahrom (SU-DPPNM) serta beberapa exco DPPNM.

Mengambil kesempatan sempena majlis tersebut , Pasti negeri Melaka telah menyampaikan anugerah kecemerlangan akedamik (2006) buat pelajar terbaik Pasti peringkat negeri Melaka. Bagi tahap lima tahun. adik Nur Afifah Amirah Bte Adris (Pasti An-Nuriah-Sg Udang ) telah dipilih sebagai pelajar terbaik manakala adik Intan Nor Sabrina Bte Noor Azman (Pasti Nurul Iman - Jasin ) mengungguli bagi tahap enam tahun.

Pada majlis yang sama , pihak Pasti negeri juga telah menyampaikan sumbangan kepada guru-guru Pasti sebagai penghargaan diatas pengorbanan mereka. (gambar)

Menurut pengarah program saudara Zaili Bin Mohd Imbiah "pemilihan pasti al-Ikram sebagai tuan rumah adalah kerana kesungguhan ahli jawatankuasanya dan juga satu penghormatan bagi DUN Serkam".Beliau yang juga Pengerusi Pasti Kawasan Jasin memaklumkan bahawa semua Pasti dikawasan Jasin telah berjaya mengadakan majlis anugerah kecemerlangan peringkat Pasti masing-masing.Disamping itu beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan atau kekurangan sepanjang majlis tersebut dan mengucapkan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakannya.

SMS RAJA SHERINA VS PADERI YANG MEMURTADKAN AZLINA JAILANI

Assalamualaikum w.b.t

Bandingkan tindakan pantas pihak berkuasa untuk mencari penghantar SMS mengenai Dato Azhar Mansur vs tindakan pihak berkuasa untuk mencari paderi gereja yang memurtadkan Azlina Jailani walaupun sudah sekian lama laporan polis mengenai paderi ini. Ataupun nasib paderi ini akan lepas bebas begitu sahaja tanpa tindakan apa-apa.


Malang benar menjadi rakyat Islam Malaysia yang sering tersisih bukan kerana tindakan pihak berkuasa yang tidak cekap tetapi pihak berkuasa hanya memandang sepi perbuatan rakyat Malaysia yang bukan Islam bukan sekadar mencuba, tetapi TELAH pun berjaya memurtadkan seorang Islam. Paderi ini sudah tentu lepas bebas tanpa sebarang tindakan. Kenapa pihak berkuasa (seperti kes SMS) tidak bertindak tegas? Adakah sesuatu yang menghalang pihak berkuasa untuk terus mendakwa paderi berkenaan?

Gambar Raja Sherina telah pun diedarkan dalam berita hari ini (22 November 2006-Utusan Malaysia Online) dan beliau sudah ditahan reman untuk 3 hari. Bila pula gambar paderi yang memurtadkan Azlina Jailani aka diedarkan untk tatapan umum?

Selasa, 21 November 2006

APABILA IMAN MENJADI MALAP

OLEH : AISYAH Z

Melihat keadaan kes murtad yang berleluasa di negara kita, sedikit sebanyak peristiwa ini telah menyentak kuat rasa iman kita serta menjadikan kita terkesima lalu mengelengkan kepala, mengapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa di bumiku tempat sepatutnya Islam itu subur, terjadinya peristiwa di mana manusia itu mahu lari dari iman dan Islam itu sendiri? Merasa rimas dengan pakaian Islamnya dan kehilangan rasa manisnya iman di hatinya? Mengapa perkara itu boleh berlaku?.

Hati manakah yang ada iman di hatinya sanggup berkata-kata sedemikian?

Ya, kita berasa pelik! Bagaimana seorang muslim berbangsa muslim yang dibesarkan dalam keluarga islam, disekolahkan di sebuah sekolah yang ramai penganut Islam, yang suara-suara Islam banyak kedengaran di sekelilingnya, melalui rakan, surat khabar serta tv boleh berfikir untuk menukar agama?

Benar kata Allah :

'Bagaimana Allah akan memberikan petunjuk kepada suatu kaum yang kafir setelah beriman, serta mengakui bahawa Rasul ( Muhd) itu benar-benar(rasul) dan bukti-bukti yang jelas telah sampai kepda mereka? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang zalim' ( Ali-Imran: 86)

"Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam...."(Surah Al-An'am 6: 125)

Allah memilih siapa sahaja unutk menerima hidayahNya. Apabila Dia campakkan hidayahNya, taiada siapa yang dapat menahannya. Ya memang kita sedih kerana saudara semuslim tergamak untuk keluar dari agama hanif ini. Sehinggakan walaupun tokoh gereja tidak mahu menolongnya, dia begitu gagah berani mempertahankan pendiriannya.

Dan kita duduk berfikir sendiri, apa dah jadi dengan negara kita? Apa dah jadi dengan Muslim sedunia? Apa dah jadi dengan Muslim sebangsa kita?

Kalau kita melihat dari tingkap di atas, kita teropong dunia sekarang ini, dengan berkecamuknya keadaan di Iraq, dahsyatnya perbantaian tanpa henti di Palestin selama lebih setengah dekad, dengan kes kristianisasi yang tak kurang kalahnya di Indonesia, dengan tak bersatunya dunia Arab yang diharapkan menjadi tunggak kesatuan umat Islam, dengan kecaman suara Amerika dan British terhadap orang Muslim serta gerakan persatuan pelajar Islamnya, masalah ketidakadilan umat islam di Tak Bai dan bermacam-macam lagi, kita akan lihat di sana sini masih ada jeritan suara meminta pertolongan. Ada tangisan meminta belas kasihan. Ada kesakitan yang diminta diubati. Ada tangan-tangan yang perlu dicapai. Dan kita yang meneropong ini hanya mampu menelan air liur, khusyuk memerhatikan saudara kita, hanya mampu berasa belas kasihan tanpa tahu berbuat apa-apa.

Islam diserang kesusahan dan kesenangan. Diserang dengan bedilan meriam dan hedonisme.Kita tahu itu semua. Kita seolah-olah seperti penggemar burung yang sibuk memerhatikan burung di angkasa, berkenalan dengan burung itu, tanpa memberi impak besar kepada kehidupan burung-burung itu sedikit pun.

Akhirnya kita selalu dikejutkan dengan kisah-kisah sensasi ini.Seperti mana burung yang kita cari untuk teropong itu telah mati ataupun pupus. Kita pun rasa sedih dan tak tahu untuk berbuat apa-apa.

Peristiwa kemurtadan yang berleluasa ini adalah satu amaran Allah bagi mereka yang masih bersisa nilai iman di hatinya. Di kala ini kita seolah-olah dibangkitkan dari lena yang panjang. Kita terduduk dan terkesima, apa yang dah aku buat sehinggakan ada orang sanggup murtad? Jawapannya adalah; Apa yang kita buat adalah tidak cukup. Kita tidak cukup berdakwah sebab itulah ramai lagi manusia yang tidak mendegar lagi seruan Islam. Kita tidak cukup menyeru manusia pada Islam sehinggakan rasa iman masuk menghiasi relung hati ramai manusia di bumi Allah ini. Ya, dalam keselasaan kita hidup di dunia ini, sedarlah, sebenarnya kita tidak cukup buat apa-apa untuk mengelakkan manusia seperti Maria ini keluar dari agama Allah.

