Friday 3 February 2012

Cara Buat Status FB Terbalik...

Cara nak buat status FB anda jdi terbalik,hasil dia mcm ni



1.Masuk mana2 link di bwh ni...
-
http://www.upsidedowntext.com/
-http://www.sherv.net/flip.html
-http://www.en.fliptext.net/

2. Masuk text korg nak...

3.Copy Paste kat status korang...


Mesti jadilah....

Simple Malaysian English (SME)

APABILA HENDAK BERITAHU PELANGGAN TENTANG BERITA KURANG BAIK
Orang Inggeris : I'am sorry,sir,but we don't seem to have the sweater you wantin your size,but if you give me a moment,I can call the other outlet for you.
Orang Malaysia : No stock.


MEMBUAT PANGGILAN BALAS
Orang Inggeris : Hello,this is John Smith.Did anyone page for mea few moment ago?
Orang Malaysia : Hello,who page?


MEMINTA SESEORANG MEMBERI LALUAN
Orang Inggeris : Excuse me,I'd like to get by.Would you please make way?
Orang Malaysia : S-kew me.

APABILA SESEORANG INGIN MEMBELANJAOrang Inggeris : Hey,put your wallet away,this drink is on me.
Orang Malaysia : No need,lah.

APABILA MEMINTA KEIZINANOrang Inggeris : Excuse me,but do you think it would be possible for me to enter through this door?
Orang Malaysia : (Pointing at door) can ar?

APABILA MERAIKAN TETAMUOrang Inggeris : Please make yourself right at home.
Orang Malaysia : Dont'be shy,lah!

APABILA MENOLAK PELAWAANOrang Inggeris : I'd prefer not to do that,if you don't mind.
Orang Malaysia : Don't want la...

APABILA TIDAK SETUJU DALAM SESUATU PERBINCANGANOrang Inggeris : Err....Tom.I have to stop you there.I understand where you're coming from,but really have to disagree with what you said about the issue.
Orang Malaysia : You mad,ah?

APABILA MEMINTA SESEORANG MERENDAHKAN SUARANYA Orang Inggeris : Excuse me,but could you please lower your voice,I'm trying to concentrate over here
Orang Malaysia : Shut-uplah!

APABILA BERTANYA SESEORANG SAMAADA DIA MENGENALI ANDAOrang Inggeris : Excuse me,but i noticed you staring at me for some time...Do i know you?
Orang Malaysia : See what,see what?

APABILA BERADA DALAM KEADAAN KRITIKALOrang Inggeris : We seem to be in a bit of a predicamentat the moment
Orang Malaysia : Die lah!!

APABILA CUBA MENGETAHUI APA YANG TELAH BERLAKUOrang Inggeris : Will someone tell me what has just happened?
Orang Malaysia : What happen?Why like that...??

APABILA SESEORANG MELAKUKAN KESILAPANOrang Inggeris : This isn't the way you do it here.Let me show you.
Orang Malaysia : Like that also don't know how to do!!!

APABILA SEDANG MARAHOrang Inggeris : Would you mind not disturbing me?
Orang Malaysia : Celaka u!!!!

Credit to Mastika.

Sunday 17 July 2011

Adab Membaca Al-Quran.

Islam ialah agama yang sangat mementingkan adab yang baik ketika melakukan sesuatu. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan mengikut sebagaimana adab yang telah digariskan, ianya akan beroleh ganjaran di sisi Allah. Contohnya, apabila kita qada hajat pun mengikut adab sebagaimana yang ditunjukkan oleh Islam, maka perbuatan itu pun jadi berpahala. Maka, rugi sangatlah kalau kita membaca al-Quran yang sudah semestinya merupakan suatu ibadah, tetapi kita tinggalkan adab-adabnya.

Maka, pada tulisan kali ini saya akan berikan beberapa adab yang berkaitan dengan perilaku kita ketika membaca al-Quran. Ianya merangkumi adab ketika membaca al-Quran, adab membawa al-Quran dan adab menyimpan al-Quran.

