Monday 28 November 2011

Sunday 30 October 2011

Pelajar miskin wajar dikecuali yuran PIBG

MOHD PUAD sambil diperhatikan Hussain  (kiri) bertanyakan sesuatu kepada peserta Smart Remaja  selepas majlis perasmian program berkenaan di Sekolah Kebangsaan Berangan 2,  di Tumpat, semalam.
MOHD PUAD sambil diperhatikan Hussain (kiri) bertanyakan sesuatu kepada peserta Smart Remaja selepas majlis perasmian program berkenaan di Sekolah Kebangsaan Berangan 2, di Tumpat, semalam.
TUMPAT: Ibu bapa pelajar sekolah yang kurang berkemampuan perlu diberi pengecualian membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengelakkan mereka dibebankan bayaran untuk anak masing-masing.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan menetapkan sejumlah bayaran oleh PIBG kepada ibu bapa pelajar sekolah perlulah dilakukan secara muafakat dan mengikut keutamaan.
“Bukan mudah untuk menetapkannya (bayaran PIBG di sekolah) kerana ada ibu bapa di Kuala Lumpur dan Damansara Utama sanggup membayar lebih, jadi susah nak hadkan.
“Bagi saya, biarlah PIBG buat keputusan secara muafakat dengan ahlinya untuk menentukan sesuatu yuran tambahan, saya sudah sebut banyak kali supaya tumpukan kepada yang utama, jika ibu bapa tak mampu sepatutnya dikecualikan,” katanya selepas Majlis Perasmian Smart Remaja di Sekolah Kebangsaan (SK) Berangan 2 di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang.

Sebelum ini, akhbar melaporkan PIBG diminta berunding dengan ibu bapa mengenai yuran yang mahu dikenakan kepada pelajar bagi mengelak timbul kekeliruan berikutan pemansuhan yuran sekolah seperti diumumkan dalam Bajet 2012.

Berikutan itu, Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah supaya setiap keputusan yang mahu dijalankan PIBG mesti mendapat persetujuan ibu bapa dan guru besar atau pengetua bagi mengelak berlaku sebarang masalah.
Mengulas mengenai peruntukan tambahan RM1 bilion melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah dalam Bajet 2012, Dr Mohd Puad berkata, pihaknya menjangkakan masalah membabitkan bangunan 2,209 sekolah di seluruh negara yang rosak teruk dapat diselesaikan tahun depan.

“Apabila dapat peruntukan tambahan menerusi tabung yang diumum Perdana Menteri, kita yakin boleh selesaikan tahun depan. Kebanyakan sekolah yang mengalami masalah berkenaan ialah di Sabah dan Sarawak, oleh itu, kita berharap dapat selesaikan secepat mungkin,” katanya

Saturday 29 October 2011


NOTA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN DUA
PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN
A. Jenis dan Bentuk Perniagaan
1. Perniagaan Dalam Negeri (Tempatan)
  • Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan di dalam negara sahaja
  • Perniagaan dalam negeri terbahagi kepada dua
 
i. Runcit
 - Membeli barangan secara runcit dan borong, menjualkannya pula kepada penggunna secara runcit
 - Membeli dalam kuantiti yang banyak (pukal) daripada pengusaha atau pengilang, menjualnya pula dalam kujantiti yang kecil kepada pengguna
ii. Borong
 - Membeli daripada pengusaha atau pengilang dalam kuantiti yang banyak dan menjualkannya kepada peruncit secara pukal.
2. Perniagaan Luar Negeri (Antarabangsa)
i. Import
 - Membeli barangan daripada luar negara dan menjualkannya dalam negara (pasaran tempatan)
ii. Eksport
 - Menjual barangan daripada dalam negara kepada negara luar (pasaran luar negara)
iii. Entrepot
- Membeli barangan daripada luar negara dan menjualkannya kepada negara lain pula

