Selangor mengakhiri penantian tiga tahun untuk menjulang
Piala Sultan Selangor edisi ke-11 selepas menewaskan Liga Singapura XI 3-1 di
Stadium Shah Alam.
Selangor telah memulakan perlawanan dengan baik
dengan melancarkan beberapa asakan di hadapan lebih 65, 000 penonton di
gelanggang sendiri.
Selangor yang diperkuat dengan kehadiran Safee Sali serta 2 pemain import dari pasukan Selangor PKNS , Helmi Louusaief dan Michael Nicoise.
Pasukan Liga Singapura yang dibarisi oleh pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Singapura tanpa kelibat seorang pun pemain dari pasukan Lion XII yang bakal beraksi dalam suku akhir kedua Piala Malaysia 2012.

Selangor mengasak terlebih dahulu ke kubu petahanan lawan menerusi Safee Sali yang melakukan percubaan pertama
seawal minit ke-4 tetapi telah tersasar.
Pada minit kelapan, Selangor sekali lagi hampir
mendahului lawan namun, percubaan Bosko Balaban melepasi tiang gol.
Pemain Singapura, Aleksandar Duric yang berumur 42
tahun berjaya meletakkan Liga Singapura XI 1-0 di hadapan pada minit ke-23.
Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap
semangat juang anak buah Irfan Bakti apabila turut melancarkan serangan ke kubu
lawan.
Kesilapan pemain Singapura yang menjatuhkan Amri
Yahya di kotak penalti terhukum apabila pasukan tuan rumah berjaya menyamakan
kedudukan menerusi kapten pasukan , Safiq Rahim melalui sepakan penalti pada minit ke-32.
Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan
rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun.
Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya berjaya
menjarakkan kedudukan apabila sepakan luar penalti Bosko Balaban membolosi
gawang lawan pada minit ke-54.
Keghairahan tuan rumah dalam memburu kemenangan
akhirnya tertunai apabila pemain yang di pinjam dari pasukan Sabah FA , Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol sekali gus
menutup tirai perlawanan dengan 3-1.