Saturday 29 July 2017

Trip ke Semporna,Tawau, Sabah


Assalamualaikum.


Berdasarkan tajuk, dah maklum bahawa entri kali ini aku akan menceritakan sedikit mengenai trip kitaorang baru baru ini ke Semporna, Sabah. Aku dengan dengan sepupu dan adik aku seramai 4 orang sahaja.



Kitaorang bermusafir ke sana selama 3 hari 2 malam sahaja. Ternyata, pulau-pulau di Semporna memang indah dan sempurna. Sangat cantik. Aku sangat mencadangkan untuk korang semua membuat percutian ke sana.

Aku akan share tentatif kami di selama di sana untuk rujukan anda semua. Sebelum aku ke sana, memang aku banyak membaca mengenai negeri dan daerah tersebut. Yelar kan, tak pernah ke sana.


Tentatif kami


KHAMIS :

12:30 PM - Flight dari KLIA2 ke tawau (sebenarnya flight kitaorang pukul 6 pagi tapi atas "ke'delayy'an" Air Asia, terpaksaa la kami mereput dulu. Fuh lamaaaaa sangat delayy)


Mereput tunggu flight delay 


3:30 PM - Sampai di airport Tawau. (Tiba tiba azan asar. Eh awalnya.haha. Lupe pulak memang Sabah awal sejam. ) Kemudian kitaorang solat asar dan pusing-pusing bandar Tawau dulu sebelum bertolak ke semporna. Oh ya, kitaorang sewa kereta dan drive sendiri.


6:00 PM : Dah lepas bergambar sakan di Tawau, kami mencari makanan. Orang kata Tawau ni kaya dengan seafood. Tapi kami try Nasi Lalap dulu. Memang sedapp ayam dia. Abang kereta yang kami sewa ni kata, nasi lalap ni yang asli di Tawau. Kalau di semporna, lain rasanya. Aku tak pasti la betul ke tak. Dan boleh try Murtabak Jawa. Terbaikkk ! Sambal kicap dia memang kena dengan kerangupan murtabak tu. Hehe. Ha lagi satu, kalau nak order coconut shake, korang kena cakap KELAPA BLEND. Hahah.

Nasi Lalap

Murtabak Jawa

7:45 PM : Bertolak ke Semporna. Haa, ni part penting nih ! Di Sabah, matahari tenggelam awal. Azan maghrib pukul 6.30 petangg. Jadi pukul 6 tu dah start gelapp. Pukul 7 tu memamg malam dah ! Kami dah la semua perempuan. Dan jalann dari Tawau ke Semporna tu mashaallahhh... Aku sangattt TIDAKK MENCADANGKAN korang drive malam malam ke Semporna. Jalan yang gelap dan tiadaa langsung lampu jalan. Tambah pulak jalan dia memang menakutkan.(eh ke aku yang memang penakut. Haha) Lepas tu, tgh tgh jalan tetiba ada roundabout. Memang sabah kaya dengan benda tuhh. Siyess.. haha. Mengucap panjangg laa malam tu nak boleh ke sampai. Dalam sejam lebih camtula.



9:15 PM - Sampaii di Sempornaa yeayyy. Kitaorang check in hotel. RM 110 untuk 4 orang satu malam. Han Palace hotel. Boleh google. Tapi aku tak suggests laa hotel ni. Better korang cari Dragon In kalau nk rasa floating floating gituu. Takpun cari hotel yang sekitar jeti. Senang nak cari makan. Malam tu kami standby untuk program keesokkan hari. Kira hari kemuncak laa sebab akan ke pulau pulau. So, malam tu, iron tudung dan tidurrrrr.