Dan mengapa kita biarkan orang kafir menulis sesuka hatinya sedemikian rupa?

Paling sedihnya, majoriti umat Islam akan memandang enteng kisah sebegini..

'Ek.. oowh... camtu ke?' Tanpa rasa apa-apa mereka meneruskan kehidupan robot mereka berputar-putar mencari makna hidup yang tak ke mana.

Bagi yang ada kesedaran akan berucap; 'Astaghfirullah, moga-moga kita tak dimasukkan dalam golongan sedemikian. Marilah kita sama-sama doa.'

Tapi kebanyakannya akan memandang sepi peristiwa ini dan lebih suka mengambil langkah berada di atas pagar.

Dan kita masih lagi meneropong kisah-kisah ini dengan perasaan yang sedih dan berat. Bagaimana kita dapat menolong bukan sahaja kaum-kaum lain 'senasib' Lina Joy, tetapi golongan manusia yang masih menyembah hedonisme, yang masih tidak pedulikan pun kisah-kisah ini berlaku di kampung mereka sendiri. Sekali sekala kedengaran suara orang bersorak menyedarkan, tapi rata-rata pemuda zaman sekarang, lebih suka menghabiskan masa di depan komputer game serta berpacaran ke sana sini.

Dan kita meneropong mereka dengan jeritan suara batin yang lantang; Aku perlu menyelamatkan mereka semua!!

Kita mahu memegang tangan dia semula untuk mengenal al-haq...Kita juga mahu menyedarkan ramai manusia yang mempunyai 'kesedaran' untuk murtad untuk merasai rasa manisnya berada dalam iman dan Islam.

Kita mahu menunjukkan betapa seronoknya hidup berpaksikan Tuhan.Tapi adakah kita berusaha untuk ke arah itu?

Yahya bin Muadz Ar-Razi pernah berdoa:

'Ya Allah, sesungguhnya yang paling menggembirakan saya adalah kemuarahanMu mengurniakan iman kepadaku, dan paling aku khuatiri adalah apabila Engkau mencabut iman itu dariku, selama kekuathiran itu berada dalam diriku, jangan Engkau cabut iman itu dariku'

Paling penting, adakah kita sendiri merasai manisnya iman itu ?Oleh itu, jangan dijadikan kesedaran ini kesedaran sementara, setelah berlalunya masa kita biarkan sahaja kisah ini, kita biarkan orang lain menyelesaikan masalah ini dan mengharapkan keajaiban Allah untuk memenangkan agama kita, sedangkan kita tahu bahawa Allah takkan berikan kita kemenangan tanpa kita berusaha memperolehnya.

Di samping itu, kita sendiri perlu tahu, apakah perkara yang dapat mencabut diri kita dari iman:.

Sewaktu Abdul Qasim AlHakim ditanya: Apakah ada perbuatan dosa yang dapat menyebabkan tercabutnya iman dari diri sesiorang? Dia menjawab: Ada 3 dosa yang dpat menyebabkan tercabutnya iman:

a) Bilamana dia tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat iman yang dikurniakan kepadanya

b) Ketika dia tidak khuatir tercabutnya iman di dalam hatinya

c) Apabila dia suka berbuat aniaya sesama Muslim


Sifat kita bukan melatah, tapi kita bertindak atas sesuatu persoalan itu dengan hikmah dan kerja yang bersungguh-sungguh tanpa penat dan lelah.

Semoga tulisan ini bermanfaat buat mereka yang membaca..

PENDERITAAN ARIEL SHARON BERTERUSAN

PADA 3 November lalu, bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, 78, kembali dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Sheba, selepas dikesan mengalami jangkitan baru di bahagian jantungnya.

Selepas tiga hari dia dikeluarkan dari unit itu dan ditempatkan semula di unit pemulihan pernafasan di hospital itu. Ia bagaimanapun bukanlah kali pertama bekas pemimpin Israel 'keluar masuk' unit rawatan rapi dan bilik pembedahan untuk menerima rawatan. Ogos lalu, Sharon dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas dikesan mengalami neumonia dan ditempatkan di situ selama dua minggu.

Sejak koma akibat diserang angin ahmar pada 4 Januari lalu, bekas pemimpin Israel yang terkenal dengan kekejaman dan sikap tidak berperikemanusiaan itu sudah menjalani pelbagai pembedahan besar di bahagian otak serta bahagian lain tubuhnya.

Bagaimanapun, tidak banyak perubahan positif berlaku. Kini sepanjang masa, dia hanya terlantar, tidak sedarkan diri, tidak mampu langsung untuk menggerakkan badan malah tidak berupaya walau untuk sekadar menggerakkan mata. Dia juga tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Malangnya pada masa sama maut masih belum mahu mengakhiri riwayatnya dan Sharon terpaksa melalui hari dengan penuh kesengsaraan dan kesakitan.

Jun lalu, sebuah majalah di Jeddah melaporkan sekumpulan doktor terpaksa mengusung Sharon ke bilik pembedahan selepas luka dialaminya menjadi busuk dan mengakibatkan jangkitan teruk.


Pembedahan itu adalah untuk memotong dan menyambung semula ususnya yang busuk dan mengelak jangkitan itu merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Demikianlah nasib seorang bekas pemimpin yang ketika sihat begitu angkuh, kejam, tidak berperikemanusiaan dan terkenal dengan pelbagai tindakan kejam di luar jangkauan pemikiran manusia waras. Ketika itu dia seperti terlupa akan putaran hidup insan yang tidak selamanya berada dalam keadaan sihat dan mampu melakukan apa saja.

Umat Islam terutama rakyat Palestin sama sekali tidak melupakan bagaimana pemimpin kejam itu menyebabkan mereka kehilangan tanah kelahiran, tempat tinggal dan anggota keluarga tercinta.

Dia memulakan kerjayanya di bidang ketenteraan dengan menyertai unit komando utama Israel, Haganah yang bertanggungjawab melakukan keganasan dan kekejaman sehingga memaksa penduduk Palestin melarikan diri dari tempat tinggal mereka.

Pada 1953, dia mengasaskan Unit 101 yang melancarkan serangan terhadap kawasan pelarian dan perkampungan Palestin. Pada tahun sama dia menyerang Kampung Qibya di Jordan dan mengarahkan anggotanya meletupkan bangunan, memusnahkan pintu dan tingkap sebelum melontarkan bom tangan, menyebabkan 69 orang awam terbunuh, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak.

