Rasullullah s.a.w bersabda
"Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu" (Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)

Thursday 15 May 2014

Hak-hak Persaudaraan


Alhamdullilah, Allah SWT bukan sahaja menjadikan kita sebagai hambanya yang beriman tetapi juga mengingatkan kita dengan pertalian hubungan dengan sesama manusia sejagat.

Allah SWT berfirman:


"Bahawasanya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah persaudaraan diantara kamu" (Al-Hujuraat: 10).

Meskipun bagaimana sibuknya kita dalam kehidupan, jangan kita pisahkan diri kita dengan anggota masyarakat dimana kita berada. Kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain.



Oleh kerana itu Allah mewajibkan kita solat berjamaah untuk mendekatkan diri kita dengan masyarakat yang laennya. Disamping itu seminggu sekali kita diwajibkan untuk solat Jumaat, kesemuanya untuk mengajar kita dalam hidup bermasyarakat.

Rasullullah SAW bersabda dari hadith Abu Hurairah r.a:

"Hak kewajiban seorang muslim terhadap saudaranya yang muslim ada 6 perkara:
  1. Apabila kamu bertemu, maka ucapkan salam kepadanya.
  2. Apabila dia menjemput kita maka penuhi jemputannya.
  3. Apabila dia meminta nasihat maka berilah nasihat kepadanya.
  4. Apabila bersin maka dia berdoa. Alhamdullilah maka doakanlah dengan ucapan Yarhamukallah. Semoga Allah merahmati mu.
  5. Apabila dia sakit, maka ziarahilah.
  6. Apabila dia meninggal dunia maka iringilah jenazahnya (HR Al-Bukhari)

Apa itu OWOJ?

Satu lagi projek merebut pahala dipanggil OWOJ bermaksud One Week One Juzuk.

One Week One Juzuk masih menjadi visi kami lagi. Untuk sekarang, kami menggunakan pendekatan Two Weeks Three Juzuks. Moga visi one week one juzuk kami menjadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah.

OWOJ dipimpin oleh Kak Ju dan sudah ada 2 group dibawah penyeliaan beliau. Sambutan dan feedback dari ahli OWOJ sangat positif kerana ianya mengalakkan diri membaca al-quran mengikut jadual yang disediakan kerana ianya melibatkan amanah bersama. Atas sebab amanah ini, boleh pula kita mencari masa membaca al-quran. Moga usaha ini berterusan sampai kiamat!

Aim kami untuk khatam 30 juzuk sebelum Ramadhan 1435H. Moga Allah mempermudahkan urusan kami, menjaga hati kami dan menerima amalan kami.
 
Sesiapa yang ingin join OWOJ, boleh hubungi Kak Ju atau boleh juga email di hikmahhalaqahmahb@gmail.

Terima kasih.

Assalammualaikum semua!

Bismillahirahmanirrahim.

Semoga blog hikmah halaqah mahb ini bermanafaat bukan sahaja untuk ahli halaqah malah untuk semua tanpa sempadan.

Blog ini untuk menyiarkan kembali pembelajaran semasa kelas halaqah, perkongsian di group Whatsup dan perkongsian gamba-gamba semasa jaulah supaya hikmah dan teladan dapat dikongsi dengan jayanya. Post-post ini telah dikategorikan dengan label-label spesifik supaya ianya boleh dilawati kembali dengan mudah.



Sesiapa yang ingin berkongsi ilmu atau gamba jaulah kebesaran Allah yang memerlukan medium seperti blog supaya lebih sampai kepada pembaca, sangat-sangat dialu-alukan menggunakan blog ini. Access boleh diminta menerusi saya di group whatsup.

Semua ini dengan izin Allah. Sebarang komen dan cadangan bolehlah di emelkan di hikmahhalaqahmahb@gmail.com.

Terima kasih.