Saturday, March 12, 2016

Ambisi Hati

Jalanan

"Aku nak jadi baik."


...dan air mata mula bergenang.


"Aku nak jadi perempuan baik."


...air mata bergenang lagi dan lagi.


"Aku nak jadi isteri yang baik."


...air mata ini bagaikan tak tertanggung lagi


"Aku nak jadi isteri yang baik dan solehah."


...dan air mata terus berlinang, berderai, bercucuran tanpa henti. Aku tengok jam dengan pandangan yang kabur. Berhingus dengan sisa air mata yang bila-bila masa saja akan kembali berderai. Pukul empat dua puluh lima pagi, dengan bersaksikan Tuhan dan para malaikat.


Ya Arhamar Rahimin.
Ya Arhamar Rahimin.
Ya Arhamar Rahimin.


...dan deraian air mata itu terus mengiringi Ya Arhamar Rahimin. Ya Arhamar Rahimin.Ya Arhamar Rahimin.

"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."
(Surah Surah Az-Zumar. Ayat 054)




Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......

Friday, March 11, 2016

Rabak Masa

Jalanan



Akan sampai satu masa dimana aku takkan bersabar lagi.
Akan sampai satu masa dimana aku takkan menanti lagi.
Akan sampai satu masa dimana aku akan bawa diri.


Akan sampai satu masa dimana dirimu hanya lakonon.
Akan sampai satu masa dimana hidupmu kebisuan.
Akan sampai satu masa dimana ia segar dalam ingatan.


tentang kita.


akan sampai satu masa dimana engkau akan rasa
apa yang pernah aku rasa
apa yang pernah tentang kita


tentang segala kenangan.
tentang segala penantian.
tentang segala pengorbanan.
tentang air mata berlinangan.


deraian.


"Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu." 
(Ar-Ra'd. Ayat 8)









Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......

Sunday, February 28, 2016

Apa itu Sanna Makki, Senna Leaf, Daun Senna?

Jalanan


Menurut Ibn Al-Qayyim, fungsi Senna selain daripada menjadi detox, Senna juga melegakan otot dan berkhasiat untuk rambut. Senna membantu melemahkan dan menghapuskan kutu, melegakan sakit kepala, ruam dan epilepsi. Senna boleh digunakan pada rambut dengan cara yang sama seperti inai (Henna) cuma Senna tidak berwarna seperti Inai. Senna juga berfungsi untuk melebatkan rambut dan rambut menjadi semakin bersinar. Selain itu, Senna yang digunakan pada rambut mampu meningkatkan kesihatan kulit kepala.


Ramai yang menggunakan Senna sebagai bahan penting dalam ubat-ubatan semulajadi, herba, botanikal dan organik yang dijual di kebanyakan farmasi sebagai kandungan penting dalam detox. Senna adalah antara kandungan penting dalam perubatan natural bagi masalah sembelit yang mula bertindak dalam tempoh 10-12 jam selepas pengambilan Senna. Senna adalah sebagai bahan detox badan yang membersihkan kolon.


Sihab Al-Badry Yassin seorang penyelidik di Mesir menyusun satu analisis kimia membuktikan kelebihan Senna. Beliau menunjukkan bagaimana Senna menyembuhkan pesakit yang mempunyai bakteria di dalam perut yang menghalang penyerapan zat besi di dalam badannya. Beliau telah dirawat dengan bekam dan Senna sebagai detox untuk membersihkan perut dan usus besar beliau. Untuk bacaan lanjut sila rujuk kepada bukunya “Medicating with Senna, A prophetic way of life.”


Senna has been mentioned in the Sunnah of the Prophet :


From Asmaa Bint Umais, She said :
The Messenger said “with what do you relieve constipation?” She said : With the shubrum. He said “(it is) hot and strong”, she then said : I also relieve it with the Senna, so he said “if there was a thing (which) cures from death indeed it would be the Senna.”
[Ibn Maajah 3461; Shaykh Al-Albaani graded it daeef. The two Arnaoots mentioned that this hadeeth is strengthened by the following narration.]


The Prophet said “Upon you is the Senna and the Sanoot (cumin) for indeed in the two of them is a cure for every disease except Saam” He was asked “O Messenger of Allah, What is Saam?” He said “Death”
[Ibn Maajah 3457; Shaykh Al-Albaani graded it saheeh]





Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......

Friday, February 26, 2016

POKOK AYAM EMAS MURAH

Jalanan









Pokok Ayam Emas ini adalah sejenis pokok paku gajah dalam keluarga pakis Dicksoniaceae. Ia juga dikenali sebagai Penawar Jambi, Pakis Monyet, Pakis Emas, Pakis Sun Go Kong dan juga Pakis Hanuman, dan Golden Chicken Fern dalam bahasa Inggeris. Di China dalam kitab tua mereka mengaitkan Pokok Ayam Emas ini dengan siluman kera. Ini kerana pokoknya yang misteri dan seakan-akan bentuk seekor kera.


Herba ini mempunyai kegunaan perubatan. Bulu pokok ini dikatakan boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan. Caranya ialah dengan mengikis lugut atau bulu yang berwarna emas itu, kemudian letakkan pada bahagian yang berdarah. Selain itu, pokok ni juga dapat merawat sakit gigi. Caranya ialah dengan mengumpal sedikit bulu pokok ini dan ditampal pada lubang gigi yang sakit tersebut.


Ubi pokok Ayam Emas ni juga dapat merawat penyakit resdong, darah tinggi, kencing manis, orang kena santau, wanita lepas bersalin (selepas 40 hari), angin dalam badan, sakit urat, tambah tenaga batin, dan menambah selera makan. Caranya ialah dengan memotong beberapa keping ubi ayam emas tersebut kemudian direbus. Minum air rebusan tersebut dengan menjadikan amalan setengah cawan pagi dan malam. Insya'Allah penyakit tersebut akan sembuh. Penggunaan yang meluas masyarakat asli di Asia menyebabkan mereka bebas dari gejala penyakit berjangkit seperti Malaria, Denggi dan Chikungunya.


Tahukah anda masyarakat di bandar-bandar mudah diserang demam Denggi, Malaria dan Chikungunya sedangkan nyamuk dihutan lebih besar dan lebih berbisa?


Apakah rahsianya?

Hasil penggunaan/pengalaman masyarakat Orang Asli di Rompin, Pahang memberitahu bahawa Pokok Ayam Emas ini yang dipanggilnya Pokok Balong Ayam merupakan penawar penting untuk merawat luka hasil dari penggunaan bulunya. Selain airnya diminum untuk menambah tenaga. Seseorang itu sukar dijangkiti penyakit berjangkit, dengan izin Allah.


KHASIAT POKOK AYAM EMAS :

Insya’Allah berkhasiat :

  • Menstabilkan darah tinggi
  • Insya'Allah menyembuhkan kencing manis
  • Buang Angin Dalam Badan
  • Melegakan Sakit Urat
  • Menyembuhkan Resdung
  • Kolestrol Tinggi
  • Lemah Jantung
  • Gout
  • Batu Karang
  • Sembelit Angin
  • Buasir.



Cara Penggunaan :
  •  Hiriskan beberapa keping umbisi Pokok Ayam Emas.
  •  Rebus atau rendamkan dalam air mendidih.
  • Minum setelah suam.
  • Setengah cawan waktu pagi dan setengah cawan waktu malam.



“Emak saya menghidap resdung yang teruk, sudah berbelas tahun. Suatu hari beberapa bulan lepas, dia terjumpa penjual ubat herba dari Alor Setar yang menjual hirisan umbisi “Ayam Emas” sejenis tumbuhan hutan gunung. Baunya semacam hirisan asam gelugur kering cuma bentuknya panjang dan kulitnya mempunyai bulu-bulu halus warna emas. Direbus dan diminum, Alhamdulillah penyakit resdung emak saya pulih dalam masa sebulan! Setahu saya orang asli menggunakan Pokok Ayam Emas ini untuk ubat luka. Pernah juga dilihat dijual sebagai cenderamata/hiasan dalam pasu oleh orang asli. Amat cantik warna bulu ayam mas ini.”
(Kiriman EMail: aliffmuhammad @ gmail.com)


Dapatkan Pokok Ayam Emas ini edisi TERHAD dengan RM 140.00 termasuk kos penghantaran ke Semenanjung Malaysia.


WhatsApp untuk pembelian :
019-2018723 (Shafeeca)






Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......

Wednesday, December 2, 2015

Cebisan

Jalanan




... sampai sekarang... aku still blur.


Apa yang aku buat dekat sini? Aku tak sepatutnya pun berada disini. Asalnya memang aku tak kenal siapa-siapa pun dekat Sungai Petani. Sebelum tahun 2013... seingat aku, memang aku tak ada kawan pun dekat sini. Aku tak tahu kenapa Allah kenalkan aku dengan kau tapi pengaruh paling besar adalah keluarga kau.  Kesilapan yang aku buat... banyak kali. Setiap pengorbanan bertukar ganti.