JUMAAT (Hari yang dinanti - nantikann)


7:45 AM - Pakcik Helmi (atau korang boleh panggil abang) ambik kitaorang kat hotel dan bawak pergi sarapan. Kat sana jugak, mereka terkenal dengan nasi kuning. Sedap. (Tak sempat nak ambik gambo)hehe

8:30 AM - Kami ke jeti Semporna untuk menaiki bot. Yeayyyy. Cuak jugak sebab takut mabuk laut. Hehe. Tapi yang paling 'besttt' dalam bot dan sepanjang day trip, island hopping tu, kitaorang ber-4 je dari semenanjung dan melayu. Yang lainn memang foreigners. So, dalam bot tu dalam 10 orang. 6 lagi cina. Memang kalau mengumpat pun dia tak faham. Cakap BI pun diaorang tak faham sangat. Memang bukan cina dari malaysia. So, kalau nak datang, make sure time cuti sekolah atau kalau nak best, satu bot tu, geng kau je. Lagi syok ! Kalau nak, boleh contact nombor yang aku akan bagi nanti. Stayy tunee. Hehe.





Kitaorang ambik Daytrip. Meh aku cerita pasal pulau di sana. Dekat Semporna, ada 9 pulau yang korang boleh jelajah. Tapi mustahil lah dalam satu hari. (Nanti pm je nombor nanti untuk trip-trip pulau yang korang nak).


Okey, memandangkan kitaorang ambik Daytrip, maksudnya sehari sahaja, maka kami hanya pergi ke 4 buah pulau je.


1) Pulau Tetagan : Kat sini korang akan pergi tengok bajau laut. Bajau laut tu apa ? Okey boleh google sendiri bhaa. Sampai je kat sana, fuhhh, kau kene terjah dengan diorang. So, jangan panikk. Relaks je. Hehe



Diaorang selamba aje naik perahu xdek pakai jaket

Adik bajau laut

2) Pulau Bohey Dulang : Nilahh tujuan utama kami datang ke Semporna ni. Kat sini, korang kene hiking sikit. Dan sebelum tu, korang kene doa supaya hari sebelum dan semasa tu tak hujan. Sebab kalau hujan, memang rugi. Tak boleh nak hiking. Kenapa kena hiking ? Kenaa sebab nak tengok view dari atas macam gambar ni ! Cantiikkkkkkk seriusssss ! Tapi sebelum tu kenaaa laa lalui onak dan duri sikit. So, nasihat aku, sebelum hiking tu, bawak bawak laa ber- jogging duluu. Nanti pancittt. Haha. Tak laa jauh maanaa. Dalam 600 meter ajee. Heh. Haaa , satu lagi. Bawak siap siap air mineral ya ! Sebab aku punya air tertinggal di hotel. Makaaanyaa, air di puncak bukit tu RM 5 satu botol ! Tapi sebabb dahagaa gilaaa, memang habis RM 10. Haha.
Yeayy


Liku liku kehidupan.eheh

Subhanallah. Cantikkkk !




3) Pulau Matabuan : Haa, antaraa aktiviti yang ditunggu-tunggu ! Snorkelinggg !! Yeayyy. Yang ni memang dia bawak ke tengah laut betul betul. Dapat tengok batu karangggg. Cantikkk. Ikann panjang, ikan pendekk, ikan warna kuning semua adaaa ! Siaap ada penyuu besarrr laaagii. Excited aku. Hahah. Lama jugak laa snorkeling sampai aku dah rasa penat. Part ikan semua ni aku takdek gambar laa. Phone aku tak boleh masuk  dalam air bhaa..hehe





4) Pulau Sibuan : Okey ni pulau last. Dan memang puas hati sangat pulau ni !! Cantikkkk subhanallah ! Kat sini pun boleh snorkeling tapi kitaorang sibuk bergamboo sampai tak dan nak snorkeling. Haha. Cumaa sebab ramai foreigners, so faham faham laa "pemandangan" tu macam mana. Tutup mataa jelaaa dik. Haha. Jangan lupaa ambik gambar dan video banyak banyaak yaa ! Pastu posingg cecantik ! Make sure cameraman/women tu memang pandai ambik gamboo yaa ! Nantii menyesal datang jejauhh tapi gambar hancuss. Hehe.