Pada 1971, dalam usahanya menawan Gaza, Sharon mengambil tindakan meletupkan rumah orang awam, memenjarakan dan menyeksa beratus-ratus penduduk Palestin.

Pada 1977, dia dilantik sebagai menteri pertanian selepas menyertai Parti Likud dipimpin Menahem Begin bertanggungjawab mewujudkan penempatan haram Yahudi di Palestin. Pada masa sama dia juga menjadi penyokong kuat Gush Emunim, pergerakan pelampau Yahudi yang mendesak supaya menyekat penubuhan sebuah negara Palestin dan memperluaskan penempatan haram.

Kekejamannya semakin ketara selepas dilantik menjadi Menteri Pertahanan. Pada awal 1982. Dia merancang melakukan pencerobohan terhadap Lubnan menerusi dasar 'Keamanan untuk Galilee' dengan menempatkan ribuan tentera di sempadan supaya dapat menceroboh Lubnan.


Dalam serangan dari udara dan darat, sebahagian Lubnan musnah manakala 14,000 orang awam terbunuh.

Pada 12 Ogos tahun sama, tentera Zionis sekali lagi melancarkan serangan meriam besar-besaran selama 11 jam ke atas Lubnan menyebabkan 500 penduduk tempatan dan pelarian Palestin terbunuh. Kejadian ini dikenali sebagai 'Black Thursday'. Sebulan kemudian dia mengarahkan tenteranya menyerang Beirut dengan alasan mahu mengusir 2,000 pejuang Palestin dari bandar raya itu.

Sharon juga yang mengarahkan serangan ke atas kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila yang berlaku pada 18 September 1982, menyebabkan kira-kira 1,500 orang terbunuh. Pertubuhan hak asasi manusia menyatakan angka korban lebih daripada 3,000 orang. Ramai wanita diperkosa dan diseksa sebelum dibunuh.

Inilah kekejaman paling dahsyat pernah dilakukan Sharon dan dosa besarnya tidak akan sedikit pun dilupakan umat Islam.

Namun begitulah hakikat putaran hidup manusia yang gemar menumpahkan darah ini. Saluran ke otak yang tersumbat menyebabkan seluruh sistem tubuhnya rosak dan dia lumpuh seluruh badan, tidak lagi dapat berbuat apa-apa.

Tuhan memperlihatkan kekuasaannya untuk menjadi teladan manusia lain apabila jasad Sharon mula membusuk satu demi satu sedangkan dia masih hidup. Kini hanya masa menentukan bila riwayat Sharon berakhir.

Jelas seperti apa dinyatakan dalam al-Quran surah Fusilat ayat 53, Allah berfirman yang maksudnya: "Kami akan memperlihatkan mereka tanda-tanda kekuasaan kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."

Isnin, 20 November 2006

RENUNGAN BERSAMA : PESAN RASULULLAH: NABI TIDAK SUKA TIDUR SEBELUM ISYAK

DARIPADA Abu Barzah al-Islam, katanya: "Rasulullah SAW telah bersembahyang Asar. Kemudian salah seorang daripada kami kembali ke tempat kediamannya di pinggir bandar ketika matahari masih cerah. Baginda suka mentakhirkan sembahyang Isyak dan Baginda tidak suka tidur sebelumnya serta bercakap selepasnya, Baginda selesai menunaikan sembahyang Subuh ketika seorang itu boleh mengenali orang yang duduk di sebelahnya dan Baginda membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

1.Seseorang hendaklah menyegerakan solat Asar pada awal waktunya.

2.Sunat mengakhirkan sembahyang Isyak kepada 1/3 daripada malam sekiranya tidak memberatkan solat secara berseorangan atau berjemaah.

3.Makruh seseorang tidur sebelum solat Isyak kerana takut terlupa atau terlewat daripada waktu.

4.Seseorang hendaklah segera menunaikan solat Subuh dan keluar dari masjid selepas terang.

5.Selepas selesai solat Subuh Rasulullah SAW membaca 60 ayat sehingga 100 ayat al-Quran.

Ahad, 19 November 2006

PERHIMPUNAN AGONG UMNO UMPAMA BERKOKOK DIREBAN SENDIRI.....

oleh : Budi

Parti melayu yang bernama Inggeris -United Malay Nasional Organisation (UMNO) baru selesai mengadakan perhimpunan agong tahunan Ke 57, di Kuala Lumpur.Seperti yang telah dijangka perhimpunan kali ibarat pesta puji memuji dan tidak lebih dari sekadar memperbaharui ikrar 'tetap teguh dibelakang Pak lah'

Mantan presiden UMNO- Tun Dr mahathir, tidak dapat menghadiri perhimpunan kali ini kerana serangan jantung mengejut .Mungkin ada hikmahnya , yang jelas ianya memberi sedikit 'advantage'
kepada Pak Lah. Saya cuba bayangkan,bagaimanakah agaknya ucapan perwakilan, sekiranya bekas presiden UMNO itu berada didewan perhimpunan.Mungkin juga bekas presiden itu akan dimalukan atau beranikah perwakilan membawa usul 'memecat Tun M dari UMNO?.

Apapun ucapan dasar presiden UMNO kali ini yang membawa tajuk "Kata dikota" , memang hebat didengar . Namun saya sependapat dengan komen Datuk Mukhriz bahawa "ucapan dasar itu sekadar mengulangi apa yang pernah diucapkan sebelum ini, tiada yang baru". Sebagai contoh kes rasuah yang pernah diwar warkan yang melibatkan 18 orang yang berprofil tinggi? Kenapa tiada tangkapan lagi?

Agak lain sedikit ucapan perwakilan kali ini, tidak ada serangan atau sindiran buat Pas. Namun jika diteliti setiap usul yang diperbahaskan, semuanya pernah disuarakan oleh PAS sebelum ini. Sebagai contoh ,isu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika,Artikel 121(1)A, nasib melayu Pulau Pinang, keruntuhan akhlak dikalangan remaja dan isu murtad. Bukankah semua isu yang disebutkan telah diperjuangkan oleh Pas, malah ada dikalangan pimpinan Pas yang dikenakan tindakan undang-undang dan pelbagai kerenah pihak berkuasa. Dimana UMNO ketika itu? Seriuskah atau hanya sekadar "memeriahkan" suasana perhimpunan agong.

Menurut setiausaha PAS Kawasan Jasin- Sdr Abdul Karim Bin Kasim(gambar), gelagat perwakilan UMNO itu ibarat ayam jantan tua yang cuma berani berkokok direban sendiri sedangkan digelanggang sebenar lemah dan membisu.Atau apakah ini cuma sandiwara bagi mengkaburi mata orang melayu, bak kata pepatah "kokok berderai derai , ekor lebuh taik".

Jumaat, 17 November 2006

KEPUTUSAN SEMAK KADAR TOL TAHUN DEPAN - JANGAN BIMBANG.CONFIRM NAIKKKK...........