... sampai sekarang... aku still blur.





Pagi tu ---
aku datang dalam keadaan yang entah apa-apa. Keceramuk habis. Mama pujuk aku... aku dah cair.


Petang tu ---
Abah tahu je aku ada dekat rumah, dia terus senyum. Aku ingat lagi... mula-mula kami kenal, dia kata Abah dia garang. Tapi sekarang..........


Abah yang dia kata garang itulah paling happy bila aku ada...


Abah yang dia kata garang itulah yang buatkan aku air bila aku ada...


Abah : "Sha nak minum air?"


Aku : "Eh, tak apalah, Abah. Sha dah minum tadi."


Abah : "Sha minum air teh?"


Aku : "Minum, bah..."






Then terus ada air teh depan mata aku. Abah buatkan. Tergelak besar aku! Abah niii...


Abah yang dia kata garang itulah yang bawa kami keluar makan bila aku ada...


Aku : "Mama, Abah... Sha tak ikutlah. Abah dengan Mama bawalah Seri dengan Yon....


(sebab aku dah rasa aku ni mengganggu famili tu nak keluar makan)


Mama : "Jomlah sekali. Abah memang nak bawa keluar makan."


... dan aku rasa tak best. Termenung kejap aku dibuatnya.


... then Abah datang pujuk aku suruh siap. Mati akal aku. Serba-salah. Aku kalah dengan pujukan Mama and Abah.


Abah yang dia kata garang itulah yang belanja kami makan bila aku ada...


Aku nak belanja, abah tolak. Abah suruh aku simpan duit. Puas aku mengulur dalam diam, puas aku pujuk Abah pun tak lut haha! Abah siap tolak-tolak tangan aku tu yang buat aku ketawa kuat.


Malam tu ---
aku rasa kalau setiap malam aku tidur dalam keadaan batuk-batuk pun, Mama mesti bagi aku gula-gula Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak. Sampai habis aku kerjakan. Mama pun tetap hulurkan bantuan.


Setiap pagi dan petang jugalah, Mama akan bancuhkan Air Milo panas untuk aku. Seri pula siap panaskan Mee Goreng untuk aku. Aku tak lalu makan macam mana pun, Mama, Abah and Seri tetap suruh aku makan bagi perabis. Terkulat-kulat aku menelan. Kalau Mama tengok aku tak makan lagi, Mama akan hidangkan dan temankan sampai aku habis makan. Aku tak lupa semua tu.


Abah yang dia kata garang itulah yang tanya dekat Mama sama ada aku dah makan ke belum bila aku ada...


aku dengar Abah tanya dekat Mama, aku menyampuk...


Aku : "Sha dah makan tadi, Abah.


Mama pula balas :
"Alahai... Sha makan sikit ja macam makan ubat."


Aku ketawa dengar Mama cakap dekat Abah macam tu.


Kalau Abah tanya aku dah makan ke dekat Seri, aku dengar... aku cepat-cepat jawab dengan penuh yakin : "Sha dah makan, Abah."


Seri pandang aku sambil mengomel :
"Kaksha tu kalau orang tanya dia dah makan ke, dia memang jawab dah jer..."


Lagi sekali aku ketawa kuat.


Seri rajin. Aku sendiri pun tak serajin Seri nak buat kerja rumah, nak mengemas, nak memasak semua tu. So aku rasa, memang layaklah aku terima semua aturan Allah ni.


Abah yang dia kata garang itulah yang seolah-olah payah nak lepaskan aku balik bila aku ada...


Abah : "Sha betul ka nak balik ni?"


Aku senyum dengar soalan Abah. Aku tunduk bawah, angguk perlahan.


Abah pandang aku, dia tahu aku tak confident haha! Abah ulang soalan yang sama lagi...


Abah : "Sha betul ka nak balik ni?"


Aku ketawa.


Aku : "Ya, Abah. Sha baliklah..."


Tak lama lepas tu... Abah tanya lagi soalan yang sama. Aku tetap senyum, tetap ketawa dan aku tahu Abah nak dengar aku balas dengan jawapan penangguhan.


Mama : "Mama kenal anak-anak Mama. Panas..., ikut mood, kuat cemburu bla... bla... bla... bla... bla... haaaaa macam tulah dia. Mama ni emak dia sendiri pun dia buat bla... bla... bla... bla... bla... Mama sabar... bla... bla... bla... bla... bla......"


Aku terdiam,
dan aku faham.
Allah itu baik.
Allah tu tak kejam.
Then aku biarkan.


Aku ambil kata-kata Mama and Abah yang aku tak tulis dekat sini... semuanya aku balik pada Allah, bukan pada manusia.


Aku tak nak kembali kufur macam mana aku tengok dia dah jadi macam tu sekarang. Allah baru uji sikit jer. Aku ada Tuhan. Aku tak nak kita ada Tuhan tapi kufur. Kalau nak ikutkan kekufuran aku dulu, lagi teruk dari zaman jahiliyah kau tapi aku pilih untuk balik pada Allah. Sekali aku dah kembali cari Allah, selamanya aku nak terus kekal ke jalan Allah. Dan dalam setiap solat taubat yang aku buat, yang buat aku menangis kuat adalah bila pasal dosa-dosa kita yang aku ingat. Aku lupa nak pesan dekat dia jangan tinggal solat sebab aku rasa kalau aku pesan direct... mahunya dia mengamuk sebab aku pesan pasal solat. Iyelah... dia lebih beragama dari aku.


Engkau mungkin "suci" dengan segala maksiat............


dan aku tak ke mana-mana kerana "kekotoran" kita.






Shafeeca,
Perca 28 Nov. 2015



Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......

Sunday, September 20, 2015

AKU GADIS LIAR (PART 39)

Jalanan

AKU GADIS LIAR (PART 39)

Wafi tak perasan pun aku dalam kereta Zaril yang dipintasnya itu dan kami berhenti di lampu isyarat simpang empat jalan. Hati aku berbelah bahagi bila nampak Wafi. Sama ada aku nak biarkan Wafi berlalu pergi macam tu saja atau aku nak turun dari kereta Zaril, terus pergi pada Wafi. Ya Allah! Kenapa teruk sangat aku rasa ni…

Aku pandang kereta Wafi di depan. Aku masih fikir, nak teruskan perkahwinan dengan Uwais atau aku nak ikut Wafi sekarang?!

“Zaril, Wafi di depan.”
Kataku perlahan.

Zaril lantas pandang aku.

“Hah?”
Terkejut barangkali.

“Depan kita ni… Wafi.”
Dan terus aku menangis!
Seakan meraung tiba-tiba.

“Ya Allah… Sarah…”
Panggil Zaril.

Mungkin Zaril panik dengan raunganku yang secara tiba-tiba itu.

Lampu Merah pada lampu isyarat dah bertukar Hijau. Bertambah kuat tangisanku. Semakin paniklah Zaril.

“Sarah, saya tak tahu sekarang ni macam mana? Sarah nak saya hantar Sarah balik ke rumah terus atau Sarah nak jumpa Wafi?” soalnya. Aku tahu Zaril dalam keadaan serba salah.

“Sarah tak tahu…”
Tangisanku bagai diasak-asak.
Aku tak tahu nak buat keputusan.

Kereta Wafi di depan. Laju. Di depan sana ada dua cabang jalan. Wafi bagi signal masuk ke kiri dan jalan ke kanan adalah jalan menghala ke rumah Mama. Kereta Zaril di tengah-tengah. Lantas Zaril bersuara.

“Sekarang ni Sarah nak saya menghala ke mana? Ke kiri ikut Wafi atau ikut ke kanan jalan nak balik?” tanya Zaril.

“Sarah tak tahu.”
Jawabku dengan esakan tangisan yang masih bersisa.

“… atau kita nak langgar lampu isyarat di tengah-tengah ni?” soalnya.

Aku tak tahu sama ada Zaril sedang bergurau atau sebaliknya sebab air muka Zaril betul-betul serius. Entah kenapa aku boleh ketawa tiba-tiba.

“Cepat Sarah. You have three options!”
Kata Zaril penuh semangat memandangkan cabang jalan di depan dah nak dekat.

Aku buntu.
Zaril ni biar betul!

“I have no idea! Sarah tak tahu sama ada nak ke kiri ke kanan sekarang ni.” Ujarku separuh menjerit.

Aku tengok Zaril pun macam aku. Tak tahu nak buat keputusan. Tak tahu nak ke mana. Aku tengok Zaril pandu kereta ikut jalan terus. Tak beri signal petanda nak ke kiri atau ke kanan. Aku pula yang cemas! Simpang dua dah nak dekat. Zaril tetap pandu terus ke hadapan. Zaril kelihatan sangat tenang pandang depan. Dadaku berdegup kencang!

