Tuesday, December 15, 2009

Petang ERA

D kini mengendalikan slot jam 1 petang hingga 4 petang. Pelbagai segmen menarik yang ketika beliau berada di dalam konti ERA. Ada juga topik-topik yang diketengahkan oleh D untuk para pendengar ERA mendengar menelefon dan memberi pandangan dan pendapat.

Jangan ketinggalan untuk menemani D jam 1 petang dan berakhir 4 petang. Petang anda lebih santai bersama D dengan lagu-lagu terkini dan segar. Petang ERA bersama D dieratkan lagi oleh DiGi Pastinya Pilihan Yang lebih Bijak.

Jangan lupa untuk ber`sms’ bersama D ketika waktu tugas. Mudah saja:

Untuk ber`sms’ bersama D, taip D mesej dan nama anda dan hantar ke 32555


Celoteh Adi dan Reza sudah tentu memeriahkan lagi petang anda bermula jam 4 petang sehingga 8 malam. Paling menarik ialah anda boleh mendengar segmen baru kelolaan Adi dan Reza iaitu Hikayat Mak Nani. Melalui segmen ini, anda boleh mendengar cerita lucu yang dimulakan oleh Adi dan Reza dan kemudiannya disambungkan oleh para pendengar sendiri.

Di samping itu juga Adi dan Reza membuka talian untuk pendengar-pendengar menelefon mereka dengan pelbagai topik yang menarik. Mereka juga akan memutarkan lagu-lagu terkini untuk halwa telinga anda. Jangan ketinggalan untuk anda mendengar Adi dan Reza jam 4 petang hinggalah 8 malam yang dieratkan lagi oleh DiGi Pastinya Pilihan Yang Lebih Bijak.

Jangan lupa untuk ber`sms’ bersama mereka berdua ketika waktu tugas mereka. Mudah saja:

  • Untuk ber`sms’ bersama Reza, taip REZA mesej dan nama anda dan hantar ke 32555
  • Untuk ber`sms’ bersama Adi, taip ADI mesej dan nama anda dan hantar ke 32555

Sunday, December 13, 2009

10-1 Era Bersama Celcom

Setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga 1 petang, ikutilah rancangan "10-1 Era!" bersama penyampai kesayangan anda, Burn, dibawakan khas oleh Celcom!

Burn akan menemani anda sepanjang waktu kerja anda dengan segmen-segmen menarik. Selama 3 jam, ikutilah segmen-segmen seperti dedikasi, e-mel dan peraduan Trivia untuk peluang memenangi hadiah –hadiah menarik.

Trivia@10: Mahir menjawab soalan-soalan trivia? Setiap hari pada jam 10 pagi, Burn akan menanyakan satu soalan trivia. Jadilah pemanggil terpilih talian ERA dan jawablah soalan tersebut dengan betul untuk peluang membawa pulang wang tunai berjumlah RM150!

Stinger:Nantikan segmen 11 pagi hingga 12 tengahari dimana e-mel stinger bakal dibacakan. Jika e-mel anda terpilih, anda akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM150! Jadi, hantarlah e-mel anda hari ini!

Dedikasi: Dengarkanlah juga segmen dedikasi dan nantikan peluang mendengar dedikasi anda dibacakan oleh hos ERA, Burn.

Ikutilah rancangan “10-1 Era” setiap hari Isnin hingga Jumaat untuk peluang memenangi hadiah-hadiah menarik serta nikmatilah lawak jenaka Burn dalam rancangan tersebut!

Thursday, December 10, 2009

Riuh Pagi ERA

Aznil Riuhkan Pagi ERA bersama Din Beramboi

Setiap hari Isnin hingga Jumaat
6.00 pagi- 10.00 pagi

Hubungi Aznil dan Din Beramboi sewaktu siaran Riuh Pagi ERA untuk mengambil bahagian.

Hubungi 03-95433355 atau sms PAGI hantar ke 32555.

Aznil Din D Reza Adi Burn Aznil Din D Reza Adi Burn Rizal Dina Mamat Sepah Shuib Sepah Jep Sepah
* Klik wajah penyampai untuk lihat profail.