Kitaorang selamat sampai ke jeti pukul 4 petang.
Penatt sangatt ! Tapi puas hati.

Balik ke hotel, mandi semuaa, pastu kitaorg keluar jalan jalan di pekan Semporna pulak. Dah sewa kereta kan. Takkan nak parking kat hotel pulak kann.


8:00 PM : Pakcik Helmi datang ambik kitaorang bawak gi makan dan beli ole-ole untuk orang kampung. Haha. Dan makan seafoodd yang murahh ! Terima kasih Pakcik Helmi !



SABTU


8:30 AM - Kami bertolak ke Tawau sebab Flight pukul 2 petang. Sebelum tu kami pusing pusing bandar Tawau dan bergambar lagi sekali. Hehe. Perempuann kaann.


Kat sini aku sertakan beberapa tips untuk korang.


1) Untuk flight ke Tawau, better korang ambik flight yang paling awal dari KL. Dan untuk flight balik ke KL, ambik flight yang lasttt sekali ! Sebab tak kalut nanti. Dan awal pagi tu supaya tak rugi hari korang kat sini. Datang nak berjalan kan, bukan nak tidur. Ye dak ?


2) Kalau datang ke Semporna, memang korang akan ke Pulau kan ? So, aku cadangkan korang pergi ke 9 Pulau yang ada ! Jadi, jangan sewa kereta. Sebab, kalau kau join trip yang kitaorang ikut ni, pihak mereka akan ambik hantar ke airport. Termasuk penginapan dan makan beberapa kali jelar. Harga hanya RM 580 sahaja ! Memang berbaloi  untuk 4 hari 3 malam.


3) Apa lagi eh tips. (Nanti aku akan update dari masa ke semasa. Okeyy ? Ngee


Untuk detail boleh contact : +60 11-3647 8252 (Encik Hilmi)


Sekian post aku kali ni. Harap harap membantu trip korang. Maaf jika ada salah dan silap. Happy journeyyy ! Smile !



Thursday 1 June 2017

Resepi : Chicken Wrap Ala Student Tak Rajin Kebabom

Assalamualaikum 😊



Amboi panjang sangat nama menu saya. Hihi. Sepanjang saya menulis blog (kemain macam dah banyak menulis kan..haha), saya tak pernah lagi share apa apa resepi. Yelar kan. Saya bukan pandai masak pung pang pung pang macam orang lain. Tapi disebabkan cita cita nak jadi surirumah tangga yang berjaya (ewahh) saya pun belajar la masak sikit sikit. Tapi tulah. Banyak kekangan laa dari sudut masa sebab masih full time study (alasan memang kene kukuh ya 😝). Jadinya, saya nak share satu resepi untuk mereka mereka yang tak sempat masak macam saya jugak. Resepi ni saya dapat dari kawan saya dan saya renovate ikut selera saya. (Eh - terima kasih kawan saya tu)
Saya biasanya akan perap siap siap ayam. Kiranya kalau nak masak terus ambik dan zapp masuk kuali aje. Tak sempat kann..


Bahan - bahan :

A
1) Wrap
2) Salad, Timun (ikut la nak letak apa sebab saya tak makan tomato dan carrot. Lol)
3) Sos cili


B
2) Isi ayam
3) Bawang putih, bawang merah
4) Serbuk lada hitam, lada putih (black &white pepper)
5) Olive oil
6) Sos tiram, kicap (ikut selera)
7) Garam



Cara - cara :

1) Perap isi ikan dengan bahan B. Bawang semua tu ikut la nak blend ke tak. Saya tak blend pun sebab malas.haha. Eh tak. Tak sempat ok !

2) Dah perap dalam 20 minit, boleh la untuk masak. Masukkan daalam kuali bersama minyak yang sikittttttt je ! Tak payah minyak pun takpe.