“Zaril!”
Panggilku.

Zaril tetap tenang pandang depan tanpa menoleh sedikit pun padaku.

“Zaril!!!!”
Jeritku separuh mati, kuat.
Aku tarik stering kereta menghadap aku dengan cepat. Zaril berjaya mengawal stering yang aku tarik ke kiri dengan tenang. Cemas aku.

Zaril senyum pandang aku.

“Saya tahu Sarah nak pergi dekat Wafi tapi Sarah tak berani nak cakap sebab Sarah kesian dekat saya, masa pun dah suntuk, nak kena jaga hati Mama Sarah lagi, tak nak Mama Sarah kecewa lagi, tak nak Mama Sarah malu lagi dengan perbuatan Sarah. Saya tahu Sarah tak nak balik. Saya tahu Sarah tak nak kahwin dengan Uwais.” Satu persatu dia ungkapkan. Dia tahu aku, dia kenal aku, dia faham aku.

Aku diam.

“Sekarang macam mana ni Sarah? Nak tahan kereta Wafi di depan ni atau terus nak ekori dia?” soalnya.

Aku tak tahu.
Buntu.

Aku menarik nafas panjang, menghela perlahan.

“Tak apalah. Kita balik.”
Jawabku perlahan.

Mungkin ini keputusan yang terbaik. Aku dah penat. Aku tak nak memaksa. Untuk apa aku terus kejar sesuatu yang pernah aku ‘tendang’? Wafi bukan bola. Aku pernah curangi dia kerana kehadiran Uwais. Aku pernah tak hiraukan Wafi kerana terlalu gila-gilakan Uwais. Aku pernah menodai cinta Wafi, pernah halau Wafi. Kesian Wafi. Sampai bila dia nak bersabar dengan aku kerana Uwais?

“U-turn?”
Tanya Zaril ingin kepastian.

“Ya.”
Jawabku sepatah.

“Confirm?”
Soalnya lagi.

“Ya.”
Jawabku.

Zaril beri signal kanan dan terus U-turn untuk berpatah balik, jalan terus menghala ke rumah Mama.

Dalam kereta yang dipandu Zaril senyap dan sunyi, aku melayan perasaan. Tiba-tiba aku teringat satu perbualan lampau antara aku dengan Wafi suatu ketika dulu bila dia dapat tahu aku ada hubungan sulit dengan Uwais.

“Saya takkan tinggalkan awak walaupun saya tahu awak curang, Sarah. Kalau saya nak tinggalkan awak, dah lama saya tinggalkan. Saya tak ada dalam Malaysia ni lagi. Awak pun takkan dapat contact saya lagi. Saya sayang awak dunia akhirat, Sarah. Sebab tu saya tak tinggalkan awak walaupun awak buat perkara yang menyakitkan saya sekalipun. Kecurangan itu adalah sesuatu yang menyakitkan. Lelaki mana yang sanggup bertahan, tetap bersabar walaupun perempuan yang dia sayang ada lelaki lain, bersama dengan lelaki lain? Apa guna kalau kita kahwin semata-mata sebab awak nak lupakan Uwais? Selesaikanlah baik-baik antara awak dengan dia dulu. Nak kahwin macam mana sedangkan ingatan awak sepenuhnya pada Uwais?” inilah persoalan Wafi pada aku dulu. Allah bagi aku ingatan lagi.

Aku diam, tunduk.
Air mata mengalir tanpa sedar.
Sebak dalam hati hanya Allah saja yang tahu sebab semuanya salah aku.

“Saya tak pernah mengongkong awak, Sarah. Saya beri apa yang awak nak. Saya menurut segala kemahuan dan kehendak awak. Awak nak berkawan, berkawanlah. Saya cuma ingatkan awak tentang batas-batas pergaulan. Bergaullah dengan sesiapa yang awak nak tapi jangan lupa, jangan lebih dari seorang kawan. Tapi lama kelamaan Uwais itu lebih dari seorang kawan. Saya diamkan. Saya sabarkan. Saya tak tahu saya ni apa dalam hati awak lagi. Mungkin saya ni dah tak ada dalam hati awak melainkan Uwais. Saya minta maaf, saya terasa, saya tersinggung tapi tak apalah...” luah Wafi.

Air mata aku bercucuran laju menahan rasa. Aku bersalah dalam semua hal. Aku terima. Aku tak patut bersama Wafi lagi. Dia terlalu baik untuk aku. Sedang aku melepaskan Wafi, Uwais dengan kejam meninggalkan aku.

Dear Uwais,
Kalaulah engkau tahu betapa sakitnya aku melepaskan orang yang terpaling menyayangi aku kerana dia ingin melihat aku bahagia dengan kau, sayangnya kau tak rasa pun semua ini. Kau nak aku saja yang faham kau walhal dalam banyak hal, kau tak pernah ‘duduk tempat’ aku, rasai apa yang aku rasa dan kau tak pernah faham aku. Hanya aku yang perlu faham kau.

Dear Uwais,
Kalaulah engkau tahu betapa sakitnya aku melepaskan orang yang terpaling banyak berkorban hidupnya untuk aku, kau takkan tinggalkan aku macam tu saja sebab kau faham apa itu erti pengorbanan sebenar yang telah aku buat untuk kau.

Dear Uwais,
Mana penghargaan engkau buat aku bilamana diakhirnya aku memilih engkau, lalu aku meninggalkan Wafi? Mana? Permulaan kita, engkau yang bersungguh-sungguh mahukan aku, kau bersungguh-sungguh pujuk aku, sekarang kau tinggalkan aku?

Sekarang engkau nak macam mana, Uwais? Kau nak aku selesaikan cara baik, atau sebaliknya? Kalau engkau tetap berdiam diri, aku tetap cari engkau di Sungai Petani. Akan aku khabarkan pada familimu nanti. Aku cakap, aku buat. Ini aku, Uwais. Nak aku cari engkau ditempat engkau niaga itu pun aku sanggup. Kau nak aku buat apa? Aku buat. Ini aku, perempuan yang takkan pernah lupa apa yang dah engkau buat padaku.

“Astaghfirullahal’adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi.” Lafazku perlahan seperti baru tersedar dari kesilapan dan dosa sendiri.

Astaghfirullahal’adzim. Astaghfirullahal’adzim. Astaghfirullahal’adzim.

Perlahan dan berulang-ulang aku beristighfar. Meletakkan semua kesalahan pada Uwais seorang tanpa menyedari kesilapan sendiri. Aku silap. Meletakkan segala kesilapan pada Uwais seorang tanpa menyedari kesilapan sendiri, aku juga berdosa.

Aku menangis, meruntun sepi.
Bukan salah Uwais seorang, aku juga bersalah, aku juga berdosa. Uwais juga manusia. Umat Nabi Muhammad SAW mana yang mampu lari dari dosa?

Firman Allah SWT :
Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.

(Surah An-Najm : Ayat 38)

Ya Tuhanku,
salah aku meletakkan semua kesilapan dan dosa pada Uwais! Aku yang salah, aku yang berdosa.

Salah aku kerana meletakkan segala kesilapan pada Uwais. Salah aku memperlihatkan segala keaiban pada Uwais seolah-olah aku yang tak pernah berdosa.

“Kita dah sampai…”
Kata Zaril mengejutkan aku dari lamunan. Air mataku masih tinggal sisa dan sedu.

Aku pandang sekeliling. Rupanya dah sampai rumah Mama. Kelihatan ramai saudara-mara kami menanti di luar rumah.

Aku toleh pandang Zaril disebelah. Zaril senyum.

“Dah sampai rumah Auntie Lina.”
Kata Zaril.

Aku termangu seketika.

“Sarah, okey?”
Tanya Zaril bersedia untuk keluar dari kereta.

Aku mengangguk seolah-olah menurut saja. Terlihat kelibat Mama menghampiri kereta Zaril.

“Jom…”
Perlahan Zaril ajak aku keluar dari kereta. Aku menanggalkan tali pinggang keselamatan, buka pintu kereta dan perlahan aku bangun untuk keluar.

Tanpa disangka, selepas Zaril keluar dari kereta, Mama datang ke arah Zaril dan satu tamparan kuat hinggap dipipi Zaril.

Aku terkejut dan semua yang ada di situ turut tergamam dengan tindakan Mama!

(bersambung……)



Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......

AKU GADIS LIAR (PART 38)

Jalanan

AKU GADIS LIAR (PART 38)

Nak tergelak aku tengok telatah Zaril tapi aku pendam rasa nak ketawa tu. Memang aku ni jenis yang suka mengusik. Baik Mama, Wafi, Uwais, Doktor Haziq, Mira, Azreen, semuanya pernah aku sakat. Tapi mungkin usikan aku kali ini menjadi sikit, nampak serius.