Adab Membawa Al-Quran.
1) Membaca doa sebelum memulakan bacaan al-Quran.
2) Memulakan bacaan dengan membaca a’uzubillahi minasy syaithonirrojim.
3) Membaca al-Quran dengan menghadap qiblat.
4) Meletak al-Quran ditempat yang sesuai, seperti papan rehal.
5) Memakai pakaian yang suci, lengkap dan menutup aurat.
6) Membaca dengan tertib dan beradab.
7) Membaca dengan nada suara yang baik.
8) Menumpukan perhatian kepada bacaan dan menjauhkan daripada amalan-amalan seperti bercakap-cakap, ketawa dan bertepuk-tepuk tangan.
9) Mengakhiri bacaan dengan sodaqollahul’azhim.

Adab Membawa Al-Quran
1) Hendaklah mempunyai wuduk.
2) Memegang al-Quran dengan tangan kanan.
3) Membawa separas bahu.

Adab Menyimpan Al-Quran
1) Simpan al-Quran di tempat yang tinggi
2) Simpan al-Quran di tempat yang bersih.

Itulah dia pembaca sekelian antara adab-adab yang patut kita amalkan apabila kita hendak memulakan bacaan al-Quran. Selain itu, adab ketika membawa dan menyimpan al-Quran juga tidak sepatutnya kita remehkan kerana ianya juga akan memberikan kesan dalam usaha kita mempelajari al-Quran, khususnya ilmu tajwid. Semoga dapat beramal.

Fadhilat Membaca Bismillah.

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang *****, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

Saturday 16 July 2011

Tutorial tutup akaun Facebook,Yahoo! dan Hotmail.

Penutupan akaun Facebook
Pertamanya, korang perlu masuk ke dalam akaun Facebook dengan log in dan kata laluan yang disediakan.

Dalam Facebook, ada disediakan kemudahan untuk penutupan sementara bagi sesebuah akaun.

Ia bermakna segala maklumat korang akan dihapuskan daripada servis atau paparan di laman Facebook. Sesiapa sahaja tidak akan dapat mencari akaun atau melihat maklumat yang berkaitan dengan akaun tersebut. Namun begitu sekiranya, korang mahu akaun korang kembali, ia boleh mendapatkan dan mengaktifkan semula akaun Facebook tersebut.

Fungsi ini dinamakan sebagai DEACTIVATE. Ia boleh dicapai di laman Account settings dalam akaun Facebook. Apabila akaun tersebut diaktifkan semula, segala maklumat yang ditinggalkan sebelum ini akan dikembalikan keadaan asalnya.

Sekiranya perlu untuk membuang secara terus dan total sesebuah akaun Facebook, sila klik ke alamat URL yang seterusnya.
http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form>delete_account
Setelah itu, diperlukan masuk login dan kata laluan ke laman Facebook tersebut.

Sekiranya tidak ingat kata laluan dan sebagainya, kata laluan tersebut perlu disetkan semula dengan mengklik pada sambungan Forgot your password.

Seterusnya, ikut arahan yang diberikan sehingga selesai akaun Facebook tersebut dihapuskan.


 https://edit.yahoo.com/config/delete_user

Penutupan akaun Yahoo!

Sekiranya perlu untuk menutup akaun di Yahoo!, ikuti arahan-arahan yang terdapat pada laman penutupan akaun Yahoo! di URL yang berikutnya.


Seterusnya, perlu dimasukkan login dan kata laluan ke dalam akaun Yahoo! tersebut.

Sekiranya lupa kata laluan, seperti biasa perlu disetkan semula.

Satu paparan pengesahan akan dipaparkan sekali lagi setelah korang berjaya masukkan login dan kata laluan. Korang perlu masukkan sekali lagi beberapa maklumat penting termasuk kata laluan.

Baca terlebih dahulu di laman penutupan akaun berkenaan dengan syarat-syarat, kesan-kesan dan sebagainya.

Seterusnya, jika setuju, klik butang YES untuk penutupan akaun. Sekiranya berjaya, ikuti arahan-arahan yang diberikan sehingga selesai prose penutupan akaun Yahoo!.

Perlu diingatkan, apabila akaun Yahoo! ini ditutup, segala perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun tersebut juga akan dihapuskan seperti e-mel, Yahoo! Messenger, Yahoo! Address Book, My Yahoo!, Yahoo! Groups dan lain-lain.

Jadi, fikir dahulu sebelum ditutup akaun tersebut atau buat salinan ke tempat lain sekiranya ada data-data yang diperlukan.