3) Panaskan wrap. Dan letak ayam yang dimasak tadi bersama sama dengan sayur sayuran yang dipotong.

4) Letakkan sos, mayonis ikut selera..dan ..


5) Yeayy dah siapp ! Sila baca doa sebelum makan ya !

Tak sempat balut ni nak. Sebab bila dah balut tak sempat ambik gambor..dah ngap dulu. Haha

Ini resepi saya. Kalau ada salah silap mohon ampun dari saya. Budak baru belajar. Eh. 😊


Selamat berpuasa.




Wednesday 22 February 2017

Hanya Dia




Hati tenang bila terus mencintaiNya,
Di ulik rasa rindu pada baginda,
Di sulami rasa sayang ibubapa,


Namun ia bukan cuma itu saja,
Dunia pentas ujian badai melanda,
Bukannya pelangi menemani sentiasa,


Jangan kau mimpi hidup seperti raja,
Jangan fantasi teman sentiasa ada,
Jalan yang lurus jangan di angan,


Kau betul kadang kau salah juga,
Kadang betulmu juga menjadi salahnya,
Tidak perlu dijerit kebenaran dilorong sana,


Tidak ada yang melihat andai kau kuli cuma,
Tidak menang kau ditangan manusia durjana,
Tidak benar berdepan penunggang agama,


Kerana kau punya Tuhan Yang Esa,
Hanya Dia Yang Satu.
Allah Maha Kaya.


Hanya satu terus dipinta,
Agar aku dijauhkan ia,
Dan diampunkan segala dosa.



-manusia yang punya hati-

Sunday 22 February 2015

Murabbi Ummah


Bismillahirahmanirahim..


      Cuti semester tiba lagi. Selepas berhempas pulas mengharungi peperiksaan akhir dan kursus Bahasa Arab, akhirnya aku pulang ke kampung halaman yang sangat dirindui. Kampung selepas banjir tentunya agak berbeza dengan yang sebelumnya. 

    Aku berkira-kira. Apa yang aku hendak lakukan selama sebulan dirumah ? Ada segelintir kawanku yang berkerja. Aku ? Kerja bukanlah satu pilihan yang tepat. Fikirku. Aku merencana sesuatu. Mengingat kembali peristiwa banjir yang baru sahaja menimpa Malaysia amnya dan negeri kelahiranku, Kelantan khususnya membuatkanku meronta ingin turut menyertai sukarelawan membantu mangsa banjir. Namun, semuanya menemui jalan buntu.

      Tangan membelek gambar di dalam folder aplikasi whatsapp telefon jundiku. Melihat kawan-kawan yang bermusafir jauh merentas benua cukup membuatkan aku cemburu. Cemburu kerana mereka diberi peluang untuk menginsafi diri melihat kebesaran Allah di timur tengah. Diberi peluang untuk menambahkan pengetahuan. 

     Aku memujuk hati. Aku ada peluang yang lain untuk menambah pahala. Membantu kedua ibubapa dirumah merupakan kebajikan yang dikira oleh Allah. Sambil itu, aku menghabiskan beberapa buah buku yang baru dibeli sebelum semester baru dibuka,
     
    Selang beberapa hari, kawanku menghantar khidmat pesanan  ringkas (SMS) dan mengajakku untuk pergi ke Kelantan. Katanya mahu melawat kawan-kawan yang tinggal disana. Aku meminta pendapat dari Ummi dan Abah dan mereka memberikan lampu hijau dan memintaku untuk menjenguk atuk dan nenek disana. Aku terus bersetuju lantaran kerinduan yang amat kepada atuk dan nenek.

    Aku pulang ke Kelantan pada hari Selasa 10 Februari 2015 kerana lawatan kami bermula pada hari Jumaat nanti. Aku memberitahu kawanku bahawa aku berhasrat untuk bertemu Tuan Guru Nik Aziz tapi kawanku menyatakan susah sedikit kerana kesihatan Tuan Guru tidak mengizinkan. Aku terus menjawab, "Kita pergi tengok dari jauh pun takpe". Mereka semua bersetuju.