“Hai lah Zaril, takkanlah awak tak kenal Sarah awak yang lama ni.” Monologku dalam hati.

“Jom, balik.”
Ajak Zaril. Mungkin dia tak senang, segan nak jawab.

“Tak nak jawab?”
Soalku.

Zaril diam.

“Tak sampai dua belas jam lagi awak dah nak jadi isteri orang, Sarah. Awak belum tidur lagi ni. Kang mengantuk-ngantuk awak karang masa bernikah nanti.” Ujar Zaril tanpa menjawab soalanku.

“Awak tahu Sarah nak bernikah dengan siapa?” soalku.

“Uwais.”
Jawabnya.

Aku diam.
Sebak.

“Kenapa Sarah?”
Soalnya.

“Dia pilihan Mama.”
Jawabku. Rasa air mataku bertakung, mungkin sebab aku pendam apa yang aku rasa. Rasa yang lahir dari hati namun terpaksa ditelan lumat.

“Setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Seorang ibu ada aura untuk anaknya.” Kata Zaril.

Aku diam, tunduk.

“Sarah takut menyesal kahwin dengan Uwais. Sarah takut nak jadi isteri dia lepas apa yang dah pernah jadi.” Luahku.

Zaril pandang mengadap aku.
Aku tak boleh pandang dia. Aku punya sebak… Ya rabbi… sampai nak pandang ke lain pun dah tak mampu.

“Sarah, perkahwinan itu bukan untuk mencari kesempurnaan pasangan, tapi untuk kita saling melengkapi antara kita dan pasangan. Mana kelebihan pasangan, itulah kesesuaian untuk kekurangan kita. Mana kekurangan pasangan, itulah padanan untuk kelebihan kita. Sebab itu dalam rumahtangga kita wajib belajar terima segala kekurangan, keburukan dan kelemahan pasangan supaya kita padankan dengan segala kelebihan, kebaikan dan keistimewaan kita. Barulah harmoni dalam sesebuah keluarga. Tak ada rumahtangga yang kekal bahagia dari awal sampai akhirnya. Tetap ada pertengkaran sebab masing-masing masih belajar untuk terima segala kelemahan pasangan. Terima diri pasangan kita seadanya akan membuatkan kita lebih bahagia. Bertolak ansurlah dalam hubungan. Jangan ego. Belajar menerima kelemahan pasangan adalah pelajaran paling sukar dalam rumahtangga sebab kita hanya mahu dia yang terbaik, kita hanya nak kebaikan dia je sampai kita lupa yang semua orang ada kekurangan. Kita selalu lupa hal tu. Selalu lupa yang setiap manusia tak ada yang sempurna.” Jelas Zaril panjang lebar. Sampai dah kering air mata aku  dengar penjelasan dia.

“Sarah takut Sarah tak boleh.”
Ujarku.

“Cuba dulu, perlahan-lahan. Suami yang baik adalah suami yang punya kesabaran yang tinggi mendidik isteri. Saya yakin Uwais mampu didik Sarah. Allah dah letakkan masa yang sesuai untuk Sarah bernikah. Sarah ingat lagi Surah At-Talaq, ayat 3?

Aku angguk.

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan, sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Surah At-Talaq : Ayat 3)

“Tapi perkahwinan tak boleh cuba-cuba, Ustaz Zaril.” Ujarku.

Zaril ketawa.

“Saya harap Sarah faham surah tu. Belajarlah untuk menerima sesuatu. Jangan takut. Perkahwinan itu sesuatu yang baik dari hubungan terlarang.” Jelas Zaril, senyum.

Pandai dia pujuk aku.
Hanya dengan ayat Quran dan maknanya saja yang mampu melembutkan hatiku.

“Sarah tak boleh terima diri Uwais. Sarah tak boleh terima semua kekurangan dan keburukan dia. Dia ego, kuat merajuk, kuat membalas, kalau Sarah buat salah, dia bukan nak pujuk Sarah, bukan nak berlembut dengan Sarah, tapi lagi dia balas kesalahan Sarah tu! Dia banyak kali sakitkan hati Sarah! Bukannya dia nak minta maaf ke apa! Dia fikir diri dia je. Nampak je luaran baik, tapi dalamannya Allah je tahu! Hipokrit! Pentingkan diri sendiri! Sarah tak boleh terima dia langsung! Sarah dah penatlah dengan dia. Wafi yang dari luaran nampak tak baik tu pun, lebih baik dari dia! Wafi penyabar, sentiasa mengalah dalam banyak hal, selalu ambil berat pasal Sarah, selalu pujuk Sarah, selalu utamakan Sarah dari yang lain, selalu puaskan segala kemahuan dan kehendak Sarah, selalu tenangkan Sarah, selalu minta maaf, tak ego tinggi macam Uwais. Wafi tak pernah putus asa membahagiakan Sarah dari awal kami kenal, sampailah ke akhirnya. Sarah nak Wafi, bukan Uwais!” luahku.

Zaril pandang aku tak berkelip mata.

“Sarah marah sangat ni.”
Ujar Zaril.

Aku diam.
Masih menahan rasa tak puas hati.

“Mengucap Sarah. Cuba istighfar banyak-banyak.”
Pujuk Zaril.

“Sarah hanya nampak kebaikan Wafi...”
Kata Zaril. Ayatnya seperti tergantung, macam ada yang nak disambungnya.

“Sarah ingat ya. Setiap orang ada baik dan buruknya. Kita kena terima. Tak ada manusia yang sempurna. Jangan sesekali cuba banding-membandingkan seseorang itu dengan yang lain. Allah jadikan setiap manusia itu berlainan. Tak sama. Maka, kita kena terimalah sesuatu kelemahan tu. Nak terima seseorang, jangan hanya terima kebaikan dia tapi terimalah keburukan dia. Itu yang penting. Kebaikan tu tak penting pun untuk kita terima. Kebaikan seseorang itu adalah bonus untuk pasangannya. Jelas, Sarah?” soalnya.

Aku angguk, diam.

“… tapi kenapa Uwais?! Sarah tak nak dia!”
Luahku. Sedikit memberontak. Memang jelas aku tak mahu terima Uwais.

“Ya Allah Sarah ni. Memang degil Sarah ni dari dulu payah nak ubah.” Seloroh Zaril diakhiri dengan tawaan. Aku pun turut sama ketawa. Tak dinafikan, memang degil ni payah nak hilang.

“Dah jomlah. Dah lambat ni.”
Ajak Zaril, bersedia untuk mula memandu.

Aku diam, masih berfikir macam mana nak menolak jadi isteri Uwais dalam masa beberapa jam saja lagi. Aku tak sanggup nak terima diri Uwais yang macam tu. Aku tak nak dia! Tiba-tiba aku teringat Mama. Uwais itu pilihan Mama. Bukan lagi pilihan aku macam dulu!

Kalau bukan sebab Mama, takkan aku sanggup terima Uwais balik. Ya Allah, kenapalah Uwais tu datang balik dalam hidup aku. Kenapalah dia muncul semula? Dulu, masa aku dengan Wafi, dia yang terhegeh-hegeh nakkan aku. Bila dah dapat aku, dah dapat rasa diri aku, dah buat aku mengandung, kau tinggalkan aku. Aku pula yang terhegeh-hegeh cari kau, kau tak nak bertanggungjawab atas perbuatan kau. Aku pujuk Usroh tolong aku sebab dia adik kau. Aku cerita apa yang dah jadi. Ya, Usroh pun tak sangka abang dia sanggup buat macam tu! Aku sakit tanggung semua ni sendiri dulu. Kau tak pernah faham, Uwais. Kau sibuk dengan kerja kau, tinggalkan aku dengan zuriat kau dalam perut ni. Aku lalui semua ni seorang diri. Aku yang terpaksa hadap kau. Aku yang terpaksa pergi jumpa kau. Nak harapkan kau datang KL jumpa aku? Jangan harap! Berapa kali aku jejak kaki ke Sungai Petani jumpa kau? Dua kali perut aku ini membusung anak kau sepanjang dua tahun kita kenal. Kau hanya minta aku gugurkan sebab kita belum bernikah!

“Hahh?!!!”
Bagaikan tersedar dari lamunan yang maha dahsyat.

“Kenapa Sarah?”
Tanya Zaril cemas.

Aku tergamam dengan ingatan sendiri.

“Ya Allah! Dua kali aku mengandung anak Uwais????” Monologku.

Ya Allah!
Ingatan apa yang cuba engkau beri ini?