Keputusan sama ada kerajaan membenarkan lima syarikat konsesi lebuh raya menaikkan kadar tol tahun depan, bakal diputuskan akhir tahun ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Beliau berkata, keputusan itu bakal dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri yang akan menentukan sama ada kadar tol akan dinaikkan atau sebaliknya.

Menurutnya, ketika ini pihaknya telah menghantar kertas kerja kepada kementerian dan jabatan kerajaan yang terlibat untuk dinilai sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet.


''Permintaan syarikat konsesi menaikkan kadar tol adalah sebahagian daripada syarat perjanjian yang dipersetujui membabitkan kajian semula kadar tol mengikut tempoh tertentu yang akan tamat 1 Januari tahun depan.

''Bagaimanapun, kerajaan ketika ini masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu sama ada membenarkan atau menangguhkan kenaikan kadar tol.


''Setakat ini, kita masih menunggu penelitian daripada Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara dan Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi mendapatkan pandangan terperinci," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai lima buah syarikat konsesi lebuh raya seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Guthrie Corridor, Lebuhraya Shah Alam dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak serta Lebuhraya Grand Saga Cheras yang meminta kerajaan menaikkan kadar tol.

Berdasarkan perjanjian itu, kadar kenaikan tol diluluskan mengikut tempoh tertentu sama ada tiga, lima atau tujuh tahun bagi membolehkan syarikat terbabit menjelaskan hutang yang dibuat bagi projek pembinaan lebuh raya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya Che Azmi Abdul Rahman (BN-Kuala Nerus) mengenai usaha meningkatkan penggunaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1, Samy menjelaskan, bilangan trafik di lebuh raya itu meningkat 5.75 juta kenderaan menggunakan lebuh raya itu tahun lalu berbanding 2.81 juta pada tahun 2004.

Beliau berkata, MTD Prime Sdn. Bhd. berjaya meningkatkan jumlah pengguna ke negeri-negeri pantai Timur termasuk dengan pengedaran risalah mengenai kemudahan yang terdapat di lebuh raya itu

Khamis, 16 November 2006

TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Waalahu'Alam

Rabu, 15 November 2006

ISU MURATD DIPERSENDA DI PERSIDANGAN UMNO...

Ada salah seorang pemimpin Umno di persidangan mereka baru2 ini juga mempersoalkn kenyataan yg dikeluarkan oleh Mufti Perak Dato' Harussani rentang 250 ribu melayu murtad.
Nampaknya boleh saja disamakan pemimpn tersebut dgn kenyataan Astora Jabat di dalam Majalah Al Islam yg terdahulu.

Sekali lagi mereka ingin memperlihatkan fakta drpd kes itu. Pemimpin itu juga mengandaikan bahawa berita itu palsu dan boleh dianggap fitnah serta ulama yg tersebut mestilah bertaubat...(taubat nasuhah) dan disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Apa erti semua ini? Bagaimana kenyataan seumpama ini boleh diucapkan oleh persidangan parti yg memerintah kerajaan? Adakah rakyat masih tidak sedar bahawa pemerintah mereka ini memang bermasalah dengan Islam? Bahkan Isu murtad juga dipandang ringan kerana mereka hanya memfokus kepada RMK9.

Apa yg boleh kita harapkan daripada kerajaan sekarang? Apa lagi yg boleh kita buat untuk membendung gejala murtad? Apakah dgn memboikot produk US & Israel spt(tidak mkn di MCd & KFC) boleh mnyelesaikan masalah?

Kita mungkin hanya dpt memupuk kesedaran diri sendiri& juga keluarga tentang bahana murtad tetapi bagaimana dgn org lain diluar sana yg tidak tahu serta tidak hirau (aiman...tak kisaaaahhh)

Apakah dgn menganggap bahawa politik ini kotor & tidak boleh dicampurkan agama? Jika benar,bagaimana pula dizaman khalifah2 selepas kewafatan nabi dpt memimpin negara dgn baik?

Bukankah Islam ini syumul,menyeluruh dan ia merangkumi sekecil-kecil perkara seperti mengetip kuku sehinggalah kepada memerintah negara?

Semenjak dari Isu Natrah 1950an sehinggalah ke isu Lina Joy,apakah keinsafan dan pengajaran pada kita semua? Apa yang boleh kita harapkan dengan kerajaan sekarang?

Selasa, 14 November 2006

SURAT UNTUK TVPAS.COM

Lujnah ICT
Dewan Pemuda PAS Kaw. Jasin
Melaka

Assalamualaikum
Pertama sekali saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Kaw. Jasin ( dppkj) ingin mengucapkan tahniah kepada Parti kita yang disayangi ini kerana berjaya membina sebuah laman TV yang cukup menarik.
Saya percaya ia adalah permulaan yang baik bagi menyediakan maklumat alternatif kepada saluran info negara masakini yang semakin korup dan bangkrap.
Tahniah sekali lagi.
Ada satu cadangan yang ingin satu utarakan disini dan mudah-mudahan ia mendapat perhatian yang serius dari pihak TV PAS.com demi perjuangan Islam yang kita dokongi ini.

1) Bolehkah TV PAS membenarkan atau mengarahkan semua laman-laman yang dibina oleh Parti PAS negeri atau kawasan atau cawangan atau yang bersimpati dengan perjuangan ini membuat satu link TV skrin player secara lansung di laman web masing-masing.

Kita ambil contoh bagaimana Google mempromosi tv mereka dengan membenarkan atau menyediakan kod-kod html kepada sesiapa yang ingin mempamerkan video di laman laman web masing-masing.

Dengan cara ini TV PAS akan dipromosi dengan secara meluas kerana terdapat berpuluh-puluh laman web kendalian PAS serata negeri dan daerah. Yang lebih penting lagi ialah maklumat yang hendak disampaikan dari pimpinan tertinggi PAS akan mudah diterima. Bayangkanlah bagaimana nanti laman-laman web seperti Tranunugkite, JasinDaily, BukitBesi, PASSeremban dan banyak lagi semuanya mempamerkan skrin player secara lansung dari TV PAS.com.

Lujnah Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin sungguh-sungguh berharap ianya memdapat perhatian serius dari TV PAS.com

Sekian
Terima Kaseh

Wassalam

Yang benar,


t.t
........................
Badrul Hisham Hussin
Ketua
Lajnah ICT
Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin.

MAFA HANCUR DIBAWAH PIMPINAN ALI RUSTHAM...

Oleh : Budi
Bolasepak memang diakui sebagai sukan nombor satu di dunia. Bukan sekadar sukan, malah diperingkat antarabangsa ianya telah dijadikan satu perniagaan yang menguntungkan. Banyak pihak meraih faedah dari sukan ini, bukan sahaja pemain dan pengurusan malah pelbagai syarikat perniagaan berebut untuk menaja pasukan pilihan mereka.