Perniagaan Dalam Negeri
 
  1. Perniagaan Runcit
    1. Perniagaan runcit kecil-kecilan
      1. Peruncit tanpa kedai
        - bergerak dari satu tempat ke satu tempat
        - berkenderaaan atau berjalan kaki
        - menggemari tempat yang dikunjungi ramai orang
        - memiliki lesen penjaja dari Majlis Tempatan
        • Penjaja
          1. Penjaja berjalan kaki
          2. Penjaja berkenderaan 
          3. Penjaja kembara
        • Contoh : Peniaga Ais Krim, Peniaga Pasembor, Peniaga Tilam
      2. Peruncit berkedai
        - berniaga di dalam premis atau kedai tetap
        - perlukan lebih modal untuk menyewa atau membeli kedai
        - meletakkan papan iklan di hadapan kedai
        - mesti memiliki lesen perniagaan dan lesen papan iklan
        • Kedai tunggal am
          - Contoh : Kedai runcit, mini market
        • Kedai tunggal khas
          - Contoh : Kedai kasut, kedai gambar, kedai handphone
        • Pegerai
          - Contoh : Gerai buah-buahan , gerai kuih muih
    2. Perniagaan Runcit Besar-besaran
      1. Pasaraya
        • Perniagaan yang menjual beraneka jenis barangan dalam satu bangunan
        • Contoh : Store, MyDin
      2. Gedung Aneka Jabatan
        • Perniagaan runcit berskala besar
        • Beroperasi dalam satu bangunan yang bertingkat-tingkat
        • Contoh : Jaya Jusco
      3. Kedai Sejaras
        • Perniagaan runcit yang mempunyai rangkaian cawangan yang luas.
        • Memiliki cara promosi, logo, jenama dan harga yang sama
        • Segala dasar pengurusan ditentukan oleh ibu pejabat
        • Contoh : Bata
      4. Francais
        • Pemilik asal perniagaan (Francaisor) membenarkan peniaga lain menjalankan perniagaan yang serupa di bawah satu jenama (francaisi)
        • Francaisi mesti sentiasa mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjaga imej dan mutu barang niaga.
        • Francaisi akan diberi latihan dan bimbingan dan nasihat dalam pengurusan perniagaan
        • Contoh : KFC, McDonald
  2. Perniagaan Borong

    1. Pemborong Pertanian
      - Membeli hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan ternakan dalam kuantiti yang banyak
      - Contoh : Pemborong ikan, pemborong sayur
    2. Pemborong Perkilangan
      - Membeli barangan keluaran kilang seperti makanan, minuman, baja, pakaian dan lain-lain dalam kuantiti yang banyak
      - Contoh:  pemborong barangan elektrik
    3. Pemborong Agen
      - Medapat komisen daripada perkhidmatan mengedarkan barangan keluaran pengeluar tertentu
      - Contoh : Eon memasarkan kereta proton
    4. Pemborong Am
      - Membeli pelbagai jenis barangan daripada pengeluar-pengeluar dan mengagihkan kepada peruncit-peruncit
      - Contoh:  pemborong aksesori jahitan, pemborong barang cucian, pemborong alatan dapur


Perniagaan Antarabangsa
 

  1. Import
    - Aktiviti membeli barangan dan perkhidmatan daripada negara luar.
    1. Import Nyata
      • Barang pengguna - kasut
      • Barangan pelaburan atau modal - mesin
      • Barangan perantaraan
      • Barangan import untuk dieksport
    2. Import Tak Nyata
      • Pengangkutan dan insuran
      • Pelancongan
      • Pelaburan
      • Perkhidmatan lain
  2. Eksport
    - Aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan kepada negara luar
    1. Eksport Nyata
      • Barangan pertanian
        - Contoh : Getah, minyak kelapa sawit
      • Barang galian
        - Contoh : Bijih Timah, petrolium
      • Barang perkilangan
        - Contoh : TV
    2. Eksport Tak Nyata
      • Pengangkutan dan insuran
      • Pelancongan
      • Pelaburan
      • Perkhidmatan lain
  3. Entrepot
    - Aktiviti membeli barangan dan perkhidmatan daripada luar negara dan menjualkan pula kepada negara lain
     
