07 March 2014

AIR dan JEREBU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sekarang ni musim panas...hujan tak turun...hampir kering air kat parit.catuan air dah bermula.Alhamdulillah setakat ni ada lagi bekalan air di rumahku..Jerebu juga turut memenuhi ruang udara.Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri dan orang yang kita sayang.
Semoga Allah permudahkan urusan semua hambaNya dalam mengharungi keadaan ini. Diberikan banyak kesabaran dan tabah mengharungi ujian ini.Oleh itu, marilah bermuhasabah diri , mungkin ada kesalahan yang kita lakukan tanpa kita sedari.Mari kita bersama-sama berdoa memohon keampunanNya dan semoga diturunkan hujan. Amin.....

01 September 2013

Salam Kemerdekaan..

Salam Kemerdekaan....Walau lewat sehari saya tetapkan ingin melaungkannya Merdeka! Merdeka buat tanah tumpahnya darahku...Negara Malaysia buat kali ke-56...;-) Pada hari ini 1 Sept 2013 lahirnya atau wujudnya blog ke dua untuk diri ini..lebih kepada coretan dan apa saja yang terlintas di minda ini...blog pertamaku ialah http://prasksungaisireh.blogspot.com. ia lebih kepada yang melibatkan dunia Prasekolah / Preschool..;-)