Saturday, October 12, 2013

My Amethyst E


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke blog My Amethyst E. Terlebih dahulu, Admin ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang dilantik kerana telah bertungkus-lumus merealisasikan penubuhan Persatuan Penduduk Amethyst E Precinct 4 Taman Warisan Puteri sehingga berjaya didaftarkan pada 12 Oktober 2013.

Dengan tertubuhnya persatuan penduduk ini, Admin telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan Blog ini bagi memudahkan penghuni Amethyst E Precinct 4 khususnya untuk mendapatkan info terkini berkaitan segala aktiviti pada masa akan datang. Ia juga bertujuan untuk membantu para penghuni memberikan maklum-balas terhadap segala usaha yang akan @ bakal dilangsungkan disamping menjadi salah satu medium perhubungan diantara Jawatankuasa yang dilantik dengan para penghuni Amethyst E. Diharap dengan adanya blog ini, ianya dapat memudahkan kita semua berhubung seterusnya merealisasikan agenda utama kita semua iaitu untuk melantik pengawal keselamatan bagi melindungi kediaman kita dari ancaman penjenayah. Admin juga berharap agar setiap penghuni memberikan kerjasama yang baik dan membantu Ahli Jawatankuasa baru yang akan dilantik selepas Mesyuarat Agung pertama diadakan kelak.

Sekian, terima kasih.

-Wakil Penduduk Amethyst E Precint 4 Taman Warisan Puteri-