Lain pula ceritanya dengan Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA).Prestasi dalam liga M belum boleh dibanggakan.Kalau di era Datuk Soh Chin Aun sebagai pemain , pasukan Melaka hebat dan digeruni tetapi tidak sekarang. Kalau negeri sekecil Perlis boleh bangkit sebagai pasukan terhebat dengan memenangi Piala Liga Super dan Piala Malaysia dalam tempoh 2 tahun, kenapa Melaka tak boleh? Persoalan ini sepatutnya dijawab oleh pengurusan MAFA yang dikepalai oleh Datuk Ali Rustam(gambar).

Sejak ketua menteri Melaka menerajui MAFA , tidak ada penigkatan prestasi dalam bolasepak di Melaka. Mungkin Datuk Ali terlalu sibuk memikirkan masaalah tadika 'PASTI (PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM)' maka tumpuan kepada MAFA telah dipinggirkan. Atau juga kesilapan MAFA memilih bukan 'kaki bola' menerajui persatuan? Yang jelas , kalau tak tahu mengurus dan gagal eloklah tengok 'pintu besar itu'.

Terbaru dalam menghadapi kemelut kewangan MAFA , ketua menteri telah mencadangkan agar dibenarkan syarikat rokok menaja pasukan naungannya. Umum mengetahui FAM sebagai badan induk persatuan bolasepak Malaysia telah lama mengharamkan syarikat rokok menaja pasukan atau pertandingan yang dianjurkan.

Secara logik pun kita boleh berfikir, apa kena mengenanya rokok dengan sukan.Tak mungkin dengan merokok badan jadi lebih bertenaga untuk bermain bola. Namun itulah pendekatan yang dipilih presiden MAFA.

Ketika mengulas isu tersebut , ketua pemuda Pas Melaka Ustaz Kamarudin Bin Haji Sidek berkata(gambar) ,"tindakan presiden MAFA itu ibarat menggalakan rakyat Melaka menjadi perokok. Sedangkan dalam masa yang sama kemeterian kesihatan galak menjalankan kempen 'Tak Nak' kepada rokok".Ini bermakna Datuk Ali tidak mengendahkan dan mempermainkan kempen kementerian kesihatan itu.

Ketua Pemuda Pas menambah, "kita menyokong kempen 'Tak Nak' kepada rokok dan kita akan melancarkan kempen 'Tak Nak' kepada pemimpin yang korupsi, kronisme dan cakap tak serupa bikin."

Isnin, 13 November 2006

PAGI ISLAM, PETANG KAFIR.....

Assalamua'alaikum WBT...

Pernahkah anda terfikir tentang.................

BAGAIMANA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI 'MURTAD'?

"Pagi hari Islam..petangnya kafir.."


Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"

"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tak payah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan gerakan Yahudi seawal tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew".

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu dan saham kepada puak Yahudi. Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.

Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. Bab Kristian,lebih terancang, lebih terperinci lagi.Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan Raja ke-6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London.

Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana hendak mati. Kita berperang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita menukar strategi.

Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam. "Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah Raja itu mati. 1942 kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, & GLORY. Pertama kitab mereka, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque tidak datang ke Tanah Melayu dengan membawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukannya makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (bekas kuburnya di Bukit St. Paul-Banda Hilir), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. Bagaimanakah cara yang digunakannya untuk sebarkan Kristian di Melaka? Orang kita panggil, gerakan halus. Dia memanggil kesemua mubaligh Kristian yang ingin datang ke Asia dan mendedahkan kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian.

Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu, kalau kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu, tapi sebenarnya tapai.

Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ".

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.

Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan REVOLUSI. Justeru itu, mereka mengatakan bahawa "kita nanti akan memperolehi satu Kristian Muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian Muslim Melayu sejati..." (contohnya mesyarakat Melayu Portugis di Melaka). Sebenarnya mereka ingin akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat REVOLUSI untuk menjadi Kristian.

Cara kebajikan pula...

Hari ini siapa tak kenal kelab Rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion, Bulan Sabit Merah, Saint John's Ambulans. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisme adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Kerna itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.

Cara lain mereka adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan msg ni kepada saudara kita yang lain yang tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Malah kita mesti peka. Ini semua adalah tanggung jawab kita semua.


Akhir sekali, mesej ini tiada kena-mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam. Inilah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Sahabat-sahabat yang dikasihi, tolong panjangkan(forward) mesej ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yag telah di Islamkan atas tiket keturunan di mana dengan sebab ini kita telah pun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari- cari jalan yang betul. Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati- hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Memang ini apa yg kite nampak masa kini, tp kebanyakan kita buat tak kisah, tak sedar, pentingkan diri sendiri... Fikir-fikirkanlah...

Ahad, 12 November 2006

ULASAN RESOLUSI KONVENSYEN UMNO JOHOR

OLEH MAT NOH MODENG

Antara isu yang menarik dalam beberapa minggu yang lepas , ialah resolusi dari konvensyen Umno Johor. Media arus perdana seakan kurang memberi perhatian biarpun Umno dan Johor itu sinonimnya seperti ombak selat Tebrau dan pantai Lido. Mungkin juga orang melayu lebih prihatin dengan kisah cinta Mawi dan Ikin. Soal apa nak jadi dengan melayu dimasa depan lantak pi....lah.....ataupun bak kata Aiman, 'Aiman tak kisah'.

Salah satu dari resolusi yang dikeluarkan pada konvensyen Umno Johor itu ialah membantah pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa Inggeris.Ketua pemuda Pas Melaka - Ustaz Kamarudin Bin Hj Sedek (gambar) ketika mengulas isu ini, berkata "umno tidak seharusnya malu mengakui kegagalan dan kelemahan diri.Fikirkanlah nasib masa depan anak-anak melayu."

Dalam isu yang sedemikian sebenarnya PAS dari awal lagi telah membantah namun ditutup sebelah mata oleh kerajaan. Sekiranya Umno benar serius dengan resolusi ini, Ustaz Kamarudin mengunjurkan beberapa saranan, antaranya :-

1.UMNO disemua peringkat mesti memandang serius perkara ini dan berani membawa isu ini pada perbincangan yang lebih tinggi

2.Resolusi ini mesti dibawa dan dijadikan usul pelajaran pada perhimpunan agong umno

3.Demi masalah bangsa melayu Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) menyokong resolusi konvensyen umno Johor itu.


Akhirnya beliau mengharapkan isu ini jangan dijadikan 'goreng pisang panas' sahaja sempena perhimpunan agong umno atau menjadi 'ubat pelali' bagi menutup beberapa isu yang lebih besar.

TAHNIAH SULTAN MIZAN DILANTIK SEBAGAI YANG DIPERTUAN AGONG BARU

PAS Kawasan Jasin mengucapkan tahniah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah kerana dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 13 Dis 2006.
Dari YDP PAS kawasan Jasin serta jawatankuasa PAS Jasin, Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin

Sabtu, 11 November 2006

SYAITAN & HIDUNG (SEKALI BACA MACAM LAWAK)

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur. Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........ "Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

BAHAYA !! ORG KAFIR LAKNATULLAH MENYERANG LAGI SECARA DIAM!!!