   Khamis, 12 Februari 2015, 9.30 malam, aku merebahkan diri lantaran badan meminta untuk direhatkan. Aku mencapai telefon bimbitkan dan membuka aplikasi whatsapp serta membalas beberapa mesej yang dirasakan penting serta membaca mesej dari group yang banyak.


9,39 malam

Dimaklumkan oleh sahabat di HUSM, situasi Tuan Guru Nik Aziz amat-amat kritikal sekarang ini. Pukul 8.30 malam dijangka akan dibawa pulang ke rumah. Doakan yang terbaik untuk Tok Guru.

Hati tidak putus mendoakan kesembuhan Tuan Guru kesayangan.

Selang beberapa saat..

Mendapat mesej, Tok Guru telah kembali ke rahmatullah.

Dalam hati masih lagi tidak putus berdoa dan berharap bahawa mesej itu adalah tidak benar lantaran sebelum ini ada juga manusia yang tidak bertanggungjawab yang membuat hebahan palsu seperti itu. Aku segera bertanya kepada beberapa kenalan untuk mendapatkan kesohihan berita tersebut. Berdebar-debar menunggu jawapan bak menunggu keputusan peminangan barangkali.

Dan.. Berita itu adalah benar.

Terkesima. Tak mampu untuk membalas. Mata tidak dapat menipu. Maniknya laju mengalir keluar tanpa diminta. Allah... 

  
    Malam itu, tidur bertemankan air mata, memikirkan apa yang akan terjadi nanti. Ilmu semakin diangkat. Yang tinggal hanyalah manusia yang pandai memutar belitkan hukum.

  Membuka akuan facebook, penuh halaman utama tentang berita sedih ini. Tak mampu untuk membaca. Air mata mengalir laju. Hati meronta-ronta untuk pergi ke Pulau Melaka. Namun, jawapan yang ku terima dari sahabat-sahabat amat mengecewakan. Jalan menuju ke sana sudah semakin sesak. Aku mengambil wuduk lantas menunaikan solat untuk menenangkan hati.

    Keesokannya, seusai subuh, aku berteleku, bagaimana aku harus ke sana ? Patutkah aku meredah seorang diri kesana ? Aku menghantar satu pesanan kepada sepupuku menyatakan hasratku dan jawapannya mengecewakan aku. Jalan susah ditutup. Betapa ramai yang memuliakan beliau. Insan yang disayangi semua lapisan masyarakat. Mungkin tidak ada rezekiku hari ini.

  Sepanjang hari aku menghadap television, mengikuti setiap peringkat pengebumian. Dari Astro Awani ke TV1 kemudian membuka laman sesawang kelantantv semata-mata untuk melihat idolaku ini untuk kali terakhir. Selepas zohor, aku menghadiahkan sedikit bacaan al-Quran kepada beliau. Sangat sukar untuk menghabiskan kerana dicampur dengan esakan kerinduan yang bakal ditanggung semua orang terutama isteri dan anak-anak beliau.


          Hari sabtu, kami merancang untuk melawat sekitar Kota Bharu dan aku terus mengajak sahabat-sahabatku untuk bersolat zohor di masjid Tok Guru.

“Kita pergi solat je. Saya teringin nak pergi ziarah. Dapat tgk isteri almarhum dari jauh pun takpe”.

Sahabat-sahabatku terus bersetuju. Alhamdulillah.

Tengahari itu, kami semua sampai ke Pulau Melaka. Dalam hati terus berdoa agar segalanya dipermudahkan. Ternyata, masih ramai yang datang menziarah dari jauh dan dekat.