Rupanya bukanlah setahun aku kenal Uwais. Dah dua tahun! Selama dua tahun itulah tersoroknya hubungan terkutuk kami itu dari pandangan dunia. Hubungan dosa aku dan Uwais berjaya diselindung dari Mama, Wafi dan famili Uwais. Dua kali, dua tahun. Hebat kau, Uwais. Berselindung disebalik kopiahmu itu. Mempergunakan agama, mempergunakan aku yang kosong dan jahil ketika itu. Kali pertama, kau dapat tahu aku mengandung, kau tinggalkan aku. Aku yang terhegeh-hegeh cari kau di sana! Tak pula aku ceritakan pada ibumu. Tak sanggup, sebab aku masih berhati perut, tak macam kau, kejam! Lepas aku jumpa kau di sana, kita okey. Hubungan kita baik sikit-sikit tapi tetap ‘jadi’ lagi untuk sekian kalinya. Ya, ‘jadi’ lagi. Kali kedua aku cuba kawal diri, pendam dan telan segala keperitan menerima segala kekuranganmu untuk aku jadi yang terbaik supaya engkau tak tinggalkan aku macam yang pertama kalinya dulu. Apa yang engkau buat, aku sabarkan. Apa kerenah dan ragam kau, aku pendam simpan. Aku buat supaya engkau tidak pergi tinggalkan aku lagi. Aku buat yang terbaik untuk diri engkau semata-mata, tak mahu engkau tinggalkan aku lagi. Bodohnya aku.

“Sarah okey tak ni?”
Tanya Zaril.

Aku anggukkan saja.
Gila ke aku nak okey bila aku dah mula ingat pasal ni?!

“Sarah, minumlah air tin tu. Coklat kegemaran Sarah pun ada. Semua tu favourite Sarah, kan?” pujuk Zaril.

Mungkin dia nampak aku lama berdiam diri lama. Aku tak diam, Allah sedang mengembalikan ingatan aku sedikit demi sedikit tapi kenapa tak dulu Allah bagi aku ingatan ni? Kurang dari setengah hari lagi aku nak bernikah dengan Uwais, macam-macam yang aku dah mula ingat. Sekarang ni macam mana? Harus aku teruskan pernikahan atau batalkan? Tak boleh nak batalkan sebab aku tak nak malukan Mama lagi. Aku kena buat sebab Mama, bukan sebab aku. Aku dah banyak kali lukakan hati Mama. Teruk sangat dah hati Mama tu aku henyak dan Mama tabah. Tetap sabar dengan aku.

Buntu.
Sangat buntu!
Sekarang macam mana aku nak buat ni pun aku tak tahu. Nak buat keputusan sendiri, memang tak boleh dah. Aku kena ikut kehendak Mama. Ya Allah, janganlah Kau ingatkan aku yang dahsyat-dahsyat lagi. Silap-silap aku kapakkan kepala Uwais masa dia tengah nak akad nikah tu nanti…

“Sarah?”
Panggil Zaril.

Aku pandang Zaril.

“Maaflah kalau saya ada tersalah cakap atau menyakitkan hati awak dalam tak sedar.” Ungkapnya.

“Tak ada apa.”
Balasku.

Aku kembali diam.
Otak aku masih ligat berfikir.

“Jangan risau, secepat mungkin saya pandu bawa Sarah balik. Saya tahu semua orang risaukan Sarah.” Pujuknya.

Kalau boleh aku memang tak nak balik pun dan aku berharap perkahwinan aku dan Uwais tak jadi. Aku selalu doa supaya Allah tak izinkan aku dan Uwais bersatu jadi suami isteri. Tak pernah putus doa itu dalam hatiku. Aku tahu Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Ia mengetahui akan segala yang terkandung di dalam dada.

(Surah Fāţir : Ayat 38)

“Jangan drive laju-laju.”
Ujarku.

Zaril toleh pandang aku.

“Sarah rasa saya pandu laju ke?”
Soalnya.

“Tak, saja pesan awal-awal.”
Jawabku. Padahal aku tak nak sampai awal.

Zaril senyum.
Aku diam.

“Sarah fikir apa tu?”
Soal Zaril, bagaikan dapat menghidu aku dalam keadaan tak okey, tak tenang, tak selesa.

Aku diam.

“Sarah pernah dengar Surah Al-Ĥashr, ayat 21?” soalnya.

Aku geleng kepala.

“Sarah tak ingat.”
Jawabku.

Zaril senyum sambil memandu.

Aku ambil Tafsir Quran aku itu, lantas aku cari Surah Al-Ĥashr : Ayat 21.

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan, misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” aku baca apa yang ditulis dalam kitab Tafsir Quran tu.

“Sarah faham maksudnya?”
Tanya Zaril.

Belum sempat aku menjawab soalan Zaril, tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat roda memintas depan kereta Zaril. Macam kenal…

Wafi!

(bersambung……)

#AkuGadisLiar



Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......

AKU GADIS LIAR (PART 37)

Jalanan

AKU GADIS LIAR (PART 37)

Ya Allah… bagaikan nak terlepas telefon ditanganku. Aku tergamam, terkedu, degupan jantungku laju! Rasa terkejut, jadi longlai dan lemah. Terbungkam sejenak. Air mataku mengalir laju tanpa sedar. Ya Allah, apa aku dah buat ni?!

Aku cuai, alpa. Pregnancy Test yang aku test lepas bangun dari tidur awal pagi tadi, aku lupa nak simpan. Aku letak atas meja laptop dan tak beralih pun sampai Mama masuk ke dalam bilik aku tadi. Kalau nak keluar ke mana-mana selalunya aku akan kunci pintu bilik tapi entah kenapa hari ini aku lupa. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua. Ketepukkk sebiji kena batang hidung sendiri! Aku nak kata apa lagi? Nak bohong lagi dengan Mama?

Demi Tuhan, aku rasa nak meraung.
Rasa nak mati masa tu juga.
Aku totally lost cause!

“Sarah?”
panggil Zaril berulang kali.

“Sarah?”
lembut panggilan Zaril tu.
Aku tergamam pandang Zaril.
Mataku meliar pandang sekeliling.
Ya Allah!

Eh, aku dekat mana ni?
Monologku.

“Sarah, Sarah okey?”
Tanya Zaril.
Mungkin dia panik nampak aku macam tak tentu arah.

Aku pandang sekeliling. Ini baru betul alam nyata. Rupanya aku masih lagi berada dalam kereta Zaril. Ya Allah, terima kasih kerana mengembalikan ingatanku sedikit demi sedikit, walaupun ia menyakitkan. Inilah kebenaran. Terima kenyataan walaupun ianya perit menyeksa.

Aku pandang Zaril, senyum kelat.

Aku baru saja teringat satu kepahitan yang sangat menghempedukan Mama selama ini. Allah… maafkan aku, Ya Allah! Apa yang dah aku buat ni? Sakitnya menjadi aku, sakit lagi menjadi Mama. Peritnya menjadi aku kerana perbuatan Uwais, perit lagi menjadi Mama gara-gara perbuatan anaknya sendiri! Aku berdosa, Ya Allah! Sangat berdosa pada Mama.

Ada hikmah kenapa Allah bagi aku ingat kesakitan ini sekarang. Dah sampai masanya. Macam dalam Surah At-Talaq, ayat 3. Itulah firman Allah. Kebenaran yang sungguh pahit untuk ditelan tapi Allah Maha Tahu. Diberinya aku ingatan tepat pada masanya! Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. Allah dah meletakkan kadar pada tiap-tiap satu kejadian. Dah tiba masanya kenapa aku kena ikut cakap Mama. Allah dah bagi aku nampak segala dosa-dosa aku pada Mama supaya aku tak derhaka lagi. Ya, aku nampak semua salah aku. Allah dah bagi aku tengok supaya aku sedar, tak lupa diri. Aku dah tak pedulikan hati sendiri. Allah dah bagi aku rasa apa yang Mama rasa. Hati Mama lebih teruk aku ‘lanyak’.

Lama aku mendiamkan diri. Zaril macam tak tenang dan tak selesa bila keadaan aku diam macam tu.

“Sarah rasa Sarah dah mula ingat sikit-sikit apa yang dah jadi sebelum Sarah kemalangan dulu walaupun tak semua...” kataku perlahan.

“Alhamdulillah. Balillaha fa’bud wa kum minasy syakirin.” Lafaz Zaril.

Maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur.
(Surah Az-Zumar : Ayat 66)

Aku diam.

Kemudian otak aku kembali ligat berputar cuba untuk ingat. Membungkam lagi, lagi dan lagi. Aku nampak kekalutan Zaril, mungkin dia tak selesa bila kami lama berdua dalam kereta. Tapi aku tak peduli. Aku sedang  melayan ingatan sendiri.

Zaril pandang aku.
Aku diam lagi.

“Sarah, kita balik ya? Dah lambat ni. Semua orang risaukan Sarah.”

Aku diam.
Tak jawab apa.