Dakyah berterusan Nasrani ............
Kaedah penggunaan, kanak - kanak akan mengantungkan pen tersebut di leher dan ia akan tergantung di bahagian dada ..!!!!


Untuk itu saya menyeru kepada semua yang beragama islam khususnya ibubapa kepada anak2 yang bersekolah agar sama2lah kita periksa, pantau dan bertanya selalu tentang apa yg telah diperbuat dan dipelajarinya semasa di sekolah. Kita kena ingat, Nabi ada berpesan bahawa anak2 kecil adalah seumpama kain putih. Terpulanglah bagaimana hendak kita mencoraknya samada yahudi, nasrani atau majusi.....

Golongan ini tidak akan berputus asa untuk membaptiskan orang Islam..selagi Islam masih menjadi pegangan diatas bumi Allah selagi itulah golongan ini akan berusaha memerangi termasuk menggunakan kaedah yang halus...

Jumaat, 10 November 2006

ULASAN TERHADAP KATA-KATA YB JASIN

Penceramah agama berhak dibayar lebih tinggi

SAYA amat tertarik dengan kenyataan beberapa Ahli Parlimen Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof apabila membangkitkan isu perlunya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berubah dan isu penceramah yang meminta bayaran begitu tinggi.

Saya tidak bertujuan mempertahankan Jakim sebab saya bukan kakitangan Jakim. Tetapi seperti yang selalu dinasihatkan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kita ada platform lain untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kita. Bukannya mencari publisiti murahan sehingga merosakkan imej agama Islam di kalangan orang bukan Islam. Isu-isu agama sepatutnya ditangani dengan bijaksana ibarat menarik rambut dalam tepung. Membuka pekung di dada di khalayak hanya akan mengundang implikasi negatif terhadap kesucian Islam.

Memang kita akur Jakim perlukan perubahan, tetapi Islam tidak hanya boleh diletakkan di bahu Jakim atau ustaz sahaja kerana kemampuan mereka terhad. Apa peranan kita sebagai khalifah Allah? Apakah kerja-kerja menyebarkan syiar Islam terletak di bahu pihak tertentu sahaja? Bagaimana dengan peranan orang yang lain termasuk Ahli-Ahli Yang Berhormat?

Membandingkan penceramah dengan Siti Nurhaliza atau artis adalah dua isu yang amat berbeza. seorang penyanyi dan seorang lagi penyampai ilmu agama. Menyanyi tidak memerlukan ijazah, asalkan ada suara dan rupa paras, tidak ada kelulusan pun tak apa. Hatta tak lulus Penilaian Menengah Rendah pun mereka diterima. Maka mereka akan diagung-agungkan dan diberikan publisiti yang begitu meluas dan dibayar dengan harga yang begitu tinggi. Tetapi tidak sedemikian dengan penceramah agama. Mereka mesti mempunyai kelayakan asas untuk memberikan ceramah.

Yang Berhormat meminta mereka yang berceramah supaya memberi khidmat secara percuma. Cuba Yang Berhormat bayangkan berapakah gaji pegawai-pegawai Jakim berbanding elaun wakil rakyat. Itu sudah cukup untuk dibuat perbandingan.

Begitu juga dengan penceramah-penceramah yang lain. Terus terang, saya bukan penceramah sepenuh masa, tetapi bila ada kelapangan saya akan turun berceramah, itu pun tidak secara percuma. Titik peluh dan ilmu yang saya ada, perlu diberikan ganjaran setimpal. Puluhan ribu habis dibelanja untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi, bila dijemput untuk mencurahkan ilmu, takkan percuma kot? Sehingga kini saya masih belajar di peringkat kedoktoran.

Kenapa Yang Berhormat tidak mempertikaikan artis-artis yang "demand" begitu tinggi. Sekadar menyanyi mereka dibayar lebih daripada RM10,000. Apakah kelayakan mereka? Rata-rata hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja.

Saya tidak pasti siapakah pegawai Jakim yang "demand" begitu tinggi sehingga RM2,500.

Tetapi kalaulah dia "demand" sedemikian, kita masih mempunyai pilihan. Carilah pegawai Jakim yang lain. Kenapa perlu dibangkitkan dalam Parlimen? Kenapa disebabkan oleh nila setitik rosak susu sebelanga.

Sepatutnya penceramah dibayar lebih sebab mereka membawa mesej mendidik masyarakat dan membina tamadun. Bandingkan memberikan ceramah dan jam dibayar RM200 berbanding dengan menyanyi dua lagu dibayar RM10,000. Apa manfaat yang diperoleh dengan mendengar dua buah lagu tak sampai pun 10 minit dengan mendengar ceramah dua jam?

Hari ini, semua sedar bahawa hiburan berlebihan menjadi punca bertambahnya gejala sosial. Inilah pemikiran kelas ketiga yang perlu diberikan perubahan. Dalam era menjadi sebuah negara maju, mahu tidak mahu, ilmu mesti diletakkan di tempat yang tinggi. Bukannya hiburan. Tamadun manusia tidak pernah ditegakkan dengan menyanyi dan menari, tetapi ditetapkan dengan asas ketinggian ilmu dan peribadi akhlak mulia.

Khamis, 9 November 2006

TV3 BERNIAT JAHAT RACUN RAKYAT BENCI DR.M

Apakah niat sebenar TV3 sejak akhir-akhir ini terhadap isu Dr.mahathir-Pak Lah yang mendapat liputan meluas di Buletin Utama.Adakah ada sesuatu agenda tersembunyi terhadap Dr M.Rakyat kini sudah meluat dengan TV3 yang tak habis-habis memperbesarkan berita perselingkahan di antara Dr.M dan Pak Lah.

Ternyata niat TV3 dapat di hidu oleh ramai rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan memperbesar-besarkan isu tersebut.Niat utama TV 3 adalah untuk meracuni FIKIRAN RAKYAT MALAYSIA SUPAYA MEMBENCI TUN DR MAHATHIR MOHAMED dan MENAIKKAN "SOKONGAN" terhadap PAK LAH.

Niat utama TV3 tidak ubah dengan media-media yang di kuasai oleh YAHUDI di barat yang mana media-media disana meracuni pemikiran masyarakat Barat supaya membenci pejuang Palestin dan menuduh mereka sebagai pengganas.Ternyata ia hampir sama dengan TV3 yang cuba untuk meracuni pemikiran rakyat supaya membenci TUN DR M dan cuba untuk menghapuskan segala jasa dan bakti yang tersemat sekian lama didalam fikiran dan hati rakyat...

Rakyat Malaysia sepatutnya menganggap apa yang disampaikan oleh TV3 tidak lebih dari satu sandiwara untuk mengukuhkan kedudukan mereka yang berkuasa.Selain itu,komen-komen Menteri-Menteri kabinet yang negatif yang ditujukan kepada DR.M adalah semata-mata untuk menjaga jawatan dan periuk nasi sendiri.

