Tuesday, February 12, 2013

1st Family vacation 2013: Ulu Yam~


Semalam, cuti Tahun Baru Cina. 
Kami satu family tak pulang ke kampung..
sebab baru je minggu lepas pulang ke kampung.
So semalam, abah  & mak ajak kami semua berkelah di Ulu Yam, Selangor.
Sebuah kawasan air terjun di kawasan hulu selangor kat area gombak..
Perjalanan dari putrajaya mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit..
sempatla tdo2 sekejap dalam kereta baru sampai ke tempat perkelahan..
Perjalanan nak naik ke kawasan air terjun tu agak curam, berbelit2 mcm ular..
Sebelum nak gerak ke sana, tak makan dulu.sampai sana muntah air.
angin dah masuk.huhu..
tp semuanya ok bila dah nmpak air terjun..:)

Kami membawa bekalan untuk makan di sana.
Mak masak nasi, kari ikan, sambal ikan bilis, dan ayam goreng.
kakak pulak masak spageti bolognese..
makanan sampingan seperti keropok keping dan makanan ringan.
saya dan adik, tolong makan je..
ramai2 kat dapo nti mak bising.(alasan)

Kami ke sana lewat sikit dalam jam 11 pagi baru bertolak.
gara-gara menunggu abg naim balek kerja shift pagi pukul 10 pagi.
So, kami pergi lewat siket..
sampai sana parking penoh tapi kalaw ada rezeki tak kemana..


 titi gantung~

 :)

 bonda & Adam~

 2 beradik ni sama je naiknya..=p



 tak boleh mandi tapi teringin gak nak celup2 kaki kat air.heee~

saya tak boleh mandi.:(

 makan time!~

 td makan spageti, ni makan nasi pulak.:p

 abah saya, kat mana2 pon boleh tdo.

 
Diorg semua berendam sampai pukul 2.30 petang..
selepas makan & solat, kami slow2 keluar dari kawasan air terjun Ulu Yam sebab cuaca pon dah nak mendung..
petang mesti hujan..
Kami terus pulang ke rumah dan tiba pada pukul 5 petang..

:)



Tuesday, January 1, 2013

Last Holiday 2012~


Semalam, 31 Disember 2012, hari terakhir di tahun 2012.
mak, abah, dan aku bercuti..
plan dah lama dah nak bawak adik n adam jalan2 tp dah survey dari awal pon, semua rumah penginapan penuh..
adik nak g mandi2..so, aku pon survey la tempat mandi2 yg best yg boleh pegi..
mula2 tgk kat A Famosa, resort dia penuh pulak..
nak bawak adik g waterpark Gambang, mak ckp jauh sgt..
byk lagi waterpark dekat2 area sini yang boleh dijadikan pilihan..
So, aku bercadang nak bawak diorg pegi Goldcoast Morib Resort..
pon penuh jugak tempat penginapan..
tp sebab adik nak jugak pegi, so kitorang bercadang pergi balek hari je..

Kitorang gerak dalam jam 9.30 pagi..
mak, abah, aku, adik & adam..
kakak n abg naim tak dapat join, tak dapat cuti.:p
kesian bonda adam..

Seronokla budak 2 org tu dapat main2 air..
makngah diorg pon dah mcm budak2 dah melayan diorg punya karenah..
tp seronok jugak sbb tak ramai sgt org yg datang pada hari tu..
nak beli tiket pon takpayah berato panjang2..nak sewa tube pon takpayah nak berato panjang..
ok la..relax n tenang...

 atok adam yg sporting~


 peace!



 ok atok!ready to go!!!

 main bola pulak..

 dah penat~

before balek makan aeskrim!

So, ni lah percutian kami anak beranak yang terakhir untuk tahun 2012...
sedihnya nak tinggalkan tahun 2012 yang penuh bermakna..
:(

tp apakan daya..masa akan tetap terus berjalan..
meninggalkan segala kenangan yang tak mungkin luput dari ingatan...
Selamat Datang 2013..
semoga kami semua masih panjang usia..






Sunday, December 23, 2012

Wake me up when December ends...~


Hai..lama nya lamunan hati ni tak berupdate..
rindu rasa nak menulis tapi takde masa..
byk jugak cerita nak share tp tak sempat nak update..

dalam tempoh beberapa bulan selepas last update,
tak byk perkara best yang berlaku..
seingat aku, sepanjang tempoh tu, aku byk menangis dari ketawa..
menangis dalam hati la bukan menangis di depan org...:)
sebabnya, ada byk..
mungkin benar di waktu begini kesabaran aku diuji..
walaupun dulu aku tak pernah terfikir untuk aku diuji begini, tp aku harapa aku kuat untuk menempuh segala yg telah diaturkan utk diri aku..
kadang2, selepas menangis..mengadu kepadaNya..hati aku rasa lebih tenang..
so, aku rasa lebih baik aku selalu menangis tetapi aku ingat kepadaNya..
daripada aku bergembira tetapi melupakanNya..

apa lagi nak story eh..
yg selalu buat aku happy dan tersenyum, apabila aku balik ke rumah...
tambah2 lagi ada budak nakal sorg tu yg dah pandai bercakap..
asek diusik je makngah dia ni..:)
anak BUAH hati ni je la yg ada sorang..
dah 2 tahun dah dia..sedar tak sedar je..rasa mcm baru semalam hantar kakak saket bersalin kat Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah..

 happy beday adam!