Memang dah sampai masanya aku ikut kemahuan Mama. Jelas aku bersalah dalam banyak hal sebelum ini. Mama seorang ibu yang tabah. Mama terpaksa ikut kehendak aku semata-mata kerana aku adalah anak tunggalnya. Tiada lain harta baginya selain aku. Mama lalui ujian getir membesarkan aku. Mama terima segalanya tapi kenapa bukan aku? Sekarang dah tiba masanya untuk aku balas segalanya untuk Mama. Mama nak aku nikah dengan Uwais, Mama nak aku jadi isteri Uwais, baiklah. Aku turutkan tanpa sedikit ragu. Semuanya kerana Mama, bukan aku.

Zaril mula memasang alunan Al-Quran dalam kereta. Aku diam menghayati setiap alunan. Zaril pandang aku.

“Kita balik.”
Katanya. Bagaikan satu arahan.

Aku tak bantah.
Mengangguk tak, menggeleng pun tak.
Aku diam dan mungkin Zaril berharap agar aku setuju untuk pulang.

Aku tak tahu apa jadi dirumah. Bagaimana kalutnya Mama, saudara-mara dan semua tetamu bila bakal pengantin perempuan hilang, ghaib melarikan diri di Malam Berinai. Ya Allah, tak habis-habis aku menconteng arang ke muka Mama. Aku tahu Mama malu dengan saudara-mara dan semua hadirin. Aku tahu peritnya Mama terima ujian ini. Teruknya menjadi aku, teruk lagi menjadi Mama.

Tak terasa Zaril pandu kereta, mungkin sebab aku sibuk melayan diri, layan emosi, layan hati sendiri. Perjalanan agak jauh. Sesekali aku lihat Zaril pandu cepat, mungkin sebab dah lewat.

“Saya kena kahwin…”
Luahku perlahan.
Antara dengar, tak dengar.

Zaril pandang aku.

“Ya, Sarah. Sarah kena kahwin.”
ujarnya.

“Sarah penat.”
ujarku perlahan.

Zaril pandang aku.

“Sarah penat? Sarah nak air? Saya berhenti sekejap dekat mana-mana stesyen pam minyak.” ujarnya.

Aku diam.
Aku maksudkan penat lain, bukan aku dahaga tapi oleh kerana Zaril dah pelawa nak beli air tu, aku jadi dahaga pula.

Aku pandang Zaril, angguk.
Zaril senyum.
Mungkin dia seronok sebab aku tak banyak kerenah.

Zaril meneruskan perjalanan sampailah ternampak satu stesyen pam minyak, Zaril beri signal, lalu masuk ke kawasan pam minyak tu.

Zaril senyum pandang aku.

“Sarah nak air apa?”
soalnya.

“Tak kisah air apa-apa pun.”
Jawabku.

“Air Soya? Air Kelapa? Air Mineral?”
Soalnya senyum.

Aku senyum pandang Zaril.

“Suka hatilah.”
Jawabku.

Zaril pakir kereta berhampiran stesyen pam minyak. Zaril menanggalkan seat belt.

“Sarah nak apa-apa lagi selain air? Roti? Keropok? Wafer? Aiskrim? Coklat?” tanya Zaril.

Aku senyum, nak tergelak pun ada. Banyak betul senarai makanan dia.

“Amboi, perlilah tu!”
Selorohku. Zaril ketawa.

“Cakaplah, nak apa-apa tak selain air?”
Tanya Zaril.

Aku senyum.

“Tak naklah. Air cukup.”
Jawabku, senyum.

Rasanya mood aku semakin pulih. Emosi aku semakin stabil. Aku masih cuba untuk kembali seperti sedia kala, tak nak murung, nak kembali ceria, kembali riang. Tuhan, bagi aku sedikit bahagia untuk aku kecapi sebelum hari perkahwinan aku dalam masa beberapa jam lagi.

Aku cepat-cepat tengok jam di dashboard kereta Zaril. Hampir ke pukul tiga pagi! Patutlah Zaril panik dah lewat sangat katanya. Aku terdengar satu vibrate telefon yang bergetar. Telefon Zaril rupanya. Telefonnya itu diletakkan betul-betul ditengah antara tempat duduk aku dan dia, dekat handbreak. Bila vibrate telefon berhenti, aku ternampak di skrin telefon Zaril ada enam puluh tujuh panggilan tak berjawab dan empat puluh tiga mesej yang diterima. Gerun aku! Mungkin dari Mama, famili Zaril, saudara-mara kami atau kawan-kawannya.

Sedang aku menjeling ke arah skrin telefon Zaril, Zaril masuk masuk kereta.
Terkejut aku!

Zaril pandang aku.

“Kenapa Sarah?”
Tanya Zaril.

“Iyalah. Tiba-tiba masuk kereta tak bagi salam. Terkejutlah.” Jawabku.

“Allah… sorry, sorry, Sarah.”
Ucapnya. Aku dah lega.

“Tak apa, tak apa.”
Balasku.

“Maaf ya, Sarah. Ni untuk Sarah.”
Kata Zaril sambil menghulurkan air minuman Water Chestnut dalam tin dan
Chocolate Nugget.

“Eh, ni favourite Sarah! Mana tahu niii!”
Tiba-tiba aku ketawa.
Zaril pandang aku, pun ketawa.

“Air Sengkuang Cina, chocolate nugget! Aaaarrr… lamanya tak makan!” separuh menjerit aku luahkan pada Zaril.

Zaril ketawa tengok aku.
Macam budak-budak agaknya dia tengok aku ni haha!

Mungkin Allah bagi aku ingat balik makanan dan minuman apa yang aku suka suatu ketika dulu. Tiba-tiba pula aku rasa teringat pasal Air Sengkuang Cina dalam tin dan Chocolate Nugget. Padahal aku tak pernah tahu pun yang aku suka makanan dan minuman ni. Terima kasih, Allah! Sekali lagi Engkau berikan aku secebis ingatan.

“Alhamdulillah, Sarah dah ingat dah.”
kata Zaril sambil tersenyum.

Aku pandang Zaril. Tak dinafikan memang Allah ciptakan Zaril dengan sebaik-baik makhluk. Baik, sopan, penuh kelembutan, manis senyumannya, berkulit cerah, hazel warna anak matanya, kacak sebenarnya. Patutlah perempuan-perempuan dalam kedai makan malam tadi galak pandang Zaril. Takkan terbit cemburu pula aku ni. Haha! Aku tersenyum sendiri.

“Dapat favourite dia, senyum sampai ke telinga.” kata Zaril.

Aku ketawa pandang Zaril.
Zaril senyum.

“Allah bagi Sarah ingat sikit-sikit.”
Ujarku.

“Saya tumpang happy.”
Kata Zaril.

Aku pandang Zaril.
Kami masih lagi dalam kereta.
Zaril bersedia nak gerak.

“Awak suka Sarah ingat semua?”
Soalku.

Zaril senyum pandang aku.

“Kalau dah itu ketentuan dari-Nya, terimalah apa saja walaupun pahit. Allah tak kejam. Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Ada masa-masa yang sesuai Allah bagi rezeki pada kita. Ingatan Sarah ini pun satu nikmat rezeki yang tak ternilai harganya. Allah bagi free free je. Baiknya Allah pada awak, Sarah. Allah sayang awak.” jawab Zaril.

Aku diam, tunduk.
Ya, nikmat Allah terlalu besar.

“Masa pinangan awak ditolak Mama dulu, awak sayang Sarah?” soalku, mula menyelak tirai hatinya.

Zaril menarik nafas panjang dan menghela perlahan.

Diam.

Zaril tunduk, sesekali dia melemparkan pandangannya ke depan. Jauh.

Dia kembali pandang aku.

“Masa tu… sayang.”
Jawabnya perlahan, tapi jelas.

Aku pandang Zaril.
Zaril tak pandang aku, mungkin emosinya sedikit terganggu.

Lama dia diam.
Dia pandang aku semula, mungkin nak ajak aku balik. Aku pintas perilakunya.

“Sekarang rasa sayang itu dah hilang?”
Sengaja aku tanya soalan itu pada Zaril.
Dia tergamam.

(bersambung..…)

#AkuGadisLiar



Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......

AKU GADIS LIAR (PART 36)

Jalanan

AKU GADIS LIAR (PART 36)

“Okey?”
soal Wafi.

“Okey.”
Jawabku sedikit gabra.
Aku pun tak tahu apa yang okey.

“Kita nak ke mana ni?”
soal Wafi.

“Ke mana-mana je lah. Tak kisah.”
jawabku.

Wafi pandang aku.

“Saya ni bukan baru kenal awak, Sarah.”
ujarnya.