Saya boleh kata yang kabinet pada hari ini adalah kabinet yang mementingkan diri sendiri serta menjaga periuk nasi dengan membelakangkan kebenaran,tidak kira betul atau salah,pahala atau dosa asalkan dapat jadi Menteri dan Timbalan Menteri.Dulu bukan main puji Dr.M tapi sekarang Menteri-menteri yang dulunya bukan main cium tangan Dr.M,kini menconteng arang ke muka Dr.M semata-mata nak jaga kedudukan dan jawatan yang disandang.

Memang betullah kata Dr.M yang MELAYU MUDAH LUPA... NAZRI AZIZ mudah lupa....RAFIDAH AZIZ mudah lupa...HISHAMUDDIN mudah lupa...dulu bukan main ikut bontot Dr.M...dulu time pembangkang serang Dr.M mereka inilah yang bermati-matian mempertahankan Dr.M tapi sekarang apa yang jadi,mereka pula cuba untuk membunuh Dr.M...dengan menikam tanpa belas kasihan terhadap seorang tua yang berusia 81 tahun yang tidak mempunyai apa-apa (dulu disanjung coz lah PM tapi sekarang sampah pun tak pandang)....

Pak Lah pula seolah-olah seorang PM yang dungu yang serba tak tahu di dalam pentadbirannya,sudahlah isu-isu yang dibangkitkan Dr.M tak terjawab,anak dan sendiri yang membolot banyak projek kerajaan pun dia tidak tahu..

INIKAH PM KITA...Kalau anak dan menantu sendiri tidak boleh jaga APATAH LAGI DENGAN BERJUTA-JUTA RAKYAT MALAYSIA...

SEBUAH CORETAN UNTUK ANAK BANGSA...

Alahai malangnya negaraku kerana mempunyai negarawan yang tak ubah seperti Pak Pandir (Pak Lah)......orang yang cuba menyelamatkan negara ini (Tun Dr.Mahatir)pula tak habis-habis dilanyak di media dan akhbar-akhbar perdana...

Alahai malangnya negaraku kerana yang berkuasa di negara ini adalah seorang budak hingusan lulusan OXFORD yang bernafsu besar...

Alahai malangnya negaraku kerana Menteri-menteri di dalam kabinet Malaysia adalah kabinet BARUA yang penting diri sendiri demi kuasa,pangkat dan kekayaan...

Alahai malangnya negaraku apabila Media-media yang tidak ubah seperti media YAHUDI dengan meracuni fikiran rakyat supaya yang benar dianggap batil dan yang batil dianggap benar...

Alahai malangnya negaraku apabila projek-projek mega dibolot oleh anak menantu PM...

Alahai malangnaya negaraku apabila Ekonomi yang tiba-tiba kukuh menjadi teruk sejak akhir-akhir ini...

Alahai malangnya negaraku apabila negara yang merdeka ini sedikit demi sedikit terhakis kemerdekaannya dan terpaksa tunduk pada Singapura...

Alahai...

Alahai...

Alahai...

Sebagai rakyat Malaysia

marilah kita bersama-sama berdoa,berusaha dan bertindak kearah keamanan,keadilan dan kesejahteraan ummah supaya ianya dapat dikekalkan...

YA ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM

LINDUNGILAH NEGARAKU DARI SEGALA

KEBURUKAN & KEJAHILAN SERTA DARI KEMUNGKARAN DAN

KEMAKSIATAN

KEPADUMU KU BERMOHON
AGAR NEGARA INI AMAN DAN MAKMUR

AMIN


YA ALLAH SELAMATKANLAH BUMI MALAYSIA

Rabu, 8 November 2006

ISU AISKRIM WALL'S

PENJELASAN MENGENAI ISU AISKRIM WALL'S

Berhubung mengenai aduan Aiskrim Wall's yang dikatakan mengandungi lambang salib, pihak PPIM telah menghubungi pihak Wall's bagi mendapatkan maklum balas dan penjelasan berhubung isu ini. Pada mulanya pihak Wall's telah bersetuju untuk bekerjasama bagi membincangkan perkara ini tetapi pihak Wall's telah menukar fikiran dan tidak mahu berjumpa dengan wakil PPIM untuk membincangkan isu ini. Pihak pengurusan Wall's juga dilihat bersifat angkuh dan sombong dan memandang isu ini sebagai isu yang remeh.

Pihak pengurusan Wall's juga beranggapan yang Wall's merupakan jenama yang terkenal dan mempunyai pelanggan yang setia serta isu ini tidak akan menjejaskan reputasi mereka. Pihak pengurusan Wall's juga telah menggunakan nama Y Bhg Dato' Dr Ma'amor Osman, Setiausaha Agung PPIM dan menyatakan telah berbincang dengan Pihak PPIM iaitu dengan Y Bhg Dato' Dr Ma'mor Osman mengenai perkara ini melalui perbualan telefon namun perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Selain itu , pihak Wall's telah berjanji untuk menghantar surat penjelasan tentang perkara tersebut tetapi sehingga sekarang pihak PPIM masih belum menerima sebarang bentuk surat penjelasan mengenai isu ini walaupun pihak Wall's telah berjanji akan memberikan surat penjelasan itu dalam tempoh masa yang terdekat ini. Sehubungan dengan itu, pihak PPIM mendesak orang ramai lebih berhati-hati dan bijak menggunakan kuasa kepenggunaan mereka supaya syarikat seperti ini tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan tidak memikirkan sensitiviti masyarakat pengguna Islam di negara ini yang merupakan majoriti utama pelanggan mereka.

PPIM sentiasa bersikap terbuka dan memberikan peluang kepada syarikat seperti ini untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu yang jelas menyinggung sensitiviti masyarakat Islam di negara ini namun sikap sambil lewa pihak pengurusan Wall's adalah amat dikesali dan dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha bagi memastikan majoriti pelanggan utama mereka tidak merasa kecewa dan tersinggung mengenai isu lambang salib di aiskrim Moo keluaran mereka. Justeru, pihak PPIM berharap agar orang ramai dapat berkerjasama bagi menyelesaikan masalah ini.

"BERSAMA KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA"

ANTARA PEKA DAN PEKAK

Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara 8 Ogos 2006

Baru-baru ini seorang lelaki bertanya kepada saya tentang siapa yang menjuarai Akademi Fantasia. Saya hanya diam, diam dan seterusnya diam. Beliau bertanya soalan yang sama sekali lagi kepada saya maka saya menjawab dalam bahasa Inggeris kepadanya, "I am just not interested to answer your question!"