Selepas solat zohor, air mata mengalir. Mengingatkan kembali kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Tok Guru di masjid ini. Disini jugalah beliau menunaikan solat secara berjemaah yang diimamkan sendiri oleh beliau. Sungguh, Tok Guru merupakan pemimpin terbaik ! Sukarnya mencari pengganti. Masih terngiang-ngiang ucapannya agar memperjuangkan Islam.

Antara sebab aku memilih jalan ini adalah kerana mahu mengikuti beliau. Sayangnya kepada beliau hanya tuhan sahaja yang tahu.

“Unit amal kate, kalau nak jumpa Datin Sabariah, pukul 2.30 petang baru bukak”.

Aku hanya mengangguk. Terasa agak mustahil untukku berjumpanya.

“Kita melawat kubur nak ?” soal seorang sahabat.

“Inshaallah”, sahabat yang lain menjawab.

Aku hanya mendiamkan diri sambil berdoa agar semuanya dipermudahkan.
Kami turun daripada masjid. Aku menjenguk ke teratak hijau, kediaman almarhum, mana tahu jika ada peluang untukku. Ramai yang sudah sedia menunggu untuk masuk berjumpa dengan datin Sabariah. Pintu dibuka dan hanya dibenarkan beberapa orang sahaja untuk  masuk. Kecewa. Memang mustahil untukku berjumpa datin.

“Ramai orang lar, kene tunggu lama lagi” kata sahabatku.

Ini kerana, kami sebenarnya mahu memenuhi jemputan walimah di Pasir Mas.


Tiba-tiba pintu dibuka, aku terus berkata, “Saya nak masuk kejap je, nak ambik semangat dari jauh”, pintaku. Lalu aku terus meluru ke tangga, menunggu giliran. Dua orang sahabatku datang dan berkata, “saya pun nak masuk jugak, sebab tak tahu bila lagi dapat jumpa”. Aku tersenyum.

Lalu kami menyelit agar cepat dapat menatap wajah insan yang telah menjaga Tok Guru dengan baik.  Tidak disangka, Allah memudahkan. Hati berdebar.

“Nanti kalau dah masuk, salam tangan je dengan datin ya, jangan peluk, harap sangat sebab datin letih”, pesan unit amal kepada kami. Kami mengangguk. Simpati kepada datin terus menerpa lalu dipanjatkan doa agar datin sentiasa tabah dan kuat ! 

    
    Debaran terasa. Lalu dipanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya. Kaki melangkah masuk ke dalam mahligai indah milik almarhum. Jujur aku katakan, itu adalah kali pertama aku diberi peluang untuk merasai haruman teratak syurga  mereka sekeluarga.


    Dari jauh aku sudah melihat senyuman tabah yang dilemparkan kepada kami, para tetamunya. Aku yakin, senyuman itulah yang menyejukkan hati, penenang jiwa buat tok guru dikala dirinya difitnah dan ditomah. Manis. Masih cantik seperti dulu. 


    "Assalamualaikum", sapaku ketika bersalam dengan beliau. Mencium tangan beliau. Sebak terasa. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Kagum !


    Seusai bergambar, kami bersalaman dan aku melangkah keluar bersama semangat yang mengalir dari tubuhnya. Senyum. 


     Kami juga sempat menziarahi kubur tok guru. Ternyata masih ramai yang datang mendoakan almarhum. Datang dari serata negeri. Aku kagum. 


  "Ya Allah, kumpulkan kami nanti bersama mereka disyurga kelak. Aku sangat menyanyangi mereka, ulamak."


Itulah kematian yang mengidupkan. 


Semoga aku juga akan berakhir dengan husnul khatimah. Sebagai syuhada' ! Puas ^^








Saturday 3 January 2015

Lukisan Hidup



Langit cerah. Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh pipi. Selamat datang 2015. Umur semakin menginjak naik. Sudah menjangkau 22. "Ah ! Tuanya ! " , Getus hati.


