Wednesday, February 9, 2011

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, Malaysia tetap di hati

Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak:
1. Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama;
2. Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak;
3. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan
berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar
afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada
kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Konsep 1Malaysia dilihat sebagai satu konsep yang amat baik dari segi cita- citanya. Konsep ini secara dasarnya inginkan keadilan untuk semua pihak dan bukannya kesaksamarataan. Kesaksamaan tidak semestinya akan memberi kepuasan kepada semua pihak, sebaliknya keadilan akan memberi kebahagiaan kepada semua. Bukan semua orang beruntung dilahirkan di dalam keluarga yang senang dan mewah sebaliknya ramai yang menderita ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dan bukan semuanya mendapat yang terbaik, misalnya dari segi pendidikan, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya. Ini menyebabkan kita tidak boleh melayan semua orang dengan kadar layanan yang sama. Yang terbaik adalah memberi keadilan dan bukannya kesamarataan.

Sesuatu dasar atau konsep yang baik tidak seharusnya dipolitikkan demi kepentingan peribadi. Sebaliknya, biarlah ia dikaji dan dianalisis dan seterusnya memperbaiki jika ada kelemahan yang ketara. Ini adalah antara ciri- ciri "check and balance" yang sebenarnya. Bukannya mengkritik sahaja tanpa mengemukakan jalan penyelesaiannya. Tidak seharusnya kita mengutamakan agenda peribadi jika ingin melihat kebangkitan agama, bangsa dan negara. Semua pihak tidak kira Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Orang Asli, Murut dan sebagainya, asalkan dia memegang kerakyatan Malaysia, maka seharusnya menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Sentimen kepada negara kelahiran "ibunda yang terdahulu" haruslah dikikis dan diketepikan. Amat penting sentimen ini dihapuskan demi semangat cintakan negara pertiwi.

Malaysia adalah Malaysia.