Tibalah giliran saya untuk bertanya kepadanya, "Apa yang sedang berlaku di Lubnan, Palestin dan Afghanistan. Apa pula yang sedang berlaku kepada umat Islam di Perancis?" Beliau pula diam, diam dan seterusnya diam. Insiden ini menggambarkan tentang senario umat Islam pada hari ini atau satu antara senario umat Islam pada hari ini, iaitu, kita asyik memberi tumpuan kepada perkara yang tidak penting dan mengabaikan perkara yang lebih penting. Kita PEKA dengan perkara yang tidak penting dan PEKAK pada perkara yang penting. Telinga kita amat peka pada perkara yang tidak penting. Pada ketika yang sama, telinga kita yang Allah anugerahkan sebagai pinjaman sementara ini, kita pekakkan untuk mendengar perkara yang penting. Hal ini mungkin menjadi salah satu sebab sebahagian umat Islam pada hari ini kehilangan identiti. Mereka terkinja-kinja, terlompat-lompat di sana sini dengan identiti yang sebenarnya bukan milik mereka.

Akhirnya umat Islam menjadi golongan yang terpinggir di dunia yang serba mencabar pada hari ini. Inilah antara cabaran umat pada hari ini. Umat ini diberikan permata berlian yang amat bernilai oleh Allah tetapi umat memandangnya sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Umat Islam telah kehilangan identitinya yang sebenar. Senario ini telah diceritakan oleh ramai orang, antaranya, seorang diplomat Austria yang bernama Leopold Weiss. Beliau telah mengkaji Islam dan al-Quran dan akhirnya memeluk agama Islam. Beliau sempat menjelajahi beberapa negara orang Islam dan kemudian menulis beberapa buah buku tentang pengalaman beliau itu. Salah sebuah buku beliau yang terkenal ialah buku yang bertajuk 'Road To Meccah'. Dalam buku itu beliau menegaskan, kekagumannya terhadap Islam bermula selepas beliau mengkaji al-Quran. Beliau mengatakan, "Jika aku melihat kepada perangai dan sikap orang-orang Islam, aku tidak akan meminati Islam. Mujurlah al-Quran telah menyelamatkan aku." Ya, melihat kepada perangai sebahagian umat Islam yang PEKAK tentang agama sendiri menyebabkan sebahagian mereka yang bukan Islam membenci Islam.....

Dua tiga hari yang lepas saya berkesempatan menemui dan berbincang dengan sister Yvonne Ridley yang datang berceramah di Pulau Pinang dari 3-5 Ogos. Beliau juga memeluk Islam selepas mengkaji al-Quran. Suatu yang menarik tentang beliau ialah kepekaan beliau tentang apa yg berlaku ke atas umat Islam pada hari ini. Kepekaan ini menyedarkan beliau tentang kecantikan Islam dan ajarannya. Peribadi seperti ini perlu dicontohi oleh kita umat Islam..

Inilah cabaran kepada kita tuan-tuan dan puan-puan. Kita yang beragama Islam pada hari ini, adakah Islam kita ini sekadar Islam kulit? Tidakkah kita berasa malu bahawa di sudut agama kita Muslim dan Muslimah tetapi di sudut perangai kita jauh daripada perangai yang sepatutnya ada pada seorang Muslim dan Muslimah? Inilah antara persoalan yang perlu kita fikirkan pada hari yang permai ini. Sudah pasti harapan kita bersama ialah dari masa kesemasa kita pertingkatkan diri kita, pertingkatkan iltizam kita untuk memperbaiki dan perangai serta kefahaman kita.

Semoga insya Allah pada masa akan datang jika orang melihat kita orang Islam dengan perangai dan pekertinya yang mengagumkan, mereka akan terus berasa kagum dengan Islam. Janganlah jadi seperti apa yang sedang berlaku pada hari ini, apabila orang melihat perangai kita, mereka terus mencaci agama Islam. Marilah kita sama-sama peka (dan bukan pekak) dengan Islam dan ajarannya.

Selasa, 7 November 2006

JAKIM GAGAL BERFUNGSI

SELEPAS mengkritik Kastam Diraja Malaysia (KDRM) pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof semalam mengemukakan isu baru dengan menggesa Jabatan Perdana Menteri (JPM) merombak kepemimpinan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang didakwanya gagal berfungsi.

Beliau mendakwa Jakim gagal mengawal tindakan ke atas sesetengah penceramah agama sama ada yang bertugas di jabatan berkenaan atau Majlis Agama Islam negeri yang didakwanya meminta bayaran tinggi untuk berceramah.

"Ustaz sekarang sudah jadi Siti Nurhaliza. Saya pernah menelefon seorang penceramah yang selalu muncul dalam program Ehwal Islam untuk berceramah di kawasan saya.

"Dia kata kena sediakan RM2,500 untuk setiap penceramah dan pengerusi RM2,000. Set untuk pentas pula kena sewa. Ya Allah...apa sudah jadi dengan ustaz kita? Hal agama dijual beli?" katanya ketika membahaskan Bajet 2007, di sini.

Mohd Said berkata, Jakim lebih gemar menganjurkan pelbagai seminar di hotel mewah yang membabitkan kos tinggi tetapi hasilnya tidak mampu dilihat.

Dengan merujuk kepada dakwaan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria beberapa bulan lalu bahawa ada 200,000 umat Islam sudah murtad, beliau berkata, Jakim gagal mengambil tindakan menyiasat dan mengatasi masalah berkenaan.

"Sekarang kita dikejutkan dengan dakwaan ada 200,000 orang Islam murtad. Apa yang Jakim lakukan? Jakim tidak boleh menuding jari kepada Majlis Agama Islam negeri kerana sama-sama bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata, pegawai Jakim gagal mendampingi Orang Asli dan masyarakat bukan Islam di Sabah dan Sarawak untuk menarik mereka mengenali dan menganut Islam.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) juga, dakwanya, gagal memelihara kebajikan umat Islam.

Beliau berkata, pegawai Jakim dan Majlis Agama Islam negeri gagal menyampaikan dakwah kepada pelacur di Lorong Haji Taib dan Chow Kit Road.

"Pergilah cari pelacur. Beri dia ceramah, ajak dia kembali ke pangkal jalan. Ini tidak, asyik berceramah di masjid, sampaikan Wakil Rakyat minta berceramah pun, dia minta bayaran mahal," katanya.

Sementara itu, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) yang bangun meminta penjelasan turut menyelar Jakim dengan mendakwa organisasi berkenaan tidak konsisten dalam kebanyakan langkah yang diambil berkaitan umat Islam.

"Saya menyokong supaya Jakim dirombak dengan segera," katanya.

PROFESOR JEPUN DAN AIR ZAM-ZAM

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali dua orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).

Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa "slide" ditunjukkan dan dipancarkan di layar putih kepada hadirin. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

Lalu Profesor itu berkata "Banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantiknya.

Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".

Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "Saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini" Jawab Pensyarah.

Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.

Lalu di dalam dewan itu mereka membuat ekperimen bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong Cina (dengan janggut yang panjang dan perut yang buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau.

Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak baik maka nampaklah di skrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah.

Daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah: "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".