Bunyi kicauan burung diselang seli dengan deruman enjin kereta. Melihat burung terbang bebas mengingatkanku dengan satu ayat dari surat cinta si Dia.


"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya diatas mereka ? Tidak ada yang menahannya di udara selain Yang Maha Pengasih, sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu"

[al-Mulk :19 ]

Burung itu terus terbang mencari sumber rezekinya untuk hari ini. Aku ? Masih di jendela. Memikirkan apa yang akan aku hadapi untuk tahun ini. Atau mungkin tahun ini merupakan tahun yang terakhir aku di bumi ini. Atau aku akan meneruskan hidup robotku lagi untuk tahun ini ? Menjalani peperiksaan, cuti semester, daftar semester baru, menghadiri kuliah, membuat perbentangan dan assessment ? Sungguh merimaskan.


Umur selama ini seperti dibazirkan tanpa apa-apa.


"Dan Allah telah menciptakan kamu kemudian mewafatkanmu, diantara kamu ada yang dikembalikan kepada usia yang tua renta, sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang pernah diketahuinya, Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Kuasa"

[An-Nahl : 70]


Dush ! Rase terpukul. Aku pasti mati. Itu sunatullah. Tapi bila ? Wallahualam...


2014 banyak kali disentapkan dengan kematian mengejut. Salah satunya ialah senior di sekolah menengah yang membuatkan aku ketar lutut, kecut perut. Nampak sangat hati sudah dijangkiti wahan. Terlalu cintakan dunia.


2014 juga mengajar aku untuk berdikari. Buktinya, selepas tamat diploma, aku di beri kebebasan untuk berkerja. Walaupun sebagai ustazah kepada pelajar sekolah rendah, namun, aku kira itu sebagai bekalan untuk hari yang mendatang.


2014 juga membuka mataku tentang kepentingan mempelajari kitab thurath. Hebatnya ilmu Allah. Kerdilnya diri aku. Semakin lama aku belajar, semakin aku rasa terlalu banyak perkara yang aku tidak tahu dan perlu tahu.


2014 juga menemukan aku dengan pelbagai ragam manusia. Berjumpa dengan orang yang kadang kala membuatkan aku tersenyum dan menangis sendiri.


Alhamdulillah, 2014 sudah menamatkan riwayatnya menjadi saalah satu dari lipatan sejarah aku.


Dan sekarang, atas aku dan kita semua untuk terus melakar atas kertas 2015 samada pelangi atau lumpur.




Paling pasti untuk kita terus menerus mengejar cinta Allah. Ikatlah hati denganNya. CintaiNya melebihi manusia. Maka, rasa kecewa akan hilang. Manisnya mecintai Dia.Terlalu nikmat bila ada Allah yang Maha Mengetahui.


Untuk 2015, aku hanya mengharapkan ianya akan menjadi seindah fantasi agar aku akan sentiasa tersenyum dalam jalan kebenaran dan ketaatan hanya kepada DIa. Tuhanku.





"Banyak perkara yang menyeronokkan tidak membawa kita kepada Allah, tetapi sakit dan musibahlah yang selalu berjaya membawa kita kembali kepada Allah"


The End...

Doakan aku supaya dipermudahkan untuk mejawab peperiksaan yea. Syukran :)






Tuesday 22 July 2014

Untittle




Saat aku serahkan hati ini untuk mencintai Allah dan Rasulnya,

Ku mula sedari bahawa hati ini telah di sentuh oleh insan bergelar adam,

Lantas ku berbicara pada tuhanku,

Didiklah cinta hatiku ini dalam keimanan dan keredhaanMu,

Jadikan rasa cinta ini tidak melebihi cintaku kepadaMu,

Agar cinta ini bukan cinta palsu dan ikutan nafsu,

Tetapi cinta hati ini adalah satu anugerah dariMu.



Aku mencintaimu kerana agamamu,

Jika hilang agama dalam dirimu,

Maka hilanglah cintaku kepadamu.