Namun begitu, penutupan akaun Yahoo! tidak akan menghapuskan maklumat korang di dalam perkhidmatan Yahoo! People Search. Jadi, perlu diklik alamat URL yang berikutnya untuk menutup maklumat korang di Yahoo! People Search.
http://info.yahoo.com/privacy/us/yah...h/details.html

Sekiranya akaun Yahoo! tersebut dilanggan secara berbayar, pastikan langganan tersebut dibatalkan terlebih dahulu sebelum akaun ditutup. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, pihak Yahoo! ada menyediakan borang di alamat URL yang berikut. http://help.yahoo.com/l/us/yahoo/mai...cal_howto.html



Penutupan akaun Hotmail
Langkah pertamanya masih sama, perlu dimasukkan login dan kata laluan akaun Hotmail terlebih dahulu ke laman web Hotmail atau Windows Live sehingga berjaya. Seterusnya pergi ke nama akaun di hujung atas kanan dan klik menu Account. Kemudian, cari dan klik pada menu Close your account.
Seterusnya satu laman penutupan akan dipaparkan termasuk syarat-syarat dan kesan-kesan sekiranya satu penutupan akaun dibuat. Baca dengan teliti dan fahami segala kenyataan pihak Hotmail sebelum menutup sesebuah akaun.

Di ruangan laman ini, sekali lagi diperlukan untuk masuk kata laluan untuk tujuan pengesahan. Klik butang Yes sekiranya bersetuju. Langkah yang berikut, ikuti arahan-arahannya sehinggalah proses penutupan akaun tersebut selesai.

Penutupan akaun juga membuatkan segala kemudahan yang terdapat di dalam Windows Live akan ditutup.

Bagi memastikan sama ada sesebuah akaun laman web tersebut sudah ditutup sepenuhnya atau tidak, login kembali menggunakan akaun tersebut sama ada di Facebook, Yahoo!, Hotmail dan lain-lain.

Penutupan akaun laman web yang tidak aktif adalah penting untuk keselamatan siber tetapi buatlah salinan data yang penting terlebih dahulu ke tempat lain.

Saturday 9 July 2011

Task Manager Disabled by your administrator.



Terdapat beberapa cara untuk mengembalikan Task Manager.Cara yang pertama adalah mengubah System Registry dan Group Policy.Cara kedua dengan menggunakan software.

Cara Pertama-Group Policiy
  1. Click Start
  2. Click Run
  3. Taip gpedit.msc dan click OK
  4. Dalam Group Policy Setting
  • Pilih User Configuration
  • Pilih Administrative Templates
  • Pilih System
Klik pada Ctrl+Alt+Delete options.Double klik the Remove Task Manager option dan ubah nilai Value 1 kepada o.Double klik pada Prevent access to Command Prompt,kemudian set kepada disable,apply,kemudian set semula kepada not configured.Nilai 0 mengambarkan tidak aktif , nilai 1 mengambarkan aktif.

Cara Pertama – System Registry.
Klik Run dan taip perkataan REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f dan klik pada ok atau pun secara manual:

  1. Klik Run
  2. Taip regedit dan klik ok
  3. Pilih HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Policies\ System.
  4. Ubah nilai value data kepada 0 pada DisableTaskMgr.
Cara Kedua-Software

Terdapat banyak software percuma yang dapat repair system registry yang rosak.Salah satu Task Manager Fix.Downlod TaskManagerFix percuma.Sebelum melakukan proses ini digalakkan update AntiVirus terlebih dahulu dan scan.

Sunday 3 July 2011

Buang SCVHOST.exe or W32/YahLover.Worm.gen

Untuk buang virus ni secara manual :

Boot system korang dalam Safe Mode Command Prompt(Tekan F8 bila komputer korang restart)
Lepas korang log-in,command prompt akan terbuka.(LOG-IN SEBAGAI ADMINISTRATOR).
Taip CD C:\WINDOWS\SYSTEM32 (andaikan sistem fail window korang ada kat Drive C)
Taip DIR /AH, command ni akan tunjukkan fail2 yang disembunyikan.Korang akan lihat fail2 yang digunakan untuk menyebarkan virus spt : AUTORUN.INI,
BLASTCLNNN.EXE, and SCVHOST.EXE