Aku ketawa.
Dia peninglah tu dengan perempuan.
Perempuan memang macam ni.
Perempuan kadangnya suka keluar berjalan-jalan tapi kalau ditanya nak berjalan-jalan ke mana pun, dia tak tahu nak ke mana. Itu biasa. Perempuan memang selalu macam tu. Jangan pelik. Jangan pening. Jangan marah. Ini perempuan. Kalau tak boleh tahan dengan perempuan, jangan kahwin haha!

“Kita pergi makan dekat tempat biasalah...”
ujarku.

Sepanjang perjalanan, kami tetap mesra macam biasa. Tak ada apa yang kurang. Tetap sayang, cinta dan rindu macam selalu dan tetap bergurau-senda, bergelak ketawa macam selalu. Ini membuatkan aku tak sampai hati nak beritahu Wafi apa yang dah jadi.

Dah nak sampai ke lokasi tempat makan kami. Wafi cari tempat pakir kereta.

“Nak makan apa, ye?”
soalku.

Wafi pandang aku.
Aku ketawa.
Aku tahu makna pandangan Wafi tu.
Dia senyum pandang aku.

“Dah sampai sini, baru rasa nak makan apa, ada yang kena keluar balik dari tempat ni karang…” seloroh Wafi.

Aku ketawa lagi.
Dia memang selalu faham aku.

Sepatutnya nak confirm kan nak makan apa tu, sebelum bertolak ke kedai makan tu lagi tadi tapi ni dah sampai dekat kedai makan, baru nak tanya makan apa. Nampaknya kena buat pilihan menu berdasarkan apa yang ada dalam menu kedai makan tu sajalah nampaknya.

“Sotong Kangkung!”
balasku bersemangat.

Wafi terperanjat.
Aku ketawa.

“Baiklah, Budak Kecik.”
Wafi iyakan. Panggilan ‘Budak Keci’k itu kekal dari awal kami kenal, sampai sekarang. Memang Wafi selalu panggil aku dengan panggilan ‘Budak Kecik’. Mungkin sebab ketinggianku hanya 148 sentimeter haha!

Kereta dipakir dibahagian Basement. Aku buka pintu, turun dan keluar dari kereta. Wafi mencapai jaketnya, menutup pintu.

“Jangan lupa lock pintu kereta.”
pesanku.

“Dah.”
balasnya, senyum.

“Sayang nak makan?”
soalnya. Belum masuk kedai makan lagi dah tanya nak makan apa haha!

“Sotong Kangkung.”
jawabku.

“Lagi? Nak makan apa lagi?”
soalnya lagi. Aku ketawa.

“Satey Ayam, Satey Daging, Satey Kambing, Char Kway Teow, Soto, Nasi Goreng Tomyam…” jawabku.

“Amboi, banyaknya nak makan. Lepas tu awak tak habis makan, sayalah yang tukang habiskan, ya?” kata Wafi.

Aku ketawa.

“Alaaa… macam tak biasa je.”
ujarku.

“Ha’ah. Macam tak biasa je saya jadi buncit. Perut ni buncit sebab habiskan makanan awaklah ni. Lepas tu, awak jangan bising kata saya buncit.”

Aku ketawa lagi.
Memang itulah yang selalu jadi. Selera aku tinggi. Tak padan dengan saiz badan tapi selera besar. Nak makan itu ini tapi tak pernahnya makanan itu habis aku makan. Selalunya Wafi lah yang habiskan.

“Awak tahu tak? Masa saya sekolah dulu, Papa selalu habiskan makanan saya kalau saya tak habis makan haha!” luahku.

“Then sekarang, lepas awak habis sekolah, sayalah yang habiskan makanan awak?” soalnya.

Aku ketawa.
Haihh… kuat ketawa aku ni. Patutlah lelaki-lelaki cepat ‘melekat’ agaknya. Wafi sendiri pun suka aku macam ni. Jadilah diri sendiri, katanya. Sebab tu dia payah nak lepaskan aku.

Aku diam sekejap.

“Kenapa ni?”
soalnya. Mungkin dia perasan aku diam tiba-tiba.

Aku geleng kepala.

“Tak ada apa-apa.”

Kami dah sampai di depan kedai makan, Wafi tanya aku nak duduk mana. Kami duduk di satu sudut yang aku rasa lebih selesa, senang untuk aku makan selak niqab. Kami dah biasa makan disini dan semua pekerja disini turut mengenali kami. Seronok bila kami dilayan penuh mesra macam kawan-kawan.

Aku tengok Menu Makanan. Aku pandang Wafi.

“Awak nak makan dan minum apa?”
soalku.

“Set Ayam Penyet dan Jus Kedondong Asam Boi.” jawabnya sambil memandang Menu lagi.

“Awak nak makan apa?”
soalnya pula.

“Sotong Kangkung lah dulu.”
jawabku.

“Air?”
soalnya.

“Barley Lemon Tea.”
jawabku.

Selesai order makanan, aku dah blur.

“Sarah, awak okey?”
soalnya memulakan bicara.

Aku terkedu.
Takut-takut juga tapi nasib baik aku pakai niqab. Terlindung sikit air muka aku.

“Okey. Tak ada apa-apa.”
selindungku.

Wafi pandang aku, senyum.
Aku rasa macam aku tahu maksud senyuman dia tu.

“Sarah…”
panggilnya.

Aku pandang Wafi.
Wafi pandang tepat ke mataku.
Pandanganku jadi tak keruan.
Jadi takut tiba-tiba.
Wafi senyum, geleng kepala.

Air Barley Lemon Tea dan Jus Kedondong Asam Boi kami dah sampai. Aku menarik nafas lega.

Kami serentak mengucapkan terima kasih pada petugas yang menghantar air sebelum dia berlalu pergi.

“Tak nak cerita?”
soal Wafi.

“Cerita apa?”
soalku buat-buat tanya.

Wafi senyum pandang aku.
Dia mungkin dah dapat agak aku cuba berselindung dari dia.

“Kita dah kenal lima tahun, Sarah. Apa yang saya tak kenal pasal awak? Apa yang saya tak tahu pasal awak? Apa yang saya tak faham pasal awak?” ungkapan ini yang selalu Wafi jelaskan bermakna dia dah terlalu masak dengan perangai, sikap dan kerenahku.

Aku senyum pandang dia walaupun senyuman aku disebalik niqab.

“Saya tahu sayang saya ni tengah senyum walaupun dia pakai niqab tapi senyuman dia tak semanis selalu.” kata Wafi.

Aku cuba ketawa tapi perlahan.
Tawaanku juga tak seperti selalu.
Makanan yang kami pesan pun dah sampai.

“Kita makan dulu, jom.”
ajakku.

Firman Allah SWT :
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

(Surah Al-Mā'idah : Ayat 88)

Wafi mengangguk dan terus membaca doa makan. Aku tadah tangan dan mengaminkan. Lepas makan, perut dah kenyang, aku tak tahu bila masa yang sesuai aku nak beritahu Wafi pasal aku dan Uwais. Aku cuba kumpul kekuatan tapi tak sekuat mana pun. Kami berjalan beriringan ke pakir kereta untuk balik.

Pintu kereta dibuka, aku masuk dalam kereta dengan keadaan kepalaku yang ligat berfikir. Macam mana aku nak beritahu Wafi sedangkan aku tak mahu kacau mood kami yang sedang bahagia ni.

“Kenapa ni, Sarah?”
soalnya lagi. Aku tahu Wafi tak puas hati aku tak bercerita sebab dia kenal aku tak macam ni.

Aku pandang Wafi.
Wafi pandang aku.
Kami dalam kereta, masih dalam kawasan Basement Parking.

Sedang aku dalam kemelut dengan Wafi, telefonku berbunyi. Aku cari telefon dalam beg tanganku. Aku tengok skrin telefon. Mama rupanya. Aku jawab panggilan Mama.

“Sarah dekat mana ni?”
soal Mama dalam talian.

“Sarah dalam kereta Wafi ni. Kenapa Mama?” soalku.

Mama tiba-tiba diam.

Aku panggil Mama dalam talian, sambil mataku pandang Wafi.”

“Sarah balik bila? Lambat lagi?”
soal Mama. Aku terkejut. Mama tak pernah tanya bila aku nak balik.

“Kejap lagi. Kenapa Mama?”
soalku, rasa macam ada yang tak kena dirumah.

Wafi dan aku saling berpandangan.

Mama diam lagi.
Aku dengar seolah-olah Mama menangis perlahan. Aku panggil Mama lagi, tanya kenapa.

“Mama masuk dalam bilik Sarah, Mama nak ambil kain baju Sarah yang dah pakai, Mama nak masukkan dalam mesin basuh. Mata Mama terhenti di meja laptop Sarah. Ada Pregnancy Test…”

(bersambung…..)

#AkuGadisLiar



Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......

AKU GADIS LIAR (PART 35)

Jalanan

AKU GADIS LIAR (PART 35)

Malam ini menjadi penentuan antara aku dan Wafi. Aku sayang Wafi tapi dalam pada masa yang sama, aku ada Uwais. Aku tak tahu. Semua salah aku.