Ku serahkan cinta ini sepenuhnya pada Pencipta kita.

Allah matlamat utama,

Rasulullah suri teladan ikutan,

Al-Quran menjadi peraturan bermakna,

Syurga tempat idaman semua.




#Ramadhan Kareem




Sunday 4 May 2014

Ajaibnya Sedekah


Bismillahirrahmanirrahim...

"Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang diatasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia bersih. Mereka tidak menguasai sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan dan Allah tidak memberi petunjuk kepada yang kafir"

[Al-Baqarah : 264]

Ini cerita tentang seorang kawan. Sejak aku mengenalinya, dia memang seorang yang biasa. Terdiri daripada keluarga yang biasa. Tapi dia seorang yang pemurah. (mungkin) Dia selalu bersedekah. Aku agak selalu bermusafir bersamanya termasuklah ke kota Metropolitan, Kuala Lumpur. Memang ramai gelandangan mungkin yang menagih simpati memohon sedikit rezeki. Dia segera menghulurkan sedikit wang walaupun kami semua tahu ianya mungkin adalah sindiket. Tapi bukan semua peminta sedekah yang menjadi pilihan kawanku ini. Aku pernah menyoalnya.


Katanya "kita jangan bagi dekat orang yang mampu untuk membuat kerja lain".
Aku pun bertanya "maksud mampu itu macam mana ?"
"Lihat kepada keadaan fizikalnya. Jika masih sihat walafiat, jangan bermurah hati dengannya.", kawanku menjawab.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya. - Riwayat Bukhari dan Muslim


Ada beberapa perkara yang terjadi kepadanya akibat daripada sedekah yang membuatkan aku kagum dan bertambah yakin dengan janji Allah dan hadith Rasulullah : 
Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
( HR Muslim dan Tirmidzi )



Betul ! Disaat kawanku itu hanya mempunyai beberapa ringgit sahaja dan mempunyai masalah untuk mengeluarkan duit dari akuan banknya, dia hanya membaca beberapa ayat dari Surah Al-Talak ayat 2 dan 3 yang dikenali dengan ayat seribu dinar. Mungkin dia juga turut rungsing tapi dia tahu Allah sentiasa ada untuknya. Tanpa disangka-sangka, pada keesokkannya, ada orang yang membayar duit kepadanya. Bukan itu sahaja, tetapi banyak peristiwa yang berlaku yang menunjukkan kekuasaan Allah tentang kelebihan dan keajaipan sedekah. Kawanku ini memang tidak pernah berkira jika dia ada. 


Dari situ aku mula belajar bahawa sedekah itu bukan perlu dilakukan ketika kita sudah kaya, tetapi bersedekahlah untuk kaya. 




Tidak rugi sedikit pun kerana di dalam setiap harta yang kita ada, mungkin terdapat rezeki orang lain juga didalamnya. Maka, haruskah kita menahan rezeki orang tersebut untuk sampai ke tangan orang yang berhak itu ? 




So, tunggu apa lagi.. Jangan rasakan elaun dan gaji kita tidak cukup untuk diberikan kepada orang lain sebab manusia memang tidak akan pernah merasa cukup. Abah saya selalu cakap "abah sangat takut kalau Allah uji kita dengan harta sebab tidak ramai yang mampu untuk menghadapinya"... Makin banyak kita ada, makin kita rasa tidak cukup. Maka, bersedekahlah.. :)





Sedikit penerangan dari potongan ayat diatas..

Sedekahlah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan akan merosakkan niat bersedekah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud, Allah telah membandingkan orang yang mengungkit dalam amalan sedekahnya seperti “Batu licin yang terdapat tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda, batu itu sudah licin dan tiada lagi tanah di atasnya. Demikian juga dengan orang yang kafir dan riak. Mereka gagal mendapat satu ganjaran pahala daripada apa yang telah diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.”

Wallahualam.. Maaf salah silap.. ^^