adam n maksu~

bila tgk adam dah 2 tahun, aku pon tersedar dari lamunan hati yang aku ni pon dah nak masuk 27 tahun..
almost 30???
tp still mcm lepas form 5 kan? =p
just nak share, almost 7 bulan dah aku minum sejenis minuman untuk kesihatan dan kecantikan ni..
namanya EVE Collagen..
aku kenal minuman ni dari seorang kawan..yang jadi agent kepada produk ni..
mula, nak cuba je..tp lama2 dah jadi rutin pulak kena beli setiap bulan..
sbb dapat rasakan perubahan selepas minum produk ni..
seperti wanita2 yang lain, aku rasa aku perlu mengambil minuman seperti ni untuk kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran..
ELEGENT, VOGUE & ENERGETIC~
EVE Collagen ni adalah campuran minuman botanik serbuk oren dengan kolagen ikan dan kacip fatimah..
rasanya sedap..rasa orange..:)
selain daripada mencerahkan kulit, produk ni juga melembabkan kulit kering, kusam dan tidak sekata 
mcm aku ni..
selain kebaikan untuk kulit, produk ni juga sesuai la untuk wanita sebab ada estrak kacip fatimah..
badan terasa lebih bertenaga dan segar..


sebelum dan selepas..:p
ok tak?
buat testimoni la pulak.

ok la..sambung story lagi esok ke lusa ke..
kalaw tak sempat tahun depan la nmpknya..









Thursday, September 6, 2012

Ogos pergi September datang...~


Terlalu banyak perkara yang berlaku di dalam tempoh itu..
sehinggalah September tiba meninggalkan Ogos yang penuh dengan kenangan..
seperti Syawal yang tiba meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh berkat..

Adakah aku masih ada lagi utk menyambut Ramadhan dan Syawal tahun depan??

Tahun ni aku beraya di Perak.
Sungguhpon turn Johor tp abah sendiri yg nak beraya di Perak kerana tok dan nenek di Johor sudah tiada lagi..
seperti tahun2 yang lalu, hari raya padaku adalah satu hari yg sgt bermakna kerana
di hari raya la aku sebagai anak mampu untuk mengungkap kan kata maaf dan ampun kepada kedua org tua ku dan di hari raya jugak lah aku berkesempatan utk mendengar kata2 doa dari kedua org tua ku terutamanya mak di pagi raya..

Tahun ni beraya tak byk rumah kawan2 yang aku pergi..
maklumla, kawan2 sekolah dulu ramai yg dah kawen..
masing2 balek kampung sebelah suami..
So, tak dapat la aku jumpa mereka..
Raya ke3 raya ke4 rumah opah dah mula sibuk..
Dah mula org pasang khemah untuk majlis pertunangan aku..
Mak abah pon dah beli barang2 untuk masak..
Makcik2 pon semua dah sibuk siapkan hantaran utk pihak lelaki..

Aku dah bertunang?mcm tak percaya pon ada..


 mak andam yg gojes~




Sekian.









Wednesday, August 8, 2012

Cornflakes Madu Rangup Cinta Kasih~






40 biji = RM17
siapa2 berminat boleh oder kat saya sekarang..=]




Monday, August 6, 2012

Terima Kasih~



Terima kasih...
terima kasih sbb mengajar aku erti cinta dan kasih yg sgt tinggi nilainya...
cinta, bukan setakat mencintai antara satu sama laen..
tetapi saling memberi dan menerima..
saling berbagi...
terima kasih sebab melengkapkan hidup ku..
sebab membawa diri aku ke dalam dunia kita..
terima kasih kerana membawa kebahagiaan dalam hidup ku..
sesungguhnya..
kau lah yg paling mengerti aku...
kau lah yang selalu membuat aku tenang di saat aku gundah...
kau lah yang selalu membuat aku senyum di saat aku duka..
kau jugalah yang selalu membuat aku menangis di saat aku merindui kamu..

Terima kasih..
Kau adalah anugerah terindah yang Allah pinjamkan untuk aku..
aku yakin dengan takdir yg telah Allah susun..
semuanya pasti yang terbaik untuk kita..
Ketahuilah olehmu..
aku mencintamu kerana Allah..
aku mahu kita bersama2 menuju ke jalanNya..
aku mahu kau ingatkan aku setiap kali aku terlupa..
aku mahu mengingatimu setiap kali kau alpa..

Terima kasih di atas segala-galanya..




Sunday, June 17, 2012

Keria untuk Abah ~


17 Jun 2012
hari ni hari abah..
so, nak buat kan sesuatu yang abah suka.
kueh keria!!!
abah suka kueh keria
ubi keledek pon mmg ade mak beli kat kat kampung johor mase balek minggu lepas.
biasanya nak dapat kueh keria ni kena tunggu balek kampung la.
takpon bulan puasa, kat bazar ramadhan..
opah buat kueh keria mmg best.
lembut dan gebu. kat kampung senang nak cari ubi keledek.
tanam belakang umah je.

So, pagi ni rebus keledek dulu sementara pegi mengajar budak2 tuisyen.
Mintak tolong mak tutupkan api dan toskan.
Balek je dari tusiyen, terus siapkan kueh keria untuk abah sementara abah keluar pegi kenduri kawen..

ubi keledek yang siap direbus dan ditoskan.
 
 lenyek2 kan ubi keledek sehingga hancur.

 masukkan tepung dan uli sampai sebati. Ubi keledek jenis ni menyerap air siket, so mase rebus tu walawpon dah tos kan tp ia tetap lembap2 siket.So kalaw letak tepung byk pon, takkan jadi keras.
Hati2, jgn terlebih tepung.Nti keras abah takleh makan.=]


 Buatkan supaya jadi bentuk gelang.

 dan goreng!
Masak air dan gula dalam kuali.
biarkan atas api sampai air dan gula jadi likat, masukkan kueh.
kacaw sampai gula kering.

 siap.
Keria Untuk Abah~


=]