Tuhan,
ujian apakah yang engkau beri ini? Engkau beri aku ujian dengan kehadiran lelaki-lelaki yang terlalu menyayangiku. Aku kalah dalam memilih. Kedua-duanya aku sayang walau kebaikan antara kedua-duanya lebih berpihak pada Wafi.

Mana lagi aku nak pergi? Tersepit dan terus dihimpit. Aku bukan saja gadis liar, malah hati aku pun turut meliar.

“Sayang, betul sayang nak beritahu Wafi apa yang dah jadi antara kita?” soal Uwais dalam talian.

“Insya’Allah.”
jawabku.

Sampai bila aku nak terus sakitkan hati Wafi? Dalam diam, aku hanyut bersama Uwais. Semuanya berlaku dengan pantas tanpa sedar sampai aku lupa firman Allah S.W.T dalam Surah Al-'Isrā', ayat 32 : Wala taqrabuz zina innahu kana fahisyah wa sa’a sabila.
(Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat)

“Kalau betul Sarah nak beritahu Wafi, kita hadap sama-sama.” kata Uwais.

Aku diam.

“Tak apa. Ini antara Sarah dengan Wafi. Awak tak perlu bersama saya.” pintaku.

“... tapi Sarah...”
kata Uwais tak setuju tapi aku sempat memintas percakapannya...

“... saya akan beritahu Wafi malam ni.”
pintasku.

Uwais diam, akur.

“Saya sayang awak, Sarah.”

Aku diam, tak nak cakap tapi air mata mula mengalir dipipi. Aku harap aku ada kekuatan berdepan dengan Wafi. Aku dah hancurkan impian dia. Aku tak pandai jaga diri. Aku dah terlalu jauh pergi. Rasa bersalah bersarang dalam jiwa. Bersalah pada Wafi yang aku nampak. Bukan pada Tuhan, agama, Rasul dan Mama. Allah... jauh betul aku tersasar dalam hidup!

Malam itu, aku gagahi diri untuk jumpa Wafi. Aku sebenarnya tak kuat mana pun nak jumpa Wafi. Rasa bersalah yang teramat. Aku tak kuat nak hadap apa yang bakal jadi. Aku redha dan rela. Walau apa pun yang jadi, aku terima. Malam tu macam biasa, Wafi jemput aku depan rumah. Wafi macam biasa, sayangnya dia padaku, cinta dia padaku, kasihnya dia padaku dan rindunya padaku tak pernah kurang. Tetap sama dan terus mekar. Kami bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.

“Sayang, kita jumpa malam ni...”
ajakku memulakan bicara.

“Kenapa ni? Ada apa-apa yang tak kena?” soalnya.

Aku diam.
Tak sanggup rasanya nak lukakan hati Wafi.

“Sayang?”
panggilnya.

Terkedu sekejap.

“Ya, ya... ada ni. Tak ada apa. Saja nak dinner sama-sama.” jawabku cuba mengelak.

“Ohh, nak makan?”
balasnya dengan tawaan perlahan.

Aku tak sedap hati.
Aku serba salah nak luah rasa yang terpendam. Aku tak nak Wafi sakit.

Aku membungkam sejenak. Wafi bagaikan dapat menghidu apa yang tak kena. Sebab aku seorang yang tak pandai berbohong, terlalu jujur, tak pandai menyimpan mahupun menyorokkan sesuatu yang terpendam.

“Hei, budak kecik. Kenapa ni? Cuba bagitahu kenapa?” soal Wafi.

Aku cuba berselindung, mengatakan tiada apa yang berlaku. Nampaknya aku tak berapa kuat nak tempuh apa yang bakal jadi.

“Jom, siap. Insya’Allah dalam sepuluh minit lagi saya sampai depan rumah awak, sayang.” Kata Wafi. Nampaknya dia tak sabar nak jumpa aku, nak tahu apa yang dah berlaku.

Aku semakin berdebar.
Pintu bilikku diketuk dan dikuak perlahan.

“Sarah?”
panggil Mama.

Aku terkejut.

“Sarah okey?”
Tanya Mama.

Aku angguk.
Tak sedar rupanya Mama perasan air mataku bersisa dipipi.

Mama senyum pandang aku.

“Kenapa ni? Ada benda yang tak kena?”
soal Mama. Sama ayat dengan Wafi.

Aku geleng kepala.
Cuba untuk mengelak.
Pusingan haidku lewat dua bulan.
Pregnancy Test mengesahkan tanda positif yang aku mengandung.

Mama peluk aku.
Tiba-tiba aku sebak.
Aku menangis kuat.
Mama terkejut.
Mama cuba tenangkan aku.

“Sarah, kenapa ni sayang? Cuba cerita dekat Mama. Mama ada ni. Ceritalah, Sarah.” pujuk Mama.

Aku terus menangis, susah nak berhenti. Kian reda bila aku penat. Mama tetap memeluk erat tubuhku. Dibelai-belai rambutku dengan lembut. Mama pujuk aku berkali-kali tapi entah kenapa, semakin Mama pujuk dan peluk aku, semakin kuat aku menangis. Sebak tak semena-mena.

Aku takkan beritahu Mama apa yang jadi. Aku sayang Mama walaupun sesekali aku menderhakai Mama, degil, memberontak, tak nak dengar cakap Mama. Walau senakal liar mana pun aku, aku tetap mahu menjaga hati Mama. Sepintas lalu aku teringatkan Surah Al-Ahqaf, ayat 15 bermaksud :

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam.”

Allah… sebaknya aku!

“Ampunkan Sarah, Mama.”
pintaku.

“Sarah kenapa ni? Sarah tak ceritakan pada Mama pun?” ujar Mama.

Aku jadi serba-salah.
Tak keruan.

Aku diam.
Mana pandang aku, menanti jawapan.
Ringtone ‘Come To Me’ by P. Diddy feat. Nicole Scherzinger memecahkan kesunyian senja itu.

‘Dear Wafi’ muncul di skrin smartphone. Perlahan Mama lepaskan pelukan. Aku cuba ukir senyuman pada Mama, lalu menjawab panggilan Wafi.

“Sarah dah siap?”
tanya Wafi.

“Dah nak siaplah ni. Dah sampai?”
Soalku pula.

“Dah, dah. Dah ada depan rumah Sarah.” jawabnya.

“Okey. Kejap lagi Sarah turun.”
akhiriku.

Aku pandang Mama.
Mama pandang aku.

“Sarah nak ke mana?”
soal Mama.

“Sarah nak keluar dengan Wafi sekejap, Mama.” jawabku.

“Sarah tak beritahu Mama pun yang Sarah nak keluar dengan Wafi?” soal Mama, mungkin sedikit kecewa.

Aku senyum pandang Mama.
Mama terpinga-pinga.

“Macam mana Sarah nak beritahu Mama? Mama lebih dulu masuk bilik Sarah. Alang-alang Mama ada disini dengan Sarah, ingat nak beritahu Mama terus. Tak sempat nak beritahu, Wafi dah sampai depan rumah.” aku senyum pandang Mama.

Mama senyum kelat.
Macam nak, tak nak.

“Sarah tak nak beritahu Mama kenapa Sarah menangis tadi? Tak nak cerita dekat Mama?” soal Mama.

Aku senyum.

“Tak ada apa-apa, Mama. Kadang-kadang Sarah rindukan Wafi. Kadang-kadang Sarah emosi. Sebab tu Sarah ajak Wafi jumpa.” jawabku cuba berselindung.

“Amboi, Wafi dirindu-rindu. Mama ni? Sarah tak rindu?” seloroh Mama.

Lantas aku peluk Mama, senyum.
Mama peluk aku.

“Jadinya, Mama makan seorang dirilah nampaknya malam ni?” ujar Mama.

Aku senyum.

“Mama nak Sarah temankan Mama makan sekarang?” balasku.

Mama senyum.

“Eh, tak payahlah. Mama gurau je. Dah, pergi siap. Lama pula Wafi tunggu dekat luar tu nanti.” Ujar Mama.

Aku angguk, senyum.
Mama peluk aku, minta diri untuk ke dapur.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk berdepan dengan Wafi.

Aku sarung T-Shirt Muslimah ungu, skirt labuh berona violet gelap, tudung labuh dan niqab hitam.

Dah siap, aku turun ke bawah cari Mama. Lepas minta izin dari Mama untuk keluar, aku capai sepasang kasut boots aku di almari kasut bersebelahan dengan pintu hall utama. Terkejar-kejar aku sebab takut Wafi tunggu lama.

Aku buka pintu kereta Wafi, aku senyum.
Wafi senyum kelat.

(bersambung....)

#AkuGadisLiar



Lakaran demi lakaran takkan berhenti.......