Faedah Perniagaan Antara bangsa (import dan eksport)
  1. Mengatasi masalah perbezaan iklim
  2. Mengatasi masalah perbezaan teknologi
  3. Mengatasi masalah perbezaan kos pengeluaran
  4. Meluaskan dan mempelbagaikan pilihan pengguna
  5. Meningkatkan pendapatan negara melalui duti import dan eksport
  6. Mengujudkan peluang pekerjaan

Perbezaan antara perniagaan dalam negeri dengan perniagaan antarabangsa
Perniagaan Dalam Negeri Perniagaan Antara bangsa
  • Dijalankan dalam negeri dan dibataskan sempadan negara
  • Menggunakan mata wang rasmi negara
  • Lebih bebas dan peraturan sama di dalam negara.
  • Pasaran terhadad kepada kawasan dan jumlah penduduk negara
  • Kurang masalah komunikasi kerana sudah saling memahami
  • Menggunakan lebih pengangkutan darat yang mudah dan murah.
  • Dijalankan di antara negara yang mempunyai hubungan diplomatik
  • Menggunakan mata wang yang diterima antarabangsa seperti dolar Amerika
  • Perlbagai sekatan dikenakan seperti undang-undang ,tarif kuota dan embrego
  • Pasaran sangat luas
  • Menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa utama dunia semasa berkomunikasi
  • Menggunakan pengangkutan udara dan laut
Asal
Hak Cipta Terpelihara
Dalam pembinaan

Wednesday 26 October 2011


Thursday 22 September 2011

Apakah Kemahiran Hidup

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang terkandung di dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ianya dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui berbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan.

Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.P&P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.

Tips Menjelang Peperiksaan



Menjelang peperiksaan, pelbagai permasalahan disuarakan oleh bukan pelajar tetapi juga ibu bapa. Diharapkan tips dan panduan ini dapat membantu anda untuk menghadapi senario peperiksaan.

Bagi pelajar,masalah² seperti cara membahagikan masa, strategi pembelajaran terbaik di samping petua ulang kaji yang tebaik sering ditanya.

Bagi ibu bapa pula, petua untuk menasihati anak yang masih leka menonton televisyen di saat-saat peperiksaan yang hampir menjelma adalah antara persoalan popular.

Artikel ini cuba menjawab secara umum,akan persoalan dan permasalahan di kalangan calon peperiksaan sendiri, dan permasalahan yang dihadapi ibu bapa,guru dan pihak lain yang prihatin.





Pertama

Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.


Kedua

Pastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda. Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman. Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.


Ketiga

Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting. Selama anda berada di kawasan sekolah dari pagi hingga tengahari atau ke petang, sekiranya tidak belajar di dalam bilik darjah, jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok. Sebaliknya,pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.




Ketujuh

Ssanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.


Keempat

Mmematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR). Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.

Di samping membaca.memaham dan mengingat fakta, bahasa, konsep atau persoalan dan pernyataan, anda mesti mahir melukis peta, rajah, jadual dan graf dan menulis karangan atau jawapan berbentuk rencana. Sehubungan dengan latihan menulis jawapan ini, di sini saya mengingatkan semua calon supaya menguasai bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.

Khusus bagi penguasaan mata pelajaran,anda perlu berdamping dengan guru,buku teks atau kawan yang pandai. Setiap mata pelajaran ada sifat dan ciri umum,dan khusus. Misalnya, bagi menguasai mata pelajaran Matematik, anda perlu menguasai topik, rumus, simbol dan pengiraan.


Kelima

Sentiasa sihat badan dan cerdas minda. Selama belajar ini pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat. Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais. Ingat!! Otak yang cerdas, pergerakan yang cergas dan emosi yang ceria, datang daripada badan yang sihat. Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Pastikan anda sihat, cergas dan ceria sebelum dan semasa peperiksaan.


Keenam
Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.